1 Feb 2012

Mata Kucing

Assalamualaikum, salam sejahtera 1Dunia!

Mengapa mengapa tajuk aku macam tu?? Pasalnye aku nak cakap sikit lah pasal buah mata kucing... Ade ke orang tak kenal pasal buah mata kucing ni? So sad.. Hahaha...

Inilah dia...
Pokok Mata Kucing nih merupakan sejenis subspesies pokok Longan. Jangan keliru pulak dengan buah Longan yep. Pokok ini dikenali sedemikian sebabnye rupa dan saiz buahnya yang seperti mata kucing. Bezanya, buah mata kucing kecil sedikit dari buah longan.

Pokok Mata Kucing

Terdapat beberapa jenis (sub spesies) Mata Kucing iaitu:

  • Mata Kucing Sau
  • Mata Kucing Isau
  • Mata Kucing Kakus
Aku reti makan je, jenis ape buah tu aku tak kisah. Hahaha..


Untuk pengetahuan kita bersama, buah mata kucing mempunyai kandungan antioksidan, dan jugak sesuai untuk wanita hamil dan bijinya dikatakan boleh digunakan untuk mengubati gigitan ular. Hebat jugak kan buah mata kucing ni.

Fuhhh.. Sedapnye..
Kenapa kenapa aku tiba-tiba nak tulis pasal buah mata kucing ni?? Sebab tiba-tiba je kehadiran buah mata kucing ni mendapat perhatian daripada student Malaysia kat Belgaum nih.

Semalam lepas aku makan buah mata kucing kat bilik senior aku, mengikut peribahasa Melayu, "habis manis sepah dibuang". Seperti makan buah jugak, 'habis isi, kulit dibuang'. So, aku pun buanglah kulit buah mata kucing tu kat luar bilik beliau. Then, selepas beberapa ketika, ada senior JNMC tanye aku,

S : Buah ni mana dapat??


A : Beli kat Reliance lah


S : Oooo.. Ade jual ek?


A : Yup, ade je jual. Hari Sabtu hari tu aku beli..

Ade jugak orang tanya, bawak dari Malaysia ke? Sebab hari tu ada ramai jugak budak balik Malaysia. Jawapannye, tak lah! Sebab kalau fikir logik, mestilah kecut buah tu bawak travel jauh-jauh. Haha..

Di Muka Buku pun aku promote jugak pasal kehadiran buah mata kucing di Reliance Fresh. Hehe..


Reaksi setelah mendapat buah mata kucing yang dihajati:


Aku promote lagi.. Haha..


Habislah... Lepas ni, nak kena berebut jugak makan buah mata kucing kat sini. Hahaha.. Sedapnye!!!

Sejujurnya, macam status aku kat atas tu, aku tak minat langsung buah mata kucing masa kat Malaysia, tapi bila datang sini, rasa sedap pulak buahnye. Adakah ini petanda homesick? Oh tidak.. Aku kuat semangat! Hehe.. Takde la, biasa la tu, bila hidup di luar comfort zone, banyak boleh berubah.. Namun, insyaAllah, aku masih Muhammad Rashdan bin Roslan yang korang kenal lagi yer.

Baiklah, kepada rakan-rakan seperjuangan di Belgaum, selamat mencari buah mata kucing yer! Jangan beli banyak-banyak, nanti aku tak sempat makan! :D

Setakat ni dulu bebelan aku yang pertama untuk bulan Februari ni.. Sekian, terima kasih.

Makanlah makanan seimbang untuk kehidupan yang sihat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan