9 Feb 2013

Malaysia... Aku Datang!

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua.. InsyaAllah, lepas Selanjar 1 ini, aku akan balik ke Malaysia, untuk kali kedua sejak aku mula belajar di India. Alhamdulillah, ada rezeki lebih, boleh la balik jenguk-jenguk orang kat Malaysia..



Eh, bukan hari tu dah extend cuti 8 minggu ke? Balik lagi??

Haruslah, sebab ingat nak balik untuk berubat sikit, lepas tu nak tengok family kat Malaysia.. Rindu pulak. Lagipun, ramai rakan satu batch yang balik, dekat separuh jugak.. So, tak nak ketinggalan. Hehe.. Nanti cuti 9 hari nanti, tak tahu nak buat apa..

Walaupun last minute beli tiket ni, tapi dah siap perancangan untuk cuti di Malaysia nanti.. Namun, kita hanya boleh merancang, Allah S.W.T. juga yang menentukan..

LCCT -> KL -> Kuantan -> Pekan -> Kota Bharu -> KL -> LCCT

23/02/13 (Sabtu) :
  • Tiba di LCCT, jam 0005
  • Pagi : ke Kuala Lumpur, ambil bas ke Kuantan
  • Sampai Kuantan, kakak jemput bawa ke Pekan

24/02/13 (Ahad) :
  • Pagi : bertolak ke Kota Bharu, menaiki bas
  • Petang : tiba di Kota Bharu.. yahoo! :D

01/03/13 (Jumaat) : 
  • Malam : bertolak ke Kuala Lumpur

02/03/13 (Sabtu) :
  • Pagi : tiba di Kuala Lumpur, duduk rumah kakak sampai esoknya

03/03/13 (Ahad) : 
  • Petang : bertolak ke Bangalore dari LCCT, jam 1500
InsyaAllah, semoga lancar segala urusanku sepanjang perjalanan nanti. Kalau ada masa, bolehlah kita berjumpa.. Cuti sekejap sahaja, mesti manfaatkan masa-masa berharga ni..

3 Feb 2013

Fasa 2, Selanjar 1

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua.. Kekurangan masa pulak untuk kemas kini blog ini selalu, dek kerana kesibukan dalam mengejar cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Blog ni dah macam jadi blog untuk Wordless Wednesday je. Kena faham, sebab aku tak banyak masa lapang. :D

Jadinya, selepas segala dugaan yang mendatang sejak 6 bulan lepas, apa khabar kaki aku? Alhamdulillah, dah pulih.. Mulai kelmarin (1 Februari), dah jalan tanpa tongkat dah.. Sebenarnya masa pementasan teater hari tu lagi, aku dah buat kejutan pada kawan-kawan serta lecturer semua, dengan berlakon tanpa tongkat. Hehe.. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan aku selama ini..

Kini, setelah selesai Gastrointestinal Block, maka bermulalah Study Week. WeekS actually, sebabnya 2 minggu.. Seminggu untuk study week, seminggu untuk cuti Tahun Baru Cina. Cabaran yang bakal mendatang dalam tempoh 15 hari lagi adalah peperiksaan Selanjar 1 bagi Fasa 2 MD USM ini.. 


Seperti yang anda sedia maklum, peperiksaan Selanjar ini menyumbang 10% daripada keseluruhan markah akhir pada hujung Fasa 2 nanti. Konsepnya masih sama seperti Fasa 1 dahulu.. Cuma, ada sedikit perubahan pada cara penilaian.. Kalau dulu, ketika Fasa 1, ada kertas Multiple Choice Questions (MCQ), Short Essay Questions (SEQ) dan juga Spot Slide Assessment (SSA) / Objective Structured Practical Examination (OSPE), kini di Fasa 2 lain ceritanya. Di Fasa 2, kami mula didedahkan dengan pembelajaran klinikal dan juga berdasarkan senario benar. Kertas MCQ masih ada, tetapi jumlahnya lebih banyak, iaitu 80. Ada pula kertas Scenario-Based Questions (SBQ), Objective Structured Clinical Examination (OSCE) dan Clinical OSCE.

Peperiksaan akan bermula pada 18 Februari 2013, dan akan berakhir pada 21 Februari 2013..

18/02 - SBQ
19/02 - OSCE
20/02 - Clinical OSCE
21/02 - MCQ

Doakan yang terbaik untuk aku dan 82 rakan yang lain dalam 2nd batch USM-KLE ini.. Setelah kesukaran yang aku hadapi tempoh hari, iaitu tertinggal kuliah selama 8 minggu, aku akan cuba buat yang terbaik, agar meningkat tahap keyakinan untuk terus belajar dalam bidang perbuatan ini.. Kepada rakan-rakan, semoga Allah permudahkan urusan kita ini, dan mengurniakan kejayaan kepada kita.. Bittaufiq wannajah fil imtihan :)