22 Nov 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Prof !

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Kali ni, tujuan aku menulis entri ini adalah untuk berkongsi sedikit mengenai sambutan ulang tahun kelahiran professor kesayangan kami, iaitu Prof. Kamarudin Jaalam, atau lebih dikenali sebagai Prof KJ. Jom aku perkenalkan serba sedikit mengenai Prof. Prof KJ merupakan Deputy Dean untuk program USM-KLE. Hanya beliau seorang sahaja tenaga pengajar dari Malaysia yang tinggal bersama kami. Oleh sebab itu, peranan beliau lebih kepada seorang bapa kepada kami, para pelajar USM-KLE.

Sudah 56 tahun usia Prof tahun ni. Tarikh lahir Prof? 22/11/55. Cantik nombor tu.


Itu kek birthday Prof KJ. Ade sebijik lagi, tak sempat pulak ambik gambarnye.

Apabila kami dapat tahu semalam, bahawa hari ni adalah birthday beliau, ada sesetengah pihak ni membuat kezzzzutan untuk Prof KJ.

Lokasi kejadian : Rumah Prof KJ.


Masa : Sekitar jam 5.45 petang


Modus operandi (tipu muslihat) : Mengadu bahawa ada masalah sedang menimpa pelajar USM-KLE tatkala Prof KJ sedang mengajar kami di rumah beliau.


Pelaku : Pelajar-pelajar USM-KLE tahun 1 dan 2

Perkara ni dirancang dalam masa yang singkat. Tahu-tahu je, "Eh-eh, ade kek?" Hahaha... Aku tahu makan je.. By the way, sape-sape pun yang belikan kek tu, terima kasih yer!

Maka, lepas tu, bermulalah acara makan kek. Hehehe.. Yang ni best, sebab Prof KJ suap kek kat aku. Hehehe.. Bangga pulak rasenye. Budak-budak lain, kau ade? Hahaha.. Gurau je..


Wajah keriangan jelas terpancar dari wajah Prof KJ setelah memotong kek.


Perebutan kek bermula!


Antara pelajar USM-KLE yang hadir ke majlis ini...

Prof KJ kelihatan gembira sebab kami sambut birthday beliau. Mesti Prof tak sangka kan. Yelah, tengah syok mengajar, tiba-tiba ramai orang serbu rumah beliau, sambut birthday. Mesti terharu kan.

Bukan untuk mengampu, tapi secara jujurnya, Prof KJ boleh dijadikan sebagai role-model untuk seluruh pelajar USM-KLE. Banyak pengalaman yang beliau timba, hingga menjadi seorang yang cukup hebat dan disegani oleh ramai pihak, termasuklah oleh tenaga pengajar di USM-KLE.

Apa-apapun, seluruh pelajar USM-KLE hari ini kelihatan ceria sahaja. Kan bagus kalau setiap hari suasana ini kekal sahaja, tapi mustahil la kan. Hidup ada suka dan duka. Turun dan naik tu perkara biasa. Sekian sahaja untuk kali ini.

P.S: Minggu depan, hari Selasa aku exam!!!

Bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit.

19 Nov 2011

Peperiksaan Selanjar 1

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Pejam celik, pejam celik, sudah 71 hari (atau 10 minggu) aku meninggalkan tanah air tercintaku, iaitu Malaysia... Pejam celik, pejam celik jugaklah, exam Selanjar 1 sudah dekat!!! Mengikut rentak budak-budak SPM nampaknya...



Secara amnya, USM menggunakan sistem begini. Ada 3 kali peperiksaan Selanjar yang akan diadakan sepanjang sesuatu fasa pembelajaran. Setiap kali Selanjar, 10% akan diambil kira untuk markah akhir.

10% X 3 = 30%

Lagi 70% adalah markah dari peperiksaan akhir. 10% tu bukan kecik... Boleh menentukan sama ada aku lulus atau gagal tahun pertama taw. Gagal tahun pertama? Erkkkk.. Balik Malaysia la jawabnya. Nak tak nak, kena lulus! Kalau dapat 'Distinction' (markah keseluruhan lebih 70%, dan lulus temu duga untuk layak), itu bonus namanya... =)

Berikut adalah jadual peperiksaan.. Sila klik untuk imej yang lebih besar...


Semua waktu yang tertera sila tolak 2 jam 30 minit yer.

USM Kubang Kerian (Kampus Kesihatan) dan USM-KLE akan buat exam serentak. Mana boleh nak buat asing-asing... Nanti bocor pulak soalan, sebab kami menggunakan soalan yang sama...

Jadi, debaran kian terasa kepada 83 orang pelajar USM-KLE, kerana ini perjuangan pertama yang bakal ditempuh oleh kami. Sejujurnya, aku masih belum bersedia sepenuhnya untuk menempuhi peperiksaan ni, sebab masih banyak yang belum diulang kaji. Ruang masa cuti seminggu untuk cuti belajar ni akan aku gunakan dengan sebaik-baiknya supaya aku mampu mencapai target yang aku inginkan, iaitu 7/10.

Semoga berjaya untuk kawan-kawanku di USM-KLE, dan juga rakan seperjuangan di USMKK.. Aku yakin kita boleh! Wahai pembaca blog R.A.S.H.D.A.N yang budiman, doakan aku dan rakan-rakan di sini agar berjaya dengan gemilang dalam Peperiksaan Selanjar 1!!

Berjuang hingga titisan dakwat yang terakhir!

13 Nov 2011

Berbicara Tentang SPM

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Esok, 14 November 2011 (tinggal sebulan lagi ke birthday aku.. perlu ke aku promote? hahaha..), bermulalah perjuangan para pelajar Tingkatan 5 di seluruh Malaysia. Perjuangan yang bernama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Sebelum aku memberi kata-kata semangat kepada calon-calon SPM 2011, terlebih dahulu aku nak mengimbau kenangan aku masa SPM dulu. Terkenang kembali memori lama la pulak. Masa SPM dulu, aku di sebuah sekolah berasrama penuh yang juga merupakan sekolah nombor 1 dalam Kuala Lumpur, iaitu..... SEKOLAH MENENGAH SAINS ALAM SHAH, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000 Kuala Lumpur. Sungguh bangga untuk menjadi salah seorang pelajar ASiS.

Emosi bercampur-baur ketika SPM. Seronok kerana alam persekolahan hampir tamat, dan dapat berehat sepuas-puasnya lepas SPM (sebab aku tak kena PLKN.. hehehe..). Rasa duka pula kerana tak dapat lagi berada dalam satu kelompok besar, batch ke-6 ASiS yang bernama - SA[VI]OUR. Rasa tak gembira juga kerana aku bakal meninggalkan sekolah yang penuh dengan kenangan itu, tempat aku membina banyak keyakinan diri.

Masa menjelang SPM dan sewaktu SPM berlangsung, sangat terasa bahawa hubungan sesama murid dan juga hubungan antara guru dan murid bertambah erat. Yang paling aku ingat, kesanggupan seorang warden yang bernama Ustaz Mohd Khiruddin bin Awang atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Khir, menemani kami setiap hari sewaktu SPM. Walaupun sering kali dianggap sebagai seorang warden yang tegas dan digeruni ramai, nyata beliau telah berjaya memadam tanggapan itu dalam pemikiran ramai pelajar ASiS sewaktu SPM. Ramai pula pelajar yang terharu akan kesetiaan beliau menjaga kami sewaktu SPM. Guru-guru lain juga turut setia menemani kami, dan sanggup mengadakan kelas tambahan, tak kira waktu : pagi, petang, siang, malam.. Walaupun ribut datang menerpa, nescaya guru-guru takkan putus asa untuk mengajar kami demi menjamin kejayaan seluruh warga sekolah. Kualiti guru-guru ASiS inilah yang aku kagumi dan sanjungi sejak sekian lama. Semakin hari berlalu, semakin sayang pula kepada mereka.

Rutin harian kami adalah, sebelum masuk dewan exam, wakil guru bagi sesebuah subjek tu akan memberi sedikit tips dan nasihat terakhir sebelum masuk dewan exam. Selain itu, kami akan buat stretching dulu dan nyanyi lagu 'Fikirkan Boleh' dan lagu batch kami, bertajuk 'Janji Kita'. Aku hafal lagu ni sampai sekarang, dan takkan lupa sampai bila-bila, insyaAllah..



Terbit mentari, kita lihat di sana terbina satu ikatan
Tanpa halangan, kita menjadi satu bersama, tempuhi semua


Biarpun luka, biarpun jatuh
Tidak peduli semua ditempuh
Demi menggapai sebuah bintang
Kita bersatu menjadi jitu

Tidak goyang, kami tidak pernah gentar
Itulah diri kita
Sederap meluru, memburu kejayaan
Janji kita bersama....


Masih terngiang-ngiang di telinga aku, slogan keramat yang disebut di ASiS, saban hari, iaitu:

SEDERAP MELURU MEMBURU 10A+


Begitu banyak banner digantung dalam kawasan sekolah masa musim exam...


Salah satu daripada banner yang digantung masa musim exam.

Perkara yang paling seronok masa SPM adalam kami dapat bawak handphone! Atas dasar memudahkan perhubungan antara murid dan guru. Kalau selama ni memang diharamkan bawak, masa SPM ni boleh bawak, tapi penggunaan secara terhad la. Maknanya, jangan nak tunjuk-tunjuk sangat la yang kau ade fon. Hehehe.. Cikgu-cikgu pun siap bagi nombor fon. Senang sikit kerja kami nak hubungi cikgu di saat-saat akhir. Selain tu, memori yang aku tak boleh lupakan adalah beraya Aidil Adha kat sekolah. Tu aku dah cerita dalam entri terdahulu. Kalau terlupa, klik kat SINI.

Setelah berusaha keras sepanjang 2 tahun, akhirnya tibalah tarikh 11 Mac 2010. Pengumuman keputusan SPM. Alhamdulillah, aku bersyukur dan berpuas hati dengan keputusan yang aku dapat. Aku dapat berapa A? Tak nak dedahkan lagi benda yang dah lepas.. Ada aku tulis kat dalam blog ni tahun lepas. Cari sendiri yer, tapi tak perlulah aku banggakan sangat keputusan aku tu, kerana siapalah sangat diri ini.


Rahsia!!! Hehehehe...

Pesanan kepada calon-calon SPM 2011:


  • Jangan tinggal solat. Solat tu tiang agama.
  • Sebelum mula paper tu, baca doa dulu. Kalau terhilang inspirasi tu, jangan gelabah... Doa agar diberikan idea untuk menjawab.
  • Usaha dengan bersungguh-sungguh di saat-saat terakhir ni. Masih ada masa, jangan risau, jangan cuak.
  • Jangan mudah putus asa jika tak dapat menjawab soalan dengan baik, kerana perasaan gundah tu akan menguasai diri untuk kertas-kertas yang seterusnya. Chain reaction la pulak kan...
  • Jaga kesihatan dan jaga diri musim exam ni.
  • Tawakal sebelum berusaha dan sesudah berusaha.
  • Jangan gatal-gatal mulut nak bincang jawapan lepas dah habis paper. Dah habis tu, biarkan.
  • Jangan meniru, nanti tak pasal-pasal kena gantung exam.
  • Ringankan mulut untuk menyebut 'terima kasih' kepada guru-guru, rakan-rakan dan pengawas peperiksaan.
Saya sudah makan garam. Hehehe.. Dah lepas SPM pun.. Calon-calon SPM 2011, sila berazam untuk buat yang terbaik mengikut kapasiti masing-masing. Berindak atas kemampuan sendiri. Pastikan sijil yang bakal korang dapat (contoh di bawah ni) nanti terisi dengan keputusan yang gempak!!


Rahsia lagi sekali... Hehehe...

Berkorbanlah sedikit untuk masa depan anda. Kalau tak nak buat untuk diri sendiri, buatlah demi ibu bapa, keluarga dan guru-guru. Apabila mereka tersenyum lebar dan berbangga dengan anda, pada masa tu, akan wujud satu kepuasan dalam diri anda. InsyaAllah, anda mampu lakukannya sekiranya wujud keazaman dan kesungguhan dalam diri anda.

Akhir kata, aku berdoa agar anda mendapat keputusan SPM yang gempak, straight A+, mudah-mudahan. Kepada junior-juniorku di ASiS (batch ke-8 : Infinate) dan di SMK Ismail Petra, berjuanglah habis-habisan agar dapat mengharumkan nama sekolah nanti. Doa abang bersama anda semua.

Usaha tangga kejayaan.

9 Nov 2011

Aidil Adha Versi Belgaum

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, dan Salam Aidiladha.

Akhirnya berpeluang juga aku untuk mengupdate blog ini untuk melaporkan serba sedikit mengenai sambutan Hari Raya Aidil Adha di Belgaum. Ini kali pertama ek aku beraya di perantauan. Hari Raya Aidil Adha ni penting dalam kalendar umat Islam, iaitu perayaan kedua terbesar selepas Hari Raya Aidil Fitri..


Aktiviti minggu ini.. Hehehe.. Sangat seronok! :)

Tatkala umat Islam di Malaysia telah menyambut Aidil Adha pada 6 November, kami belum menyambutnya lagi. Hehe.. Lewat sehari la pulak kat India.. 6 November tu jugak la, kami telah bermain 'Explorace' edisi Aidil Adha. Kumpulan aku ada 5 orang. Aku, Fareed, Gan, Syauqi ngan Fikri. Seronok main 'Explorace'. Banyak memberi pengajaran kepada diri ini. Insaf pula bila aku dapati banyak benda yang aku tak tahu. Namun, masih banyak ruang untuk diperbaiki kan..  Maaf kerana takde gambar diambil pulak. Terlampau komited lak main sampai tak ingat ambik gambar. Hehehe...

OK, Explorace dah habis, malamnye pulak, masa solat Maghrib ngan Isyak, dah mula bertakbir raya. Sayu hati apabila mengalunkan takbir. Namun, inilah harga yang perlu dibayar jika anda ingin keluar dari zon selesa.. Nak selesa, sila duduk rumah sahaja... =)

Pagi raya? Solat sunat lah... Diadakan di kampus USM-KLE, atas padang mini.


Solat sunat di pagi yang hening..


Imam pagi itu, saudara Mohamad Hanif bin Hashim, merangkap Pengerusi Islamic Society (I-Soc) USM-KLE.


Usai solat sunat Aidil Adha... Berseri-seri wajah semua..


Bermaaf-maafan sesama mereka yer, kaum muslimat...


Jejaka-jejaka kacak.. Hehe.. Dari kiri : aku, Fareed, Syauqi, Anwar Hakim


Geng 2nd Batch, all 19 years old mehhh... dari kiri : Aku, Akhyar, Arief, Hanif


Briefing untuk ibadah korban kejap...


Muka-muka tak balik raya. Hahaha... dari kiri : Arief, Aku, Amirul Juraimy, Amyrull Fazmi, Akhyar, Fareed


Agak-agak, kalau hantar salam perantauan ni, stylo tak? :D

Dah puas bergambar dah ni... Lepas tu apa gunanya beraya haji kalau tak melawat tempat korban ye dak? (Oghe Kelate panggil 'Ghe-Bey')... Kat sini pun, ibadat korban dijalankan seperti biasa. Untuk bahagian USM-KLE, ade 11 ekor lembu kesemuanya. Bercakap mengenai lembu pulak, lembu adalah 'haiwan suci' penganut agama Hindu. Jadi, untuk menyembelihnya (barang kali untuk mengelakkan salah faham atau ketegangan), dibuat di tempat yang tertutup. Kalau tak silap, kena dapatkan surat dari pihak polis lagi taw. Susahnya nak makan daging kat sini. Huhu... Barulah aku reti nak menghargai daging kejap..

Tapi, yang aku kagum kan, orang tempatan ni sangat pro dalam menumbangkan lembu. Kalau kat Malaysia, nak kena ikat-ikat dulu lembu tuh. Pastu kena guna kudrat ramai orang kan. Kat sini, 2 - 3 orang dah jadi untuk tumbangkan sekor lembu! Aku pun tak sedar bila masa lembu tu dah tumbang. Semua ni dilakukan di kawasan rumah Uncle Mustaq, kat Azam Nagar. Ramai orang Islam kat kawasan tuh.

Malamnya pula, ada jamuan... Yang penting, aku dah naik pangkat. Bukan menyanyi je kerja, aku jadi pengacara pulak. Hehehe.. Tambah lagi satu title... :D


Hadirin-hadirat malam tu sedang beratur ambik makanan...

Jamuan mula dalam pukul 7.45 malam. Bermula dengan bacaan doa dan sedikit ayat al-Quran dari saudara Muhammad Nabil bin Mohd Khassan. Untuk pengetahuan kalian, Nabil adalah senior aku di ASiS dulu. Hidup ASiS! :)


Nabil baca al-Quran  dengan sepenuh penghayatan.

Lepas tu, ucapan dari saudara Amyrull Fazmi, ketua 2nd batch USM-KLE.


Berucap sambil memegang Samsung Galaxy S2 nye... Hehehe.. :D

Lepas tu, ada persembahan nasyid yang sangat hebat oleh pelajar-pelajar USM-KLE. 2 lagu, Analisa dan Merah Saga. Penutup tak boleh blah, nyanyi lagu Mohabbatein lak. Bebudak pompuan sume dah sorak-sorak. Hehe.. Tapi memang syok woot! Tambah lagi satu aset USM-KLE, selain Puisidera, Tarian dan Band. Prof KJ pasti bangga! :)


dari kiri : Fareed, Dzulfikri, Arief, Akhyar, Hussein, Safwan, Amirul Juraimy. Yang paling kanan tu enterprem je. Hehehe...

Lepas tu, tiba detik yang dinantikan oleh seluruh pelajar USM-KLE. Pengumuman keputusan Explorace. Hehe.. Keputusannya :

Muslimin:

1. Sacred Muslimin
2. F.A.S.T.
3. As-Siddiq
4. As-Syabab
Bendera tercantik : As-Syabab

Muslimat:

1. Al-Adiyat
2. Az-Zahra
3. Zahratul Jamilah
4. Al-Ma'u Sab'u
5. The Untouchable
6. Humaira
7. Zahratul Jannah
8. Khaulah Al-Azwan
Bendera tercantik: Khaulah Al-Azwan

Yang penting, kumpulan aku no. 1 woot! Heheh.. Alhamdulillah, berkat usaha kami semua yang ikhlas, dibayar dengan kemenangan. :)

Lepas tu, ada satu kejutan, yang aku pun tak tahu mula-mula. Hehehe.. Ada cabutan bertuah la pulok. Jadi, ada nama yang telah dipetik. 5 sahaja. Nama-nama bertuah adalah:


Aku tampal sendiri taw atas kertas nih, nak share kat korang semua. Hehehe... Harisah takde pulak malam tu, so kene la amek nama lain, dan yang tersangkut adalah nama roomate sendiri, Aznil. Hehehe... Takde unsur bias yer. Nama pun cabutan bertuah. Lagipun bukan aku yang cabut.

Maka, berakhir sudah acara malam tu, dan alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah juga, tak sedih sangat pun bila beraya jauh berbatu dari tanah air, walaupun tahun ni semua ahli keluarga aku balik!! Jangan risau abah, mok dan ahli keluarga yang lain, saya baik-baik saja. Sekian dahulu pengemaskinian blog untuk kali ini. Harap sudi tinggalkan komen di bawah. Terima kasih.


Pengorbanan menuntut kesabaran dan kecekalan.

4 Nov 2011

Salam Aidiladha dari Perantauan

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Lepas kali pertama berDiwali di India, ade jugak lagi satu bende yang kali pertama nih. Hari Raya Aidil Adha @ Raya Korban @ Raya Haji pulak yang akan aku sambut jauh dari tanah air..


Harap-harap ade rezeki untuk ke sini bila dah berkemampuan... Nak hantar parents ke sana jugak... =)

Teringat kembali kenangan lama, raya haji kat ASiS, masa SPM dulu... Aku dah semangat nak balik rumah taw. Siap beli tiket pergi balik lagi. Alih-alih, cikgu tak bagi balik pulak dah.. Padahal sempat je kalau nak balik.. Tapi takpe, pengorbanan harus dilakukan demi kejayaan yang gemilang, dan aku amat berpuas hati dengan hasilnya. Terima kasih Allah, alhamdulillah, syukur.. =)


Last year, masa aku bergelar pelajar PASUM, raya haji cam normal je, tapi, raya haji kat Kelantan meriah beb. Macam raya puasa gak. Cuti umum pun 2 hari... Cuma yang bezanya, takde duit raya, dan raya penuh dengan daging, daging, dan daging lagi. Pergi rumah mana-mana pun daging je. Pastu ramai yang masuk hospital lepas makan tak hengat... Kesian jugak kan.. Kesimpulannya, berwaspadalah dalam pemakanan anda musim-musim raya nih, takut nanti kena stay kat wad pulak...

Untuk tahun ni, kami (pelajar USM-KLE) tetap akan menyambut Hari Raya Aidil Adha, walau jauh dari tanah air. Ada jugak pelajar yang pulang berhari raya kat Malaysia.. Ibadah korban tetap jalan.... Ada 11 ekor untuk bahagian pelajar USM-KLE... Bukan sekadar ibadah korban je. Solat Sunat Aidil Adha juga akan diadakan. By the way, kat sini raya haji 7 November. Lewat sehari berbanding Malaysia. Jamuan pada malamnya pula, dan tak dilupakan, acara Explorace juga. Sekalung pujian kepada Islamic Society (I-Soc) USM-KLE kerana sudi mengadakan aktiviti berfaedah kepada kami.


Sekadar gambar hiasan je... Bolehkan aku melapah daging nanti? First time ni nak buat...

Harapan aku agar hari raya kali ni datangkan semangat dan inspirasi untuk kita semua dalam kehidupan yang penuh pancaroba ni... Buat ibu bapa dan kaum keluarga, faham-faham lah kenapa saya tak balik yer. Hehehe.. Kepada kawan-kawan di Malaysia, jangan rindu-rindu aku sangat.. Hehehe... Maaf, terperasan pulak. Kepada seluruh rakyat Malaysia, berhati-hati di jalan raya, jangan masuk dalam statistik kemalangan. Nanti aku akan update lagi tentang sambutan raya haji kat sini yer. Akhir kata,

Salam Aidil Adha buat seluruh umat Islam di seantero dunia!

Tiada perjuangan tanpa pengorbanan.