28 Mei 2011

Bakal Berkenduri....

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...


Cuti sekolah dah pun tiba, maka banyakla bunga yang akan 'tumbuh' di jalanan. Bunga apa? Bunga manggar la!! Musim cuti ni kan musim orang kahwin... Banyak la raja sehari ye...


Kali ni, giliran keluarga aku pulak menerima seorang ahli yang baru. Kakak aku yang kedua (Amierul Shuhada) pulak nak kahwin... Kahwin dengan seorang insan yang bernama Syamsul Azmi, keje sebagai Pegawai Hutan kat FRIM... Kakak aku pulak tengah praktikal kat SMK Puteri.. Mengajar Pengajian Am untuk Tingkatan 6...




Bahangnya mula terasa, esok dah nye 'bekwoh'... 'Bekwoh' tu amende? Perkataan tu dipercayai berasal daripada perkataan English, iaitu 'big work' - kerja besar. Kan memerlukan kerjasama nak buat kenduri ni. Aku pun tahu asal usul perkataan 'bekwoh' daripada rancangan Majalah 3...


Ade la sikit2 ni gambar belakang tabir nak dikongsikan...


Khemah esok...


Menemani kakakku membeli aksesori perkahwinan...

Bukan esok punyer...

Ini dia.. Pelamin esok!


Malam ni kakak aku akad nikah, so aku akan dapat abang ipar lagi! Tunggu kakak aku yang no. 3 pulak nak kahwin bila tu... Aku pulak? Yang berkenan di hati tu memang ader, tapi tak tahu la orang tu nak ke tak kat aku ni... Aku tak hensem, gemok.. Huhu.. Takpe la, lama lagi nak kahwin... 5 - 6 tahun nanti bolehla.. Hehe..


Kepada sesiapa yang ada kelapangan, dan yang tinggal berdekatan rumah aku ni, jemputla datang esok... Lepas Zohor tu kira ok la... Jom meriahkan lagi majlis!!

Menunggu giliran dan usia yang sesuai untuk kahwin,
Rashdan Roslan

25 Mei 2011

FASA 2, Kemaskini 1

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...

Aku dah kemaskini permohonan aku untuk UPU bagi fasa 2... Berdasarkan kemampuan dan minat aku...


PILIHAN
PROGRAM PENGAJIAN
Pilihan 1: UPM - PM00 DOKTOR PERUBATAN
Pilihan 2: UNIMAS - WM00 DOKTOR PERUBATAN
Pilihan 3: UiTM - ED00 PEMBEDAHAN PERGIGIAN
Pilihan 4: UiTM - EF00 FARMASI
Pilihan 5: UPM - PM01 DOKTOR PERUBATAN VETERINAR
Pilihan 6: UMK - LM01 IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN VETERINAR
Pilihan 7: UiTM - EM04 OPTOMETRI
Pilihan 8: UKM - KM04 IJAZAH SARJANAMUDA OPTOMETRI DENGAN KEPUJIAN


GUGUR:
1. UKM - KM00 DOKTOR PERUBATAN
2. UKM - KD00 DOKTOR PERGIGIAN
3. UKM - KF00 IJAZAH SARJANAMUDA FARMASI DENGAN KEPUJIAN

Ok tak agak2 ni? 3.55 jadi bekalan.. Yang atas-atas tu aku tak yakin dapat.. Kalau veterinar yang UMK, insyaAllah dapat, sebab dah tanya sendiri orang kat sana... Tapi masih tak putus harapan untuk dapat kat atas2 tu.. Bukanlah aku tak sedar diri, tapi rezeki di tangan Allah... Kalau dia izinkan, maka dapatlah... Tapi kemungkinan sangat tipis.. Aku perlukan keajaiban..



Dalam situasi macam ni, aku amat memerlukan sokongan.. Bukannya kata-kata yang boleh melunturkan lagi harapan aku.. Bimbingan dan tunjuk ajar haruslah diberi dengan berhemah, jangan sampai kecik hati aku... Ada pendapat? Komen la kat bawah.. Aku amat memerlukan pandangan korang, yang mungkin dapat mengubah perspektif aku... Cepat! Esok tarikh tutup kemaskini UPU!!!

Berazam untuk bangkit,
Rashdan Roslan

23 Mei 2011

Operasi Gugur Kursus!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...


Entri kali ni wujud hasil kesedaran aku, bahawa aku hampir pasti takkan dapat course yang aku idamkan.. Tapi never say never la kan? Memang la never say never, kang terus tak dapat tawaran, baru padan muka aku..


Jadi, aku berhasrat, ingin menggugurkan beberapa course yang aku minat, supaya harapan aku lebih bersinar cerah, dan akan digantikan dengan yang bersesuaian...


Untungla ade seorang kawan aku ni, buat aku berfikir supaya tukar course.. Tak bermakna tak buat medik, masa depan aku gelap.. Kan? Kat sidebar sebelah kanan tu, aku ada sediakan poll, untuk korang undi, course mana yang sesuai dan banyak peluang keje, yang bersesuaian dengan pointer aku yang sebanyak 3.55... Undi jugak course apa yang patut digugurkan... Adoi... Pengorbanan harus dilakukan..






Kalau ada buat research sikit tu, atau ada apa-apa maklumat, bagi la komen ek.. Jangan kasar sangat sampai aku kecik hati.. Satu lagi, jangan paksa aku, biarlah aku buat keputusan.. Kau ke aku yang nak keje? Lekkk...


Aku perlukan pandangan korang dengan segera!!!!!!

Insan redha,
Rashdan Roslan

22 Mei 2011

Fasa 2, Permohonan

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...


Aku hanya nak tanya, ok tak pilihan aku ni? Berbekalkan pointer 3.55, boleh tak lepas salah satu ni?


  B. MAKLUMAT PERMOHONAN
 
 
PILIHANPROGRAM PENGAJIAN
Pilihan 1: UPM - PM00 DOKTOR PERUBATAN
Pilihan 2: UKM - KM00 DOKTOR PERUBATAN
Pilihan 3: UNIMAS - WM00 DOKTOR PERUBATAN
Pilihan 4: UiTM - ED00 PEMBEDAHAN PERGIGIAN
Pilihan 5: UKM - KD00 DOKTOR PERGIGIAN
Pilihan 6: UiTM - EF00 FARMASI
Pilihan 7: UKM - KF00 IJAZAH SARJANAMUDA FARMASI DENGAN KEPUJIAN
Pilihan 8: UPM - PM01 DOKTOR PERUBATAN VETERINAR


Ke aku yang tak sedar diri?? Tapi ni la course yang aku minat, dan yang aku layak... Sayang kat bahagian medik, dapat tiga U je...


Bantulah aku membuat pilihan!! Dilema ni.. Ada 4 ke 5 hari lagi untuk membuat pilihan...





Insan bimbang,
Rashdan Roslan

19 Mei 2011

Saya Bukan Pelajar 4 Rata

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...


19 Mei 2011... Keputusan exam dah keluar.... Tekan skrin, keluar la yang macam ni:





Apa-apa hal pun, alhamdulillah kerana berjaya dapat keputusan yang lebih baik daripada semester 1.. Syukur la kiranya... Tapi sedikit sedih... Rashdan gagal perform di PASUM... Tiada lagi Rashdan seperti di zaman sekolah... Aku dikalahkan oleh PASUM... Tapi aku takkan sesali keputusan aku masuk PASUM.... Sebab sesetengah orang kata, kalau aku masuk matrik, mesti aku perform.. Ye ke? Rezeki masing-masing la..


Walaupun keputusan ni jauh daripada yang aku jangka, tapi syukur, sebab banyak jugak course yang aku dapat mintak nanti.. Mesti la nak medik... Tapi sekarang ni, pilihan hanya tinggal tiga, iaitu UPM, UKM dan UNIMAS...


Kepada pensyarah-pensyarah, tutor-tutor dan abang-abang ngan akak-akak demo yang mengajar dan membantu saya untuk mendapat keputusan ni, terima kasih diucapkan... Tanpa anda semua, siapa la saya ni... Pointer pun mungkin rendah lagi... Halalkan segala ilmu yag diturunkan... Hanya Allah yang mampu membalas jasa anda semua....


Kepada kawan-kawan yang menolong aku tu, terima kasih sangat-sangat.... Aku yang kurang berilmu ni amat menghargai pertolongan daripada korang apabila aku perlukan... Kalau korang tak tolong, tak dapatnye result yang macam ni... Kepada kawan-kawan yang tolong tu, semoga Allah memberkati anda.... Semoga budi anda terbayar nanti, kalau tak kat dunia pun, akhirat nanti korang dapat balasannya....


Sekarang, dengan keputusan macam ni, pilihan dah pun terbatas... Apa yang aku nak buat? Gali, cangkul, kasi keluar semua pilihan yang ada... Tapi aku kene sedar diri la... Tolong aku carikan course yang sesuai ye, ikut hieraki ni:


1. Doktor Perubatan
2. Pergigian
3. Farmasi
4. Veterinar


Kalau korang sudi membantu, terima kasih....

Impian hancur hari ini,
Rashdan Roslan

17 Mei 2011

Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...


Entri kali ni tujuan dia untuk menghuraikan dengan lebih mendalam pasal Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, Universiti Malaya, atau lebih dikenali sebagai Kolej Kediaman Ke-12 (KK12)... Nak cakap serba sedikit je tentang life kat KK12....


Sebelum tu, like la dulu page KK12 kat Facebook.. Klik kat sini....


KK12 seperti yang korang tahu, adalah kolej yang paling baru dan paling canggih kat UM... Kolej ni menempatkan pelajar asasi, RPKJ (Rancangan Persediaan Ke Jepun), fakulti, dan jugak foreigner.. Tak lupa, felo KK12... Rumah pengetua besar gak....


Harapan je la kalau korang nak banglo sebijik kat sini... Hehe...

Kolej ni ada ramai giler orang... Kadang-kadang ade masanya bising tu ada la... Bleh dengar orang menjerit la, melalak la, terutamanya masa musim exam... Tak caye? Tunggu la... Pelajar PASUM la yang paling ramai, so jangan risau kalau korang yang paling muda, sebab korang ramai sangat. Takde ape la, tak pernah pun senior buat pape kat junior.. Bukan kat asrama lagi eh....


Sesape yang panggil KK12 tu sebagai 'asrama', please lah tukar, bunyi macam tak sesuai... Kita dah masuk universiti, so panggil 'kolej' ek... Janggal lak biler orang panggil 'asrama'...


Aktiviti kolej sangat banyak, nanti korang tengokla sendiri.. Best tau.. Join la, bukan untuk pelajar fakulti je... tapi batas-bataskanlah penyertaan anda, takut terkesan pulak pelajaran korang.. Tapi kalau korang yakin, boleh urus masa, then go ahead....


Kemudahan kat kolej ni memang tip-top.... Tengok ni:


Dewan Gemilang... Banyak function kat sini.. Kadang-kadang ada orang tempah buat majlis kahwin.... Ada air-cond, jangan risau...






Tasik pulak.... Di kesempatan ni, aku menyeru supaya korang janganla buat yang bukan-bukan kat tasik ni... Jangan duk bercintan-cintun macam belangkas kat sini.... Jangan cemari tasik KK12 dengan maksiat.. Ada yang sedang memerhati.. Kalau bukan manusia pun, Allah sedang memantau! Ingat!










Kafe... Ada 10 kedai besar... Yang kecik ade la dalam 5 kalau tak silap.... Yang penting, banyak makanan... Ada 2 bijik TV dan Astro... Kalau time match bola, memang riuh!




Kalau takde lif, matilah korang... Ni lif bebudak pompuan, ade pintu menuju ke lif.. Dak laki takde....


Serius ramai yang akan lalu kat sini.... Nantikan ya...

Kemudahan yang sangat penting kat KK12 - Mesin ATM!! Kalau rosak ni, korang kena jalan jauhnye dalam 1 km kot kalau nak cucuk duit....




Basketball Court...








[Sumber gambar daripada Fan Page Facebook KK12]


Nak tengok lagi banyak gambar? Klik kat sini....


Sape risau takut kena basuh baju guner tangan? Jangan risau, bawak coin banyak-banyak sebab ade mesin basuh..... Banyak jugak... Kalau tak nak guna mesin basuh pun, ader dobi kat bawah blok C... Bawak la baldi tuh!


Kalau untuk lelaki, kalau nak solat Jumaat, ader 2 masjid yang korang boleh pegi.. Satu, kat Masjid Ar-Rahman, dekat pintu gerbang UM menghala ke KL, satu lagi kat Akademi Pengajian Islam (API)... Sama jauh, tapi lain jalan la.... Surau pulak, untuk lelaki, kat tingkat 3 blok B, wanita kat tingkat 4 blok C..


Kat KK12, wi-fi memang ok.. Kadang-kadang je problem.. Nak bawak laptop, bawakla, tapi tanggungla risiko, takut diambil sang pencuri.. Barang lain macam handphone, iPod, charger, pun tengok2 la... Takut kena curi..


Barang-barang elektrik kena daftar... Contohnya charger handphone, laptop/PC, heater, radio dan pengering rambut... Kalau macam charger tu, 10 hengget je satu sem... Kalau laptop, maybe 25 hengget... Daftar, jangan tak daftar.. Nanti barang anda dirampas... Masa korang gi kelas, diorang boleh masuk bilik, rampas barang yang tak daftar.. Kena tuntut kat pejabat kolej beserta bayaran denda... Seterika tak boleh bawak, da ada disediakan kat pantri....


Sebilik ada dua orang.... Ada balkoni yang hubungkan 2 ke 3 bilik... Loker takde la besar mane, janganla bawak baju banyak sangat, ibarat nak pindah.... Katil tak boleh gerak, sebab dah disambung dengan loker dan meja belajar... Meja belajar lak besar jugak, lampu terang giler.. Tepi katil ada lampu jugak, kalau korang nak belajar gaya bebas.. Hehe..


Ada kedai runcit kat bawah blok B, dan ada kedai fotostat kat bawah blok C... Fotostat ngan print murah je, jangan bimbang... Kat bilik-bilik pun ade je yang buat bisnes print...


Kenderaan boleh bawak tak? Jawapan dia, ya, tapi nanti masa sem 2 je la... Sem 1 duk diam-diam dulu.... Kalau nak pegi kelas, dekat je, tak payah ngado nak naik keta.. Hehe.. Bawak basikal boleh la kalau nak mantapkan kecergasan...


Setakat ni je dulu huraian yang padat ni... Selamat menentap di KK12 ya!

Bekas warga KK12,
Rashdan Roslan

16 Mei 2011

Lilin...

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia....


Hari ni, 16 Mei 2011... Hari Guru tiba lagi... Dengan tema, Guru Penjana Transformasi Negara.... 






Guru – insan yang begitu mulia. Guru menyampaikan ilmu kepada kita, ibarat lilin yang membakar diri. Guru, tanpa mengenal erti penat lelah telah berusaha sedaya-upaya untuk mendidik dan membimbing kita ke arah yang benar dan betul. Mereka juga telah membimbing kita dalam pelbagai subjek yang dipelajari oleh kita di sekolah. 

Profession sebagai guru adalah amat terpuji. Sedar atau tidak, guru juga menjalankan sebahagian daripada tugas rasul, iaitu menyampaikan ilmu. Justeru, golongan guru ini begitu mulia kerana mereka telah menyampaikan ilmu milik Allah SWT yang tidak terkira bilangannya. Malahan, golongan guru juga menerima manfaat daripada pengajaran yang dilakukan oleh mereka. 

Hal ini demikian kerana selagi mana ilmu yang disampaikan itu dimanfaatkan, kebaikan daripada ilmu itu akan terus diterima oleh orang yang menyampaikan ilmu itu, yakni guru, walaupun guru itu telah meninggal dunia. Kini, 16 Mei tiba lagi. Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan sekali lagi diadakan di seluruh negara. Hari Guru ini bertujuan untuk mengenang jasa guru yang telah bekerja keras selama ini untuk mendidik anak bangsa untuk menjadi modal insan yang berkualiti pada masa depan. 

 
Hakikatnya, guru tidak mengharapkan balasan wang ringgit atau balasan dari segi material. Balasan yang selayaknya diterima oleh guru ialah KEJAYAAN - khususnya dalam peperiksaan atau dalam kehidupan amnya. Bayangkan hati seorang guru, sekiranya kita menghadiahkan gred A dalam subjek yang diajar oleh seseorang guru, pastinya hati guru tersebut akan melonjak kegembiraan. Namun, sekiranya keputusan kita agak mengecewakan, pastinya robek hati seseorang guru itu. 


Dalam konteks kehidupan amnya, apabila kita berjaya dalam kehidupan, pastinya guru akan berbangga dengan kita – anak didik mereka. Guru mana yang tidak mahu melihat anak didik mereka menjadi ahli korporat, orang kenamaan atau menteri, atau ingin melihat anak didik mereka menceburkan diri dalam profession lain, seperti jurutera, doktor, saintis atau arkitek. Renungkanlah, seandainya kita gagal dalam hidup, dan menjadi penganggur ataupun yang lebih teruk lagi, sampah masyarakat seperti penagih dadah dan ‘samseng jalanan’? Pastinya luluh hati guru kita sekiranya mereka terdengar berita tentang kita. Oleh itu, janganlah kita hancurkan hati guru kita.


Sempena Hari Guru ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Terima kasih, cikgu!” kepada guru-guru yang pernah mendidik dan membimbing diri ini selama 11 tahun saya berada di bangku persekolahan. Kepada guru-guru, tutor dan pensyarah yang pernah mengajar diri ini di SK Ismail Petra 1, Kota Bharu ; SMK Ismail Petra, Kota Bharu; SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; dan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, Kuala Lumpur... hanya Allah yang dapat membalas jasa anda. Tanpa cikgu, saya tidak mungkin dapat menggenggam erat kejayaan dalam UPSR, PMR dan SPM. Siapalah saya kalau tanpa guru-guru sekalian. Halalkan semua ilmu yang dicurahkan dulu. Dengan izin Allah, saya akan manfaatkan segala tunjuk ajar yang disampaikan dulu untuk menempuh kehidupan yang mencabar ini. Semoga Allah melindungi cikgu-cikgu semua daripada marabahaya dan malapetaka. Semoga rezeki cikgu-cikgu semua akan bertambah, berkat hasil cikgu-cikgu semua. Jasa cikgu-cikgu semua memang tiada tolok bandingnya, dan tidak ternilai. Hanya ucapan terima kasih jualah yang saya mampu berikan sebagai tanda ingatan kepada cikgu-cikgu semua. Anda semua adalah yang terbaik! 


Kepada rakan-rakan pula, janganlah hanya ingat kepada guru-guru kita pada Hari Guru sahaja. Sentiasalah ingat kepada guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Ucaplah “Selamat Hari Guru” kepada guru-guru anda, tanda ingatan tulus ikhlas dan kasih sayang kepada insan yang bergelar ‘guru’. Doakanlah kesejahteraan mereka sebagai tanda penghargaan kepada guru kita. Kenanglah jasa guru-guru kita. Tanpa mereka, tidak mungkin kita akan jadi seperti sekarang. Renung-renungkanlah. 


Akhir kata, saya sayang cikgu-cikgu semua!!!!



From nothing to something,
Rashdan Roslan

12 Mei 2011

PASUM lagi.... Kelas Tutorial..

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...


Disebabkan sambutan yang begitu hangat tentang post aku semalam, aku terpanggil lagi untuk tulis satu lagi entri... Kali ni pasal sistem tutorial kat PASUM...


Tutorial ni bertujuan untuk membantu korang fahamkan benda yang korang kurang jelas masa dalam kuliah... Korang akan diajar oleh tutor yang terdiri daripada pensyarah, tutor tetap atau tutor sambilan... Biasanya kalau dapat pensyarah sendiri pun memang beruntung sangat, sebab banyak chance untuk korang tanya balik apa yang dia sendiri mengajar...


Tutorial akan terdiri lebih daripada lebih 20 orang biasanya, dalam satu group... Group besar pulak, ada la dalam 80 - 90 orang... Kalau last year, Fizikal ada group A, B, C, D, E, F. Hayat 1 ada N, P, R, S, T, U. Hayat 2 ada X, Y, Z. Group aku hari tu group R2... Mula-mula ada 30 orang lepas tu, 3 orang keluar, tinggal 27... Group besar R ada dalam 80 lebih orang jugak...


Setiap sesi tutorial ada sejam sahaja, kecuali English... Macam masa aku dulu, tutorial yang tetap ada setiap minggu adalah:


Sem 1:
Algebra dan Geometri [FJAX0111], Kalkulus [FJAX0112], dan English [FB0111]


Sem 2:
Algebra dan Kalkulus [FJAX0113], Statistik dan Kebarangkalian [FJAX0114], English [FB0112]


Untuk Bio, Fizik, Kimia pulak, akan diselang-selikan... Contohnya minggu ni Kimia 1, next week Kimia 2.. Next 2 weeks, Kimia 1 balik...


Kertas tutorial ni biasanya akan diedarkan kat dewan kuliah, so ambikla.. Bukan kena bayar pun... Kalau tak nak datang kelas pun, suruh kawan ambikkan or fotostat je.. Bila melihat kertas tutorial tu, jangan sentap lak.. Kadang-kadang banyak, kadang-kadang sikit... Ataupun kalau tutorial tu nampak senang, tapi sebenarnya susah....


Kerja mesti siap! Jom aku cerita sikit pasal tutorial yang ada:


Biology:
Masuk-masuk kelas je dah kena buat kuiz... Biasanya 10 markah... Masa pulak bergantung pada budi bicara tutor... Biasanya dalam 15 minit je... Yang 10 markah ni la yang akan dikira untuk markah tutorial korang, so better buat baik-baik... Soalan tutorial akan diberikan masa kuliah, so korang kena salin... Soalan tu dipanggil sebagai discussion question.. Korang akan kena bentang masa dalam kelas, either sorang-sorang ataupun secara berkumpulan.... Kalau sape yang dapat tutor yang strict, memang malang la nasib...


Chemistry:
Soalan yang diberi setiap minggu wajib siap! Sebab nak kena hantar kat tutor untuk disemak... Minggu seterusnya baru bincang tutorial yang dihantar minggu ni, dan korang dapat markah.... Untuk lebih jelas, aku bagi contoh macam ni la... Minggu ni kena hantar tutorial 1.... Maknanya minggu depan korang akan bincang tutorial 1 dan hantar tutorial 2 pulak... Biasanya minggu pertama untuk setiap sem, diorang akan bagi Preliminary Tutorial dulu... So, minggu pertama penat sikit, kena buat dua tutorial... PT kena discuss minggu tu jugak, takde markah... Tutorial 1 yang ada markah.... Takde test untuk Chemistry..


Physics:
Yang ni tak kutip, so tak siap pun takpe... Tapi kalau tutor suruh buat kat depan, baru gelabah korang.. Haha.. Tutorial Physics susah sikit la.. Tapi korang cuba la ya... Setiap beberapa minggu, akan ada test, untuk ambik markah 10% tu... Korang nak meniru? Harapan je la... Diorang akan bagi set yang berlainan.. So, soalan korang takkan sama ngan soalan orang sebelah.. Tapi bentuk lebih kurang je la...


Mathematics:
Konsep dia sama macam Physics jugak, cuma markah test dia 20% taw.. Soalan lak, jangan risau, samanye ngan semua orang, so boleh la kalau nak intai-intai.. Hehe.. Tapi buat sendiri la.. Masa test pulak, bergantung pada budi bicara tutor.. Ada yang tetapkan dalam 10 minit je.. Tapi ada jugak yang boleh sampai setengah jam.... Ada yang boleh pakai kalkulator, ade yang tak.. Ada yang boleh bincang ngan kawan, ada yang tak boleh.. Ada yang boleh bukak buku, ada yang tak boleh...


English:
Biasanya tutorial ni la yang dianaktirikan.. Hehe... Kalau exam English pun, orang buat derk je... Kesian English.... Kalau masa first sem, masa untuk tutorial English adalah 4 jam... Boleh pecah jadi 2-2 atau 3-1.. Boring sikit.. Tapi takpe kot.. Bawak je gula-gula makan dalam kelas... Macam tutor aku masa sem 1, siap boleh open makanan lagi dalam kelas, sebab dia tahu, kelas 3 jam sangat boring.... Tapi nasib baik dia ajar best giler... Untuk first sem, diorang ajar untuk prepare diri kita untuk MUET.. Untuk second sem, untuk tingkatkan skil English... I tell you, English first sem is much much better than second sem.. Sebab MUET dah habis kan.. Tu yang jadi tak suka tu.. Hehehe.. Tapi kalau korang nak ulang MUET masa second sem, ulang la..


Jangan risau untuk tanye soalan kat tutor.. Diorang tak makan orang nye.. Hehe... Kelas tutorial ni pulak, boleh je kalau nak ditunda.. Bergantung kepada tutor.. Kalau tutor ada hal, dia boleh batalkan kelas untuk buat masa lain... Biasanya lepas pukul 5 petang la.. Percayalah.. Pengumuman kelas batal la yang paling hepi.. Tapi bila nak ganti tu, masing-masing pun liat.. Hehe..


Lama-kelamaan, korang dalam kelas tutorial tu akan kenal satu sama lain, dan akan jadi rapat sangat.. Sampai jadi couple pun ade gak!! Don't try this at PASUM ok.. Takut pelajaran jatuh je.. Rapat sangat nanti, sampai nak buat apa-apa pun ajak budak tutorial... Jalan-jalan, cuti-cuti, makan-makan, main kayak, dan lain-lain la... Rindunya group R2... :)


Rindu korang... :)

Jangan main-main la dengan tutorial ni... Sangat penting, sebab banyak soalan exam lecturer amek dari soalan tutorial la.... Bukannya bulat-bulat, tapi ade la macam soalan tutorial, so make sure buat, nanti compile semua soalan dalam file, senang nak cari.... Tapi jangan serious sangat kat PASUM... Hepi-hepi la ngan kawan-kawan tu... Chill until you feel elated.. :)


Kalau ada soalan, cadangan, kutukan atau pendapat, komen la kat bawah ni ye.. Nantikan entri terbaru mengenai PASUM lagi esok ya..

Produk PASUM,
Rashdan Roslan

11 Mei 2011

11 Bulan Di PASUM

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..


Disebabkan bertubi-tubi pertanyaan mengenai kehidupan di PASUM oleh junior-junior, aku dengan berbesar hatinya nak share la sikit sebanyak gambaran pasal PASUM... Kalau nak citer sume, memang tak habes kot...


Oh PASUM!!


Realiti kat kolej ni takde la semudah dan seindah yang disangka. Memang ada yang manis dan pahit. Jangan risau, bagi aku, banyak gilakkk mende yang best kat PASUM ni... Aku pun nak suggest kat korang supaya sambunglah belajar kat PASUM.


Pada pendapat aku, kenapa PASUM harus menjadi pilihan?


1. Suasana yang selesa untuk belajar
Korang, kalau masuk PASUM tahun ni, dapat bangunan baru. Kitorang pun dengki sebab tak sempat guna. Dengar citer, dalam tu facility memang 1st class.. All in one la kiranya.. Korang cuba pegi usha2 dulu, tengok bangunan PASUM yang baru. Suasana pun kondusif... Kalau hujan tu, sejuk sangat.. Tapi boleh jadi panas giler gak.. Tengah bandar raya la kan...


Bangunan baru kowt!!



2. Kolej kediaman yang terbaik!
Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, atau Kolej 12 adalah kolej yang paling baru dalam kalangan kolej-kolej yang ada di UM. Kolej ni ala-ala apartment, blok A dan blok B untuk lelaki ade 7 tingkat, dan blok C dan blok D untuk perempuan ada sampai 9 tingkat. Kemudahan kat kolej tu mantap, ada gelanggang futsal, gelanggang badminton, cafe, tasik (biasanya kalau sambutan birthday kat sinilah..).. Kolej ni dihuni oleh pelajar asasi, fakulti dan tak ketinggalan, foreigner. Dalam kolej ni ada lebih 2000 orang, so memang ramai... Kalau masa hujung minggu, memang rasa kosong, sebab ramai yang balik or keluar... Jangan risau, ada lif... Hehe..


Macam apartment!

Tasik KK12....

3. Pensyarah yang berpengalaman
Kat PASUM, ramai pensyarah yang ada pangkat Prof atau Prof Madya.. Majoriti mereka bukan baru setahun dua mengajar, malahan ada jugak yang berusia lebih 60 tahun, masih mampu untuk mengajar.. Soalan pun mereka yang tentukan, apa yang masuk, apa yang tak masuk exam.. Senang la sikit sebab boleh dapat tips atau skop.. Tapi soalan exam tak la semudah yang di sangka. Kalau korang tak dapat catch up apa yang pensyarah duk membebel mengajar, akan ada pula kelas tutorial yang akan membantu korang. Nanti aku cerita dengan lebih lanjut.


4. Lokasi di tengah kota raya
UM kan kat KL, so senang la sikit urusan korang nanti, kalau nak balik kampung ke, nak keluar jalan-jalan, nak beli keperluan harian, dan macam-macam lagi. Yang penting, line henfon penuh tu..... Baik Maxis, Celcom, DiGi, dan lain-lain, no problem! Pengangkutan awam pun lengkap kat sini, so mudah la kalau nak pegi mana-mana...


5. Internet free....
Guna password korang nanti, boleh la log in internet free 24 jam... Kadang-kadang masalah la, tapi kebanyakan masa, Internet ni ok je... 


6. Boleh rasa suasana hidup kat kampus
Kat sini, korang ada sikit kelebihan berbanding kawan korang kat matrik, sebab korang dah rasa environment kampus tu macam mane.. Boleh nampak ape yang korang akan buat masa degree nanti.. Contohnya pilihan raya kampus, korang boleh lihat realitinya kat sini.. Lagipun, kalau andai kata korang dapat masuk U tu jugak masa degree nanti, senang la sebab korang dah tau selok belok U tu..


Dah dengar kan yang best-best? Jom dengar benda-benda yang korang kena jaga-jaga sepanjang kat PASUM nanti....


1. Penyakit 'M', iaitu penyakit MALAS
Sangat bahaya kalau korang ada penyakit nih. Belajar dah la susah sikit compared to matrik, sebab syllabus PASUM lebih detail... Waktu belajar seharian start pukul 8 pagi, habis pukul 5 petang... Dah macam orang keje lak.. Balik tu mesti la penat, walaupun kolej takde la jauh sangat ngan tempat korang belajar nanti.. Petang tu mesti nak riadah atau tidur kan.. Malam baru boleh nak study... Tu pun nak kena siapkan tutorial, lab report... Nak baca benda-benda yang korang tak faham lagi.. Kalau korang tido kul 12 tu kira masih awal lagi... Kalau hujan lak, memang dugaan... Sejuk, sedap tidur kat bilik.. Dah la kalau nak gerak pegi kelas tu kena pakai payung, tu pun boleh lencun lagi....


2. Life yang sangat bebas
Kat UM, transport sangat mudah, kalau korang nak keluar.. Mid Valley dekat giler.. Naik bas, tambang singgit je... Kalau naik teksi, baru habes dalam 5 hengget lebih je.. Kalau nak pegi mane2 pun, senang, sebab ada LRT.. So, kat sini, godaan untuk keluar memang tinggi... Pandai-pandai la korang nak uruskan, so nanti korang ada masa nak blaja lagi..


3. Laptop
Internet free lak.. Keje menghadap Facebook la jawabnye... Movie ngan drama nanti pun kompem akan dapat banyak punyer dari member2 korang... Bila korang tak study, mesti tengok movie atau main game... Dota la, PES la, FIFA la... Kan dah buang masa kat situ.. Kalau nak tengok movie pun, kekerapan tu bertambah biler hujung minggu la, sebab masing-masing duk sibuk nak siapkan tutorial ngan lab report... Tapi ada jugak yang tegar nak stay up sampai 3-4 pagi.. Ikut suka hatilah, janji korang hidup bahagia... Ramai je yang main game memanjang dapat result bagus... Sebab diorang pandai urus masa....


Apa yang korang akan tempuh bila bergelar seorang pelajar PASUM? Mula-mula, bila dah habis sesi pendaftaran tuh, ade la Minggu Haluansiswa (ade jugak yang gelar benda tu sebagai Minggu HELLuansiswa).. Ni kira Minggu Orientasi la.. Nak perkenalkan korang pada suasana kolej, PASUM dan jugak perkenalkan tenaga pengajar kat situ.. Nak terapkan semangat kolej la kat korang... Akibatnya, nanti korang dapat tidur dalam dua ke tiga jam je sehari sebab anda akan disibukkan dengan lagu-lagu dan cheers or sub yang korang kena hafal, dan hafal, dan hafal lagi!!! Kena berjaga sampai pukul 2 pagi tau, sambil buat mende tu.. Setakat kena psycho ngan PP (Pembantu Pelajar) tu biasa laa...  So, prepare ur mind sebelum korang tak tahan.. Pukul 6 pagi dah kena kumpul untuk senaman pagi.. Walaupun minggu tu sangat stress, tapi fun jugak sebenarnya.. Bila lagi nak rasa macam tu... Ada jugak antara korang nanti yang kena buat persembahan bila malam last nanti... So, sape nak mengelat buat persembahan, jangan tulis bakat korang kat borang nanti... Boleh jadi penonton je.. :)


Lepas tu, bermulala cabaran sebenar.... Kuliah start, lepas 2 minggu, tutorial ngan amali pun mula jugak... Kalau korang amek Asasi Sains Hayat macam aku, korang nanti belajar 4 subjek, yang akan dipecahkan kepada dua... Campur English, nanti ada 9 paper untuk satu sem... Tutorial lak, nanti akan disusun ikut korang punyer English proficiency.. Kalau Hayat, ada Hayat 1 ngan Hayat 2... Group besar tutorial pulak, masa aku ada N, P, R, S, T, U, X, Y, Z.. Dalam satu group besar tu, pecah pada 3 pulak... Contohnya N1, N2, N3.. Dalam satu group ada lebih 20 orang... Group korang akan kekal sepanjang pengajian kat PASUM (kalau takde orang keluar la).. Memang korang akan jadi rapat giler dengan budak tutorial korang... Macam aku, sayang group R2... :)


Amali or lab pulak, duration dia 3 jam, memang nampak lama, tapi kadang-kadang tak cukup masa, especially peringkat awal-awal nanti, memang rushing... Kalau korang ader masalah nanti, korang ada abang2 or akak2 demonstator yang akan tolong.... Biasanya diorang tengah buat Master tu.... Kalau macam experiment Kimia kan, korang kena buat sendiri, kadang-kadang je boleh share... Apparatus tu semua ada sorang satu, dalam loker masing-masing.... Bolehla berangan jadi saintis jap...


Antara katak yang menjadi mangsa...

Tikus pun jadi mangsa....


Bahan-bahan kimia...


Boleh ke korang timbang tepat camni?? Ade bran?? Hehehe...

Kalau nak kira markah untuk paper nanti, kalau untuk Bio, Fizik, Kimia :


Final exam - 60%
Mid-sem exam - 20%
Tutorial - 10%
Amali - 10%


Math :


Final exam - 60%
Mid-sem exam - 20%
Tutorial - 20%


Korang jangan main-main lak biler kat PASUM tu, sebab nasib korang belum tentu lagi.. Aku pun belum tentu jugak, sebab masa aku tulis mende alah ni, aku tengah tunggu result jugak... First sem dapat 3.44 je...


Kat PASUM ni nanti, ada jugak aktiviti sikit, tapi tak macam kat sekolah dulu la, bertimbun-timbun... Banyak fokus pada belajar kat sini... Yang big event nye nanti ada Jogathon PASUM, English Week dan jugak Malam EMAS... Malam EMAS la yang best, sebab boleh makan sedap-sedap.. Hehe.. Masing-masing, tak kira laki or pompuan, masa tu la nak bergaya or nak melaram.. Macam batch aku, diorang buat kat PICC.. Grand giler la tempat tu.. Walaupun bayar 100 hengget...


Grand giler...


Aktiviti kolej ada banyak jugak, macam Fiesta Rumah Terbuka Kolej 12 (Frenster 12), ceramah, kempen, banyak jugak lagi kalau nak citer... Tapi life tu fun la.. Saranan aku, kalau nak aktif sangat dalam aktiviti kat sana, make sure jangan diabaikan study tuh.. Kalau korang dpt 4.00 masa first sem, n aktif dalam koko, ada chance nak dapat Anugerah Pelajar Emas masa Malam EMAS nanti.. Kalau boleh, biar balance la.. Tapi kalau untuk isi markah koko masa nak apply UPU lagi sekali, rasanya macam dah cukup je, kalau korang masuk Jogathon PASUM je.. Sebab boleh pakai lagi aktiviti korang masa Form 4 ngan Form 5....


Kat sini, satu bilik, ader 2 orang.. So, kalau korang nak duduk ngan member korang, make sure korang set dulu la ngan kawan korang... Kalau nak duduk bilik dekat2 pun boleh jugak... Datang sama2 nanti biler nak daftar bilik.... Kalau korang terdapat roomate yang korang tak berkenan, boleh jugak tukar nanti... Tulis surat kat kolej... Tapi better yang korang dah kenal lama la... 11 bulan kan nak duduk sama2... Kalau dah kenal, persefahaman tu adelah... Kat kolej ni ada balkoni jugak, jangan lompat taw, nanti boleh jatuh, mati!! Macam last year, ade kes orang mati, jatuh dari balkoni dari tingkat 5... Kalau korang ade bran nak lompat, lompat la kalau rasa dah lame hidup.....


Ni pintu bilik aku dulu..


MUET lak nanti korang ambik masa bulan 11.. Kalau nak tukar pusat exam, bagitau awal2 kat ofis PASUM... Macam aku tahun lepas, tak sempat, so terpaksa la exam kat UM... Burn seminggu cuti sem aku.... Kat PASUM, diorang ada buat kelas persediaan untuk MUET... So, tak payah susah payah amek kelas kat luar sana... Korang ni kira beruntung la...


Harap korang dapat control la diri korang masa kat PASUM.. Janganla leka sangat kalau study tu.. N jangan jadi ulat buku sangat... Takde life nanti... Nanti menyesal!! Enjoy la hidup kat sana... Best sangat-sangat.... Ni peluang yang korang ada untuk stay kat UM, walaupun mungkin hanya untuk peringkat asasi.... Macam aku, dah rindu UM ni.. Kawan-kawan aku best giler!!! Nak sebut ramai lak...  Gunakanlah PASUM sebagai tempat untuk mematangkan diri korang.... Akhir kata, selamat maju jaya.... :)


Semoga dapat 4.00 flat untuk sem 1 dan sem 2!!

Bekas pelajar PASUM,
Rashdan Roslan

8 Mei 2011

Hari-Hari Pun Hari Ibu.....

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Hari ibu ni, aku takde la buat sambutan lebih-lebih pun, sebab aku tak perlukan satu hari yang spesifik untuk kenang jasa mak aku.... Jasa beliau sentiasa dihargai dan dikenang oleh aku...


Mudah ke nak kandungkan aku selama 9 bulan 10 hari? Mudah ke nak lahirkan aku ke dunia? Senang ke nak besarkan aku dari masa aku masih merah sampai sekarang? Senang ke nak korbankan masa bersama anak-anak? Jawapan dia, semua tu susah! Mak kita semua sanggup bergadai nyawa, mengambil risiko untuk apa jua, demi sape? Demi kita!


Mak, tak terbayar setiap titisan susumu.. Tak terbayar juga peluh dan keringat yang menitis dari tubuhmu apabila kau ingin mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan keluarga.. Ketika aku sakit, kau yang banyak memberiku semangat untukku sihat semula. Ketika aku bermasalah, kau rungkaikan segala kekusutan. Ketika aku tersilap langkah, kau perbetulkan jalanku. Ketika aku memerlukanmu, kau ada di sisi.


Terima kasih kerana menjagaku tanpa jemu sejak 18 tahun 5 bulan yang lalu.. Kaulah ibu yang terhebat dan engkaulah ratu hatiku.. Jasamu akan sentiasa aku kenang, tidak perlulah kita menyambut Hari Ibu, kerana kasih sayangmu sentiasa abadi dan kekal dalam qalbuku. Kau adalah insan istimewa yang bernama:


RAKIAH BINTI ISMAIL

Sangat menyayangi ibu yang tercinta,
Rashdan Roslan