7 Ogo 2013

Perjalanan Jauh Tak Ku Rasa.. Kerna Hatiku?

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua!

Sedar tak sedar, dah nak raya dah kita ni. Ramadhan 1434H bakal menuju ke penghujungnya. Namun, perginya Ramadhan hanya pada zahirnya sahaja. Ramadhan itu tetap kekal berada pada hati para pencinta Ramadhan. Semoga kita semua dapat bertemu Ramadhan edisi 1435H pulak yer, mudah-mudahan, dengan izin Allah S.W.T.



Jom nak cerita pasal balik kampung ni. Tahun ni sempat berpuasa di perantauan selama 16 hari. Setelah berjuang dalam peperiksaan Selanjar 2 tempoh hari, aku terus pulang ke Malaysia. Cuti 6 minggu. Mohon jangan jadi macam tahun lepas, kena extend sampai 14 minggu.

Macam biasa, perjalanan bermula dari Belgaum ke Bangalore dengan menaiki bas ekspress berkatil. Naik bas dengan Afiq Aizat, Azlan Yunos dan Safwan Khairuddin. Bertolak dari Belgaum pada jam 8.30 malam. Alhamdulillah, tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini. Berjaya sahur dalam bas.

Jom ke Bangalore

Setibanya di Bangalore pada jam 5.30 pagi, aku terus ke rumah akhi Amirul Hasbi dan Fatah Md Radzi, senior IMS-MSU. Tumpang berteduh barang sejenak sementara menanti flight pada petangnya. Tak ke mana-mana pun hari tu sebab puasa kan, kenalah aktifkan energy-saving mode. Hehe.. Lepas solat Jumaat, terus ambik teksi dari Gokula ke Bengaluru International Airport.

Sempat bergambar dengan akhi Fatah. Bau nasi minyak la pulak. Hehe.. Akhi Fatah bakal bernikah pada 16 September ni di Pulau Pinang. Sayangnya kami warga Belgaum tak dapat hadir sebab kelas dah mula..

Setibanya di airport, nak check-in baggage semua lah kan. Ada drama lah pulak kan. Tetiba diorang dekat kaunter tu tegas pulak, nak suruh buat hand luggage tu 7kg dan ke bawah. Tak pernah pulak selama aku naik flight ni, diorang timbang hand luggage. Pelik betul lah India nih. Syukurlah bulan puasa, aku sabar sikit. Aku punya hand luggage masa tu 8.4 kg. Terpaksalah keluarkan sikit bawak masuk dalam luggage besar tu. Syukurlah luggage besar tak lebih muatan lagi, tapi kena bukaklah plastik yang balut beg tu. Rugi Rs. 200 di situ. Takpelah, dugaan dari Allah S.W.T. untuk menguji kesabaran aku pada hari itu. Bukan aku je yang kena, ramai lagi yang terkena. Pengajaran kat sini adalah kalau naik AirAsia dari Bangalore, make sure hand luggage jangan lebih 7kg sebab orang kat airport tu menggelabah. Keep calm and wait for the flight. :D

Beraturlah kita...
Suasana dalam Bengaluru International Airport. Seharian tak hujan.. Alhamdulillah, flight tak delay.
Keep calm and play FIFA '13
Setelah segala drama tadi, dah lepas imigresen dan pemeriksaan keselamatan, akhirnya dapat jugak bawa bertenang. Irama dan lirik lagu Balik Kampung terngiang-ngiang dalam kepala. Pulang ke tanah air dengan menaiki pesawat AK1212 oleh AirAsia, alhamdulillah selamat sampai di LCCT pada jam 12.15 a.m.

Buku merah dan boarding pass jangan lupa bawa. Oh, FRO juga.
Terbang!! Bosan jugak 4 jam 15 minit tak tahu nak buat apa..
Indahnya awan, subhanallah!
Dapat kurma percuma, tajaan RHB Islamic

Juadah iftar di awan biru
Akhirnya setelah 4 jam 15 minit dalam flight, sampai jugak di LCCT. Junior aku kat USM-KLE, Talhah Jamalludin ambik aku kat sana memandangkan flight aku untuk ke Kota Bharu adalah pada pukul 1.25 pm. Lambat lagi. Nak tumpang berteduh je. Sekali.. dia bawak mak dia sekali. Ini sudah menyusahkan. Rasa bersalah pun ada. Nasib baik mak dia baik, siap jamu aku dengan makanan lagi sesampainya aku di rumah mereka di Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi. Ada sate, kek lapis Sarawak, nasi goreng dan kuih-muih yang lain. Awal pulak rasanya sampai rumah. Hehe.. Jet lag sikit malam tu, susah nak tidur.

Akhirnya mendarat di tanah air!!!

Memandangkan layanan mereka yang terlebih terbaik tu, nanti raya ni nak balas budi lah. Hehe.. Mujur mereka beraya di Kelantan. Hinggap sebentar di BBST, pukul 10.30 pagi dah pergi LCCT semula. Tunggu flight balik Kelantan pulak pada jam 1.25 pm!! =)

Salam Aidilfitri daripada pihak Malaysia Airports
Apa lagi, masuklah! =)
Penantian satu penyeksaan. Mohon bersabar..
Jom balik Kelantan!!!

Bakal menemui keluarga tercinta dalam masa sejam lagi

Kelihatan Sungai Kelantan di bawah sana

Suasana menghijau amat mendamaikan hati perantau

Kota Bharu dari atas flight
Akhirnya, tiba jua di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu pada jam 2.25 pm, 27 Julai 2013. Kembali ke kampung / bandar halaman dan yang paling penting, kembali ke pangkuan ibu bapa dan keluarga tercinta. =)

Welcome back to Kelantan! =D

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana memberi peluang untuk aku bertemu keluargaku lagi.

Bersama sahabat baik sejak sekolah rendah lagi.

Lepas sesi cepika-cepiki di LTSIP, sambung sembang-sembang kat rumah la pulak kan. Baru 5 bulan tak jejak rumah, tapi dah rasa agak lama. Nampak sangat homesick. LOL

Akhir kata, Salam Aidilfitri kepada semua, terutamanya ibu bapa, adik-beradik, keluarga, guru-guru, rakan-rakan, sahabat handai, jiran-jiran dan sesiapa jua yang mengenali diri ini, termasuklah pembaca setia blog ini. Dengan rendah dirinya aku memohon seribu kemaafan zahir dan batin andai ada tersalah kata atau terlanjur bicara selama kita kenal ni. Aku juga memohon maaf andai ada perbuatan yang tidak menyenangkan anda semua. Sempena hari raya ini, semoga menjadi titik perubahan untuk kita menjadi insan yang lebih baik dan hamba yang lebih taat kepada Allah S.W.T.



Jemputlah datang ke rumah. InsyaAllah aku akan sentiasa ada di rumah kecuali hari raya ke-4 dan ke-5. Sebelum datang tu, kenalah call atau mesej dulu yer. Aku pun nak pergi beraya jugak. Hehehe.. Alhamdulillah, tahun ni boleh kembali beraya sakan sebab dah boleh bawak motor sendiri semula. Tak nak ingat pasal tahun lepas dah.

Raikanlah hari kemenangan kita ini dengan berpada-pada sambil kita menjaga syariat dalam bergembira. Janganlah dilupakan kepada mereka yang kurang berkemampuan dan jangan lupakan saudara seakidah kita yang sedang ditindas di Palestin, Syria, Mesir, Rohingya, Selatan Thailand, Selatan Filipina dan di serata dunia. Bersyukurlah kerana kita masih mampu merayakan hari kemenangan kita ini dalam keadaan yang lebih baik.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin ikhlas daripada saya, Muhammad Rashdan bin Roslan. Taqabbalallahu minna wa minkum.