27 Sep 2011

EPISOD 2 : Corat-Coret USM-KLE

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Dah lama aku tak update blog, kan? Ada la sebab-musabab yang tertentu. Takpe, lupakan kekhilafan itu. Sekarang ni, setelah lebih 2 minggu bertapak di bumi India ni, baru ada peluang nak bercerita tentang ketibaan aku di bumi rempah ni.


Perjalanan aku bermula seawal 8 September lagi. Ibarat melarat di tanah sendiri, aku mintak pertolongan Akhyar (kawan aku yang sepatutnya terbang bersama dengan aku) untuk hantar aku ke Stesen Bas Ekspress Kota Bharu. Keluarga aku dah takde kat KB masa tu. Aku nak balik ke kampung aku di Pekan, Pahang dulu, sebab keluarga aku menanti di sana. Bertolak pukul 9.30 malam, sampai Pekan pukul 5.00 pagi.

Tanpa berlengah, aku terus susun semula bagasi aku, agar tak terlebih 20kg had muatan yang dibenarkan. Sempat lagi aku show off duit yang MARA bagi kat aku. Hehehe...


Pukul 7.30 pagi camtu, dah mula bergerak menuju ke kota raya Kuala Lumpur, tapi sebelum tu, singgah rumah Mak Long kejap. Lepas tu, singgah makan kat Restoran Zaman, dekat Kuantan, sedap woooo nasi lemak dia. Aku makan tiga bungkus. Hehehe.. Pasni susah nak jumpa nasi lemak sesedap tu. Pukul 12.30 gitu, sampai kat KL. Singgah kejap kat sebuah kondo di Jalan Ipoh. Mak cik aku sewa kejap. Dalam pukul 3.00 petang, gerak ke KLIA la. Risau traffic jam pulak. Memang jam pun kejap. Tapi bila dah masuk highway, ok je. Alhamdulillah, nasib baik aku hafal jalan kat KL.

Dipendekkan cerita, tibalah aku kat KLIA, dalam pukul 4.30 jugak. Takde orang lagi la pulak. Nampak sorang dua je baru. Tak tau nak buat apa.

Dipendekkan cerita, aku pun check-in lah. Aku agak kekok sebab ni first time naik flight!!!


Tiket penerbangan aku yang pertama sepanjang hidup :


Seronok je tengok ada ramai kawan kepada kawan-kawan aku yang hadir untuk menghantar mereka di KLIA sebelum terbang. Kawan aku? Sorang pun takde. Sedih tu ada sikit, tapi nak buat macam mana, sape suruh fly masa orang baru masuk U?? Haha.. Alhamdulillah, ramai saudara aku yang sudi hantar aku kat sana. Terharu lak rase....


Aku + ibu bapa + adik beradik + abang ipar + mak sedare + pak sedare + sepupu


Bergambar bersama Encik Roslan bin Abdul Rahim dan Puan Rakiah binti Ismail. Aku anak kebanggaan mereka! Tak akan aku sia-siakan harapan mereka, ingin melihat aku bergelar Dr. Muhammad Rashdan bin Roslan.


Aku + kakak 3rd + mak sedare + sepupu




Aku + mak + kakak 1st + abang ipar + anak sedare


Aku + kakak 2nd + abang ipar

Setelah lama menunggu, tibalah waktu untuk berpisah. Tiada drama air mata, sebab aku akan balik setiap tahun. Hehehe... Dalam pukul 7.30, family aku dah balik. Aku pulak, pukul 8 lebih pergi masuk kat security check.


Pernyataan yang tidak tepat terhadap aku.. Hehehe..


Haaa.. Beratur ye kanak-kanak...

Pengalaman kali pertama naik kapal terbang aku, boleh tahan la. Masa mula-mula nak terbang tu, excited jugak. Geli pun ada jugak. Hahaha.. Cuma sakit telinga je la. Boring pun ada, sebab kat luar tu gelap, tak nampak apa pun. Makanan dalam flight tu, makanan India! Vege or non-vege? Mesti la non-vege.. Hehehe..

Setelah 5 jam penerbangan, tibalah kami semua kat Bangalore, atau nama tempatannye, Bengaluru. Pening kepala sikit. Blur pun ade jugak. Lama pulak tu transit. Sebelum kami 'pengsan' buat seketika, ada jugak makanan untuk kami....


Makan jangan tak makan!

Tapi... apakah yang berlaku...


Anjing dalam airport!! Haha.. Lupa lak.. Welcome to India.. Anjing kat sini ibarat kucing kat Malaysia.... Tu, anjing tengah makan makanan bebudak nih. Terus jadi drama sebabak..


Ada yang berjaga, ada jugak yang dah tumbang. Hehe.. 8 jam transit tuh.

Setelah ZzZzZzZz selama beberapa jam, (tak lena sangat pun sebenarnya, diiringi jugak dengan muzik tradisional India yang begitu syahdu) kami pun berlepas ke Hubli pada jam 8.05 pagi. Tapi sebelum tu, nak kongsi drama sebabak aku pulak kat airport. Kisahnye berlaku kat tandas airport tu. Aku nak ambik wuduk taw. Aku ambik wuduk kat dalam tandas tu. Nak dijadikan citer, air tu pun masuk ke tandas sebelah, sebab dinding tandas tu tak rapat kat bahagian bawah. Kira air tu melimpah la. Bukan banyak pun, tapi ada sorang pak cik tu (orang sana la), sound aku pulak. Dah la kena sound dalam bahasa tempatan. Mana aku paham... Huhu... Penat aku explain... Kitorang solat pun atas kerusi je taw. Takde tempat..


Tiket ke Hubli...

Pesawat kami...

Tak boring skit perjalanan tu, sebab boleh tengok pemandangan kat bawah. Lagipun flight kejap je. Flight ke Hubli tu sejam suku, so pukul 9.20 pagi camtu, tibalah kami di Hubli, lebih kurang 100 km dari Belgaum.


Setibanya kami kat airport Hubli, ade la bas USM-KLE sedia menanti.


Tu dia, bas warna kuning... yang kat belakang bas tu nama dia 'auto'. Kalau kat Thailand, nama dia 'tut-tut', kat Indonesia, nama dia 'bajai'.

Ade dua bijik bas. Jejaka seramai 9 orang memang bernasib malang, dapat bas yang penuh muatan dan jugak kurang pick-up. So, lambat la kami, jejaka-jejaka Malaya ni sampai ke KLE University. Dua jam jugak baru sampai. Dalam perjalanan tu, macam-macam terjadi. Paling ketara, insiden hon-mengehon antara kenderaan kat India. Aku ingatkan kenapa la kan, tapi memang budaya diorang, hon sesama sendiri. Siap tulis lagi kat belakang kenderaan (lori atau bas), 'Please Horn'. Bising weyhh!! Stress aku dibuatnye. Tu tak campur dengan gaya pemanduan yang 'berhemah'. Hahaha.. Ade sekali tu, hampir langgar kambing, kuat giler brek.. Terperanjat boboi!!!

Akhirnya.......


Tiba jua kat KLE University. Ok, stop sampai sini dulu yer. Hehehe.. Nanti aku cerita panjang lebar lagi ek! :)

Perjalanan masih jauh harus aku tempuh.

15 Sep 2011

EPISOD 1: Corat-Coret USM-KLE

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Dah lama aku tak update blog ni, gara-gara kesibukan yang memanjang. Bermula 6 September, aku telah meninggalkan rumahku yang tercinta demi meneruskan kehidupan aku ke satu lagi tingkat kehidupan, iaitu menjadi seorang mahasiswa. Bermula dengan Program Siswa Lestari di Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan, hingga 9 September 2011.



Ape je yang kitorang (budak USM-KLE) buat kat sana? Orientasi macam biasa je.. Campur sama-sama dengan bebudak USM kampus Kubang Kerian, cuma banyak kelonggaran, kurang sikit stres. Hehehe.. Yang paling best, ada barbeku. Kira macam jamuan raya la. Makan sikit je, sebab dah makan masa dinner. Yang ni pun best jugak:


'Duit raya' MARA bagi... Tapi ni untuk 6 bulan kat India taw!

Tapi yang mesti korang tak sangka kan, semuanya tak semudah yang disangka. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Kami mendapat berita yang sangat tidak enak untuk kami yang berhati besar untuk terbang ke India pada keesokan harinya. Majlis Perubatan Malaysia (MMC) baru beri arahan menerusi faks bahawa hanya 70 orang daripada kami yang akan terbang dahulu. Sedangkan kami ada 91 orang. Ada yang akan terpaksa digugurkan buat sementara. Untuk pengetahuan korang, ada beberapa kategori lulusan dalam program ini, iaitu dari peringkat A-Level, International Baccalaureate (IB), South Australian Matriculation (SAM) dan juga STPM / Matrikulasi / Asasi. Oleh sebab pelajar A-Level dan IB dah ditaja oleh MARA sejak 2 tahun lepas, maka mereka diberi keutamaan untuk ke India. Mangsa penggugurannya sape? Kami, budak STPM / Matrikulasi / Asasi.


Aku terlalu risau!

Keadaan serta merta menjadi tegang, sebab masing-masing dalam tekanan. Masing-masing ada sebab tersendiri untuk kekal ke India mengikut perancangan asal, bukannya tertunda, termasuklah aku. Aku kira kes berat jugak, sebab ibu bapa aku anggota keselamatan negara, susah nak dapat cuti. Keluarga aku dah berkumpul kat Pahang, ramai saudara yang ingin turut sama. Apabila ditanya tentang siapa pelajar yang tinggal di Kelantan, aku mengaku. Mereka bertanya kepada aku, relakah aku tinggal di sana? Aku rela, cuma ada kekangan yang lebih utama, telah aku jelaskan sebelum ni.

Kembali kepada kupasan tersebut, dalam hal ni, takde sape yang salah, masing-masing sudah buntu. Namun, ada juga yang berhati mulia, menarik diri demi memberi laluan kepada kawan-kawan lain. Harapnya Allah akan mengurniakan hajat anda untuk terbang nanti, insyaAllah.

Mekanisma pengundian macam ni tau. Cabut satu kertas yang dah digulung dalam beg kertas, akan ada tertera perkataan di situ. 'STAY' bermakna terpaksa tinggal di USM lagi buat seketika, dan 'X' bermakna tidak tinggal di USM, dan akan ke India mengikut perancangan asal. Alhamdulillah, Allah dengar doa aku dan keluarga, aku berjaya mendapatkan 'X'!


Maka hilanglah perasaan cemas dalam diri aku, tapi satu lagi perasaan lain muncul dalam fikiran aku - rasa KEHILANGAN. Kenapa? Sebab keluarga besar kami seramai 91 orang tidak akan lengkap buat seketika. Beberapa orang rakan yang agak baik yang baru aku kenal dan sudah lama kenal, tidak dapat turut serta, menambahkan lagi perasaan tidak baik itu. Tapi apakan daya, takdir telah tertulis bahawa penyatuan kami harus menunggu masa. Bilakah masanya akan tiba? InsyaAllah dalam masa terdekat. Aku sentiasa doakan bahawa mereka akan segera hadir ke Belgaum!!!!! Aku rindu dengan mereka...

Baiklah, tamat sudah episod di USM Kubang Kerian. Nantikan episod seterusnya, di mana aku akan bagitau tentang perjalanan aku ke India.

Yakinlah kepada kebenaran, sesungguhnya kejayaan bakal menjadi milik anda!

5 Sep 2011

INDIA! Here I Come...

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Aku rasa, sudah tiba waktunya untuk aku melabuhkan tirai pengemaskinian blog aku, sebab beberapa hari lepas ni, aku akan sibuk sangat, sebelum aku berterbangan ke India, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Mungkin tak sempat nak online dah.



Jadual waktu aku bermula esok, 6 September 2011, hingga 12 September 2011: [sori kalau blur]

6, 7, 8 September

9, 10, 11, 12 September

Mulai 6 September, aku akan berorientasi la, sebelum aku mula belajar pada 13 September 2011 (mungkin.. aku agak-agak je ni). Orientasi Fasa 1 akan diadakan di USM Kubang Kerian (15 minit je dari rumah aku), dan Orientasi Fasa 2 akan diadakan di India la. Harap-harap tak kena buli!!!!


Harapan aku cuma satu, agar segala-galanya berjalan lancar dan selamat. Kalau aku tak sempat online tu, kalau komen tak berbalas tu, faham-faham lah. Mungkin aku sibuk sangat, tapi aku akan cuba yer.

Doakan aku supaya baik-baik saja kat sana, supaya aku boleh fokus untuk belajar di sana nanti. Jadi seorang pelajar perubatan ni bukan mudah, nampak je senang yer. Tapi kalau kita fikir susah, maka susahla jadinye. Supaya kecemerlangan yang diidamkan berada dalam genggaman, 5 tahun lagi.

Alhamdulillah, akhirnya termakbul juga hasrat aku dan keluarga untuk belajar dalam bidang perubatan. Belum apa-apa lagi, kawan-kawan dan kaum keluarga dah mula panggil aku 'Doktor'. Segan la pulak. Rasa berbesar hati pun ada jugak. Rasa berlagak tu jauh sekali, dan mintak jangan ada sikit pun dalam hati aku.

9 September, pukul 10.10 malam, insyaAllah aku akan berlepas ke India. Apa-apa perkembangan, aku akan maklumkan di Facebook, Twitter dan juga di blog ini. Tak sabar dah ni nak naik flight untuk kali pertama!!!

Usah putus asa, kelak kau berjaya membela nasibmu, masamu akan tiba.

Raya 2011

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, aku masih diberi keizinan oleh Allah S.W.T. untuk beraya tahun ni. Walaupun rasa macam nak demam pada raya pertama, tapi alhamdulillah, tak jadi demam. Boleh aku beraya sakan.

Raya pertama? Tak pergi berjalan sangat pun kat rumah kawan-kawan. Cuma solat sunat hari raya Aidilfitri tahun ni istimewa sikit, sebab Ketua Polis Kelantan datang solat kat masjid kat perumahan polis ni. Lepas tu layan kawan-kawan abah je yang mana datang. Lepas Zohor, balik kampung kat Tanah Merah, jauh jugak, nak dekat Jeli jugak. Aku amat kecewa sebab tak diizinkan oleh ibu bapa untuk beraya di Batu Melintang, Jeli, kampung kawan aku, Sufi a.k.a. Jen a.k.a. Mat Nur. Aku ingat boleh la jumpa kan, nak bagi benda kat dia. Takpe, takde rezeki kali ni.

Jejaka kacak di pagi 1 Syawal... :D

Aneka juadah di pagi raya..

Kuih raya ada 12 balang..

Commercial Break!

Ada sorang kawan aku ni, sempat raya satu hari je kat rumah, sebab nak melanjutkan pelajaran ke Kanada, tajaan TNB, kursus kejuruteraan. Nama dia Nurul Syahirah Qurratu 'Aini binti Ahmad Azman, atau nama manja dia, Yuyu. Good luck kat sana ya!

Gambar diambil di airport.

Raya kedua pulak, hectic giler. Terkejar-kejar aku nak ke sana sini. Plan asal:


1. Rumah Fakhri - Pengkalan Chepa, Kota Bharu
2. Rumah Ainun - Tanjung Chat, Kota Bharu
3. Rumah Amin (my bestfriend)- Tanjung Chat, Kota Bharu
4. Rumah Nik Nur - Wakaf Che Yeh, Kota Bharu
5. Rumah Atiqah Rahman - Kg. Meranti, Pasir Mas
6. Rumah Syafiq - Pengkalan Kubor, Tumpat
7. Rumah Murshidien - Gelang Mas, Pasir Mas
8. Rumah Faizol - Kg. Chicha, Pasir Mas
9. Rumah Zakirin - Salor, Kota Bharu
10. Rumah Faris Iskandar - Kg. Pendek, Kota Bharu

Banyak la pulak. So, aku terpaksa potong sikit lah, jadi 5 je. Tu pun amek masa seharian lah. Jalan jem giler, nasib baik aku naik motor je.

Bukti-bukti kunjungan:

Nik Nur Asyikin (kawan sekelas dari darjah 1 sampai tingkatan 3), di rumahnya.

Syafiq (tutorial-mate aku di PASUM) dan Fakhri (kawan aku di PASUM), di rumah Syafiq.

Untuk Ainun (sekelas ngan aku dari darjah 1 sampai darjah 6), lupa pulak nak ambik gambar. Amin (kawan sekelas masa darjah 5 & darjah 6, dan form 3) pulak, Amin tak balik beraya tahun ni. Kena menuntut ilmu di bumi Uncle Sam, tapi tahun depan, dia balik, insyaAllah. Rindunya ingin bertemu sahabat baik aku yang sorang ni.

Raya ketiga, ke mana pulak aku? Ke Sabak dulu, ambik kawan aku di ASiS dulu, sekelas masa form 4, Nabil Irfan. Nabil stay kat Shah Alam, cuma dia balik kampung parents dia kat sini. . Lepas tu, kami ke Kg. Pendek, ke kampung Faris Iskandar, sekelas jugak dengan kitorang masa form 4. Faris pun duk Shah Alam  jugak. Lama seyh tak jumpa Faris ngan Nabil.

Aku, Nabil, Faris.

Pastu aku ke Kg. Dewan Beta pulak dah. Jumpa dengan Sariy Syazani. Hari tu dah jumpa masa bukak puasa sama-sama masa last day puasa, bukak puasa kat Pizza Hut KB Mall. Nik Yusrin ada jugak.

Ni masa bukak puasa..

Ambik gambar curi ni. Hehe.. Masa ni aku ngan Nabil dah kalut.

Lepas tu, aku hantar Nabil kat rumah membernye. Aku pun pegi beraya kat rumah cikgu aku kat ASiS dulu, Puan Norwirda Baharudin. Akhirnya berjaya jugak beraya dengan cikgu, setelah percubaan pada tahun lepas tak berhasil. Aku terpaksa kalut jugak kat rumah cikgu, sebab rumah aku bakal didatangi oleh bukan sorang, tapi lima orang diva dari SMK Ismail Petra. Memperkenalkan, dari kiri:

Zuliana, Ain Sofia, Hidayah, Aimy Nadiah, Syafinaz.

Mereka ini antara wanita-wanita yang masih kekal rapat dengan aku sampai sekarang, sejak aku meninggalkan SMKIP masa form 3 dulu. Diorang segan-segan nak makan pulak.

Raya keempat pulak, aku beraya di rumah Khairul Hafiz dan Afiq Mazlan.

Bersama Khairul Hafiz, bestfriend aku, sekelas dari darjah 1 sampai tingkatan 3, kecuali masa tingkatan 1.
[Baju aku tu Sufi yang bagi]

Afiq Mazlan, antara kawan baik aku jugak.

Petangnye, aku, Kitaro Irwan dan Nabil pergi beraya di Kg. Gelang Mas, Pasir Mas. Kat rumah Murshidien Nasir, kawan seangkatan kami di ASiS. Jalan jem sikit lah.

Nabil, Murshidien, Kitaro.

Alang-alang kat Pasir Mas ni, aku pun mintak tolong kawan aku yang bernama Atiqah Rahman (tutorial-mate aku di PASUM) hantarkan barang kat Sufi, sebab Atiqah pun nak masuk UNISZA jugak, sama macam Sufi. Ada la sikit pemberian aku kepada Sufi. Kat Atiqah, aku bagi duit raya 10 hengget.

Lokasi kejadian : Hadapan Balai Polis Meranti. Atiqah buat muka terkezut. Hahaha...

Lepas tu, singgah rumah Adib Azizi kat Kubang Kerian. Jem teruk giler. Pakai lacoste je bang? :D

Foto ekslusif!

Raya kelima, aku ke rumah Aqil Hisham (kawan aku kat ASiS dan PASUM) kat Kg. Kota. Dia buat open house.

Nak fly jugak mamat ni, 12 September, ke Beijing.

Lepas tu, ke rumah Aqhari Adli (dorm-mate aku kat ASiS).

Beliau nak masuk kolej MAHSA, amek farmasi.

Raya ke-6, tak pergi dah beraya ke mana-mana, sebab ramai kawan yang dah gerak, nak daftar masuk ijazah. Malamnya je aku keluar makan bersama abang angkat aku, Afiq Muzakkir. Dia belanja.

Alhamdulillah, raya tahun ni agak gempak, sebab banyak duit raya yang aku dapat, kira-kira 1500 hengget. Tapi banyak yang dah habis, sebab aku buat beli macam-macam. Almaklumlah, nak pergi mengaji jauh kan. (ayat yang Sufi selalu guna).

Terima kasih kepada sesiapa yang sudi hadir ke rumah aku, dan kepada sesiapa yang sudi luangkan waktu untuk berhari raya bersama. Satu lagi memori indah telah terpahat.

Raya ke-8, aku akan mendaftar di USM Kubang Kerian, untuk program orientasi, sebelum aku terbang ke India, 3 hari kemudian. Blog ni mungkin akan sepi buat seketika, tak kisah kalau pageviews merudum pun. Aku akan jadi sibuk giler!

Syukurilah nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, gunakannya dengan sebaik mungkin.