19 Mac 2012

USM-KLE : Permohonan Dibuka!

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Aku pasti, ramai pelajar lepasan Matrikulasi / Asasi / IB / A-Level / STPM dan yang sewaktu dengannya menunggu berita ni. Permohonan untuk USM-KLE kini dibuka!


Untuk permohonan dan maklumat lanjut, sila ke laman web berikut:

https://pohon.usm.my/india/

Tarikh tutup : 2 JUN 2013.

Untuk sebarang pertanyaan yang tidak formal, boleh tanya saya di sini. InsyaAllah, akan dibalas dengan secepat mungkin dan sebaik mungkin, mengikut keupayaan dan kapasiti saya sebagai seorang pelajar.

Semoga maju jaya, dan semoga berjaya dalam permohonan anda!

P.S: Untung-untung, boleh jadi junior saya :)

191 ulasan:

  1. salam, saya matrik student dah pergi ke website >> https://pohon.usm.my/india/default.asp?register=7&tag=1 , saya dh isi reference id ( id yg dbeli di bsn rm40 ) tapi kenapa asik keluar :
    500 - Internal server error.
    There is a problem with the resource you are looking for, and it cannot be displayed.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... bermasalah masa nak isi reference id ek?? rasanya baik call admin je, sbb saya tak tau ape2... saya masih student :)

      by the way, nombor mesti ade kt situ je kan.. takpe2, kalau tak bayar lagi pun takpe kot.. sbb dulu abg pun tak bayar dulu jugak..

      Padam
    2. tapi kejap... kenapa bayar kat BSN, bukan kat CIMB? sepatutnya bayar kat CIMB kan, RM60.00?

      Padam
    3. mintak izin tuan punya blog untuk menjawab ye..reference id yang beli kat bsn tu sebenarnya hanya untuk apply prog ijazah pertama kat USM sahaja. untuk prog USM-KLE ni lain pulak. mula2 pergi kat website yang permohonan@USM tu pastu, tekan register..pastu dah register nanti dia bagi reference number. guna number tu untuk log in, then fill in all the details..pastu nanti lepas kita dah hantar permohonan tu nanti dia suruh bayar RM 60 kat cimb..good luck! hope this help ;)

      Padam
    4. thanks yer.. sangat membantu mereka ni.. harap jangan terkeliru ya lepas ni :)

      Padam
  2. SISTEM MENGUNDI masih dipraktikkan untuk student USM-KLE bagi sesi 2012 ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya yang mengundi hari tu bukannya disengajakan. sebab ketika itu, USM baru dimaklumkan oleh Malaysian Medical Council (MMC) yang USM hanya boleh bawa 70 orang sahaja ke India, sedangkan bilangan yang mendaftar pada hari pendaftaran adalah 91 orang.. jadi, akan ada yang terpaksa tunggu di Malaysia sehingga masalah selesai, dan alhamdulillah, MMC luluskan permohonan USM untuk bawa pelajar yang terpaksa tinggal di Malaysia itu ke India akhirnya :)

      Padam
  3. bahaye x duduk sane? selamat macam malaysia x? silibus usm nye ke? silibus lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah, setakat ni baik2 sahaje, takde ape yang buruk berlaku kat sini... silibus USM-KLE sebijik macam USM Kubang Kerian... cuma diajar oleh pensyarah India sahaja... soalan exam pun sama serupa :)

      Padam
  4. Salam..sya pljr PASUM 11/12,nk tny.. time nk apply tu kna ltak results average sem 1 dan sem 2 la kan?btul x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm..... kalau macam last year, masa result sem 2 tak keluar lagi, taruk je result sem 1 dulu... nanti kalau dah keluar yg overall, taruk la pointer overall tu ye... jangan lupa update =)

      Padam
  5. Salam..sya nk tny skit..utk program usm-kle nie prlu tmuduga x?trima ksih:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.... program ni memang akan adaa sesi temuduga... mungkin dalam bulan 7 nanti..

      Padam
  6. bahasa pengantar?susah x nk faham lecturer ajar??n..kene belajar bahasa sane gak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bahasa pengantar adalah english, jangan risau... kalau tak faham diorang mengajar, lecturer sini akan mengajar tanpa jemu dan tak kenal erti penat lelah. lecturer sini sangat dedicated... bahasa sini pun kena belajar la, sebab agak penting bila dah masuk clinical year :)

      Padam
  7. nak tanya. utk program ni muet mmg wajib band 4 eh? T_T

    BalasPadam
  8. Err saya band 3 muet..sedihnya x boleh apply. Padahal pointer dah mantop dah T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe la... takde rezeki la tu... cuba la program lain, mana tahu ada tuah.. all the best ye :)

      Padam
  9. salam
    cam mane nk apply untuk pu-rcsi, harap dapat berkongsi serda sedikit yee
    trima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm....
      salah entri ni.. patut pergi kat entri yang ada tulis pasal PU-RCSI. hehehe..
      permohonan akan dibuka biasanya lepas result matrik dan pasum diumumkan... sabar menanti ya.. cuba la usm-kle ni, mana la tau ada rezeki kan? :)

      Padam
  10. sye dpt band3 je muet.. result ok dh.. pastu sye main isi je borang tuh... tinggal belum bayar kt cimb je.. patut proceed ke tak eh.. sebab result muet tuh menyedihkan.. bleh ke tidak nk apply ni..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tau la, tapi cuba lah nasib... mana tahu ada rezeki :)

      Padam
    2. As for sure what I have been told, you may apply with Band 3 MUET, if you are lucky enough, you may offered a place BUT somehow someday you have to resit the REQUIREMENT and make sure you got Band 4 (this is requirement) BEFORE graduation, otherwise they would not give/confer you the MD Degree.

      Padam
  11. ada kawan2 kata takut nak isi sebab effect upu?saya pun jadi ragu2,tak effect kan?

    BalasPadam
  12. salam nak tanya...proses pembayaran kat cimb tu terus pergi akunter cimb or kena ad acccount dulu?

    BalasPadam
  13. is there any scholarship for usm-kle programme? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. MARA boleh taja, kalau cukup segala syaratnya... biasiswa lain pun boleh cuna tanya, tapi as far as I know, JPA masih belum menaja program ni..

      Padam
    2. oh okie.. thanks :)
      btw member i tnya boleh apply ptptn ke utk progrm ni?

      Padam
    3. sama2....

      ptptn? tak sure la, tapi kalau nak tahu, kos untuk program ni adalah U$D100,000 utk 5 tahun. larat ke nak bayar banyak-banyak? hehe.. takpe, bagitau member tu, nanti mintak MARA ye..

      Padam
  14. tarikh tutup kene post ni ble...???

    BalasPadam
  15. mcm mana nak mohon?kt website tkde button register pon? terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ade la... kt sebelah kiri..... tengok betul2...

      Padam
  16. sy pelajar lpsn matrik 11/12. sy baru tahu yg permohonan medicine usm dgn usm-kle berbeza. malangya tarikh permohonan dah ditutup. sy nak kepastian, err permohonan ke "medicine usm" boleh dpt medicine usm-kle ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti pasal tu. tapi kalau masa interview, kalau interviewer tanye yg kalau ditawarkan ke USM-KLE, setuju atau tak, mungkin ada peluang..

      Padam
  17. tajaan jpa - biasaiwa, tak perlu byar balik dan tajaan mara pinjaman kena bayar balik dan paling minimum kena bayar 10% daripada pinjaman, rm 400 ribu kena bayar rm 40ribu. minta komen kerana En Rashdan dah buat pinjaman mara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada pro dan kontra yg tersendiri. contohnya, kalau JPA, wajib berkhidmat dengan kerajaan selama 10 tahun, tapi dengan MARA, tiada tempoh wajib tersebut, meskipun kena bayar. bayaran pulak, tertakluk kepada tahap pencapaian.. tak semestinya 10% sahaja. kalau terpaksa mengulang tahun, kena bayar 50%..

      Padam
  18. Salam..nk tny abg rashdan sket.Utk interview tu kan..soalan ap yg panel tu tny??tq..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... baca entri yg sebelum ni yer...

      http://rashoasis.blogspot.in/2011/07/tamat-sudah-temuduga-kembara-solo.html

      Padam
  19. salam..utk interview kan fully in eng or what?
    harap dapat dijawab..tq :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... interview dalam dua bahasa... sebaik-baiknya, jika ditanya dalam bahasa Melayu, jawablah dalam bahasa Melayu.. kalau ditanya dalam English, jawab dalam English la.. :)

      Padam
    2. oh okie tq..:) nervous utk intvw selasa ni.
      panel interview tu sorng ke 2-3 org ye?

      Padam
    3. sama2... tak payah nervous... kacang je interview nye... kalau tahun lepas, panel ada 2 org.. 1 vs 2 taw. bkn ramai2 mcm interview JPA.. so, make them impressed yer. :)

      Padam
  20. anyways, thanx 4 the info..
    selalunyer berapa ramai yg mohon??
    dan berapa ramai yg pass mase interview??

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf, tapi saya tak tahu pasal data-data tu.. saya hanya student.. berapa ramai yang pass? nak sedapkan hati sofea, hampir semua yg saya jumpa masa interview hari tu jadi kawan saya kat sini.. maknanya, faham-faham la yer. tapi tak tahu la tahun ni macam mana persaingan.. so, buat betul-betul masa interview.. ada rezeki, kita jumpa kat Belgaum =)

      Padam
  21. thanx!! insyaAllah kalau ade rezeki, berjumpalah kita di sana.. :)

    BalasPadam
  22. assalamualaikum. sye irfan daniel dari pasum 2011/2012. saye ade soalan utk brtanya, adakah semua student yg ditawarkan program ini mendapat biasiswa eg. mara? dan klw tidak, bagaimana utk apply mara? yg kedua, lepas selesai temuduga, bila boleh saya tahu keputusannya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. high 5 .. baru nak tanye soklan nie.. :)

      Padam
    2. wslm... ya ampun... tanya soalan mcm abg ni admin pulak. so sorry la, abg ni baru pelajar tahun 1.. tapi takpe, cuba jawab jugak, ikut situasi abg tahun lepas...

      1. untuk ditaja oleh MARA, perlu melepasi syarat yg diperlukan oleh MARA. seperti yg dimaklumkan kpd abg, tahun ni pelajar perlu dapat tawaran daripada pihak USM dulu, baru boleh apply MARA, kan? dan tajaan ni tak dtg sendiri, perlu apply.. sila hubungi pihak MARA utk maklumat yg lebih lanjut..

      2. kalau macam kami tahun lepas, interview 10hb julai.. 15hb tu dah tahu dah keputusan interview tu..

      Padam
  23. dpt taw result pas interview tu kat mne ek??

    BalasPadam
  24. salam..nk tnya..mcm last year,,dpt tau result yg usm kle dlu ker yg upu dlu??ker dua2 kluar at the same day??..thanks,bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. mcm tahun lepas, keluar hari yg sama.. pagi UPU, petang USM-KLE..

      Padam
  25. salam, saya nak tanye klw mcm tahun lepas mcm mane eh sistem biasiswa MARA. bila kena apply?and mmg confirm dpt ke klw apply? ade interview tak? thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... mcm tahun lepas, isi je borang.. tunggu offer dtg.. tu pun kalau lepas syarat MARA... diingatkan, ini yg tahun lepas..

      Padam
  26. salam,,, nak tanye... sya da dpt da usm kle =) but... mara x taw nak apply mcm ne sbb time interview x de pon isi2 borang ni.. ramai yg x taw nii.. =(

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... maaf, tapi abg memang tak tahu apa-apa pasal tajaan MARA utk ke sini tahun ni.. abg just boleh tolong dgn kapasiti abg sebagai seorang pelajar... maaf ye..

      Padam
  27. salam sejahtera. saya ingin memberi sedikit maklumat kepada calon2 yang telah mendapat tawaran tapi masih tiada tajaan/pinjaman pelajaran dan ingin memohon MARA. saya baru pergi ke pejabat MARA untuk hantar borang pinjaman MARA, mereka kata, tahun ni, mereka dah tak beri pinjaman kepada pelajar2 yang memohon USM-KLE. tetapi, pihak USM dan MARA akan duduk berbincang mengenai perkara ini. Jadi, harapkan yang terbaik. Tapi apa yang saya boleh katakan, peluang agak tipis. jadi, dinasihatkan kepada pemohon2 supaya pohon biasiswa/pinjaman pelajaran yang lain juga. (sesiapa yang telah mendapat tajaan tu, untunglah..conoth macam pelajar2 kolej mara)

    BalasPadam
  28. berapa ramai pelajar yang diambil bagi setiap tahun untuk perubatan

    ada pelajar india dari Malaysia

    Bagaimana dengan pinjaman atau Biasiswa bagi pelajar bukan Bumiputera tolong jawab dengan segera tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. limit utk setiap tahun adalah 100 orang...

      ada, batch pertama, ada dua orang.. batch ke-2, takde..

      pinjaman utk bukan bumiputera tu tak pasti... semua yg bukan bumiputera yg dtg sini pakai duit sendiri.. tapi boleh cari rasanya..

      Padam
  29. Salam..ad suggestions x mna lgi bole apply biasiswa/tajaan?mcm pejabat zakat n yayasan negeri kebanyakkannya beri pinjaman utk pelajar dalam negara..adoyai..pening mikir psal tajaan nie..doa je la yg terbaik..ad rezki ad la..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... saya pun tak pasti tentang soal ni.. yg penting, Prof KJ kata bersabar dulu, dan USM sedang cari jalan penyelesaian utk masalah ni... insyaAllah, kemenangan pasti bersama orang yg sabar :)

      Padam
  30. Salam, I have been offered a place at USM-KLE IMP for September 2012/2013 entry and want to know what are the required documents for applying Indian VISA? It seems it is to complicated when I read the requirement. Need you assistant and experience on this matter.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.... as far as I concern, last year, they only need our passport, passport-sized photo (maybe more than one), admission letter to USM-KLE, and money (around RM300) for multiple visa.. i'm not sure if the requirements are different this year.. but, what I told you just now is my experience..

      Padam
    2. I don't care what other people may say.....but I have the right to call you a DOCTOR now....a BIG THANK YOU DOC........you're such a wonderful peer..

      Padam
    3. no, don't call me DOCTOR yet.. only after I finish my MD later, u can call me DOCTOR... it's my pleasure to help you guys.. :)

      Padam
  31. 1) How long the VISA to be process and what are documents required?
    2) How about flight tickets to USM-KLE India, do we have to apply on our own or fly in a group?
    3) The reporting date to India is on 8 September 2012, what is the idea date of departure from KLIA in order to reach USM-KLE campus on time and how is the connecting flight from Bangalore to Hubli?
    4) Tuition Fees (TF)& Miscellaneous Fees (MF) , Do we have to pay both at USM KK for both, or just TF, while MF in India? Please....really crack my head about this, its not very clear about this in the Handbook.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1) last year, they only need our passport, passport-sized photo (maybe more than one), admission letter to USM-KLE, and money (around RM300) for multiple visa... if you make VISA in KL, they only need one working day to complete the procedure... but, if you make VISA in Penang or Johor Bharu, it will take 3 working days for your application to be completed..

      2) regarding flight tickets, it will be managed by USM, so you need not worry :)

      3) i'm not sure about this, but the way of you asking is as if you are being asked to manage your own flight.. but, if it do happens, you should buy departure ticket of 6th Sept.. if i'm not mistaken, there is no more Bangalore-Hubli flight.. sorry, but I'm not really sure about this..

      4) I think you will need to pay both in India... as for my case, TF is being settled by MARA.. MF is being settled by my own...

      hope these informations can ease your burden a bit.. still, i'm just a student.. :)

      Padam
    2. This is absolutely helpful..THANK YOU....by the way, just in case there is no domestic flight from Bangalore to Hubli, so HOW do we go about that? Are we going to take coach/train/etc from Bangalore to Hubli or straight away to Belgaum? How long it takes to travel by land? The statement say, we should be in Belgaum by 7 Sep'12 and the lectures start on 10 Sep'12. If we reach Bangalore on 6 Sep'12, can we reach Belgaum by the 7?

      Padam
    3. you can take bus from Bangalore... it will take around 10 hours from BLR - BGM.. i'm not really sure about the statement, but in case you arrive early in Belgaum, you should inform them... maybe they can provide you with hostel earlier..

      Padam
  32. ada sesiapa yang dah dapat surat tawaran pinjaman/tajaan mara?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes I did, but it was for Medicine at International Medical University in Bukit Jalil. Nevertheless, I re-applied and asked them to convert the offer into USM-KLE IMP instead of IMU due to unsuccessful application for Medic at IMU.........and wait how it is.

      Padam
    2. I have been told, MARA has a list of student bound for USM-KLE USM and these students are their own sponsor from their own college for International Baccalaureate (IB). If not mistaken, this MARA college is in Kuala Banting.....I don't know. It seems the rest of student will be under their own expenses or perhaps MARA Loan. I do believe this private student should be from wealthy parents or politician otherwise it is impossible to have that MYR 400,000.00 for 5 years in India.

      Padam
    3. our deputy dean says that you should be patient at this moment, and be positive, as USM is seriously finding the solution to this hiccup... I really hope to see you guys in USM-KLE this September :)

      Padam
    4. Thank you for moral support....may Allah swt Bless you here and after.........

      Padam
  33. Besides the Indian lecurers are from KLE, do u guys enjoy any other reources from KLE university? (e.g., the library, teachng hospital, dead body specimen and so on...)..thank you in advance^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes, we got those facilities as well as other facilities as well like gym and badminton hall.. everything is there :)

      Padam
  34. Just wondering of the security in India especially state of Karnataka. How's the situation of pick pocket, theft or gangster around the city? What would you think I should bear in mind if want to roaming and wondering around especially for Female Student? Just wanna know the level of risk for new comer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. don't be worry, it is safe when you are in the campus. but you need to be careful when going out.. actually, if there is any rage in the city, it is normal, and usually we will be told to not to go to the place. you should bear in mind that there is always a risk to be cheated by the locals, especially in terms of money.. do negotiate with them to defend the truth..

      Padam
    2. Thank you....for the reply

      Padam
  35. If everything is in order, this is my first time to go abroad and its gonna be scary for me.....Anyhow, I am somewhat thinking of the money transfer and exchange in foreign land. How to go about this........do I have to buy what my friend say "Travelers Check" instead of Ringgit in cash?

    BalasPadam
    Balasan
    1. money transfer can be done by using Western Union.. for me, for your safety, I recommend you to use TC. but, no harm to use RM..

      Padam
  36. Salam Syawal. nak tanye skit.
    1) di USM-KLE ni jadual padat tak?
    2) biasanyer kat sane sejuk tak? kan terletak kat utara kan. 3)biase kalo gi nak jalan2 kat belgaum tu ade tempat2 yang best tak?

    thanks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Syawal jugak...

      1) USM-KLE ni, kalau nak dibandingkan dengan USM Kubang Kerian, kurang padat, sebab jadual ada 6 hari seminggu, ada extra utk sesi anatomy dissection, yang mana USMKK tak ade. memang pada awalnya agak penuh jadual tu, tapi towards the end of first year, makin lega sikit.. 2nd year pun agak lega..

      2) kat Belgaum, basically ada 3 musim.. musim sejuk, panas dan hujan. utk makluman, Belgaum terletak kat selatan India.. kalau rajin, google2 la yer..

      3) kat Belgaum ni, takde tempat yg agak menarik, tapi nanti boleh je nak pergi bandar lain.. jgn risau, ingat semula niat dtg kat Belgaum ye :)

      Padam
    2. thank you for that info.
      ehm btw membe2 sy kate usm-kle ni dekat2 dgn mumbai ea. betol ke?

      Padam
    3. takde la dekat... tp senang je nak pegi... 9 jam je dari Belgaum..

      Padam
  37. salam..sorry i know it's quite late to ask right now..i hope u still reply my ques. student yg amek IB layak ke utk memohon program ni? -tq-

    BalasPadam
  38. ohh..tp mereka still du bwh tajaan ke? let say masih dibawah mara ataupon kne mohon semula? tqvm for the answer:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebanyakannya ditaja oleh MARA.. tapi ada juga yang persendirian..

      Padam
  39. Assalamualaikum. Saudari, kalau bakal lepasan asasi sains unimas 12/13... boleh mintak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. saudari? kelakar sikit. haha.. saya laki la :)

      kalau lepasan asasi sains unimas, rasanya tak boleh kot.. sebabnya bukan ke kalau asasi sains unimas, kena sambung belajar kat unimas sahaja?

      Padam
  40. salam. kat sana ada course dentistry tak ke semua medik je?

    BalasPadam
  41. Saya baru sahaja dapat result Alevel. Dan keputusan sy tidak mlayakkan saya utk pergi ke India dbawah tajaan Jpa krana saya dapat 11. jpa nk 12. So sy nk tanya, boleh ke sy apply untuk Uni ini? Terima kasih for ur reply :) Btw, saya ambil course dentistry.

    BalasPadam
    Balasan
    1. program ni ada course medic sahaja.. utk kelayakan, cuba berhubung dengan pihak USM sebab saya kurang pasti. utk penajaan, cuba tanya pihak JPA kalau2 mereka sudi utk menaja ke program ini.. sebabnya, setakat ini JPA belum menaja pelajar untuk menyertai program ini..

      Padam
  42. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. tak semestinya dapat scholarship kalau dapat tawaran USM-KLE ni. tapi insyaAllah pihak USM akan bantu menerusi bahagian sponsorship USM, utk dapatkan tajaan kpd anda. kalau ade sebarang kemusykilan, boleh tanya mereka..

      btw, saya ditaja oleh MARA..

      Padam
  43. i'm just wondering....do we got the degree from kle or usm?

    BalasPadam
  44. Salam, Sy baru dpt panggilan dr pihak usm-kle n kene interview d kl .kalau batch sebelum ni mcmmane ea panggilan interview. Sedikit Musykil sbb baru je submit application online then terus dpt panggilan. Hope tuan blog dpt jwb segere, sbb interview nye sabtu ni. Tqvm :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. kalau ikut sejak 3 tahun lepas, biasanya lepas dapat keputusan matrik / asasi / IB / A-Level dan sewaktu dengannya, baru pihak USM-KLE akan panggil untuk interview. tak tahu lah tahun ni mungkin pihak USM-KLE nak buat kelainan atau perubahan. biasanya interview akan diadakan di Pusat Pengajian Sains Perubatan di USM Kubang Kerian, Kelantan. tapi tahun ni mungkin pihak USM nak mudahkan pelajar untuk hadir ke temuduga, sebab tu mereka lakukan interview ikut kawasan rasanya. sebarang kemusykilan boleh tanya direct kat mereka.. cuba call.. btw, all the best untuk interview tu.. untung-untung dapat belajar kat Belgaum jugak :)

      Padam
  45. salam..nk tny,klo dapat masuk prog ni kan,kne apply sndr for scholarship ataupun pihak universiti sendiri yg akan uruskan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. kena apply sendiri, tapi boleh mintak bantuan dari pihak USM melalui bahagian penajaan USM. mereka boleh bantu untuk dapatkan tajaan.

      Padam
    2. ow..i see..erm,lagi soalan..misalnya kita apply degree medic kat usm tapi dalam masa yang sama kita apply untuk usm-kle ni,ada kesan tak?for eg kita hanya akan dapat salah satu je..
      sorry if i ask too many ques,i'm just curious to know,senang nak plan awal-awal walaupun tak sambung belajar lagi neh hehe

      Padam
    3. takde kesan.. jangan risau, mohon je sebanyak mungkin.. insyaAllah lebih luas peluang utk dpt course yg diminati.. USM-KLE jangan lupa taw! =)

      Padam
  46. assalamu'alaikum.saya dh apply online haritu tp beli no pin yg rm60 tu dkt bsn.then dpt interview.tp saya xhantar lg borg tu.yg rm60 bayar kat CIMB tu benda pa pulak?xpaham ah.kat link nie xde pun https://pohon.usm.my/india/default.asp?register=18

    berapa ya kos nak masuk semua?registration+matric card+orientation semua?tuition fees berapa?hmm tulah pelik jugak.aritu mintak ujung mac.dlm 1minggu lebih dh dpt offer interview.padahal guna result sem 1 je.dah tu bila pulak nak update eh overall cgpa ?
    satu lg, apa topik2 yg hampir2 relate atau berulang dkt sne yg sama dgn bio asasi dulu?


    how bout MQA?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. yg RM60 tu saya tak pasti, tanya USM direct je. saya tak tahu apa-apa.

      kos semua, tak pasti sebab saya ditaja oleh MARA. MARA yang settlekan semua. saya hanya bayar duit hostel je kat sini. update CGPA nanti keluar result full yer.

      kat asasi, semua pun penting. akan belajar dengan lebih mendalam bila masuk medik. even ada sikit topik dari fizik dan math yang akan belajar bila masuk medik.

      p/s: next time guna bahasa sopan sikit yer. peace! =)

      Padam
  47. kalau lepasan matrikulasi tapi xdpt 4flat boleh ke apply??

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je apply.. sini bukan semua 4flat pun.. saya pun tak 4flat..

      Padam
  48. saya baca syarat umum mesti credit for particular subject in spm. but how is i not credit for that subject but perform in matriculation?? should i apply??

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum cuba belum tahu.. apply je program ni.. mana tahu ada rezeki kan.. biasanya result matrik lebih utama daripada SPM..

      Padam
  49. Salam, bagi pengambilan asasi hanya untuk PASUM dan asasi uitm je ke? How about other asasi like asasi UPM?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. asasi UPM kan tertakluk di bawah UPM kan. tak boleh keluar UPM lepas habis asasi, kena sambung dalam UPM jugak.. macam PASUM dan asasi UiTM, kami di bawah UPU, means, boleh kekal di UM / UiTM atau boleh pohon utk masuk kursus ijazah di IPTA lain.

      Padam
  50. abang rashdan msuk program usm-kle ni pakai duit sendiri ker atau ada mohon mana2 tajaan? klu tajaan .. tajaan apa yg boleh diapply?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada tajaan.. alhamdulillah.. oleh MARA.. tak mampu kalau takde tajaan..

      Padam
  51. sy ni lepasan spm 2012 bakal pelajar pasum ... tp saja jer nk buat perancangan awal utk lepas asasi nnti,, hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa salahnya.. mula bercita-cita dari sekarang.. hope to see you in Belgaum in 2014 =)

      Padam
    2. yes.. i hope so..
      tq abang rashdan sbb sudi reply scepat nih!!!

      Padam
    3. sama2.. good luck in PASUM! score tinggi2 lepas tu apply masuk sini :D

      Padam
  52. salam...batch abg ada brapa rmai pelajar kmb?diaorang isi borang dan temuduga skali ngan pelajar2 luar yg lain ker??mksud sy tarikh yg sama???atau diaorg mntak program ni slps keputusan ib???

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. boleh tahan ramai jugak, tapi tak tahu jumlah sebenar.. tak pernah kira.. setahu abg, diorang mintak lepas dapat result IB..

      Padam
  53. Assalamualaikum rashdan, saya lepasan Dip dari uitm..nak tanya kalau da di interview utk program ini, memang akan dapat ke program ni atau usm still buat tapisan lagi?.alhamdulillah saya da di interview semalam,cuma risau takut tak dapat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. insyaAllah peluang tinggi utk terpilih tahun ni, sebab diorang cakap, nak target 100 students tahun ni.. sekali je interview USM tu.. kalau dah buat yg terbaik utk interview, yakin je la. insyaAllah kalau ada rezeki, ada la =)

      Padam
  54. temuduga biasanya bln brpa??smua pelajar ditemuduga serentak di usm kk??

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya bulan 6.. tapi nampaknya USM dah mula buat temuduga awal tahun ni.. jangan risau, mungkin akan ada sesi interview lagi lepas ni.. tarikh tutup permohonan utk ke usm-kle pun tak tutup lagi kan?

      Padam
    2. mcm sy lpasan ib kmb thun ni, perlu isi borg skrg ker cmna ek??ker utk ex kmb ada permohonan asing?trikh tutup permohonan sblum kputusan ib kluar....jd mcm mana tu?

      Padam
    3. kurang pasti.. lebih elok rasanya kalau berhubung dengan pihak USM terus..

      Padam
  55. Assalamualaikum en.Rashdan..nak tnya.
    Biasanya kalau kita apply medik usm and dlm masa yg sama kita apply UPU.
    Slalunya klau dpt medik USM, nama kita akan automatik di blacklist dlm senarai UPU. Tapi klau kita apply USM-KLE dan katakan lah dapat. Adakah UPU kita x akan dpt tempat?
    mohon penerangan..terima kasih..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. awak akan dapat tempat dalam dua-dua tu (UPU & USM-KLE) sebab USM-KLE ni program istimewa, tak bercampur dengan admission ke USM. macam saya sendiri, saya dapat tawaran UPU terlebih dahulu (Optometri UiTM) sebelum dapat tawaran ke USM-KLE. lain ceritanya kalau awak pohon USM bagi course lain termasuk medik.

      encik? saya student 2nd year lah! =)

      Padam
    2. tahu studnt..hehe..
      terima kasih!! sgt membantu. semoga dipermudahkan segala proses pembelajaran..:)

      Padam
  56. abg rashdan, pinjaman mara yg dbuat .. adakah blh diubah mnjadi biasiswa or dkurangkn apabila mncapai kputusan trtentu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. penajaan ke USM-KLE ni, adalah pinjaman boleh ubah, means, kalau dapat tinggi, dpt kurang sikit bayar nanti. but still, kena bayar sikit jugak.

      Padam
  57. assalamualaikum abg Rashdan..
    Program usm-kle ni dgr kata blum dpt MQA lagi kan. Macam mana? Adakah student lepasan usm-kle nanti akan di iktiraf oleh MMA?
    terima kasih..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. insyaAllah akan diiktiraf, sebab pihak USM sedang berusaha utk menuju ke arah itu. jangan risau, sebab semua lawatan yg dilakukan oleh pihak luar menunjukkan tanda2 yg positif. =)

      Padam
  58. salam ^^.. Apa khabar?? tumpang tanya sikit(sikit sangat)...hehe..Sy pelajar diploma sains uitm..CGpa 3.73 ja..muet band 3..rasanya boleh try tak?? Ada batch kamu yg dr diploma course?? and2...tajaan mara tuh..biasiswa or pinjaman?? hehe..tq2..may ALLAH bless u..future dokter

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. tak salah kalau mencuba.. batch sy takde la yag diploma.. tapi dari batch senior ade je.. utk MARA tu, pinjaman boleh ubah.. maknanya still kena bayar sikit je bila dah habis belajar..

      welkem.. may Allah bless u too :)

      Padam
    2. ic..tq ....btw 1 more ques...hehehe.....kalau layak tuk IV diorang akan send Mail x?? hehe..tq..sory terlalut pulak nak tnya soalan ni..hehe

      Padam
    3. biasanya akan suruh check kat website..

      Padam
    4. Assalamualaikum..
      Nak tanya.. untuk pinj.bolehubah mara tu.. Kena bayar 20% dari jumlah tajaan kan. x rasa banyak ke??

      Padam
    5. wslm.. lebih kurang 100k je. kalau bayar 500 ringgit setiap bulan, lebih kurang 17 tahun boleh settle..

      Padam
  59. Macam mana nak apply mara? Before offer letter klua @ after offer letter keluar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti la macam mana utk tahun ni.. tapi dulu apply before keluar lagi..

      Padam
  60. salam, boleh saya tahu elaun yang diberikan oleh mara setiap sem sama seperti first sem ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. sama je, dpt USD 500 sebulan.. cumanya, utk 6 bulan pertama tu, MARA akan bagi sekaligus elaun utk 6 bulan bersama elaun buku dan elaun-elaun lain..

      Padam
  61. Salam..kalau dpat ke usm kle india tu, ade BTN ke nanti sblm ke sana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. sepatutnye kena pergi kalau dpt sponsor MARA.. tapi ade je yang tak pergi hari tu.. mcm saya.. mungkin kena pergi sebelum grad nanti kot..

      Padam
  62. any diploma student sponsored by mara under this programme?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup, in the 1st batch.. there are some ex-diploma students..

      Padam
  63. Assalamualaikum abg Rashdan.

    saya nak mohon pendapat. Saya dapat tawaran usm-kle dan tajaan mara.. saya juga dapat MD-UKM.. kalau mara kena bayar 20% dri 500K banyak tu. kalau ukm dapat jpa.. pada pendapat abg rashdan , mana patut pilih.

    nak tanya.. mcm mana teaching hospital di usm-kle ? dan mcm mana komunikasi student dgn patient di india?...
    terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. mestilah datang ke USM-KLE! sebab apa? baca entri saya yang terkini.. kena bayar? tak lah teruk mana sebenarnya.. lebih kurang 100k je. kalau bayar 500 ringgit setiap bulan, lebih kurang 17 tahun boleh settle..

      teaching hospital usm-kle bakal siap tak lama lagi. setakat ni guna hospital lain, tapi proses pengajaran tidak terjejas, malahan terbaik! komunikasi menggunakan bahasa tempatan, iaitu Hindi, Kannada dan Marathi.. boleh belajar, jangan risau :)

      Padam
  64. Salam. Saya plajar 3rd year from egypt. And dpt twaran usm kle through kpm. Sekarng buntu nak teruskan kat egypt or pergi usm kle. Berapa fees for course ni? Sebab saya pelajar persendirian. Xde tajaan apa2

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. admission fee 100k usd. campur dgn yuran lain, lebih 400k ringgit rasanya..

      Padam
    2. maaf, bukan admission fee. tuition fee.. itu maksud saya

      Padam
  65. salam. sy pelajar tajaan mara dan masih dalam program ib. nk tny ada x pelajar kt sana yg asalnya ambil ib dan masa nk apply tu masukkan result yg mana sebab result final ib keluar pada bulan july. tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. tunggu dulu result IB keluar, dan lepas tu jumpa lecturer di sana. biasanya mereka akan tolong.

      (ini jawapan dari rakan saya yang ambil IB dulu di KMB)

      Padam
  66. Assalamualaikum.

    Saya baru je habis A-level dan dah terima dah result yang final. Tapi kalau nak sambung kat USM-KLE ni sponsor sekarang tak nak taja dah. Nak tahu, untuk kemasukan 2014 ni, MARA akan bagi pinjaman/tajaan tak? Kalau ada macam mana nak apply ye?

    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam.

      Sama ada MARA akan masih menaja atau tidak untuk program ini, bergantung pada budi bicara mereka. Kebiasaannya, pelajar mesti mendapat tawaran dari pihak USM terlebih dahulu sebelum memohon sebarang tajaan (contohnya MARA). Namun, usah risau, saya percaya pihak USM melalui unit tajaan USM akan cuba membantu dalam hal tajaan kerana pihak USM amat komited dengan program USM-KLE ini.

      Padam
  67. saya batch pasum 13/14 , nk tanya, kalau kita dah isi untuk um punya autoriti programme, kalau kita apply lagi utk usm medic india ni, still boleh ke?? xsilap saya, ada sistem yg akn potong terus nama kita dari upu, ngn u yg lain scara automatik, bila dh dapat um.. ada ke peluang saya nk dapat lagi, programme medic india usm ni?? =(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya boleh sebab UPU hanya akan potong nama dari sistem andai kita terima tawaran dari 'sistem lain' tu, contohnya USM. Cuba je pohon dua-dua ya =)

      Padam
  68. Salam, sy pelajar lps diploma dan bminat utk mnymbg pngajian di usm kle. Rsnya MARA akn bg sponsor utk pljar lpsn diploma? @ada lg tak tajaan ln? Ada pljr dploma pnh kna taja MARA utk prgrm ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam.

      Biasanya pelajar lepasan diploma layak untuk mendapat tajaan MARA ke USM-KLE. Namun, bergantung pada kesudian mereka untuk menaja. Di sini, ada pelajar lepasan diploma yang ditaja oleh MARA.

      Padam
  69. salam, ada kemungkinan tak untuk dapat medic di usm kubang kerian kalau saya terpilih untuk bt MD di usm india ni? sbb kalau boleh saya nak sangat2 sambung medic di usm kubang kerian. tapi saya takut kalau terpilih di india, dia terus potong nama untuk medic usm kubang kerian. patut ke tak saya pergi interview usm-kle ni??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam.

      Biasanya USM hanya akan tawarkan salah satu sahaja. Bermakna, jika anda terpilih untuk belajar di USM-KLE, maka anda tidak akan ditawarkan untuk ke USM Kubang Kerian. Buatlah pilihan semasa memilih.

      InshaAllah tiada bezanya, masing-masing punya kelebihan, namun di USM-KLE, anda akan dapat kelebihan untuk belajar di tempat orang.

      Cadangan saya, pergi saja ke sesi temuduga itu.

      Padam
  70. Assalamualaikum. Saya dah pergi interview dan sekarang sedang menunggu keputusan. Biasanya keluar bila eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam. Saya tak pasti mengenai perkara berkenaan. Mengikut pengalaman, seawal-awalnya seminggu selepas temuduga.

      Layari laman web pohon.usm.my/india , rasanya perkembangan akan dikemas kini di sana. Tak pun, pihak USM sendiri akan hubungi anda sekiranya permohonan itu berjaya.

      Padam
  71. assalamualaikum, nak tanya sikit boleh ? mase pegi iv harituh tak dapat apa apa borang pinjaman mara punn. macam mane ehh ? nak mohon pinjaman sekarang ataupun lepas dapat result temuduga nanti ? thanks :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Permohonan untuk sebarang tajaan adalah selepas dapat tawaran daripada pihak USM. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pihak USM Sponsorship Unit..

      Padam
  72. Assalamualaikum
    Antara MBBS UM under JPA dgn MD di usmkle under MARA, which one would u prefer? #thanx in advance

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Semestinya saya prefer USM-KLE.

      Padam
  73. assalamualaikum. saya baru dapat surat tawaran pagi tadi. alhamdulillah. tapi sekarang lost pulak. kite kene mohon visa as soon as possible ke nak tunggu dapat sponsor dulu ? and is it true that we need to apply online for the visa. saya harap encik boleh tolong saya :D terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam elsa. just nk cakap kita geng. salam kenal :) blh nk contact awk x? fb ke wasap ke

      Padam
    2. Wa'alaikumussalam w.b.t., maaf sebab lambat balas. Tak perlu ber-encik sebab saya juga mahasiswa USM-KLE, baru sahaja tamat tahun 3.. Rasanya betul, kena apply online dan juga perlu ke Indian Visa Centre, tapi saya tidak pasti sebab prosedur untuk pohon visa dulu tak sama seperti sekarang. Mungkin boleh hubungi mereka?

      Padam
  74. salam kenal juga :) boleh je. 01112787169

    BalasPadam
  75. Assalamualaikum. Saya baru dapat offer letter today. Yeahh I just wanna ask, about the sponsorship tu, do we need to apply sendiri kat mara, or usm yang handlekan ke macam mana? Agak lost juga lah sekarang ni. Thank you in advance

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam, inshaAllah pihak USM akan bantu, benarlah mengikut apa yang dibalas di bawah. Oh ya, tawaran tu conditional kan?

      Padam
  76. sy tlg jwb ye w/pun bukan blog owner :)
    usm yg handlekan. mara bg kuota utk scholar taun ni. bg yg layak usm akan anta nama kt mara then kita just tnggu je kptusan mara. nk tau lbih lanjut call mr rohaizam, ad number dlm offer letter tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam, inshaAllah pihak USM akan bantu, benarlah mengikut apa yang dibalas ni. Terima kasih sebab tolong jawabkan, maaf sebab lambat balas.

      Padam
  77. Salam. I want to ask whether we have to pay for the first semester on our own first or not? Cause as far as I know we need to get the offer letter first and only then we could apply for sponsorship/scholarship . So how did it go? Pay first and wait for scholarship? or wait for scholarship first and then fly?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Usually that is not the case. That sponsorship thingy usually will be settled before students fly to Belgaum..

      Padam
  78. Student diploma boleh apply ke.. diploma sains uitm..

    BalasPadam
  79. Student diploma boleh apply ke.. diploma sains uitm..

    BalasPadam
  80. salam , sy lepasan spm 2015 . mcm mna nk apply? sbb baru2 ni sy dpt tahu bukan smua boleh masuk program ni..kerana usm ada program pra u sendiri utk mengambil pelajar usm kle????? :D mohon pencerahan .

    BalasPadam