16 Mac 2012

Aku Sudah Jatuh Cinta

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Sempena entri yang ke-200 ni, aku nak buat satu pengakuan ekslusif! Bahawasanya, aku telah jatuh cinta. Tak sangka pulak yang aku akan memberanikan diri untuk membuat pengakuan di sini, sebab satu dunia boleh baca. Namun, apa salahnya kan, sekadar berkongsi isi hati, dan berkongsi kebahagiaan bersama..



Siapakah yang bertuah itu? Sila skrol ke bawah kalau nak tahu...















































































































YOU HAVE BEEN TROLLED!!!!!!!!

Hehehe... Kan dah kena... Saje je gurau, sempena entri yang ke-200 untuk blog aku yang tersayang ni. Aku sebenarnya jatuh cinta dalam bidang berblogging ni. Pernah satu ketika dulu, aku terfikir untuk berhenti berblogging, dek kerana kesibukan dalam pelajaran. Namun, niat tu aku batalkan, sebab aku ingin terus berkongsi isi hati aku dalam blog ni. Supaya anda boleh kenal aku dengan lebih rapat, dan aku ingin terus memberi khabar kepada keluarga, rakan-rakan serta insan yang mengenali diri ini.

Bila cinta yang sebenar daripada seorang wanita akan datang kepada aku? Atau bilakah aku akan mencari cinta? Belum masanya lagi untuk aku komited kepada perhubungan yang serius, sebab kekangan masa, wang dan komitmen. Namun, jika ada jodoh, aku takkan menolaknya, sama ada cepat atau lambat. Kalau cepat, alhamdulillah.. Kalau lambat, aku sabar menanti.. Namun, secara jujurnya, aku ada seorang kawan yang aku rasa menepati kriteria aku. Entah dia sudi ke tak dengan aku ni kan. Siapalah aku...

Apa-apapun, terima kasih atas 2 tahun 2 bulan yang hebat ini, telah lebih 32,000 pengunjung blog ni, alhamdulillah.. InsyaAllah, aku janji akan update blog ni sedaya-upaya, bila ada waktu terluang. Pelajaran jangan la lupa :)

Doakan aku berjaya juga mencapai cita-cita untuk menjadi seorang doktor yang berjaya nanti. Mudah-mudahan, berkat doa anda semua, aku dipermudahkan jalan untuk menuju puncak.. Sekian dulu untuk kali ni, mudah-mudahan anda semua ceria selalu. Terima kasih kerana sudi membaca.

Terima kasih daun keladi, lain kali lawatlah lagi.

2 ulasan: