11 Mac 2012

Pusing Bangalore : Hari Kedua

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Jom, aku sambung cerita lagi pasal percutian aku lepas Selanjar 2 hari tu. Keesokan harinya, pagi tu, kami dibawa ke Jayaprakash Napayan Park, atau nama pendeknya, J.P. Park. Tak jauh pun dari rumah bebudak MSU..

J.P. Park
Apa yang kami buat? Bukannya bersenam tau, jalan-jalan cuci mata.. Kalau ada tempat yang best, ambiklah gambar kat situ. Nama pun taman rekreasi kan, mesti la ada pemandangan yang cantik, macam kat bawah ni:

Ni la kot Encik Jayaprakash Napayana...
Boleh pulak ada orang tengah bercucuk tanam dalam taman ni? Takde la, itu semua adalah patung semata-mata. Aku pun  tertipu jugak mula-mula. Ceh!
Lembu tu pun patung jugak! Tertipu untuk kali kedua...
Apa yang bebudak ni buat kat sini?? Sekali lagi, mereka adalah patung! Tertipu lagi..
Harimau bintang..
Patung lagi, macam real je...
Setelah berjalan beberapa ketika, kami terjumpa tempat yang baek punyerr untuk ambik gambar. Sesuai la untuk jejaka-jejaka tampan macam kami. Hehehe.. [statement poyo]

Nampak macam purba je..
Tu dia, jejaka-jejaka ganteng..
Ini bukan mangkuk tandas yer.
Tu dia... Jejaka paling kacak dalam batch ke-2 USM-KLE.. Hehe :D
Terjumpa pulak 'Bamboo Park' dalam kawasan taman tu. Pepohon buluh yang menarik ada kat sana, warna kuning. Memang sesuai untuk dibuat penggambaran kat situ. Hehe.. Jadi, kami, apa lagi...

Gaya sempoi dari Fakih dan Safwan..
Aku pun nak jugak!
Kat sini jugak, terjumpa la tempe-tempe ni. Ada ke patut dia tanya kami, "Boleh cakap Tamil tak?" Hehe.. Sudah tentu, jawapannya tidak. Tengok kulit la der. Haha.. 

Dua orang tempe yang dimaksudkan. Yang tengah tu bukan tempe yer.
Eh... Main intai-intai pulak dia...
Ada tasik jugak dalam taman ni... Saujana mata memandang.
Maka, tamatlah sesi meronda J.P. Park tu, balik semula ke rumah senior MSU... Sekali lagi, breakfast ditaja oleh saudara Zul.. Ada bonus pulak tu, ada cekodok pulak bila sampai kat rumah diorang. Rezeki berganda di waktu pagi.. Alhamdulillah..

Lepas tu, tibalah masa untuk meronda Bangalore. Perjalanan jauh jugak la, ambik masa dekat sejam jugak dari Gokula. Tambang auto 120 rupee sahaja. Kalau kat Belgaum ni, tak tau la berapa ratus kena ni kan...

Sedikit pemandangan di M.G. Road..
Butik-butik pakaian di Brigade Road...
Kedai Levi's besar giler!!
Lapar la pulak, jadi makan tengah hari kat KFC. Kat Brigade Road jugak. Lagipun dah lama tak makan KFC. Kat Belgaum takde KFC! Agak kempunan + kebulur sikit ni. Hehe..

Lokasi kejadian.
Eh.. Tetiba ada abang Aidil "DiskoDansaBergumbira" kat sini. Hehe.. Dia nak balik Malaysia masa ni. Senior kitorang baru cuti masa ni.
Ape je yang kami buat? Nak cari t-shirt yang ada tulis perkataan "Bangalore" atau "India" dan yang sewaktu dengannya, cuma susah jugak nak jumpa. Syukurlah ada jumpa dengan seorang pak cik drebar auto ni, dia sanggup bawak kami jauh-jauh, dengan harga tambang yang sangat rendah. Antara tempat yang dia bawak kami pergi adalah macam kat Indian Silk Centre. Lupa pulak nak ambik gambar kat situ, cuma apa yang aku boleh kata, kain sari yang dijual kat sana, lebih menarik daripada yang terdapat kat Belgaum. Harga pun, mestilah lebih 'menarik' kan. Hehe..

Last-last, pak cik tu bawak kami ke sebuah kedai kat Public Utility Building (P.U. Building), kat M.G. Road jugak. Kat situ, memang banyak la t-shirt yang aku nak cari. Cuma aku sempat beli 3 helai je, sebab duit yang tak berapa mengizinkan. Lupa nak cucuk duit daaaa. Lagipun budak-budak ni banyak jugak beli baju ni, sampai berbelas-belas helai pun ada. Takpe la, aku beli 3 je dulu, untuk diberikan kepada kawan-kawan baik. :)

Petangnya, aku sempat jugak melawat member aku kat PASUM dulu, nama dia Anuar Azizi. Secara jujurnya, aku tak pernah pun bercakap dengan dia, cuma sebab dia satu kuliah dengan aku dulu (Hayat 1), aku pernah la nampak dia. Lagipun dia sekelas dengan member aku, dalam tutorial N3. Dia pun first year jugak kat IMS-MSU. Takpe la, berkenalan kat sini la kan. Masih belum terlambat..

Asrama, tempat mereka tinggal.
Keunikan pelajar Malaysia adalah walaupun sebelum ni tak pernah kenal, tapi bila berjumpa, rasa macam dah lama kenal. Mereka tak terasa janggal pun nak layan kami ibarat dah jumpa hari-hari. Macam Anuar, dia siap belanja aku kat Baskin Robbins lagi. Yang kat rumah senior tu apatah lagi kan, siap masak lagi untuk kami semua. Malam tu makan nasi lemak + nasi beriani ramai-ramai, dalam talam. Siap buat sambutan birthday untuk Hasif (budak IMS-MSU) dan jugak Amir. Buat sendiri cheese cake.. (bila masa diorang tahu birthday Amir???)

Sementara menunggu makanan, sembang dulu....
Lepas makan, terus balik ke Belgaum, meninggalkan 1001 memori di Bangalore. Syukurlah ada orang yang sudi layan kami, ibarat adik-beradik. Aku pun tak pasti kalau mereka datang, aku mampu ke tidak balas layan macam diorang layan kami. Sedikit terharu.

Drama sebabak sebelum selamat pulang, Amir dan Fakih salah tempat tunggu bas. Alhamdulillah, sempat jumpa bas 5 minit sebelum waktu berlepas. Fuhhhh.. Sikit lagi.. Kalau tak, kena extend lagi sehari kat Bangalore. Apa-apa hal pun, syukurlah semuanya selamat belaka.

Akhir kalam, semoga percutian kali ni memberi manfaat kepada aku, dalam mempelajari benda-benda baru, terutamanya di India ni. Salah satu pengalaman yang tak dapat dibeli di mana-mana. Sekian dahulu coretan daripada aku kali ni.

Belajarlah daripada kesilapan, sesungguhnya pengalaman mematangkan kita.

2 ulasan:

  1. Seronok,akak belum berkesempatan ke India

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah... belajar kt sini... ade rezeki, dtg la kat india.. :)

      Padam