18 Ogo 2012

Sederhana Rayaku

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Alhamdulillah, setelah sebulan kita puasa, akhirnya tiba lagi hari raya Aidil Fitri. Syukur, aku dapat beraya di tanah air pada tahun ini. Namun, raya aku tahun ini tak sama macam tahun-tahun sebelum ni. Nak tahu kenapa?



Baru 4 hari setelah aku pulang ke rumah iaitu pada 31 Julai 2012, pukul 2.30 petang, aku terlibat dalam kemalangan jalan raya. Pendekkan cerita, macam ni cerita dia. Aku bawak motor dalam bandar KB tu, menuju ke Pejabat Pos Besar Kota Bharu. Masa tu jalan sibuk, so aku bawak slow je motor tu. Dengan tiba-tiba, ada kereta depan aku brek mengejut. Tak sempat nak bertindak balas. Aku dah brek kuat-kuat dah, tapi masih tak berkesan. Hasilnya, aku terlanggar belakang kereta depan aku tu. Lepas tu aku rebah kat atas jalan. Datang pulak lagi satu kereta, nasib baik dia sempat brek, tapi kepala aku dah bawah bumper depan kereta dia. Syukurlah aku pakai topi keledar. Kalau tak, kepala aku pun dah kena gilis.

Lepas pemeriksaan dijalankan, doktor kata aku patah paha, ataupun nama tulang tu adalah femur. Jadi, pembedahan perlu dilakukan untuk cantumkan balik tulang tu. Kena masukkan besi! Panjang pulak tu besinya.. Sepanjang-panjang tulang femur tu la. Lama jugak aku menanti untuk dibedah. Selasa aku accident, Ahad baru operate. Bosan menunggu kat hospital. Hari Rabu baru dapat keluar wad.

Lebih kurang macam ni la aku dibedah. Tempat patah pun lebih kurang sama.

Sepanjang aku kat hospital (Hospital Raja Perempuan Zainab II, HRPZ II) tu, aku duduk kat Wad Cempaka. Alhamdulillah, ramai yang datang melawat. Setiap hari, tak putus-putus orang datang. Saudara-mara, sahabat handai, jiran-jiran, malahan pensyarah aku pun datang. Prof KJ, Encik Amyrulhan pun datang. Segan pun ada, rasa bersalah pun ada. Baru hari tu Prof KJ pesan, suruh jaga diri baik-baik kat rumah. Nak buat macam mana Prof, saya dah hati-hati, tapi kalau dah nak jadi, jadi jugak. Bukan saya mintak nak suruh jadi lagu ni. Sob sob sob.

Curi dari FB Encik Amyrul. Hehehe..
Aku yang sepatutnya balik ke India pada 7 September ni nampaknya kena tangguh dulu la. 3 bulan diperlukan untuk pulih sepenuhnya. Takkan la nak bertongkat balik India. Susah pulak nak bawak beg kan. Susah jugak untuk aku bergerak. Isu keselamatan tu satu hal. Takut kena tipu dengan tempe. Mana la tahu kan, nampak aku bertongkat ni, nak cekik darah aku lagi. Masa aku tak sakit pun dah selalu kena tipu, ini kan pulak masa sakit. Lagipun tak nak menyusahkan orang kat Belgaum nanti, nak kena tolong aku pergi kelas, gerak sana-sini. Takut jadi menjengkelkan pulak bagi bebudak ni.

Kalau tiga bulan, maknanya lepas raya haji baru akan pulih sepenuhnya. Kalau boleh, aku pun nak balik Belgaum cepat, nak sambung pengajian di tahun kedua. Nak sama-sama dengan 82 orang yang lain kat sana, tapi apakan daya, tunggu pulih betul-betul lah, lagipun dah mula masuk clinical years. Kena berdiri banyak. Setakat ni, kaki aku semakin pulih, dah boleh lipat dah sikit, tapi masih kena berjalan pakai tongkat lagi.

Alhamdulillah, duduk rumah jauh lagi seronok daripada duduk hospital. Boleh tengok tv, makan sedap-sedap walaupun kena kawal, boleh main laptop, dan paling penting, dapat bersama keluarga. Walaupun belum hari raya, tapi kawan-kawan dan saudara-mara dah datang rumah untuk melawat. Macam semalam, ada kawan aku dari Ipoh, Perak pun datang untuk melawat. Terharu pulak :')

Okay, macam dah lari topik pulak. Hahaha.. Dukacita dimaklumkan bahawa aku tak dapat nak pergi beraya macam biasa pada tahun ni, jadi korang pulak yang kena datang rumah aku. Harap maklum yer, jangan kata aku sombong, kekwat atau yang sewaktu dengannya. Hehe.. Kalau nak nombor telefon aku, boleh PM aku kat FB. Aku harap korang datang rumah, aku nak jumpa sangat dengan korang, tapi pergerakan aku terbatas. Nak pegi shopping raya pun tak boleh!! Sedih. Syukurlah ada orang sponsor Baju Melayu aku tahun ni, dan kakak aku tolong belikan baju raya untuk aku. Hehe..

Akhir kata, aku dengan rasa rendah dirinya, ingin memohon keampunan daripada anda semua andai kata sepanjang perkenalan kita ini, aku ada mengguris hati korang atau terkasar bahasa atau terlanjur bicara. Sempena hari raya kali ni, harapnya kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Jangan pernah lupa untuk bersyukur kepada Allah S.W.T. atas nikmat dan kurniaan daripadaNya sempena hari raya ini. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini.



nota kaki : nak datang rumah tu, bawak duit raya banyak-banyak. duit baru lagi bagus. hewhewhew

17 Ogo 2012

Sebuah Kepulangan

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Maafkan aku sebab lambat update blog.. Aku ada masalah sikit. Walaupun dah lebih 2 minggu kat Malaysia, tapi baru sekarang berpeluang untuk update blog..

Akhirnya, setelah sekian lama berada di perantauan, setelah penat dan lelah mengharungi perjuangan di tahun pertama perubatan, tiba detik untuk pulang ke tanah air tercinta, Malaysia. Aku tak pernah balik sejak bulan September tahun lepas. Sebenarnya takde la lama sangat, gempak je lebih... Tapi hati tetap excited mehhhh!! Sepanjang perjalanan tu, duk terngiang je lagu 'Coming Home' dalam kepala aku. Ini sudah parah.. Hehehe.. Almaklumlah, rindu kat keluarga dan jugak rakan-rakan... Tell the world that I'm coming home......

Perjalanan bermula di hostel kami di Belgaum.. Naik bas USM-KLE dulu untuk ke stesen bas.. Seronok tak terkata.. Sebelum ni asyik jeles dengan diorang yang balik masa cuti seminggu.. Kali ni, semua orang pun balik.. Cuma hari je beza.. Masa malam yang aku bertolak tu la yang majoriti budak batch aku keluar dari Belgaum. Drama air mata itu biasa ye. Hehe.. Bebudak laki cool saje...

Keceriaan terserlah di wajah kami.. Hehehe
Lepas tu, naik bas ekspres pulak ke Bangalore... Ada dua kumpulan kami gerak ni. Bas pertama, 32 orang, seluruh bas tu pelajar USM-KLE 2nd batch je, dan bas kedua ada 7 orang.. 3 orang senior, 4 orang junior.. Pukul 10.00 malam bertolak ke Bangalore, dan sampai kat sana dalam pukul 6.45 pagi.

Alkisahnya dalam bas tu, kami semua naik bas full sleeper yang berhawa dingin. Ni yang kat Malaysia takde. Bas full sleeper ni semua seat tu katil semata-mata.. Jadi, perjalanan lebih selesa. Tambang pulak Rs. 600, mahal sikit pun takpe, janji senang nak taruk bagasi dan barang-barang kami yang banyak giler. Sahur pun dalam bas tu jugak. Makan sosej dengan samosa je, kongsi ramai-ramai.. Seronok bila kitorang-kitorang je dalam bas tu, nak buat bising pun tak kisah. Hehehe.. Lainlah kalau ada tempe. Ishhhhhh..

Katil double decker..

Setibanya aku kat Bangalore, terus ke rumah kawan lama, seperjuangan kat ASiS dulu, iaitu saudara 'Isa.. Dia belajar medik kat IMS-MSU.. Tumpang kejap je ni, petangnya nanti nak gerak pegi airport pulak! Nak tumpang mandi, rehat-rehat.. Lama tak jumpa, bukak-bukak cerita lama... Bila dikenang semua tu, seronok pulak.

Sebelum ke airport, solat Jumaat dulu dekat kawasan Gokula Towers. Kat sana, ada la jumpa beberapa orang yang aku kenal sewaktu kat PASUM dulu dan jugak yang aku baru kenal kat India.. Lepas tu, baru bertolak ke airport. Naik satu teksi dengan Fareed.

The airport taxi..
Menanti berlepas ke airport..
Kelihatan saudara Hasif berbaju putih di sana turut mengucapkan selamat tinggal kepada kami..

Maka, bergerak jua teksi itu ke Bengaluru International Airport.. Hati melonjak kegirangan. Hehe.. Almaklumlah, ni kali pertama nak balik Malaysia setelah aku mula belajar kat India nih. Jarak perjalanan dari Gokula Tower ke airport lebih kurang 30 kilometer, tapi kejap je rasanya dah sampai. Hepi punya pasal.

Dah dekat sampai airport..
Tambang tak mahal, dalam Rs. 500 lebih kurang...
Setibanya kat airport dalam pukul 3.15 petang, terus pegi kat kaunter, check-in bagasi.. Check-in pesawat dah buat sebelum datang airport.. Web check-in je... Tak lama sangat pun semua prosedur tu. Tapi yang kesiannya Fareed, sape suruh naik MAS.. Flight pukul 12.45 tengah malam. Kena tunggu lama lagi kat sana.. Kesian noh.. Tapi takpe, dia pun sama hepi macam kami, nak balik Malaysia kot! Bebas daripada tempe. Hahahaha..

Akhirnya!!!

Deanna dengan Syahirah penat menunggu ye??

Bungkus bagasi untuk lebih keselamatan.. Rs. 400 sekali wrap.
Sembang apa tu Arief ngan Adib?? Hehe..
Beratur nak check-in bagasi....
Jom terbang!!!
Muka hepi sebelum naik flight!
Boleh nampak beza waktu kan??
Ok lah, setelah lama menanti, akhirnya tiba masa untuk masuk flight. Saatku idamkan. Hahahaha.. Flight berlepas pukul 5.30 petang waktu India (8.00 malam waktu Malaysia). Berbuka puasa pun kat dalam flight je. Makan nasi lemak you know. Boleh tahan sedap la.

Boarding pass
Dah terbang!
Terbang di atas awan. Indahnya..
Masa untuk berbuka puasa..

Akhirnya setelah 4 jam 15 minit penerbangan dalam AK 1212 tu, alhamdulillah, selamat sampai kat LCCT, dalam pukul 12.15 tengah malam. Transit hampir 8 jam kat sana sementara menunggu flight ke Kota Bharu pukul 8.00 pagi nanti. Check baki akaun bank, tengok elaun bulan 8 dah masuk, jadi apa lagi, makan makan makan yeah! Hehehe.. Mula-mula makan McD, pastu Coffee Bean, pastu kat Old Town White Coffee. Seronok makan ye.. Tinggal berempat je waktu tu. Aku, Wan Afiq, Zharif dengan Akhyar.

Tunggu beg aku... Mana dia..
Kelihatan rakan-rakan juga menanti bagasi..
Tunggu untuk boarding ke KB pulak.
Menunggu dan terus menunggu...
Akhirnya, pukul 8.00 pagi, aku berlepas ke KB pulak. Kejap je flight tu, sejam je lebih kurang. Rasa seronok sebab ini kali pertama bakal mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu, sebagai seorang pengguna. Biasanya datang lepak-lepak makan KFC je. Hahaha.. Kantoi.

Terbang di atas ruang udara Kuala Lumpur..
Kat bawah tu boleh nampak Genting Highlands..
Akhirnya, sampai jugak kat negeri Che Siti Wan Kembang pada pukul 9.00 pagi. Keluarga aku jemput aku kat LTSIP. Nasib baik cam lagi aku. Hehehe. Setelah lama tak balik, akhirnya dapat jumpa dengan ibu bapa dan keluarga. Semua adik-beradik aku ada kat rumah. Alhamdulillah. Dah lama nantikan detik ini. 


Cuti untuk 6 minggu. InsyaAllah akan update blog ni dengan lebih kerap. Terima kasih kerana sudi membaca. :)

13 Ogo 2012

Alhamdulillah.. Ke Tahun Kedua!

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Maaf, sebab baru nak update cerita ni walaupun dah nak basi. Benda dah berlaku 3 minggu lepas. Huhu.. Namun, ada sesuatu yang aku perlu kongsikan untuk pembaca blog sekalian..

Setelah mengharungi Peperiksaan Ikhtisas I atau Pro-Exam I yang sukar, akhirnya tiba detik pengumuman keputusan! Nak tau macam mana sedikit-sebanyak gaya keputusan exam kami diumumkan??

  • Kami semua dipanggil ke dalam dewan dan dikumpulkan di sana untuk menantikan keputusan.

  • Keputusan diumumkan oleh Timbalan Dekan USM-KLE, Prof. Kamaruddin Jaalam

  • Nama pelajar yang lulus akan disebut satu demi persatu, dan sesiapa yang namanya tidak disebut, maka pelajar tersebut tak dapat meneruskan pengajian ke fasa seterusnya.

Lokasi kejadian..
Pengumuman tu dilakukan pada waktu tengah hari, tapi memandangkan dah puasa, jadi tak perlu risau untuk makan tengah hari. Masih ada kegentaran dalam hati, tapi kami tetap yakin bahawa kami akan lulus tahun pertama berdasarkan maklum balas daripada para pensyarah.. Well, they know better :)

Maka, setelah menanti kehadiran Prof KJ, akhirnya beliau tiba di dalam Lecture Hall 2. Suasana bertukar menjadi sunyi sepi. Cuak kot!!

Prof KJ sedang mengumumkan keputusan.
Sebelum tu, sehari sebelum keputusan diumumkan, senarai nama bagi mereka yang layak untuk ke temuduga Viva Voce Distinction telah dikeluarkan. Ada 14 orang yang layak untuk batch kami. Namun, hanya 5 orang sahaja yang bak kata Prof KJ, mencapai golden standard untuk mendapat distinction. Aku ada? Tak la, aku biasa je, nak masuk senarai interview pun tak mampu.. Bukan mudah untuk melayakkan diri, kena dapat gred A untuk dipanggil temuduga. Bergantung kepada prestasi masa temuduga, anda akan dinilai sama ada layak atau tidak untuk mendapat 'Distinction'. Untuk maklumat yang lebih lanjut serta pengalaman temuduga Viva Voce ni, boleh buka blog senior saya, saudara Azhar.. Klik kat SINI.

Dipendekkan cerita, maka Prof KJ mula mengumumkan satu demi persatu nama-nama kami, dan, alhamdulillah, semua nama telah disebut. Maknanya........

KAMI SEMUA LULUS TAHUN PERTAMA!!!!!!!!!

Syukur alhamdulillah, ini semua berkat usaha dan kerja keras kami. Tak dilupakan, ini semua hasil panduan para pensyarah yang sangat berdedikasi, mengajar dan terus mengajar sehingga kami faham, tanpa penat dan jemu. Dorongan ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan juga memainkan peranan penting dalam kejayaan kami. Jangan lupa, tanpa izin Allah, tak mungkin kami dapat mengecapi kejayaan ini.

Pada akhir sesi pengumuman keputusan tu juga, Prof KJ mengumumkan 5 orang yang berjaya mendapat 'Distinction'. Mereka adalah:


  1. Gan Rick Kye
  2. Aznil Ramly
  3. Syuhada Ahmad Soobni
  4. Syahirah Ahmad Kamal
  5. Ryan Gilbert
Tahniah kepada mereka berlima! Tabik spring kepada mereka sebab dapat mengharungi temuduga yang sukar itu.. Aku pun tumpang gembira..

Segala perjuangan kami dalam tahun pertama telah tamat, dan kami berjaya melaluinya dengan jayanya! Detik ini telah lama aku nantikan!! Woot woot!

Gambar setelah lulus tahun pertama.. Kami bersama para pensyarah..
Dengan bangganya, dengan ini, aku kini bergelar pelajar perubatan tahun kedua! Langkah pertama sudah dilepasi.. Jauh lagi perjalanan ini, dan bukanlah semudah yang disangka. Harapan aku agar dipermudahkan jalan untuk aku dan kami semua untuk menempuh segala cabaran sepanjang kami bergelar pelajar perubatan ini. InsyaAllah, dengan bersatu, kita semua boleh!

Keceriaan terserlah di wajah kami. Harapnya berterusan sampai ke akhirnya.
Yang paling penting, jangan mudah putus asa, dan jangan menggelabah! Masa mula-mula dulu pun, aku rasa gelabah, macam mana nak hafal, nak faham, nak ingat semua benda medik ni, banyak sangat! Tapi, belajar slow-slow la, lama-lama seronok pulak, macam baca buku cerita pun ada. Ada yang senang, ada yang sukar, tapi kalau dah minat tu, minat jugak kan..

Syukur alhamdulillah, kini masa untuk aku merehatkan diri setelah setahun berhempas-pulas. Terima kasih semua yang telah membantu diri ini untuk mencapai kejayaan pada hari ini. Kini aku mampu tersenyum dan berhari raya dengan bermaruah :)