Maafkan aku sebab lambat update blog.. Aku ada masalah sikit. Walaupun dah lebih 2 minggu kat Malaysia, tapi baru sekarang berpeluang untuk update blog..
Akhirnya, setelah sekian lama berada di perantauan, setelah penat dan lelah mengharungi perjuangan di tahun pertama perubatan, tiba detik untuk pulang ke tanah air tercinta, Malaysia. Aku tak pernah balik sejak bulan September tahun lepas. Sebenarnya takde la lama sangat, gempak je lebih... Tapi hati tetap excited mehhhh!! Sepanjang perjalanan tu, duk terngiang je lagu 'Coming Home' dalam kepala aku. Ini sudah parah.. Hehehe.. Almaklumlah, rindu kat keluarga dan jugak rakan-rakan... Tell the world that I'm coming home......
Perjalanan bermula di hostel kami di Belgaum.. Naik bas USM-KLE dulu untuk ke stesen bas.. Seronok tak terkata.. Sebelum ni asyik jeles dengan diorang yang balik masa cuti seminggu.. Kali ni, semua orang pun balik.. Cuma hari je beza.. Masa malam yang aku bertolak tu la yang majoriti budak batch aku keluar dari Belgaum. Drama air mata itu biasa ye. Hehe.. Bebudak laki cool saje...
Keceriaan terserlah di wajah kami.. Hehehe |
Alkisahnya dalam bas tu, kami semua naik bas full sleeper yang berhawa dingin. Ni yang kat Malaysia takde. Bas full sleeper ni semua seat tu katil semata-mata.. Jadi, perjalanan lebih selesa. Tambang pulak Rs. 600, mahal sikit pun takpe, janji senang nak taruk bagasi dan barang-barang kami yang banyak giler. Sahur pun dalam bas tu jugak. Makan sosej dengan samosa je, kongsi ramai-ramai.. Seronok bila kitorang-kitorang je dalam bas tu, nak buat bising pun tak kisah. Hehehe.. Lainlah kalau ada tempe. Ishhhhhh..
Katil double decker.. |
Setibanya aku kat Bangalore, terus ke rumah kawan lama, seperjuangan kat ASiS dulu, iaitu saudara 'Isa.. Dia belajar medik kat IMS-MSU.. Tumpang kejap je ni, petangnya nanti nak gerak pegi airport pulak! Nak tumpang mandi, rehat-rehat.. Lama tak jumpa, bukak-bukak cerita lama... Bila dikenang semua tu, seronok pulak.
Sebelum ke airport, solat Jumaat dulu dekat kawasan Gokula Towers. Kat sana, ada la jumpa beberapa orang yang aku kenal sewaktu kat PASUM dulu dan jugak yang aku baru kenal kat India.. Lepas tu, baru bertolak ke airport. Naik satu teksi dengan Fareed.
The airport taxi.. |
Menanti berlepas ke airport.. |
Kelihatan saudara Hasif berbaju putih di sana turut mengucapkan selamat tinggal kepada kami.. |
Maka, bergerak jua teksi itu ke Bengaluru International Airport.. Hati melonjak kegirangan. Hehe.. Almaklumlah, ni kali pertama nak balik Malaysia setelah aku mula belajar kat India nih. Jarak perjalanan dari Gokula Tower ke airport lebih kurang 30 kilometer, tapi kejap je rasanya dah sampai. Hepi punya pasal.
Dah dekat sampai airport.. |
Tambang tak mahal, dalam Rs. 500 lebih kurang... |
Akhirnya!!! |
Deanna dengan Syahirah penat menunggu ye?? |
Bungkus bagasi untuk lebih keselamatan.. Rs. 400 sekali wrap. |
Beratur nak check-in bagasi.... |
Jom terbang!!! |
Muka hepi sebelum naik flight! |
Boleh nampak beza waktu kan?? |
Boarding pass |
Dah terbang! |
Terbang di atas awan. Indahnya.. |
Masa untuk berbuka puasa.. |
Akhirnya setelah 4 jam 15 minit penerbangan dalam AK 1212 tu, alhamdulillah, selamat sampai kat LCCT, dalam pukul 12.15 tengah malam. Transit hampir 8 jam kat sana sementara menunggu flight ke Kota Bharu pukul 8.00 pagi nanti. Check baki akaun bank, tengok elaun bulan 8 dah masuk, jadi apa lagi, makan makan makan yeah! Hehehe.. Mula-mula makan McD, pastu Coffee Bean, pastu kat Old Town White Coffee. Seronok makan ye.. Tinggal berempat je waktu tu. Aku, Wan Afiq, Zharif dengan Akhyar.
Tunggu beg aku... Mana dia.. |
Kelihatan rakan-rakan juga menanti bagasi.. |
Tunggu untuk boarding ke KB pulak. |
Menunggu dan terus menunggu... |
Terbang di atas ruang udara Kuala Lumpur.. |
Kat bawah tu boleh nampak Genting Highlands.. |
Cuti untuk 6 minggu. InsyaAllah akan update blog ni dengan lebih kerap. Terima kasih kerana sudi membaca. :)
terbaik la rashdan..get well,doc
BalasPadam-ash-
thanks dr. aris =)
Padam