27 Dis 2012

Dialah DELISA

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Siapa pernah menonton filem 'Hafalan Shalat Delisa'? Cerita yang sangat sedih kan?


Lagu tema untuk filem ini adalah lagu 'Ibu', nyanyian Rafly. Liriknya amat menyentuh hati, apatah lagi kalau anda menonton filem ini.



Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku

9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do’a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do’amu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x)

ibuuuuuuuuuuuuuu……….. (3x)

Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
engkau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku

indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan doamu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x
ibuuuuuuuuuu…….. (3x)

“Allahummaghfirlii waliwaa lidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa”

Sebenarnya, filem ini diadaptasi daripada novel. Tadi, masa melayari laman Facebook, ternampak ada orang kongsikan sebuah pautan ini, mengenai diri Delisa yang sebenar. Mesti ramai yang nak kenal kan?

Inilah beliau, Delisa, gadis yang tabah.

Beliaulah DELISA yang sebenar, mangsa tsunami yang kisahnya difilemkan itu. Walaupun salah satu kakinya telah dipotong, namun dia tetap tabah berdiri di tengah Panggung Peringatan 8 Tahun Tsunami yang terletak di Muzium Tsunami Banda Aceh. 

Nama sebenar beliau adalah Delisa Fitri Rahmadani, dan nama panggilan beliau adalah Delisa. Gadis ini lahir di Ulee Lheu Banda Acheh pada 15 Disember 1997. Pada kejadian itu (tsunami 26 Disember 2004), beliau masih berusia 8 tahun 15 hari. Beliau bukan sahaja kehilangan kaki kirinya, malahan turut kehilangan ibunya, Salamah dan tiga orang adik-beradiknya yang ditelan gelombang yang dahsyat itu.


Kini, Delisa menjalani kehidupan seharian dengan bantuan tongkat dan kaki palsunya. Beliau tinggal bersama ayahnya, Bakhtiar dan seorang abangnya yang selamat. Kini, beliau belajar di Kelas Satu SMK 5 Telkom Banda Aceh. Sejak masih SMP, beliau pernah menjadi juara umum di sekolahnya. Tidak hanya menonjol dalam prestasi akademik, gadis ini juga hebat bermain alat muzik keyboard.

"Saya berterima kasih kepada Allah, yang telah mengambil salah satu kaki saya, di luar sana masih banyak Delisa-Delisa lain yang mungkin lebih daripada saya," ujarnya. Kelak, Delisa bercita-cita ingin menjadi pemain muzik  dan pengarang buku. Beliau juga berkeinginan membuat komuniti untuk anak-anak cacat, sudah tentunya sebuah keinginan yang amat mulia. 

Bila baca kisah Delisa ini, sebenarnya aku rasa bersyukur kerana nasib aku tak seburuk Delisa. Ingatlah pada setiap masa, walau seteruk mana pun keadaan kita, ada orang yang lebih menderita daripada kita, barulah hati kita akan lebih tenang. Namun, setiap yang berlaku mungkin ada hikmah yang tersembunyi kan? Selalunya, dalam sesebuah kekurangan, ada kelebihan yang tersendiri. Allah Maha Adil kan? :)

Alhamdulillah, insyaAllah sebulan sahaja lagi aku akan bertongkat. Kini, pelbagai tanda positif ditunjukkan oleh kaki kanan itu.. Harapnya proses penyembuhan ini takkan lama lagi. Terima kasih kepada semua yang mendoakan selama ini. :)


Tetap semangat wahai Delisa, semoga anda dapat menggapai cita-cita tersebut. InsyaAllah, amin..

 

22 Dis 2012

Manipal 2.0

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Baru-baru ini, pada 8 dan 9 Disember 2012, aku bersama ramai rakan di Belgaum yang lain telah berkunjung ke Manipal, Karnataka, India. Tujuannya adalah untuk menghadiri majlis 'Lagenda 2012 : Sirih Pulang Ke Gagang'. Kalau nak tahu, Lagenda ni adalah platform untuk para pelajar Malaysia di serata India untuk berkumpul. Majlis yang dianjurkan oleh MSAI Manipal ini ada pelbagai acara seperti yang dipaparkan dalam gambar di bawah: 

Sesungguhnya Lagenda ini dapat mengeratkan ukhuwah antara pelajar Malaysia di India..
Kenapa Manipal 2.0? Sebab ni kali kedua aku berkunjung ke Manipal. Masa bulan Mei hari tu. Boleh baca kat SINI kalau nak. Tak paksa. Hehehe..

Manipal adalah sebuah bandar universiti yang terletak di negeri Karnataka, India. Lokasi Manipal adalah 5km dari bandar Udupi, dan 65km dari Mangalore. Perjalanan dari Belgaum ke Manipal mengambil masa selama 9 jam. Siapa yang tak kenal Manipal kan? Asal je orang tahu aku belajar kat India, mesti orang tanya, "Belajar kat Manipal ke?" Hehe.. Nak buat macam mana, Manipal memang popular.. Belgaum je kurang. Hehehe..

Untuk tujuan ke Manipal, pihak Biro Sukan dan Kebudayaan telah menempah tiket bas untuk kami semua. Alhamdulillah, semuanya cukup untuk kami. Selain itu, untuk membolehkan kami semua ke Manipal, End-Block Assessment untuk Blok Kardiovaskular telah diawalkan sehari. Tengok, semangat tak kami? Terharu tak orang Manipal? Hehehe..

Alhamdulillah, selamat sampai di Manipal pada jam 6.45 pagi. Lepas tu, masing-masing bawak haluan sendiri. Ada yang check-in hotel, ada juga yang menumpang di rumah rakan-rakan. Aku pulak, terus ke Swarnagiri Apartment untuk menumpang di rumah Syafiq Zharfan (Apan), Rafik Shamad dan Farid Naqib. Sekali lagi, macam kali pertama aku berkunjung ke Manipal hari tu.

Selamat pagi dari Manipal!
Siangnya, berehat sahaja lepas makan kat rumah Fakhrul.. Rajin diorang masak. Terima kasih! Tak pergi ke mana pun, ambil peluang untuk berehat untuk acara malam nanti. Sampai hati kawan-kawan tak beritahu pun yang diorang pergi ke Mangalore.. Tahu-tahu je gambar diorang kat sana dah masuk dalam Instagram. Aiyooo.. Takpe lah, no hard feeling.. Kalau aku pergi pun, buat penat aku je.. Tapi at least, tanye la aku. It's okay..

Senja di Manipal..

Malamnya yang seronok! Ada Lagenda Night. Para pengunjung disajikan dengan persembahan-persembahan yang hebat oleh para pelajar Malaysia dari pelbagai tempat di India. Belgaum juga tidak terkecuali menghantar wakil untuk membuat persembahan pada majlis tersebutl. Selain persembahan, terdapat juga jualan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Manipal. Antara makanan yang dijual pada malam tersebut adalah nasi lemak, cendol, sate dan pelbagai jenis kek. Sebenarnya banyak lagi, penat pulak nak tulis semua. Selain makanan, cenderamata juga dijual oleh pihak MSAI Belgaum, seperti t-shirt dan mug. Di samping itu, untuk menyedarkan para pengunjung mengenai situasi di Palestin, satu booth khas telah dibuka untuk menerangkan perkara sebenar. Satu langkah yang patut dipuji!

Nasi Lemak Line Clear.. Macam Nasi Kandar Line Clear kat Penang kaa? Hehe.. Yang penting, memang clear, cepat je habis.. Nasib baik aku sempat merasa..

Manipal Aku Datang ye kat situ. Ada wajah Lisa Surirumah Surihani pulak. Kreatif!
Lagenda edisi kali ini juga berjaya menemukan kembali rakan-rakan seperjuangan, satu batch (Sa[VI]Our) ketika di SM Sains Alam Shah (ASiS), Kuala Lumpur dahulu ketika kami bersama berjuang di medan SPM. Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak bersua, akhirnya dengan izin Allah S.W.T., kami berjaya bertemu semula. Kiranya mini-reunion lah ni.. Yang tak bestnya sebab tak dapat kumpulkan semua. Tak jumpa pulak Jeremy Wee dan Parthiban. Takpe lah, kalau ada rezeki, jumpa lain kali.


[dari kiri] Harith, Syabil, Ayunnie, Fawzul, Tajul, 'Isa, Rashdan, Fareed, Zulhilmi

Alhamdulillah, dapat juga bertemu korang semua. Semoga ukhuwah kita bertambah erat di bumi India ini, setelah sekian lama tak jumpa.

Sebahagian daripada persembahan..

Belum Tahun Baru Cina lagi. Tapi hebat la persembahan ini.

Ini dia persembahan hebat daripada artis Belgaum, Sufian Yusof. Satu batch dengan aku kot! :D

Dari Belgaum jugak, dan satu batch dengan aku, Basirah Basri dan Deanna Reesha. Deanna Reesha tu penyanyi YouTube tau!

Anjing liar entah dari mana. Terperanjat boboi! :D

Kesan pembedahan kat tengkuk Muhsan. Kesian dia, ada besi dalam C1 dan C2. Lantas aku mengucapkan, welcome to the club of besi dalam badan. Hehehe :D
Ramai juga bertemu dan berkenalan dengan pelajar Malaysia kat India pada malam itu. Alhamdulillah, semua benda pun best malam tu, kecuali majlis tetiba tergendala sebab black-out. Takpe lah, nak buat macam mana kan, bukan salah penganjur pun. Dapat jumpa juga dengan rakan lama masa kat SMK Ismail Petra dulu, Raihan Azahari. Sempat juga beli cenderamata kat sana. Lepas tu, apa lagi, balik berehat kat Swarnagiri Apartment. Puas hati aku malam tu. Balik dengan senyuman..

Esoknya, ada acara sukan pula. Antara acara yang dianjurkan adalah bola sepak, bola jaring, bola keranjang dan bola tampar. Aku tak pergi pun kat venue, sebab membebankan aku jugak. Jadi, duduk rumah sahaja. Tolong Rafik masak kuih ketayap. Walaupun kali pertama buat kuih tu, tapi menjadi! Sedap pulak tuh.

Sedap, buat aku rindu Malaysia je. Nak cuba buat bila balik Belgaum.
Petangnya, aku bersama beberapa rakan yang lain ke Malpe Beach dan St. Mary's Island, dalam 10km dari Manipal. Dah lama tak pergi pantai sebenarnya. Aku dalam keadaan macam ni pun masih nak pergi. Tapi takpe, pandai-pandailah aku menjaga diri.. Sempat juga aku berkenal-kenalan dengan kenalan baru..

Ramai orang di pantai..

Panorama di Malpe Beach.

Ada paragliding kat pantai tu. Katanya mahal kalau nak naik. Kalau murah pun, aku takkan naik, sebabnya korang tahu kan, kaki aku. Hehehe..

Lagi pemandangan di Malpe Beach

Abaikan jari, kat sini ada macam lebih kurang taman hiburan..
Takkan nak duduk pantai je kan, jadi kami pergilah ke St. Mary's Island. Ada 13 orang semuanya. Naik bot, bayar Rs. 150. Perjalanan dalam 30 minit kalau tak silap. Walaupun bertongkat, tapi tetap pergi jugak ke pulau. Nak tengok tempat orang ni, macam mana kan..

Yang ni aku ambik dari Wikipedia. Menurut kata nenek moyang orang tempatan, pada 1948, Vasco da Gama mendarat di St. Mary's Island dalam perjalanan dari Portugal ke India, pacakkan tanda salib di atas pulau tersebut dan menamakan salah satu pulau tersebut sebagai O PadrĂ£o de Santa Maria, sebagai dedikasi kepada Mother Mary, sebelum meneruskan perjalanan ke Kozhikode di Kerala.


Kami semua di dalam bot.. Tak bertolak pun lagi.

Afiq Aizat dan Aidil Yusof

Senyum je, belum pening lagi sebab bot tak gerak lagi. Hehe..

Boleh nampak keseluruhan Malpe Beach dari atas bot.

Nak jugak. Hehehe..

Dah sampai kat pulau. Kelihatan Malpe Beach dari kejauhan.

Ambil gambar aje ye..

Entah apa yang dibincangkan mereka..

Ada jet-ski jugak kat pulau ni. Katanya mahal jugak.

Nama lain pulau ni adalah Coconut Island, sebab banyak pokok kelapa kat pulau ni. Pemandangan yang indah..

Pemandangan di sebelah lain pulau pulak. Pulau ni tak berpenghuni..

Cantik je pemandangan kat sini. Subhanallah.

We are roommate, and my fellow blogger. Nama beliau Fareed Azlan, bekas pelajar ASiS jugak. Boleh baca blog dia kat SINI.

Keindahan pulau ini. Rugi kalau tak datang.

Berlagak macam tak sakit. Memang tak berapa sakit dah pun. InsyaAllah, sebulan setengah lagi.

Air laut kat sini sangat jernih..

Feeling Ombak Rindu lettuw. Hahaha

Matahari hampir terbenam..

Kelihatan 'tempe' begitu ramai ye..

Batu-batu yang unik. Tak mahir nak ulas banyak-banyak, sebab aku tak belajar Geologi. Hehehe..

Berseronok di pinggir pantai yer.

Tengok, air sangat jernih..

Afiq Aizat dan Aufa..

Arief Azman

Subhanallah, indahnya ciptaan Allah..

Suasana matahari terbenam di pulau tersebut..

Bergambar kenangan sebelum pulang...

Senja nan merah...
Malamnya, pukul 10.00, aku berangkat pulang ke Belgaum, membawa pelbagai kenangan indah dari Manipal. Memang Manipal tak pernah mengecewakan. Dari segi orang-orangnya, makanannya serta suasana dan persekitaran di sana membuatkan aku cemburu, namun tak semua yang kita mahukan, kita akan dapat. Namun, aku patut bersyukur dengan apa yang ada kat Belgaum, nikmat yang ada di sini pun sudah cukup bagus untuk diriku. Bukannya teruk pun kan? :)

Firman Allah S.W.T dalam surah Surah an-Nahl ayat 18, maksudnya:
 
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu sesunggguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..

InsyaAllah kalau ada kelapangan masa nanti, akan adalah program Manipal 3.0, 4.0, 5.0 dan selanjutnya. Kata 5 tahun kat sini.. Sayang betul, masa agak singkat sebab dapat pergi dua hari satu malam je kat sana. Sekali lagi, memori manis tercipta lagi di Manipal. 

Akhir kata, terima kasih kerana membaca..