30 Okt 2011

Diwali!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Tahun ni sedikit bersejarah, sebab pertama kali menyambut Deepavali @ Diwali di luar Malaysia. Rasa bertuah sebab dapat menyambutnya di negara asal perayaan ini, iaitu India!


[Bunyi macam gempak, tapi sebenarnye sambut untuk malam raya je...]

Sambutan Deepavali secara kecil-kecilan tapi meriah telah dibuat di hostel kami. Seronok tak terkira sebab excited nak tengok culture diorang...


Tempat sembahan mereka. Siap taruk pokok pisang lagi.


Aku ingatkan birthday party mula-mula, tapi sambutan Deepavali la pulak... Hehehe... Birthday aku pun dah tak lama ni... :)


Dalam keterujaan nak sambut Deepavali tuh, minum petang tetap ada... Kaut kerepek tu abang-abang dan akak-akak oiii.. Hehe..


Amboi... Siap posing lagi ek??

Malam Deepavali tu, kami pelajar USM-KLE ni berpesta dengan begitu dahsyat sampai hampir tak ingat dunia. Hehehe... Pesta mercun!! Memang tradisi diorang kat sini, main mercun malam raya... Hehe..


Dahsyat woot! Lawa pulak tuh... Mula-mula takut jugak, tapi last-last aku main jugak! Hehehe...


Bunga api yang menjulang-julang.... Tetiba teringat lagi Katy Perry - Firework... Boom boom boom, even brighter than the moon moon moon... Hahaha...


Haaaa.. Yang ni nama dia mercun.. Hahaha... Bukan tangan aku... :D


Bunga api menuju angkasa.... Lawa!


Cantik pulak gambar ni? Hehehe... Thanks Samsung Galaxy S2...


Rilek je mak cik tu main mercun... Macam pro je... Hehehe.. Slumber derk je, meletup kat tangan pun rileks je. Aku malas la nak main mercun, nanti tak sempat jadi doktor baru tau. Haha.. Main bunga api sudah..

Lepas tu, makan-makan pulak. Sebab makanan India tak menepati cita rasa aku, makan sikit je lah. Pastu keluar makan dengan Azhar ngan Amir Izwan kat Natural Ice Cream. Tu baru mukadimah... Patu makan kat China Wall, talian hayat bebudak USM-KLE.


Kat sini boleh tahan sedap la makanannya. Aku suka makan bihun ngan maggi goreng. Rasa sangat macam kat Malaysia. Harga pun berpatutan.

Sebenarnya tujuan aku keluar tu untuk tengok suasana malam raya diorang. Memang penuh dengan cahaya, kan Diwali ni kan "Pesta Cahaya". Sangat unik, tapi aku suka tengok 'kolam' yang pelbagai corak. Kagum dengan kebolehan diorang buat...


Contoh kolam yang ada...


Oghe Kelate duo-duo ni : Azhar Che Omar nge Amir Izwan


Pemandangan biasa di sini...

Setakat ini dulu kisah 'beraya' di Belgaum. Tak lama lagi, Aidiladha pun dah dekat. Bakal ada sambutan nanti kat sini. Nanti aku update yer! =)

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak.

25 Okt 2011

Bangalore Oh Bengaluru.....

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...

Apekedehal tajuk ni?? Hehehe... Sebenarnye aku telah menghadiri program berkenaan di Bangalore @ Bengaluru...


Wakil USM-KLE ada 10 orang je. Wakil 1st batch ngan 2nd batch masing-masing ada 5 orang. Program ni menyatukan ramai pelajar Malaysia dari segenap ceruk di India ni. Bolehla mengeratkan silaturrahim kan?? Program ni seronok jugak la, almaklumlah sume bende free kan? :)

Perjalanan ke Bangalore sangat jauh, iaitu lebih kurang 10 jam. Lagi jauh daripada perjalanan Kota Bharu - Kuala Lumpur... Aduhaiii.. Sampaikan solat Subuh pun kat dalam bas taw.

Singgah dulu kat apartmen pelajar IMS-MSU kat Bangalore, sebab nak naik bas dari sana. Perjalanan ke Nandi Hills lama jugak la. Dalam 50km dari Bangalore. Dipendekkan cerita, tibalah ke Nandi Hills Resort. Tepi bukit tuh!


Saujana mata memandang.. =)


Inilah tempatnya...


Arnab ni comel -comel lahhh.. Rasa nak culik bawak balik Belgaum.. Heheheh...

Setibanya kat sana, masa mendaftar dapat alatan-alatan sebegini rupa:


Ini nama dia 'Buku Refleksi'.


Nama dia ni pulak 'Pen Refleksi'.

Buku Refleksi, Pen Refleksi ngan buku tentatif program haruslah dibawak sepanjang masa kursus. Hehehe.. Kira barang amanah la ni. Tujuannya untuk mencatat apa jua perasaan korang kat sana. Kalau tak tulis, mesti dah tak ingat pasni kan...

Banyak program LDK je sebenarnye. Aku masuk kumpulan C, sub-group 3. (LDK = Latihan Dalam Kumpulan).. Meh nak share sikit ape yg ade dalam buku refleksi aku tuh:

LDK 1:
"You and I"? Agak mencabar. Kena ingat nama ramai orang la pulak. Poning kepalo den haaaa... Nasib baik kena hafal 5 nama je. Hehehe...

LDK 2:
Lukis muka sendiri pakai tangan yang tak biasa guna! Hasilnye? Fulamak... Sangatlah BEZA dengan diriku yang hensem ini. Hahaha. Aku menggemukkan muka aku yang sedia 'kecik' tu lagi. Wakaka... Seronok buat macam ni. Kena cari tuan punya gambar. Dah jumpa tuan dia, nama dia Fazreena, asal Perak. Faraa pulak, dapat gambar aku, dan kena la tulis komen.


Aku memang 'pandai' melukis!! Gume tangan kiri, boleh la maafkan.. Heheh...

LDK 3:
Twisted? Memang twisted. Berbelit-belit. Group C3 dapat 2nd.

LDK 4:
Sesi lukis graf kehidupan lak. Tacink2 pun ade. Tak suke lah.

Lepas tu, jam dah menunjukkan pukul 11.15 malam, masa untuk tidur! Sambung esok hari pulak LDK nye...

LDK 5:
Kitorang usaha dahsyat jugak, tapi tak dihargai. Kumpulan A tak pandai menilai! Tapi diorang menang. Wadehek.... Bagi markah tak adil. Tak datang riadah tolak 5 markah, tapi kalau tolong sikit pun (+150)! Baik tak payah main game lahhh.

LDK 6:
Patutnya dah menang game Charade nih, tapi kemenangan dirampas! Dan-dan je buat 2nd round. Adehhh...

LDK 7:
"The More The Better". Kena list apa yang diminta secepat mungkin. Nyata C3 memang penuh dengan idea. Sangat membantu untuk kami menang. Dapat Ferrero Rocher!!

LDK 8:
Sesi psiko. Suruh tampal lirik "Inilah Barisan Kita". Kami tak sedar yang ada kesalahan ejaan kat kertas tu. So, kenalah gabung kumpulan untuk selesaikan semua tuh. Pastu kena nyanyi lagu tu sampai 'meremang bulu roma' akak fasi. Hadoiii.. Layan je la. Benda yang lebih kurang sama dah dibuat kat kem Biro Tatanegara 3 tahun lepas. Dah basi la modal nih. Aku layan je lah. Huhu...

Dah habis sume tu, tibalah masa untuk dinner. Guess what? Aku dijemput untuk buat persembahan! Aku dan sorang lagi member membantai lagu 'Apa Khabar Orang Kampung'.

Maka berakhirlah program itu malam tuh. Pagi esoknye, pukul 10, check-out dari resort tu. Sementara menanti bas 12 jam lagi, sempat jugak berjalan kat sekitar Bangalore. Mula-mula makan tengah hari disponsor oleh Encik Khairuddin Abdullah, wakil JPA kat Bangalore.. Sedap wooo!


Lokasi kejadian.

Lepas kenyang tuh, naik auto pulak, ke Mantri Square. Takde mood pulak nak shopping sakan.


Boleh tahan gempak jugak kat dalam ni. Ade la beli barang-barang yang berguna sikit...

Tapi yang paling best adalah..... (sila scroll bawah yer)




































KFC yang halal! Love it. Hehehe... Lama tak makan KFC nih, sejak tinggalkan Malaysia. Cuma yang terkilan sebab takde Cheezy Wedges. Hehehe.. Alhamdulillah, ade rezeki untuk menikmati KFC. Bawak balik jugak untuk kawan-kawan kat Belgaum.

Lepas tu, dalam pukul 10.10 malam, bertolak pulang ke Belgaum, dan pukul 7.00 pagi, tiba di bumi Belgaum. Pukul 8 dah kene masuk kelas? Apa lagi? Kalut ribut lah aku.... Huhu.. Sekian saja sesi peng'update'an blogku untuk kali ni.

Mengembara membuka minda dan perspektif anda.

13 Okt 2011

EPISOD 4 : Corat-Coret USM-KLE

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Terupdate lagi blog ni untuk kesekian kalinya. Hehehe... Sori la, sibuk sangat la jadi medical student. Seminggu cuti sehari je. Gambar-gambar di bawah ni untuk tatapan kalian... :)



Bakal doktor suatu hari nanti.. :)


Contoh makanan kat sini. Ayam berwarna hijau... Hehehe.. Korang mesti "Euwhhhhhh!!!" kan? Sebenarnya rasa dia tak pelik pun, macam biasa je.. Yang hijau tu sebab gune bayam tumbuk... Rasa dia biase je, cuma sangat unik!


Alatan untuk 'membedah' nanti. Ada kelas dissection, yang mana kami akan 'membedah' cadaver (mayat yang diawet) mengikut part dari minggu ke minggu... 


Pemandangan biasa je ni... Anjing kat sini ibarat kucing je kat Malaysia. Risau jugak mula-mula, tapi dah biasa dah... Anjing sini baik-baik, cuma malas nak ambik risiko nak sentuh. Ekeke...


Deretan 'auto' di hadapan KLE University. Biasa dinaiki kalau nak ke mana-mana.. Tambang boleh dirunding, takde la mahal sangat sebenarnye. Tapi aku selalu gak kena tipu. Adoiiii.. Pandai aaa diorg amek kesempatan ngan foreigner..


Salah sebuah stesen minyak kat Belgaum. Bharat Petroleum... Minyak kat sini mahal taw, dalam lima hengget seliter. Orang Malaysia, sila bersyukur yer, jangan reti nak komplen je. Hargailah subsidi yang anda nikmati.


Sebuah masjid di Belgaum. Cakap pasal masjid, kat sini kan, solat Jumaat sangat beza. Diorang akan bagi tazkirah dulu mula-mula, dalam bahasa Kannada. Memang haram tak faham la apa yang diorang nak sampaikan. Huhu... Pastu diorang akan bangun, solat sunat 4 rakaat, pastu baru akan ada azan. Lepas azan tu, terus khutbah. Khutbah sangat pendek, sekadar cukup syarat sahaja. Masih lagi dua khutbah. Then, solat macam biasa je.


Salah sebuah 'periuk nasi' kami pada Sabtu malam, sebab masa tu makanan tak disediakan kat Mess... Memang akan keluar makan pun, kalau tak masak sendiri. Sedap jugak makan kat sini, cuma ada beberapa kes cirit-birit lepas makan kat sini. Tu lah, makan lagi menu yang pelik-pelik.... Makan yang biasa-biasa sudahla...


Kemon.... Kat Belgaum pun ada Baskin Robbins la... Murah pulak tu... Hari tu aku selamber derk je makan yang 300 gram... Tapi seriously, makanan yang berasaskan susu kat sini, macam ais krim memang sedap la, tak tipu punye.... Boleh gemok kalau tak control...


BATA pun ade jugak kat India.. Harga standard je, sama macam kat Malaysia....


Kedai ni macam kedai Levis jugak la.. Aku pernah shopping kat sini.... Sehelai je baju aku beli.. Huhu...


Jual kelapa ye bang? Hehe... Kelapa dijual di mana-mana....


Antara barang yang dijual di jalanan.. Boleh dapat dengan harga yang berpatutan....


Hostel USM-KLE yang baru masih dalam pembikinan.... Dalam 6 bulan lagi baru siap (katanya)....


Nasi lemak versi India!! Rasa dia ok aje, cuma janganla harap lebih-lebih kan bila duk kat tempat orang ni. Sambal dia kosong je, tak pedas langsung. Ikan bilis ngan telur takde, just ada kacang je. Bukan aku yang masak, kedai yang masak... =)


Tempat aku beradu seharian... Hehehe....


Buy 1 free 1 kah?? Hahaha...  Ni masa sambutan hari raya kat sini... By the way, nama orang kat sebelah tu, Iwadh bin Abd Rashid, stay kat Shah Alam.. Hehehe...


Beraya bersama rakan-rakan baru... ^.^



Rakan-rakan baru dan lama di sini.. Ada jugak senior aku kat ASiS dulu kat sini, jadi satu batch kat sini...


Malaysian Night baru-baru ni.... Kat Hotel Sankam...


Jejaka-jejaka ganteng dari batch 2 USM-KLE.. :D


Menari ye kak?? Hehehe... Silakan menari.. :)


Sape kat tengah tu? Aku la! Hehe... Kembali ke pentas setelah 16 bulan menyisihkan diri dari membuat persembahan. Hehe.. Last sekali menyanyi masa kat ASiS dulu, masa hari guru.. Persembahan drama muzikal, berlakon dan menyanyi.. Fuhhhh... Alhamdulillah, kami menang persembahan terbaik! =)


We are happy family of USM-KLE! Batch 1 and batch 2 together....


Seorang jejaka kacak di belakang bas yang dinaiki setiap hari... Hehehe... :)

Setakat ni saje dulu siri kemas kini blog aku tentang aktiviti aku sejak sebulan tiba di buni India ni. Pengemaskinian blog akan lebih terhad lepas ni, kerana saya seorang pelajar perubatan. Masa banyak mencemburui saya. Hehe... InsyaAllah, akan cuba sedaya-upaya jugak untuk update blog ni dalam kesibukan menuntut ilmu pun. Akhir kata, doakan saya lulus dengan cemerlang untuk tahun pertama ni! =)

Tiada kejayaan tanpa usaha!