31 Jan 2014

Permohonan Ke USM-KLE 2014/2015

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua.

Kepada bakal lepasan Program Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) / Asasi Sains UiTM / Matrikulasi / STPM / International Baccalaureate / A-Level dan yang setaraf, jika anda berminat untuk melanjutkan pelajaran di USM-KLE International Medical Programme (USM-KLE IMP), bolehlah memohon untuk kemasukan ke USM-KLE bagi sidang akademik 2014/2015.

Pembelajaran di USM-KLE adalah 5 tahun sepenuhnya di kampus pesisir USM-KLE IMP di Belgaum, India. Mahasiswa bakal dianugerahi ijazah MD (USM) setelah tamat pengajian.

Berikut disediakan beberapa pautan untuk anda



Maklumat lanjut mengenai permohonan ke USM-KLE tertera di bawah.



Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Seksyen Pengambilan Pelajar USM:


  • Talian Bebas Tol : 1 300 888 876
  • Telefon : +604-6533196/3141
  • Faks : +604-6533328
  • Facebook : Student Admissions USM


Boleh juga bertanya soalan-soalan di sini, namun biarlah soalan itu biarlah relevan dengan kapasiti saya sebagai seorang pelajar USM-KLE.

Semoga berjaya dalam permohonan anda!

29 Jan 2014

Cuti-Cuti Diwali : Mysore

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua. Entri kali ini adalah tentang perjalanan saya dan Helmi Hamid di Mysore.

Sedikit sebanyak latar belakang Mysore. Mysore (orang tempatan panggil 'Mysuru') adalah sebuah bandar yang terletak kira-kira 160km dari Bangalore. Mysore yang merupakan bandar ke-3 terbesar di dalam negeri Karnataka selepas Bangalore dan Hubli-Dharwad.

Pada awalnya, saya bercadang untuk menunda perjalanan kami ke Mysore pada hari yang berikutnya, namun setelah dipujuk, akhirnya saya akur. Rancangan saat-saat akhir ini akhirnya berjaya juga. Sekitar jam 10.30 pagi, 3 November 2013, hari Deepavali, selepas bersarapan dengan juadah nasi lemak di Gokula, saya dan Helmi bertolak ke Mysore. Kami menaiki kereta sewa iaitu Tata Indica, bersesuaian dengan jumlah peserta yang kurang.

2 jam kemudian, kami tiba di sebuah tempat yang bernama Srirangapatna, sebuah pekan bersejarah yang terletak 19km dari Mysore. Destinasi pertama kami adalah Daria Daulat, Tippu Sultan Castle. Tippu Sultan adalah bekas penguasa Empayar Mysore pada dahulu kala, sekitar hujung abad ke-18. Beliau juga dikenali sebagai 'Harimau Mysore'.

Pintu masuk ke Istana Tippu Sultan. Harga tiket yang kurang munasabah bagi warga asing, iaitu Rs. 100 berbanding hanya Rs. 5 bagi warga tempatan.

Istana Tippu Sultan. Kewujudan kain-kain hijau itu mencacatkan pemandangan, mungkin untuk melindungi lukisan-lukisan yang berada dalam istana itu.
Dah lama bangunan ini didirikan. Maaf kerana tidak dapat menyediakan gambar dari dalam istana kerana sebarang bentuk fotografi dan videografi tidak dibenarkan sama sekali.

Keindahan dalam laman Istana Tippu Sultan

Helmi bergaya dengan meriam di sisi

Tuan empunya blog pun tidak mahu ketinggalan

Taman yang dijaga rapi.
Kemudian, kami ke Gumbaz pula. Gumbaz ini merupakan makam Tippu Sultan, ayah beliau Hyder Ali dan ibu beliau Fathima Begum. Bangunan ini dibina oleh Tippu Sultan pada tahun 1782-1784.

Papan tanda yang ditulis dalam tiga bahasa : Kannada, Hindi dan English

Pintu masuk ke Gumbaz. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Suasana di dalam kawasan Gumbaz

Hijau, sedap mata memandang

Monumen bersejarah yang amat dijaga oleh pihak kerajaan

Suasana yang begitu meriah

Nak juga ada perkataan 'only' tu

Ciri-ciri kesenian Islam jelas tergambar di Gumbaz
Upacara pembacaan talkin sedang dijalankan

Teguhnya bangunan ini seakan-akan mengimbau kembali zaman kegemilangan Islam di India.

Alhamdulillah, ada juga tempat yang elok untuk solat. Saya dan Helmi solat di sini.

Kemudian, kami dibawa ke Sangam pula. Di sini merupakan percantuman tiga sungai 'suci', iaitu Sungai Kaveri, Sungai Kabini dan Sungai Hemavati. Kebetulan ada pula sedikit sambutan sempena hari Deepavali di situ.

Keindahan suasana sekitar Sangam

Di sini adalah pertemuan sungai
Upacara menghanyutkan patung sempena perayaan Deepavali

Tamat kisah di Srirangapatna. Kemudian, kami ke St. Philomena Church, di bandar Mysore.

Sekali pandang, seperti berada di Eropah.

Bangunan yang berdiri sejak tahun 1959


Ciri-ciri seni bina yang menarik
Selepas ke gereja tadi, kami ke Zoo Mysore. Ini merupakan kali pertama saya ke zoo di negara India. Boleh tahan dan amat menarik kerana ada haiwan yang tiada di zoo di Malaysia.

Sri Chamarajendra Zoological Gardens. Tiket amat berpatutan, iaitu Rs.40 (sekitar RM2.00) sahaja. Zoo Negara berapa harga tiketnya? Amat mahal.

Welcome to Mysore Zoo
Peta Zoo Mysore

Zirafah yang bernama Chamaraja

Kepala gajah dan rusa yang diperbuat daripada tembaga

Tufted capuchin
Macam rambut siapa ya? D

Pelbagai jenis haiwan di Zoo Mysore. Baru tahu yang mereka juga panggil 'tapir' sebagai tapir.

Baru lahir, dah besar.

Macam cantik je, macam comel je

Gorilla pun pandai pakai kaca mata hitam

Babun sekeluarga

Hyena / dubuk

Banyaknya rusa

Memerang

Singa jantan
Singa betina sedang tidur
Akhirnya, setelah ke sana sini, kami tiba jua ke destinasi utama kami iaitu Mysore Palace. Sengaja kami lewat-lewatkan kunjungan kami ke sana kerana ingin menikmati dua pemandangan yang berbeza, iaitu siang dan malam. Katanya, bilangan pengunjung ke Mysore Palace adalah kedua tertinggi selepas Taj Mahal. Agak kecewa sebab kami sampai terlalu lewat, tidak sempat untuk menunggang unta dan gajah. Mungkin lain kali.

Pintu masuk ke Mysore Palace

Di sini, harga tiket juga tidak membebankan. Hanya Rs. 40 untuk saya meskipun saya bukan warganegara India.

Ada kuil di dalam kawasan istana

Kelihatan Mysore Palace dari jauh yang dikelilingi taman yang indah

Dari dekat pula

Indahnya

Pemandangan dari hadapan pula

Seni bina yang indah

Ramai juga yang bersantai-santai di hujung minggu, di hari Deepavali

Pemandangan penuh Mysore Palace

Shah Rukh Dan sudah muncul

Boleh berlakon filem Hindustan tak? =)

Bergambar bersama patung harimau bintang yang katanya seberat kira-kira 1000 tan.

Cuba-cuba ambil gambar macam ini

Bersama rakan kembara, Helmi.

Pintu utama dengan lebih dekat

Sudah hampir senja


Orang ramai mula memenuhi Mysore Palace

Gambar dalam gambar

Laluan di dalam istana

Istana berwarna keemasan di waktu malam
Bergambar untuk sesi malam pula
Indahnya binaan ini di waktu malam


Hasil nyalaan 100,000 lampu, Mysore Palace terus bertukar wajah!


Dari jauh sikit

Pintu pagar utama juga dicahayai lampu

Kawasan dalam istana

Berapa agaknya bil elektrik di sini?


Bergambar lagi di satu lagi sudut di Mysore Palace

Subhanallah, indahnya.

Kuil yang tadi tidak bercahaya, lebih menarik bila disinari cahaya.

Pintu keluar

Semoga kita berjumpa lagi

Subhanallah, perjalanan di Mysore kali ini amat membuka mata tentang seni bina yang amat indah. Mungkin manusia yang mencipta, namun Allah yang memberi ilham. Jika diberi peluang untuk ke Mysore lagi untuk kali kedua, inshaAllah saya akan cuba lapangkan masa kerana keindahan di sana.

Perjalanan diteruskan lagi ke destinasi terakhir, iaitu ke Mangalore dan Manipal. Tunggu entri seterusnya!