30 Jan 2010

HAMPA HATI KAMI!!!

Blog kali ni khusus untuk bacaan insan yang ada kena mengena dengan ASiS sahaja… Orang lain kalau nak baca pun ok jugak…..

Tanggal 25 Januari 2010, iaitu hari Isnin, aku dikejutkan dengan sesuatu yang agak mengecewakan. Begini kisahnya. Malam itu, aku sedang menonton berita yang disiarkan oleh salah sebuah stesen televisyen swasta di negara ini. Aku melihat di sudut bawah kaca televisyen itu tertulis berita yang berbunyi “TPM Umum 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)”. Aku terlalu teruja untuk mengetahui sama ada sekolah aku yang tercinta, ASiS tersenarai atau tidak. Lantas aku menghantar SMS kepada kawan aku, Danial, yang juga ketua pengawas batch SA[VI]OUR untuk mendapatkan kepastian. Jawapan negatif diterima oleh aku, iaitu dia memberitahu yang ASiS tidak tersenarai. Aku tidak berpuas hati selagi tidak mendengar cerita itu dengan telinga aku sendiri.

Tiba-tiba berita mengenai pengumuman 20 SBT disiarkan. Aku memberi fokus kepada berita berkenaan. Harapan yang menggunung akhirnya hancur berkecai jua akhirnya kerana ASiS tidak tersenarai sebagai SBT. Setelah berita tersebut disiarkan, aku terus menelefon Danial, dan berbual seketika dengan nada suara yang suram. Aku berkata “Danial, dah confirm..... Kita tak dapat SBT.” Danial jawab, “Haa.... Kan aku dah kata.....” Aku cakap lagi, “Habis la... Lepas ni mesti bising kat Myspace, Facebook ngan Friendster....” Lepas tu, aku terus letak fon. Tak tau nak cakap pe..... Speechless!!! Sendu sangat-sangat masa tu.....

Tipu la kalau kata aku tak sedih.... Sukar untuk menerima hakikat yang pahit\ni.... Sesukar menelan hempedu. Namun yang pahit harus ditelan jua oleh aku dan warga ASiS serta OASiS I hingga OASiS VI.... Kehampaan ini dikongsi bersama oleh kami semua, kerana ASiS adalah sebahagian daripada hidup kami. Aku masih ingat lagi, betapa tingginya harapan warga ASiS agar ASiS disenaraikan sebagai SBT pada tahun lepas. Setelah tinggi harapan yang kami bina, akhirnya runtuh jua. Mungkin ini adalah ketentuanNya. Mungkin ada hikmah di sebaliknya......

Kepada seluruh warga ASiS tak kira sama ada guru, bekas pelajar, pelajar, ataupun staf sekalipun, ayuhlah kita hentikan kesedihan ini. Bersedih untuk jangka masa yang lama pun tiada gunanya. Hanya membuang masa kita yang berkualiti ibarat emas. Sebagai sebuah sekolah yang cemerlang, ASiS mestilah menggunakan situasi yang terkini ini untuk meningkatkan daya saing dalam pelbagai bidang. Jadikan kegagalan ini sebagai satu peluang agar ASiS dapat mencipta kegemilangan dalam arus pendidikan kebangsaan, dan mungkin juga arus pendidikan dunia satu hari nanti. Mungkin ASiS memfokuskan bidang akademik melebihi bidang ko-akademik. Penglibatan dalam bidang kokurikulum juga perlu diperkasakan, kerana pada pemerhatian aku, sekolah yang tersenarai sebagai SBT adalah sekolah yang seimbang dalam bidang akademik dan kokurikulum atau well-rounded. Mungkin di sinilah kelemahan kita. Bidang akademik tidak menjadi masalah, kerana kehebatan kita dalam bidang tersebut memang diakui dan tidak dapat disangkal lagi oleh mana-mana pihak.

Justeru, bangkitlah seluruh warga ASiS. Jadikan kegagalan ini sebagai satu cabaran untuk meningkatkan kualiti dalam semua aspek. Kita sebenarnya masih berpeluang untuk disenaraikan sebagai SBT pada tahun depan, kerana penambahan 30 buah lagi SBT akan dilakukan pada tahun depan, dan 50 buah lagi pada tahun 2012. Seharusnya kita tidak harus khuatir kerana dengan iringan doa dan usaha daripada seluruh keluarga besar ASiS, mudah-mudahan kita akan tersenarai tahun depan. Jangan putus harapan wahai seluruh keluarga besar ASiS. ASiS akan sentiasa menjadi yang terbaik dalam hati kita. Usah ditangisi lagi kegagalan ini. Tanamkan keyakinan dalam diri kita yang ASiS akan diiktiraf jua sebagai SBT suatu hari nanti.

Kita sebagai keluarga besar ASiS haruslah kekal bersatu-padu dalam keaddan suka dan duka, tak kira anda datang daripada batch mana sekalipun. Kekalkan kekuatan kita ni sebagai unit keluarga yang teguh serta ambil berat tentang perkembangan sekolah. Tanamkan juga semangat ‘I LOVE ASiS’ dalam diri kita. Apa jua yang terjadi kepada ASiS nanti, kita mestilah bangga kerana kita ialah produk ASiS yang memang diakui kualitinya oleh masyarakat di luar sana. Kita perlu tanamkan keyakinan kepada ASiS bahawa ASiS juga boleh mencapai sesuatu yang bakal dibanggakan oleh seluruh warganya, suatu hari nanti. Kini, terserah kepada guru-guru dan pelajar ASiS batch yang akan datang yang akan menggalas tanggungjawab dan harapan ini. Tidak mengapa sekiranya kita gagal kali ini, tapi gagal sekali tak bermakna gagal untuk selamanya. Kalau dah rezeki, tak ke mana. Kekalkan usaha dan keyakinan, pasti kita akan capai perkara yang kita idamkan – SBT. ASiS..... Kan kukenang dalam doaku selalu....

28 Jan 2010

EPISOD TERAKHIR:KUALA LUMPUR, SUBANG JAYA, KHAZANAH, SHAH ALAM, TERHARU


Sedih, sedih.... Ni episod terakhir.... Kalau aku nak panjangkan cerita pun boleh... Tapi takut bosan lak.... Ok la, sambung balik cerita..... Pagi tu lepas makan kat rumah Danial, aku pergi rumah Rain, sebab Danial ada kelas English. Aku tak kisah pun.... Janji ada orang nak teman aku..... Boleh jumpa Rain lagi.... Rumah Rain besar gak.... Kat rumah Rain boleh nampak Perumahan Polis kat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Shah Alam.... Sape-sape yang nak tengok rumah aku macam mana, tengokla bangunan perumahan kat IPK Shah Alam tu... Sama serupa... Ingat lak kat rumah bila tengok kat sana... Huhu.... Duduk sana sampai pukul 12. Aku main kad, borak-borak, keluar makan, main Internet ngan ajar Physics kat kawan Rain... Nama dia Farabi... Star bola kat kawasan tu. Sayang - masa membataskan, kalau tak boleh buat kawan jugak dia tu. Best borak ngan dia. Lepas tu, Danial ambik aku, bawak balik rumah dia. Terima kasih banyak-banyak kat Rain sebab sudi temankan aku. Lain kali boleh datang sana lagi.....


Lepas makan tengah hari, Danial rehat jap. Penat kot kelas English!!! Lagipun sebab dia nak pergi kelas memandu petang nanti. Dia cakap sampai pukul 7.30.... Aku punye bas pukul 8.30.... Mungkin tak sempat nak jumpa aku lagi..... Sebelum dia pergi, takut tak sempat jumpa, dia mintak maaf dengan aku kalau ada apa-apa silap, dan berterima kasih kat aku sebab sudi datang kat rumah dia. Aku pun berterima kasih jugak kat dia sebab sudi layan aku, dan support semuanya kat sana. Mana la tahu ada menyusahkan dia ke apa..... Touching la pulak!!!!!! Danial tinggalkan aku kat dalam bilik dia dengan game MotoGP... Aku main la game tu sampai puas. Tapi tak lama sangat, sebab fikirkan yang tu rumah orang, bukan rumah aku.....


Lepas tu turun minum petang.. Ada pisang goreng... Mak Danial yang goreng..... Sangat sedap. Ramuan istimewa agaknya..... Lepas tu tengok tv, sambil dengar kerenah kanak-kanak kat kawasan rumah dia. Adik perempuan Danial yang Tingkatan 2 duk asyik melayan budak-budak tu. Ye la, takde pun yang sebaya ngan Danial kat situ... Danial pun ada bagi tau aku masa mula-mula sampai. Kesian diorang, kena kawan dengan budak- budak....




Lepas tu, naik jap. Saje je nak rehatkan minda untuk perjalanan jauh malam nanti..... Macam aku lak yang bawak bas... Haha.... Lepas tu, pak cik Zulkifli ajak aku makan...... So, makan jap. Tak segan pun, sebab keluarga Danial begitu mesra dengan aku, walaupun aku tiada pertalian dengan mereka. Lagipun, Danial tak balik lagi. Ada la sembang-sembang sikit.... Lepas tu, aku naik, bersiap untuk ke stesen bas.... Kemas beg... Tak berat pun... Kalau berat pun aku dah biasa bawak masa kat ASiS dulu.... Bas aku pukul 8.30 malam. Rasa berat jugak nak tinggalkan rumah tu khususnya dan Lembah Klang amnya, sebab jarang-jarang aku dapat peluang sebegini..... Tapi apakan daya, aku harus terima hakikat yang aku juga ada kehidupan aku di Kelantan.... Negeri sendiri jangan dilupa......


Lepas aku sembahyang Maghrib, kejutan berlaku!! Tengok-tengok Danial muncul pulak kat pintu bilik tu.... Danial berjaya balik sebelum aku pergi. Aku gembira la sebab dia ada jugak untuk hantar aku nanti..... Nasib baik sempat sampai..... Tapi sempat lagi tu dia tengok Bleach kat Animax sebelum kami pegi kat stesen bas. Lepas habis Bleach, kami pun pergi la kat sana. Mak Danial tak ikut.. Teman jiran diorang.... Aku mengucapkan selamat tinggal kat rumah Danial. InsyaAllah aku datang lagi di kesempatan yang lain....


15 minit je perjalanan ke sana. Lepas pak cik Zulkifli pergi cari parking yang sesuai, aku ngan Danial terus turun, dan cari bas aku. Sekali cari je dah jumpa. Aku ingat lagi yang Danial pernah ikut kami (pelajar ASiS dari Kelantan & Terengganu) balik masa puasa 2009... Dia naik bas kat Hentian Putra, sama macam kami semua, untuk balik ke Kuala Terengganu... Kampung sebelah mak dia.... Dia pun nak rasa agaknya pengalaman berjalan jauh naik bas.... Aku dah biasa..... Bagus la dia, agaknya nak merasa apa yang kami (pelajar ASiS dari Kelantan & Terengganu) rasa.... Dia cakap yang dia tak pernah naik bas kat stesen bas Shah Alam.... Aku lagi la tak pernah... Kenal tempat tu pun tak.... Tapi yang aku tau, tempat tu dekat dengan INTEC.... Harap-harap aku dapat ke sana tahun ni... Nak pergi oversea!!! InsyaAllah, dengan iringan doa dan harapan, bolehlah aku ke sana.... Engineering or medic...... It doesn’t matter......


Lepas letak barang kat dalam bas, aku ngan Danial patah balik ke kereta dia. Nak salam ngan ayah Danial, dan cakap terima kasih. Aku dah salam dengan ayah Danial, tapi aku tak sangka dia ikut aku sampai aku naik bas. Danial pun sama. Mereka tunggu kat bawah sampai bas aku bergerak. Betapa prihatinnya mereka. Aku tak sangka yang mereka akan bertindak sedemikian...... Dengan serta-merta, aku terharu dengan mereka kerana sanggup menyusahkan diri dan meluangkan masa untuk tunggu aku. Mereka sanggup tidak berganjak sehingga detik-detik terakhir aku meninggalkan stesen bas itu. "Ya Allah.... Baiknya hati mereka!!" Itu yang aku terfikir apabila aku diberi layanan sebegitu. Semoga Allah merahmati mereka... Aku melambaikan tangan kepada mereka sebaik sahaja bas itu bergerak. Pengembaraanku pulang ke rumah bermula kini. Kemudian, aku tiba di Kota Bharu pada pukul 4.45 pagi. Alhamdulillah perjalanan aku selamat. Lambaian tangan mereka masih segar dalam ingatan aku hingga detik aku menulis artikel ini..... Tiada dusta melainkan yang benar belaka dalam penulisan aku... Ikhlas semata-mata.... Segala-galanya adalah kisah benar dan semuanya lahir daripada hati aku sendiri.




Kesimpulannya, inilah gunanya membina persahabatan yang hakiki. Tatkala kita susah, ada yang akan membantu. Kawan beribu mudah didapat, namun sahabat sejati sukar dicari. Mulai hari itu, aku sentiasa memohon dan berdoa kepadaNya agar dimurahkan dan dilipatgandakan rezeki Danial sekeluarga dan Atiff sekeluarga sebagai balasan atas layanan baik yang mereka berikan kepadaku. Sukar untuk mencari insan yang berhati mulia seperti mereka. Sesungguhnya aku sangat terharu dengan layanan yang aku anggap kelas pertama yang mereka beri. Tiada apa yang aku dapat berikan melainkan jutaan terima kasih. Semoga mereka akan sentiasa dirahmati Allah. Aku dapat rasakan persahabatan kami lebih kukuh selepas perjalanan aku ke sana. Kuala Lumpur, Subang Jaya, Khazanah, Shah Alam..... Dirangkumkan, dan akhirnya aku terharu atas segala saat di sana. Harap anda semua dapat mencontohi mereka agar hubungan sesama manusia (hablum minannas) akan terus subur selama-lamanya. Aku pasti datang lagi ke sana..... Nak ambik result nanti kena datang la!!!!!!

27 Jan 2010

EPISOD 3:KUALA LUMPUR, SUBANG JAYA, KHAZANAH, SHAH ALAM, TERHARU

Ok2... Ni sambungan episod 2...... Setibanya aku kat KTM Shah Alam, aku nampak Danial pun baru sampai dengan kereta ayah dia..... Kira sama-sama sampai la..... Dia pakai baju Kilat tuh.. Hehe... Sayang sangat produk ASiS....Dari jauh dah boleh cam... Aku lak pakai baju SBP Life.... Haha... Danial tak jauh beza, cuma sedikit berisi. Danial jangan marah lak.... Haha...

Terus angkat beg aku naik kereta, tengok2 ayah dia ada kat dalam. Buat la cara sopan, bagi salam kat ayah Danial, yang juga Pengerusi PIBG ASiS.. “Assalamualaikum pak cik...,” sapa aku. Ayah Danial pun jawab salam aku, “Waalaikumussalam...”. Tanya ayah dia pulak, “Pak cik tak kerja ke hari ni?”. Pak cik Zulkifli jawab dengan berjenaka, “Orang besar mana kena kerja.... Semua anak buah yang buat......”. Dari situ, timbul minat untuk aku terus berbicara dengan beliau. Bukan mudah untuk mendekati insan yang terhormat sebegitu. Pak cik Zulkifli bertanya kat aku lagi, “Pernah sampai Shah Alam?”. Aku jawab “Tak pernah, kecuali masa Perkampungan Ilmu kat UiTM hari tu..”. Lepas tu, beliau berjenaka, “Ni lah Shah Alam – buruk!” Tapi pada pandangan aku, takde la buruk sangat. Seburuk-buruk Shah Alam, pada aku, Kota Bharu lagi buruk, kotor.... Malu aku bila orang lain cakap Kota Bharu kotor. Seingat aku, ayah dia cakap lagi, “Orang Kelantan marah kalau cakap diorang ni miskin.” Aku tanya kenapa, lepas tu ayah dia cakap, “Tengok perempuan Kelantan pakai barang kemas... banyak..” Aku cakap, “Tu semua celup je tu... ” Memang tu pun realitinya..... Nak beli yang tulen, lagi mahal... Botakla kepala orang Kelantan ke orang mana2 pun... Dah makin seronok pulak bercakap dengan pak cik Zulkifli...

Setibanya aku kat rumah Danial, sempat lagi pak cik Zulkifli bergurau, cakap kat depan rumah jiran dia, “Tengok ‘surau’ rumah ni, kat depan rumah je.” Pak cik Zulkifli merujuk pada tokong mini yang jiran dia punya... Tapi rumah tu macam takde orang je... Pak cik Zulkifli parking kat depan rumah jiran dia... Confirm kot takde orang... Lepas tu terus masuk rumah Danial. Takde la besar mana, tapi ok la. Keluarga Danial baru pindah kat rumah tu masa bulan 11 tahun 2009. Aku disambut oleh mak Danial... Danial pun bawak aku naik kat bilik dia. Kecik tapi kemas. Bagus la Danial ni, teruskan amalan sekolah kat rumah.. Aku tak macam dia.... Lepas tu, borak-borak ngan Danial kejap... Mak dia pun ajak Danial ngan aku makan tengah hari.... Best la makanan yang mak Danial masak... Macam makan masakan mak aku je.... Tak sangka aku berpeluang untuk makan semeja dengan Encik Zulkifli – antara insan yang aku hormat di ASiS.

Lepas tu, sembahyang Zohor, dan keluar ke bandar raya Shah Alam. Naik kereta kancil Danial. Mak Danial bawak kereta tu. Singgah kat rumah Rain jap, ambik dia. Best la Rain ikut. Lepas tu Danial call Faheem suruh join. Time tu kitorang kat Plaza Masalam. Liat lak si Faheem ni nak keluar. Ada ke dia bagi alasan selipar putus???

Round2 kat Plaza Masalam, minum jap. Pastu Faheem pun sampai. Pakai selipar jamban je!!! Haha.... Makin best nampaknya.... Memandangkan dua orang classmate aku time form 4 join skali, dan Danial yang tak pernah miss duduk semeja ngan aku kat dewan makan sepanjang bulan puasa ada gak. Pasti akan aku kenang sampai bila-bila, sebab ni kali pertama aku sampai kat Shah Alam. Pelik bunyinya, tapi tu lah hakikat. Aku bukan berasal dari situ, tapi aku cuba untuk merasai suasana di tempat orang. Danial beli tiga keping CD PS kat sana. RM 10 je...


Lepas tu kami berempat jalan kaki ke SACC Mall ngan Plaza Alam Sentral. On da way tu, diorang bawak aku pergi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.... Masjid negeri Selangor.... Aku cakap kat Danial, “Selama ni aku tengok dalam kad raya je masjid ni, Danial...”. Memang betul pun.. Setahu aku masjid ni mempunyai menara azan yang tertinggi di dunia... Betul ke??? Aku pun tak pasti sangat. Si Rain lak nak ambik gambar aku. Aku takde mood sangat time tu, tapi ambik jugak la... Bila lagi kan?? Pastu terus jalan ke SACC Mall... Kitorang sibuk bercerita pasal orang salah sebut nama SACC Mall... Sepatutnya sebutan dia S-A-C-C kan. Adeh.... Nasib baik aku sebut betul... Kalau tak mana aku nak taruk muka ni... Haha....


Pastu sampai la kat SACC Mall. Besar... Jalan-jalan je kat sana. Nak main PS kat sana, tapi relax ar dulu.... Lepas tu pergi Plaza Alam Sentral. Lintas jalan je... Kalau orang luar Selangor ditanya pasal tempat tu, mesti benda pertama yang terbayang adalah lokasi penggambaran Senario kan... Orang Shah Alam panggil plaza tu PAS... Takde motif politik ok!! Hehe.... Main PS kat sana... Main game bola.... Mula-mula match ngan Danial, seri 0-0. Lepas tu kena buli ngan Faheem, 6-0. Ngan Rain pun kalah, 3-1. Lepas tu lawan lagi sekali ngan Rain, seri 2-2. Ok la tu, ada peningkatan. Aku bukannya reti main PS... Kat rumah aku takde PS... Kalau aku main pun, kat rumah kawan je.. Takde beli barang pun kat sana. Lepas tu terus balik, pak cik Zulkifli ambik.


Lepas hantar Faheem, singgah kat kedai Nasi Kandar Pelita kalau aku tak silap.... Pak cik Zulikfli nak beli sup campur.... Apa tu??? Pak cik Zulkifli cakap, sup tu campur semua la, daging, ayam, hati, organ-organ dalaman la. Sementara menunggu Danial beli sup campur, kami sempat berborak. “Subjek apa yang paling susah masa SPM?” tanya beliau. Aku dan Rain sependapat yang Matematik Tambahan yang paling sukar. Lepas tu, beliau berbicara lagi, “Matematik Tambahan ni sebenarnya pasal kehidupan... Semua yang ada kat depan ni dia dapat kira.” Betul kata pak cik Zulkifli. Lepas hantar Rain, kami balik ke rumah Danial.


Lepas bersiap diri, aku turun makan bersama keluarga Danial. Juadah yang dihidangkan memang first class, sebab best sangat. Pandai mak Danial masak. Yang paling istimewa, makan sup campur dengan roti. Aku pun suka jugak makan macam tu. Citarasa kami sama rupanya, tapi aku tak beritahu pak cik Zulkifli. Sempat berborak
pasal budu. “Danial ni suka jugak makan budu sesekali kalau jumpa....” kata mak Danial. Ayah Danial tanya kat aku, “Awak makan budu?” Aku jawab, aku tak makan. Memang aku tak makan budu. Aku memang dari dulu tak makan budu... Ikut perangai ayah aku kot. Ayah aku memang tak makan budu, sebab ayah aku orang Pahang. Ayah Danial tanya, “Apa jenama budu yang paling best?” Aku cakapla cap Sedap Terlajak. Betul la... Memang ada budu cap tu. Aku cakap budu cap Ketereh. Maknanya buah gajus. Ada jugak tempat kat Kelantan nama Ketereh. Kalau kat belah utara, diorang panggil ‘jangguih’... Mula-mula aku sebut ‘janggus’, lepas tu ayah Danial betulkan... “Sebut betul-betul.....” Hehe... Lepas tu join Danial tengok Bleach kat Animax.

Aku menghabiskan sisa malam tu dengan bermain PS kat dalam bilik Danial. Mula-mula main game Need For Speed. Pastu men game ape ntah yang Danial beli kat Plaza Masalam tu... Lepas tu, turun bawah kejap. Tengok tv, citer CSI ngan Danial ngan ayah dia. Pak cik Zulkifli dah tertidur atas sofa. Danial pun baik punya tidur masa main mesej. Lepas tu, naik atas balik. Dah penat, apa lagi, tidur la. Danial suruh aku tidur atas katil. Aku dah duduk bawah dah time tu... Rasa tak best la kalau tuan rumah yang tidur kat bawah. “Aku memang tidur kat bawah la selalunya. Takpe la, tidur kat atas.” Aku pun tidurla atas katil. Danial dah tidur kat bawah, cepat dia terlelap. Aku pun tidur la jugak. Apa jadi esok????? Apa yang aku buat masa hari last??? Tunggu episod terakhir......