26 Jan 2010

EPISOD 2 : Kuala Lumpur, Subang Jaya, Khazanah, Shah Alam, Terharu

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات


Sambungan daripada entri lepas. Setibanya di ASiS, tiba-tiba terbitnya rasa rindu kepada sekolah, menggamit banyak memori di sana. Rasa lain pula bila disuruh ambil pas pelawat. Rasa asing namun tak mengapa.



Terus ke Makmal Kimia 3 untuk berjumpa dengan Cikgu Arif Saniran. Alhamdulillah dapat jumpa dengan cikgu sebab dah telefon awal-awal. Sijil ini amat penting kerana penglibatan peringkat kebangsaan, iaitu program Kuiz Kimia Kebangsaan.

Banyak juga perubahan di sekolah walaupun hanya sebulan meninggalkan ASiS. Yang masih ada adalah junior saya (batch 7). Pandang semacam kepada saya, mungkin kerana berpakaian baju kemeja rasanya. Status saya dan mereka tidak lagi sama, saya kini bergelar Old Boys of ASiS (OASiS).

Cikgu sempat bertanya kepada saya tentang kertas Chemistry SPM tempoh hari. Pada pendapat saya, OK. Namun, kertas 2 seakan lebih sukar. Ada juga sempat jumpa cikgu-cikgu yang lain seperti Cikgu Wirda, Teacher Marlina, Puan Rama, Cikgu Adura, Cikgu Ainun, Cikgu Shahril, Cikgu Sabiren, Cikgu Razmi, dan tak lain dan tak bukan, Cikgu Ghani. Sempat singgah di ASiS dalam sejam sahaja. Selepas tu, terus ke Bangunan UEM dengan menaiki LRT dan KTM.

Setibanya saya di KL Sentral, sudah masuk waktu Zohor. Singgah di surau KL Sentral untuk menunaikan solat fardu. Tak sangka boleh terjumpa rakan-rakan dari ASiS yang akan menduduki ujian itu, antaranya Danial, Mahmud, Fawzul, Harith, Nazrin dan Ashman. Lepas solat, terus ke sana, tapi terjumpa lak Khairul Azam yang botak! Hasil PLKN la tu. Dapat cuti 3 hari. Esoknya dah kena balik kem. Budak-budak PLKN botak-botak belaka - 'Isa, Nasree, Azam.

Ramai juga warga SaVIour yang hadir, antaranya Danial, Nazrin, Fawzul, Hafiz Tarmizi, Mahmud, Harith, Ashman, Nazrin Syafiq, Parthiban, Zul Farhan, Faris Iskandar, Haziq Shukor 5B dan 5C, Isa, Nasree, Pak Din dan Azam. Ujian yang diberikan lebih kepada ujian IQ, agak sukar, namun berserah kepada Allah sama ada saya boleh maju ke peringkat seterusnya atau tidak.

Petang tu, sebelum balik, solat Asar dulu, kemudian baru menuju ke KTM Subang Jaya. Tiba di sana pada jam 6.30 petang, sudah gelap kerana hujan. Balik ke rumah Atiff dengan menaiki bas, dengan bertawakal. Silap turun di USJ 11/3! Sepatutnya USJ 11/2. Risau pula sebab tak biasa dengan kawasan tu, ditambah lagi dengan bateri telefon yang sedikit.

Keesokannya, aku menuju ke Shah Alam pula. Terima kasih Atiff kerana memberi layanan yang hebat sepanjang berada di rumahnya. Kisah di Shah Alam akan dikongsikan dalam entri yang berikutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan