25 Feb 2010

BISKUT PERSAHABATAN


Bahan:

1 susu besar senyuman

½ kg senda gurau

1 gelas sayang-menyayangi

1 pinggan hormat-menghormati

1 cubit faham-memahami

Banyakkan kejujuran dan keikhlasan

Cara-caranya:

Mula-mula buangkan segala sifat hasad dengki yang ada pada diri andadan bentukkan suasana harmoni. Masukkan ukiran senyuman ini antara satu sama lain. Perlu diingat bahawa senyuman adalah amat penting untuk mewujudkan perasaan kasih-mengasihi antara satu sama lain.

Kemudian masukkan bersama-sama senyuman itu senda gurau dan kacau sehingga wujudnya kemesraan. Tambahkan pula kasih sayang menyayangi sehingga sebati dalam jiwa.

Untuk menambahkan perasa persahabatan itu sesedapnya, tambahkan dahulu faham memahami secukup rasa disertai dengan kejujuran dan keikhlasan.

Akhir sekali, hidangkan resepi ini untuk membuka selera persahabatan anda dan sekaligus persahabatan itu mendapat restu daripadaNya.

23 Feb 2010

30 FAKTA AUTA

KEJAP2!!!

Pembaca yang setia sekalian (wah... formal lak!), episod ke-5 untuk SUATU KETIKA akan diterbitkan tak lama lagi. Tapi sekarang ada benda baru yang akan aku kongsi bersama. Aku tak nak la blog aku ni terlalu serius, dan fokus pada kenangan lalu aku semata-mata. Aku akan selit dengan macam-macam lagi dalam blog aku... Enjoy ya!!


30 FAKTA AUTA


  1. Sungai yang paling tajam – Sungai Lembing
  2. Gunung yang paling kuat – Gunung Tahan
  3. Bukit yang paling busuk – Bukit Belacan
  4. Sungai yang selalu tidur – Sungai Lena
  5. Negeri kedua terkaya – Perak
  6. Rantau yang paling panjang – Rantau Panjang
  7. Negara yang tiada jalan – Norway
  8. Bandar yang paling kotor – Kuala Lumpur
  9. Pasir yang paling berharga – Pasir Mas
  10. Batu yang paling besar – Batu Gajah
  11. Sungai yang tidak pernah tua – Sungai Muda
  12. Alor yang bercahaya – Alor Setar
  13. Negeri yang paling banyak negeri – Negeri Sembilan
  14. Pantai yang paling cantik – Pantai Cahaya Bulan
  15. Pengkalan yang ditakuti manusia – Pengkalan Kubor
  16. Sungai yang paling langsing – Slim River
  17. Tempat yang paling sempit – Setapak
  18. Putra yang paling berjaya – Putrajaya
  19. Bulan yang paling lapar – Bulan Puasa
  20. Tempat yang paling gatal – Menggatal
  21. Teluk yang paling mahal – Teluk Intan
  22. Bandar yang paling menakutkan – Pontianak
  23. Bukit yang tidak bersambung – Bukit Putus
  24. Buah yang tidak boleh dimakan – Buah Haji
  25. Sungai yang paling keras – Sungai Besi
  26. Teluk yang sedap dimakan – Teluk Chempedak
  27. Lembah yang tidak akan berkahwin – Lembah Bujang
  28. Sungai yang luas – Sungai Besar
  29. Pasar raya terbesar – Giant
  30. Bukit yang paling bertuah – Bukit Beruntung

17 Feb 2010

EPISOD 4:SUATU KETIKA

Ni episod yang ke-4. Macam biasa, banyak lagi yang berlaku masa minggu-minggu awal tu. Salah satunya, masuk kelas la. Aku masuk kelas 4 Gigih. Kat blok tu, kelas ni letaknya kat yang paling hujung, tepi tandas lak tu. Jauh ar nak pegi kelas ni, tapi takde ape la. Masing-masing dah teruja sangat sebab masuk kelas untuk kali pertama. Aku pilih nak duduk kat barisan paling depan, supaya ilmu senang masuk, kata orang kan. Ada 4 meja sebaris. Aku duduk sebelah Faza. Sebelah Faza, ada Luqman Azahar, dan sebelah Luqman Azahar, ada Tuan Lukmanul.

Pelajar 4G ada 21 orang masa tu. Ramai kawan baru aku dapat kat kelas tu, ada 20 orang kawan baru. Faris Iskandar, Aizat Zulkarnain, Nabil Irfan, Tuan Lukmanul,Luqman Azahar, Faza, Hafiz Zainal, Hafeez Sa’adon, Amirul Ezuan (Ayoi), Faheem, Haziq Shukor, Hariz, Marwan, Tajul, Al-Muhuddin, Asyraf (Scoot), Yazid, Hafiz Azmi (Apai), Ezri dan Khaliq.

Sori ye budak-budak second intake, muka terpaksa dihitamkan dulu.. Nanti episod-episod yang akan datang tu, ada la muka tu...

Tak lengkap sesebuah kelas tu kalau tiada carta organisasinya kan. Kami bersepakat untuk buat pelantikan untuk organisasi kelas tu. Aku dah bimbang dah, sebab masing-masing nampak hebat. Aku takut tenggelam dalam kehebatan mereka. Tiba-tiba, si Yazid dengan yakinnya keluar kat depan tu, dan kendalikan sesi pelantikan tu. Tiba masa untuk lantik setiausaha dulu. Tuan Lukmanul yang terpilih jadi Setiausaha. Dia pulak yang ambil alih tulis-tulis kat depan.

Tiba pulak masa untuk lantik Ketua Tingkatan. Nabil Irfan yang duduk belakang aku masa tu cakap slow-slow, “Aku macam dah tahu je sape yang nak jadi Ketua Tingkatan.” Aku pun terfikir yang sama jugak masa tu, sebab si Yazid banyak sangat cari publisiti masa tu, ataupun di ASiS, kami panggil ‘capub’. Yazid dapat undian paling banyak, jadi dia jadi Ketua Tingkatan. Penolong Ketua Tingkatan pulak Haziq Shukor yang dapat. Aku rasa dia lagi layak masa tu, tapi takde rezeki, nak buat macam mana kan. Bendahari lak, sape yang terpilih?? Aku yang terpilih... Tak sangka, tapi aku akan galas tanggungjawab dan kepercayaan tu dengan sebaik-baiknya. Aku tak pernah jadi bendahari sebelum ni, tapi aku pernah usha macam mana kat sekolah lama aku, Huda buat kerja tu. Terima kasih Huda sebab tunjuk contoh yang baik kat aku dulu.

Berikut adalah carta organisasi 4 Gigih pada waktu tersebut.

KETUA TINGKATAN

PENOLONG KETUA TINGKATAN


SETIAUSAHA

BENDAHARI


AJK KECERIAAN

AJK KEBERSIHAN


Tak dilupakan juga, guru-guru kelas kami. Guru-guru? Betul, sebab ada dua orang guru kelas. Pertama kali aku jumpa sistem macam ni. Guru kelas kami yang pertama, merangkap guru Bahasa Melayu kami, En. Abang Hasdi bin Abang Sarnifli.


Guru kelas kami yang kedua adalah guru subjek EST kami, Pn. Nur Azean binti Jumian.


Guru-guru lain yang mengajar di kelas 4G adalah Pn. Azalina bt. Sulaiman (English), Cik Muhayah bt. Rahim (Pendidikan Islam), Pn. Rohani bt. Mustafa (Sejarah), En. Shahril Adha bin Md. Nor (Matematik Tambahan), Cik Nor Shawalni bt. Johari (Physics), En. Norazwan bin Abu Bakar (Chemistry) dan Pn. Rohaya bt. Bakar (Biology). Ketka kami mendaftar di sekolah itu, guru yang sepatutnya mengajarkan kami subjek Matematik, iaitu Pn. Norwirda bt. Baharudin masih belum tamat cuti bersalinnya. Tapi aku sudah lama mengetahuinya, kerana junior aku di SMKIP, iaitu Zuhaira tinggal berdekatan rumah guru Matematik kami.

Terus setia bersama blog ini untuk terus mengetahui kenangan manis aku di kelas 4 Gigih. Episod 5 akan menyusul bila-bila masa sahaja.

13 Feb 2010

EPISOD 3:SUATU KETIKA

Baiklah, ni sambungan episod 3.... Nak dijadikan cerita, akhirnya senior-senior aku masukla kat dalam dorm tu... Chowak tak terkata melihat kelibat mereka yang mulai sampai di dorm. Tapi semua budak form 4 buat macam biasa je... Aku pun.... Lepas tu, mereka tegur kitorang... Tanya-tanya sikit, berkenalan... Ada 8 orang semua... Ishaq, Nishaan, Naim, Izzat KR, Izzat Imadi, Zakwan, Ariff ngan Hakeem Badri. Petang tu kami berkenalan dengan lebih lagi. Rasa bimbang jugak mula-mula tengok mereka, sebab nampak macam gila-gila je... Ada jugak diorang melawak... Tapi aku cuba untuk masuk dengan karakter mereka. Petang tu juga kami, pelajar form 4 diberi tugas masing-masing di dalam dorm. Aku dapat tugas lap loker, dengan Aqhari. Senior pesan yang mereka ni memang gila-gila, tapi sebenarnya mereka ni baik... Beruntung kami dapat masuk dorm tu, kata mereka, kalau nak dibandingkan dengan dorm lain. Terbukti yang mereka ni sebenarnya friendly jugak.

Masuk asrama juga bermakna tiada lagi makanan yang dimasak oleh ibu kami yang boleh kami nikmati seperti sedia kala sebelum ini. Jadi, tak boleh tidak, kena la makan makanan yang dimasak oleh kakitangan Dewan Makan (DM) bermula hari tersebut.

Lagipun, kami bayar RM1 sehari untuk makan... Yang selebihnya, kerajaan yang tanggung, dalam RM 9.60 sehari, kalau tak silap. Takkan nak makan kat kantin, nanti banyakla habis duit. Jimat-jimat sikit... Masa mula-mula masuk DM, masa tengah hari tu, agak kekok la... Semua pun masih nampak muka ‘toya’ lagi... Almaklumlah, hari pertama masuk asrama... Secara jujurnya, aku pun samala.... Tapi aku gunakan kesempatan di DM untuk berkenalan dengan rakan-rakan baru. Semua macam masih diam-diam masa awal-awal, sebab tak kenal semua orang, tapi kami cuba biasakan diri. Tapi ramai pekerja DM tu orang Indon... Tapi tak jadi masalah kot... Hanya masa yang akan menentukan.

Malam tu jugak, lepas Maghrib, ada sesi berkenalan dengan warden. Takut jugak tengok mereka masa mula-mula... Dengar perkataan ‘warden’ pun dah gerun, terbayang kegarangan dan ketegasan mereka kan. Sesi berkenalan tu kat Dewan Besar ASiS. Warden-warden semua duduk atas pentas. Lepas tu, mereka mula memperkenalkan diri. En. Ahmad Shafrin sebagai Ketua Warden... Warden-warden lain ada ramai jugak... En. Allen Jeyarajasingam, Ustaz Khiruddin, En. Shahril Adha, En. Zuri Afizu, En. Norazwan, En. Fauzi, En. Zairos Zaimy, En. Ghani, En. Badrul Hisham, En. Zulkifli Hamzah dan Ustaz Zulkifli Ahmad. Mereka terdiri daripada pelbagai biro, macam biro Makanan, Kesihatan, Disiplin, Tayangan dan Lawatan. Sesi tu walaupun ramai yang mengantuk sebab penat lepas seharian uruskan diri masing-masing, tapi kena fokus gak... Penting sangat. Banyak maklumat yang mereka sampaikan kepada kami untuk membimbing kami sepanjang kami berada di ASiS, terutamanya di peringkat yang awal ini.

Malam tu, berbual sikit dengan ahli-ahli dorm yang lain, nak kenal lebih rapat.. Lepas tu tidur saje.. Esoknya nanti ada latihan merentas desa masa petang. Kena kekalkan stamina jugak. Sebelum tidur, aku sempat mengelamun lagi... Bagaimana aku nak menonjolkan diri di ASiS, kerana semua orang kelihatan hebat-hebat.. Aku tidak mahu tenggelam, dalam pelbagai bidang, terutamanya pelajaran la. Nanti kalau aku berjaya masukkan diri aku dalam kelompok 30 terbaik, aku cukup puas hati. Tapi macam mana nak lakukannya?? Belajar pun belum... Aku tak mahu kehadiran aku di ASiS adalah sekadar membuang masa, dan merugikan aku sahaja. Aku ingin membuktikan sesuatu kepada insan-insan yang aku tinggalkan nun jauh di Kota Bharu. Bagaimana pula untuk mengenali semua orang ni?? Ramai betul.... Aduh... Aku akan cuba lagi esok... Masa untuk tidur, lepas penat seharian ni... Alhamdulillah, dapat tidur lena malam pertama tu.

Ada ke episod 4? Mestilah ada... Sebangunnya aku daripada tidur tu, banyak lagi yang jadi... Tunggu sambungannya ok, wahai pembaca-pembaca yang setia....

9 Feb 2010

EPISOD 2:SUATU KETIKA

Ni sambungan episod 1.... 11 Februari 2008, aku meninggalkan bumi Kota Bharu yang aku sayangi itu, tempat tumpah darahku. Hidup aku pasti akan berubah selepas ini. Pukul 9.00 pagi, aku meninggalkan rumah aku. Inilah pengorbanan yang aku harus lakukan, demi peluang yang lebih baik. Perjalanan yang panjang perlu kami lalui... Sepanjang perjalanan, aku langsung tidak melelapkan mata. Bermula dari Kota Bharu, Machang, Kuala Krai, Gua Musang, Kuala Lipis, Raub, Bentong, Gombak, dan akhirnya Kuala Lumpur, aku terus terjaga untuk menyaksikan keindahan panorama yang indah sepanjang perjalanan kami. Kehijauan ladang kelapa sawit dan hutan hujan tropika yang berdiri teguh di Banjaran Titiwangsa itu begitu mendamaikan, berbeza dengan kehidupan aku di bandar.

Lagipun, bukan selalu aku jalan jauh.. Paling-paling pun kalau balik kampung abah aku kat Pahang... Lagipun aku suka la jugakmengembara. Perjalanan jauh tu mengambil masa selama 8 jam... Pukul 5.00 petang, kami tiba di bandar raya Kuala Lumpur.

Kami menginap di KL International Hotel. Malam tuh keluar makan, ngan pegi Chow Kit. Takde la special sangat pun. Wakaf Che Yeh lagi gempak. Aku teruja untuk menunggu hari esok. Apakah yang akan terjadi esok???

12 Februari 2008 merupakan tarikh yang menyaksikan aku mula-mula memijakkan kaki di ASiS. Dalam pukul 9.30 pagi, aku sampai kat sana. Kami bertolak dari hotel dari pukul 8.00 lagi, tapi nak cari jalan tu susah, sebab kami bukan orang sini.... Susah nak cari jalan kat KL tu... Sejam lebih sesat, last-last jumpa jugak..... Nampak signboard yang kat tepi jalan tu – Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur.Ni lah tempatnya, yang aku akan belajar di situ untuk dua tahun berikutnya.ASiS ni terletak di kawasan yang agak berbukit la. Banyak institusi pendidikan kat kawasan sekolah ni, kat Jalan Yaacob Latif tu. Sebenarnya aku dah zoom sekolah tu kat Wikimapia lepas dapat tawaran.

Masuk-masuk je pintu sekolah tu, ada jata Malaysia berputar, siap ada pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records lagi. Tapi tu yang zaman SAS punya. Setibanya aku kat dalam sekolah, pandangan pertama aku, “Gempak kut sekolah ni....” Ada budak Kadet Polis kawal trafik... Susah nak cari parking, last skali jumpa parking kat depan tasik tu... Nasib baik ada.Jalan kaki ke depan Dewan Besar ASiS.. Daftar kat sana, aku diberi kertas berwarna kuning, ada tertera nama aku, nombor daftar, rumah dan dorm, dan kelas. Aku dapat rumah Bendahara, dorm 2A3, kelas 4 Gigih. Aku mendaftar di dalam dewan, di meja 4 Gigih. Lepas daftar kelas, pergi kat Balai Persada Siswa, daftar dorm pulak. Aku dibawa ke dorm aku, sambil aku angkat barang sikit. Agak kekok di sana, almaklumlah pertama kali masuk asrama.

Sambil mak dan kakak aku simpankan barang aku dalam loker, aku dan abah aku terus memunggah barang-barang aku yang banyak tu naik ke atas. Penat tak terkata. Ada senior tawarkan diri untuk angkat sikit barang-barang aku. Memang baguslah sekolah ni. Aku dah lupa sape yang tolong aku, tapi aku berharap yang dia dikurniakan ganjaran pahala yang banyak atas jasanya tu.


Lepas habis je kemas-kemas semua tu, keluarga aku nak balik... Bukan balik ke Kelantan, tapi balik kampung abah aku, kat Pekan, Pahang.... Masa tu dalam pukul 11 lebih... Orang lain siap boleh keluar lagi dengan keluarga, sebab kami free sampai pukul 6.00 petang.... Tapi aku tak dapat peluang tu.... Tak mengapa, tak kisah pun. Aku kena fokus untuk hidup kat ASiS pulak. Maka tibalah detik perpisahan... Tak pe, sebab sebulan camtu je.... Nanti cuti, balik la.... Dengan lambaian aku, keluarga aku pegi meninggalkan aku seorang diri di ASiS KL, bumi yang begitu asing pada aku. Harap-harap semuanya berjalan lancar.

Aku terkesima selepas tu, tak tahu nak buat apa. Perasaan aku bercampur-baur, gembira ada, sedih sikit pun ada, pelik betul... Tapi aku rasa teruja, tu yang bantu aku tabahkan hati untuk berjauhan dengan keluarga. Pendekkan cerita, aku pun tak tahu nak pergi mana, aku pergi la kat tepi dewan tu, yang ada kerusi batu tu.... Aku sempat berkenalan dengan beberapa orang... Yang aku ingat la ni, Atiff, Faizol, Riquan, ramai lagi kot, tak berapa ingat.

Aku ada jugak kawan dari SMKIP kat ASiS – Irwan. Nasib baik jumpa dia masa hari pendaftaran tu. Nak jumpa, susah pada mulanya, sebab sekolah tu besar, luas, lagipun tu suasana baru. Aku cuba kawal diri aku daripada kena kejutan budaya. Kena tukar dialek pertuturan, kena cakap KL la ni... Takpe, takde masalah, sebab dah biasa cakap ngan saudara-saudara kat Pahang tu. Pelajar yang baru daftar kat sana ramai jugak, lebih 200 orang masa tu. Majoritinya dari Lembah Klang.... Ramai juga yang dari Kelantan, Perak, Terengganu, Johor.... Negeri lain ada jugak, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Melaka. Negeri Sembilan ada jugak, tapi sorang je – Nesharaj. Keadaan macaam ni la seronok, boleh buat kawan dengan ramai orang dari latar belakang dan asal-usul yang berbeza.

Lepas Zohor, senior-senior semua tak naik dorm lagi, ada kelas prep. Jadi, aku dengan budak-budak Form 4 lain ambil kesempatan untuk berkenalan. Aku dapat 9 orang kawan baru dalam dorm 2A3. Faza, Farid Nazzrin, Aqhari, Hasnor (Rhyno), Khairul (Torch), Shazwan (Boy), Haziq (Tupai), Parthiban ngan Rizwan.


Sempat la borak ngan diorang.... Berkenal-kenalan la dengan diorang... Mereka la yang akan tinggal bersama-sama aku dalam dorm tu, so penting untuk aku kenal diorang. Kongsi-kongsi perasaan sama-sama kami. Ada kawan dari Kelantan jugak dalam dorm.. Cool....

Aku sempat mengelamun kejap. Sejak aku melangkah ke sekolah tu, muncul harapan aku untuk buat yang terbaik. Persoalannya, mampukah aku bersaing dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan pelajar-pelajar lain yang rata-rata hebat belaka? Semua masuk dengan straight A. Sukar untuk aku lihat di tahap mana aku berada ketika itu, kerana aku lihat semua orang hebat belaka. Dah la ramai yang kaya-kaya... Aku tak kaya sangat pun. Perasaan rendah diri menguasai fikiran aku bila tengok rakan-rakan lain. Rasa kecil je diri ni.... Tapi aku akan cuba yang terbaik untuk menempatkan diri aku di tahap yang baik... Sekurang-kurangnya, menyaingi mereka. Secara jujurnya, aku tidak mengharapkan keajaiban akan berlaku pada aku sepanjang sesi pembelajaran di sana kelak. Yang penting, aku akan berusaha selagi yang termampu agar aku dapat rasa ok di sana. Mudah-mudahan la yer.... Terlalu awal untuk aku katakan masa tu. Hanya masa yang akan menentukan segalanya.... Aku juga terfikir, macam mana nak rapatkan jurang antara aku dengan budak-budak lain kat sana, yang rata-rata dah biasa dengan hidup di sana. Aku sebolehnya tak nak kelihatan macam janggal kat sana.

Petang, lepas asar, masa untuk bertemu senior di dorm. Tak boleh mengelak lagi. Haha.. Suspen..... Chowak gak nak kenal dengan diorang. Apa yang jadi lepas tu?? Banyak lagi akan terjadi nanti, masa hari-hari awal aku di ASiS, tapi akan aku cerita lagi pada episod 3... Tunggu.........