7 Feb 2010

EPISOD 1:SUATU KETIKA


Gempak tak tajuk ni?? Haha... Aku teringat masa aku dapat tawaran belajar kat ASiS dulu..... 5 Februari 2008, hari terakhir aku di sekolah lama aku, SMK Ismail Petra.

















Berat rasanya untuk tinggalkan aku tinggalkan sekolah tu, sebab kat sekolah tu la aku membesar. Banyak yang aku belajar di sana. Erti persahabatan, keyakinan diri, kepemimpinan, suka-duka di sekolah tu.... 3 tahun di sana begitu bermakna untuk aku.. Bukan mudah nak masuk sekolah tu. Kena dapat straight A time UPSR. Sekolah tu dekat je ngan rumah aku, jalan kaki 7-8 minit dah sampai. Perubahan angin aku ke ASiS pasti akan menyebabkan aku rindu pada kehidupan aku... Tiada lagi jalan kaki pagi-pagi buta, tiada lagi jaga budak-budak beratur, tiada lagi basuh stokin setiap hari Khamis, tiada lagi makan kat kedai kat tepi jalan, dan tiada lagi masa bersama rakan-rakan perempuan. Selain tu, aku kena tukar biological watch aku... Hehe.. Nanti sekolah hari Isnin sampai Jumaat... Aku dah 9 tahun biasa sekolah hari Ahad sampai Khamis. Takut kejutan budaya lak nanti. Aku pun jugak kena berdikari, duduk jauh dari rumah. Tapi aku dah bersedia untuk semua tu.

Aku sebenarnya dah lama berfikir sama ada nak kekal atau tidak di sana. Kalau aku kekal, cikgu dah janji nak bagi macam-macam jawatan kat aku, siap tawar jadi Timbalan Ketua Pengawas lagi untuk tahun tu, tapi aku tak gila kuasa. Aku sanggup tinggalkan dunia pengawas sekolah, pustakawan dan pembimbing rakan sebaya untuk mencapai matlamat aku. Aku ambil langkah berani, keluar dari sekolah tu untuk mencari masa depan yang lebih cerah dan mara setapak ke hadapan daripada rakan-rakan aku untuk merebut peluang yang bakal terbentang luas andainya aku belajar di SBP. SMKIP ni ibarat launching pad untuk aku masuk ke ASiS. Walaupun cikgu-cikgu dan rakan-rakan kelihatan seperti agak berat untuk menyaksikan aku melangkah kaki dari SMKIP, tapi aku harus melakukannya, demi masa depan aku.Ada la dua tiga orang cikgu bagi sedikit ‘ang pow’ kat aku, sebagai kenang-kenangan. Tak kurang juga ramai yang mengucapkan selamat jalan kat aku, terutamanya rakan-rakan perempuan. Junior-junior aku pun... Selepas ini, aku tidak lagi berpeluang untuk bertemu rakan-rakan perempuan di ASiS, dan aku akan merindui mereka, pastinya.



































Sayu hati aku pada hari itu. Tapi ini ialah pilihan aku, dan aku takkan menelan balik ludah yang aku buang. Seboleh-bolehnya, aku tidak akan kembali ke sana disebabkan oleh kegagalan aku untuk bertahan di sana. Akan malu besar aku nanti. Aku berasa berat untuk meninggalkan rakan-rakan dan guru-guru di SMKIP. Tapi sekali air sungai melimpah, sekali pasirnya pun berubah. Tiada lagi jejak kaki aku di sana bermula hari tersebut. Langkah ini muktamad! Aku bertekad akan bertahan di sana. Tiada pusingan U yang aku akan buat lepas ni. Kena positif untuk kehidupan baru, di sekolah baru, dan di tempat baru. Aku mengundur diri dari SMKIP dengan harapan yang aku akan menepuh kehidupan yang lebih baik di sana. Hanya memori yang aku tinggalkan di SMKIP. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Pastinya aku akan ingat SMKIP sampai bila-bila. Teruja jugak untuk ke sana, nak rasai sendiri kehidupan sebagai pelajar SBP di sana. Lagipun, aku tak pernah sampai ke Kuala Lumpur untuk
tujuan percutian. Kalau sampai pun dulu, sekadar lalu-lalang je. Apa nak jadi seterusnya? Tunggu Episod 2....

2 ulasan: