19 Jan 2011

SBP - Sekolah Budak Pandai????

Assalamualaikum, dan salam 1 Malaysia...


Entri kali ini adalah tentang SBP, atau Sekolah Berasrama Penuh. Alhamdulillah, ambo dikhabarkan dengan berita yang manis buat diri calon PMR tahun 2009, kerana ramai yang dapat tawaran ke SBP di serata tempat di seluruh Malaysia. Pastinya impian menjadi kenyataan buat kalian semua. Tahniah atas kejayaan anda!






Ambo juga merasai pengalaman seperti kalian, iaitu mendapat tawaran ke SBP, iaitu ke SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur (ASiS), semasa ambo di Tingkatan 4. Alhamdulillah, akhinya hasrat ambo untuk menjadi warga SBP menjadi realiti. Tawaran itu tidak mampu untuk ambo tolak, kerana nama dan imej sekolah yang kuat, serta pencapaian sekolah yang menakjubkan. Walaupun ambo sangat menyayangi SMK Ismail Petra (SMIP), namun ambo terpaksa tinggalkan kehidupan yang selesa di SMIP untuk peluang yang mungkin lebih cerah. Semoga pengorbanan ini terbalas akhirnya. Ambo melangkah ke SBP bukan semata-mata untuk kepentingan diri ambo, tapi juga rakan-rakan ambo yang ambo terpaksa tinggalkan di SMIP.. Ambo ke ASiS untuk mencari sebanyak mungkin input yang berguna untuk dikongsi bersama mereka. Bak kata orang zaman sekarang, "Makan jangan sorang-sorang beb!"


Yang dapat tawaran, akan muncullah tanda tanya, sama ada ingin meneruskan pengajian di sekolah lama atau melangkah masuk ke SBP. Secara jujurnya, pada pendapat ambo, sebenarnya ambo ingin menasihatkan bahawa melangkah masuklah ke SBP, kerana ada banyak kebaikannya, misalnya:


1. Dapat menjadi seorang yang lebih berdikari.
Banyak benda yang kita kena buat sendiri kat asrama, macam basuh baju, iron pakaian, dan pengurusan diri. Berita baik kepada mereka yang dah biasa buat semua benda sendiri kat rumah. Rugi kalau tak cuba. Hakikatnya, anda dah cukup besar untuk terus berkepit di bawah ketiak ibu bapa sahaja sepanjang masa. Sampai bilalah anda ingin berada dalam zon selesa..?


2. Dapat menimba ilmu yang mungkin tidak diperolehi di sekolah lama.
Sebenarnya banyak ilmu yang boleh dikutip dari SBP, macam cara untuk berdikari, cara untuk makan secara beradab (yang ni ambo suka), cara untuk berjalan dengan bergaya, dan cara untuk mengikat samping (ramai orang kat luar tak tahu macam mana nak ikat samping dengan betul). Nak dijadikan cerita, dulu, setiap hari Jumaat, wajib pakai baju melayu putih dengan samping. Macam-macam jenis ikatan yang keluar. Akhirnya, mutu ikatan samping beransur-ansur meningkat, setelah ditegur oleh guru di perhimpunan, tanpa jemu. ASiS mementingkan kesegakan penampilan pelajarnya, misalnya, gaya berjalan dengan segaknya. Setahun sekali pula diadakan majlis 'high table' untuk melatih pelajar supaya makan secara beradab, menggunakan sudu dan garpu. Makanan sangat sedap, seperti chicken chop.


3. Kehidupan anda akan menjadi lebih berorganisasi.
Jadual waktu dah tetap. Jadi, ikutlah sedaya yang mungkin. Memanglah, kekok pada awalnya, tapi bila kita dah terbiasa dengan sesuatu benda, nanti takde apa-apa pun. Tak sah la kalau masa mula-mula kalau takde masalah. Jangan bimbang.. Anda akan lali dengan rutin harian anda secara beransur-ansur..


4. Dapat mengenali rakan-rakan dari seluruh pelusuk negara, dan pelbagai latar belakang keluarga.
Dulu, batch ambo, ada hampir 300 orang pelajar, tapi makin lama, makin kurang, akhirnya tinggal 263 orang sahaja, yang terdiri daripada seluruh pelusuk negeri di Malaysia (kecuali Perlis dan Sabah). Rebutlah peluang ini untuk berkenalan, selain dapat menambah bilangan kenalan, kita dapat tahu banyak tempat yang kita sendiri tak pernah dengar sebelum ini. Inilah magik SBP. Yang jauh didekatkan, yang dekat dieratkan.


5. Dapat mengembangkan potensi diri.
Kita tak pernah tahu tentang potensi diri kitta, kalau kita tidak menyelongkar dari diri kita sendiri. Contohnya, ambo dulu, di SMIP, tak tahu yang ambo ni boleh menyanyi, tapi selepas ambo masuk ke ASiS, barulah ambo sedar, ambo ada bakat yang terpendam itu. Sungguh tidak ku sangka. Ingatkan sebelum ni, suara tak sedap, sumbangsih.. :)
Tapi boleh juga diterima oleh mereka di ASiS, sehinggakan ambo dijemput sebanyak 4 kali untuk membuat persembahan pada majlis di sekolah. Bagi mereka yang berkebolehan dalam bidang kepemimpinan, bolehlah mencuba untuk menjadi pengawas (yang mana ambo dah cuba, tapi tak dapat..).


6. Melatih supaya menjadi lebih berani.
Bila kita dah boleh berdikari, kita akan lebih percaya pada diri sendiri, dan seterusnya dapat meningkatkan keberanian dalam diri itu. Namun begitu, janganlah pula disalurkan keberanian itu ke jalan yang salah. Macam ambo, ambo telah berani untuk berjalan di bandar raya Kuala Lumpur dengan yakinnya, kerana ambo percaya pada diri sendiri. Kebanyakan tempat telah ambo terokai di Kuala Lumpur. Hasil daripada keberanian itu, ambo menggunakan keberanian itu untuk menerokai lokasi-lokasi baru, yang tidak pernah ambo sangka yang ambo akan sampai ke sana dengan bersendirian, seperti di Shah Alam, Subang Jaya, Ipoh, Batu Gajah, Nilai, Tanjung Malim, dan Serdang. Alhamdulillah, berbekalkan pengalaman di SBP dan KL amnya, pengembaraan berjalan lancar.


7. Lebih banyak pendedahan mengenai tips dan strategi menjawab soalan SPM.
Salah satu perkara yang menjadi kelebihan kepada pelajar SBP adalah dari segi pendedahan dalam strategi menjawab soalan, kerana ada-ada sahaja ceramah dan seminar yang dianjurkan oleh pihak sekolah, tanpa mengira masa dan waktu, kerana pelajar tinggal di asrama. Oleh sebab itu, lebih banyak masa dapat diperuntukkan demi memberi input yang berguna kepada pelajar. Pengalaman di ASiS dahulu, pendedahan kepada perkara sebegini dimulakan bermula sejak Tingkatan 4 lagi, yang mana ASiS mengadakan sebuah program yang bernama 'Perkampungan Ilmu' selama 5 hari. Untuk pelajar Tingkatan 5, program ini diadakan di universiti (semasa batch ambo, UiTM Shah Alam) untuk memberi pendedahan tentang suasana universiti, manakala untuk tingkatan 4 pula, program diadakan di sekolah. Kebiasaanya penceramah yang dijemput adalah yang berkualiti dan berpengalaman, contohnya penggubal soalan dan pemeriksa kertas jawapan. Kebanyakkan guru SBP yang juga guru pakar, pemeriksa kertas jawapan dan penggubal soalan adalah satu bonus buat pelajar SBP, kerana pelajar dapat bertanya secara terus kepada mereka.


8. Dapat menyertai pelbagai pertandingan di pelbagai peringkat, terutamanya peringkat SBP dan antarabangsa.
Kokurikulum sangat penting pada peringkat SPM, kerana 10% markah kemasukan ke IPTA adalah daripada markah aktiviti kokurikulum. Oleh sebab itu, amatlah penting untuk anda mengutip seberapa banyak markah yang mungkin demi menjamin tempat anda di IPTA kelak. Di SBP, peluang anda untuk menyertai aktiviti bertaraf antarabangsa dan kebangsaan lebih cerah. Penyertaan dalam aktiviti sedemikian telah meyumbang banyak markah, itu belum dicampur dengan pencapaian anda pada aktiviti tersebut. Misalnya, di ASiS, saban tahun, ada sahaja program pengantarabangsaan yang dilakukan. Antara bumi yang pernah dipijak oleh pelajar-pelajar dan guru-guru ASiS adalah di Perth, London, Yogyakarta, Bangkok, Satun, Singapura, Jepun, Korea Selatan dan Myanmar. Amat malang sekali, ambo tidak berkesempatan untuk mengikuti program berkenaan.


9. Dapat merasai suka duka tinggal di asrama.
Walaupun kehidupan di asrama kadangkala dilabel sebagai membosankan, namun itulah salah satu rencah kehidupan di asrama. Pelbagai perasaan akan dialami oleh anda apabila tinggal di asrama. Gembira, sedih, penat, tekanan, sakit kepala, rasa malas - itu semua perkara normal. Bohonglah kalau selalu sahaja rasa gembira atau sedih sahaja sepanjang tinggal di asrama. Perasaan tinggal di asrama tidak sama seperti perasaan tinggal di rumah. Walaupun tinggal di rumah adalah jauh lebih baik kerana kita di bawah jagaan ibu bapa, dan perasaan berjauhan dengan rumah itu mendatangkan rasa tidak enak kepada diri anda, namun dengan hadirnya rakan-rakan baru dan juga guru-guru, perasaan anda akan dapat ditenteramkan sedikit demi sedikit. Beri peluang kepada diri anda. Pernah suatu ketika dulu, ambo ingin saja pulang ke SMIP kerana sudah tidak tahan dengan suasana asrama, namun ambo gagahkan jua hati ini untuk terus kekal di sana. Akhirnya, takde apa-apa pun. :)
Alhamdulillah, ambo tidak mengikut sangat kata hati. Ikut hati, mati la jawabnya.. Kehidupan di asrama sangat seronok, kerana kita saling bergantung pada satu sama lain, berkongsi bilik/dorm atau kemudahan lain yang sama, dan mengharungi suka dan duka bersama rakan-rakan. Perkara-perkara sebeginilah yang membuatkan ikatan persahabatan antara pelajar di asrama lebih kukuh.


10. Kemudahan di SBP lebih baik dan lebih lengkap.
Di SBP, kemudahan yang dibekalkan mencukupi dan lengkap, terutamanya kemudahan di makmal dan kemudahan sukan. Walaupun kadangkala tidak sempurna dan mengalami kerosakan, namun itulah lumrah kehidupan. Prasarana yang jarang terdapat di sekolah harian juga disediakan, seperti gimnasium dan bilik jamming. Walaupun ada sesetengah SBP yang bangunannya sudah menjangkau puluhan tahun (malahan ada yang telah lebih 100 tahun), namun kemudahan yang disediakan sudah mencukupi. Jangan risau.


11. Dapat mengembara di tempat orang.
Yang ni sangat best. Sambil menyelam, minum air - peribahasa yang menggambarkan kehidupan di asrama. Sambil kita belajar di sana, masa outing, bolehlah kita bersiar-siar di kawasan luar sekolah. Yang penting, jangan lupa peraturan asas outing - waktu outing dari puluk 11.00 pagi hingga 6.00 petang, pakai pakaian uniform, dan dilarang membawa beg. Maka musnahlah harapan untuk bergaya. :)
Ambo sangat bertuah kerana dapat sekolah kat KL, dapatlah berjalan-jalan di KL.. Kalau tak, sepanjang hidup ambo, baru 2 kali sampai KL, itu pun masa budak-budak dulu. Alhamdulillah, pelbagai pengetahuan telah ditimba sepanjang pembelajaran di ASiS, dengan yang paling penting, cara untuk hidup di kota raya itu. Seperti ada hikmah di sebaliknya, ambo dapat tawaran ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), juga di KL.. Segala ilmu yang diperoleh di ASiS dulu dapat dipraktikkan kini.


12. Paling penting, sebagai persediaan dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi hari-hari yang mencabar di universiti kelak.
Kalau kita tidak cuba untuk hidup jauh dari rumah, bila kita nak rasa pengalaman tu, sebelum masuk ke universiti? Tinggal di asrama adalah penyelesaiannya. Barulah dapat rasa bagaimana hidup berdikari. Takde la nanti kejutan budaya sangat bila dah berjauhan dengan keluarga. Sedarlah pada hakikat, yang satu hari nanti, anda pasti akan berjauhan dengan keluarga. Mengikut pandangan dan pemerhatian ambo, mereka yang pernah berenggang darpiada keluarga lebih mudah menyesuaikan diri di universiti, mungkin kerana telah terbiasa dengan situasi berkenaan. Ambo terkadang berasa kasihan kepada mereka yang mengalami kegagalan untuk menyesuaikan diri dengan baik.


Tak dilupakan juga, ada banyak la juga sebab yang stereotype tentang kenapa orang takut nak belajar kat SBP, antaranya:


1. Kena buli dengan senior!
Sebab ini la yang paling disebut-sebut oleh semua orang. Ranking no.1 tu.. Hehe.. Tak dinafikan, memang wujud budaya membuli di SBP, tapi tidaklah semua SBP yang ada kes buli ini. Ada pun kes buli, adalah sangat sedikit dan terpencil. Tapi jangan bimbang lah, anda masuk SBP masa tingkatan 4, insyaAllah terselamat daripada dibuli. Kalau kena buli, lapor kepada cikgu, jangan takut!


2. Homesick, lagi-lagi kalau sekolah yang jauh dari rumah.
Penyakit ni sangat popular, bukan sahaja dalam kalangan pelajar yang tinggal di sekolah berasrama, malahan pelajar universiti juga.. Sape tak rindu rumah kan... Tapi semoga anda dibekalkan dengan semangat, azam dan tekad yang tinggi  untuk terus bertahan di asrama. Janganlah pula dihentikan langkah anda di SBP, nanti membazir masa dan wang. Peluang berharga di SBP jangan disia-siakan begitu sahaja, hanya kerana melayan kata hati semata-mata.


3. Sukar untuk beradaptasi kepada suasana asrama.
Ambo akui, memang sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana asrama, tapi kena cubalah dulu. Seperti ambo, kerap juga berasa tidak sihat dan jatuh sakit pada awal kehadiran ambo di ASiS, sehingga hampir membuat keputusan yang mungkin memakan diri sendiri. Namun, setelah dikukuhkan tekad dalam diri ini, ambo memberi peluang kepada diri ambo, dan alhamdulillah, ambo akhirnya berjaya menyesuaikan diri di sana. Lepas tu, takde apa-apa yang terjadi pun.


4. Cepat penat, sebab ada prep, kena turun riadah, kena ikut jadual waktu.
Menjadi pelajar SBP bukannya mudah, setiap hari ada sahaja cabaran dan dugaan. Jadual waktu yang padat dan peraturan yang ketat - membuatkan hari-hari di SBP amat memenatkan. Lama-kelamaan, anda akan berasa jelak terhadap rutin harian yang sama saja setiap hari. Namun begitu, ikhlaskanlah hati anda dalam menuntut ilmu, agar anda menjadi seronok sepanjang pengajian di SBP. Lupa nak cakap, prep wajib turun! Prep sangat penting, sebab kat SBP, tiada tuisyen. Gunakanlah masa prep sebaik mungkin.. Kalau nak berehat tu boleh je, tapi rugilah, masa dah terbuang. Tak perlu pun masuk tuisyen, kerana masa prep dijamin cukup untuk mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan, jadi jangan risau.


5. Boring, sebab tak bebas bergerak keluar dan masuk pagar sekolah (rasa terkurung).
Sebenarnya ini bukan masalah besar sangat pun. Anda haya perlu ingat satu perkara - kita datang ke SBP untuk belajar. Itu sahaja. Tahanlah diri serta bersabarlah, kerana anda ada tanggungjawab yang perlu digalas, dan bukannya datang ke asrama semata-mata untuk bercuti atau berseronok. Pendek kata, jangan lupa objektif sebenar. Bila outing, keluarlah untuk melepaskan rasa boring anda. Lakukanlah apa sahaja perkara yang boleh menghiburkan hati anda di asrama, namun janganlah sekali-kali keluar atau panjat pagar asrama secara haram, ataupun nama glamornya, 'Fly'.. Hukuman berat seperti digantung sekolah akan dikenakan sekiranya terkantoi..


6. Fobia terhadap warden.
Kepada mereka yang pernah tinggal di asrama sebelum ini yang pernah mengalami pengalaman buruk tentang warden, pastinya akan berasa bertambah gerun. Tak lupa juga kepada mereka yang baru hendak kenal warden ini. Tak perlu fobia kepada warden, kerana warden baik-baik semuuanya. Mereka semua adalah guru kita dan merekalah yang diamanahkan untuk menjaga anda di asrama, mengambil tempat ibu bapa dan penjaga anda. Satu sahaja peraturan dengan warden adalah, 'jika anda tidak bermasalah, maka warden tidak akan bermasalah terhadap anda'. Seperti ambo, tidak pernah 'disentuh' oleh warden walaupun sekali, kerana ambo amat mengambil berat perihal disiplin.


7. Malas nak ikut peraturan yang kononnya leceh tu.
Hidup dengan peraturan memang bosan. Namun, dengan peraturanlah, sikap manusia dapat dibentuk. Rules are made to be broken? Betul juga pertanyaan itu, namun sebagai seorang pelajar yang pintar dan dikurniakan akal fikiran, bezakanlah antara yang hak dan batil. Anda semakin dewasa, dan sudah boleh berfikir dengan waras, tapi biasalah, ada juga yang keras hatinya untuk mengikut peraturan yang digariskan, kerana khabarnya mereka ingin memberontak dan menunjukkan kekuasaan mereka serta memaparkan betapa tingginya ego mereka. Apabila wujudnya golongan seperti ini, mereka yang sering mengikut peraturan dilabelkan sebagai 'skema'. Ambo juga dicap sebagai salah seorang yang 'skema', namun itu tidak penting. Yang penting, ambo tidak pernah terkena tindakan daripada guru-guru. Alhamdulillah.


8. Takut didiskriminasi kerana asal-usul yang berlainan.
Hali ni bukannya perkara besar pun. Entah dari mana puncanya, amalan ini muncul ekoran semangat kenegerian yang menebal dalam diri mereka. Almaklumlah, pelajar SBP datang dari pelbagai negeri di Malaysia. Lebih buruk lagi, mereka mewujudkan puak mereka mengikut negeri. Contohnya, yang Kelantan kawan dengan Kelantan, yang Johor kawan dengan Johor, yang Utara kawan dengan Utara, yang Lembah Klang kawan dengan Lembah Klang. Secara tidak sedar, wujudnya perpecahan dalam kalangan pelajar. Alhamdulillah di ASiS dulu, kami dapat bergaul dengan semua tanpa wujudnya isu kenegerian. SBPlah medan untuk anda mengenali antara satu sama lain, dan mempelajari budaya negeri lain serta meningkatkan pengetahuan anda tentang sesebuah negeri. Paling menyeronokkan adalah ambo dapat belajar banyak dialek di ASiS, seperti dialek Utara, Perak, Terengganu, Johor dan Sarawak. Kepelbagaian latar belakang ibarat satu rahmat buat ambo, kerana dapat meluaskan pengetahuan ambo. Kesimpulannya, bergaullah dengan semua, barulah anda tidak rasa didiskriminasi. Rebutlah peluang keemasan ini untuk bersama rakan-rakan. Janganlah pula membuat koloni sendiri. Anda faham maksud saya?


9. Bimbang seandainya rakan-rakan di sekolah lama akan melupakan dirinya.
Perkara ini tidak akan terjadi seandainya anda pandai dalam mengambil hati rakan anda. Paling kurang pun, seminggu sekali, telefonlah rakan-rakan anda atau hubungilah mereka di laman sosial seperti Facebook dan Twitter, supaya persahabatan akan terus terasa dekat di hati. Apabila pulang bercuti, ziarahilah rakan anda agar hilang rasa rindu itu. Alhamdulillah, rakan-rakanku masih mengingatiku sehingga kini, walaupun pernah jauh di mata buat seketika. Namun begitu, apabila berada di SBP, janganlah pula melupakan rakan-rakan anda, agar tidak kedengaran kata-kata yang kurang enak nanti.


10. Makanan kat dewan makan tak sedap!
Anda tak bolehlah mengharap bahawa makan minum anda di asrama anda sesedap di rumah, kerana makanan di asrama dimasak secara pukal, iaitu di dalam kawah atau di dalam kuali yang besar, kerana perlu menyediakan makanan yang cukup untuk semua orang. Namun begitu, bersyukurlah terhadap nikmat itu, kerana anda sebenarnya menikmati subsidi kerajaan setiap hari. Terima kasih kerajaan kerana menaja sebahagian perbelanjaan makan di asrama. Kepada mereka yang merasakan bahawa makanan di dewan makan itu tidak sedap, anda ada pilihan lain iaitu di kantin sekolah, tapi ingat, membazirlah wang ibu bapa dan juga wang kerajaan kalau anda tidak makan di dewan makan. Ambo akui, jarang-jarang sekali, ambo tidak makan di dewan makan, namun ambo memberikan bahagian makanan ambo kepada rakan ambo yang lain. Jangan buat selalu ya!




Jadi, setelah membaca entri kali ini, buatlah penilaian, sama ada mahu ke SBP atau tidak. Ambo tidak berhasrat untuk mempengaruhi anda dalam membuat keputusan, namun sebagai seorang yang lebih senior, ambo terpanggil untuk berkongsi pengalaman berharga di SBP selama 2 tahun itu.


Pesanan ambo, bila masuk SBP tu, jangan lupa kawan-kawan kat luar ya. Janganlah sambung belajar kat SBP semata-mata untuk mendapat glamour sahaja. Kalau nanti keputusan anda jauh lagi rendah daripada rakan anda di sekolah biasa, kat mana nak letak muka? Ingatlah bahawa jangan main-main semasa Tingkatan 4. Form 4 is not a honeymoon year, okay? Bahaya nih, kena belajar elok-elok, especially subjek Sains dan Maths. Kalau boleh, jangan dapat F nanti akhir tahun, nanti tahun depan kena masuk kelas tambahan, bertubi-tubi, kaw-kaw punyer!


Rebutlah peluang semaksimum mungkin di SBP dalam pelbagai acara dan jawatan, kerana itu semua demi kebaikan anda juga, untuk mendapat pengalaman yang mungkin berguna sepanjang kehidupan anda. Kalau tak dapat, jangan kecewa, hanya teruskan dengan kehidupan anda dalam matlamat anda yang satu, iaitu SPM!


Nikmatilah masa yang berguna di SBP, kerana anda akan merinduinya setelah tamat zaman persekolahan. Bagi ambo, kalau boleh diputarkan masa, ingin sahaja ambo kembali ke ASiS untuk menikmati zaman persekolahan itu, tapi apakan dayaku. Fantasi bukanlah satu realiti.


Buatlah keputusan yang bijak, dan jangan pula anda sesali keputusan anda. Semoga anda dibulatkan tekad untuk terus berpegang kukuh pada prinsip perjuangan anda. Sekali anda melangkah, jangan undur balik! Fikrikan hati dan perasaan ibu bapa anda..


Belajarlah di mana sahaja, yang penting, apabila dapat keputusan SPM kelak, keputusan yang cemerlang berada dalam genggaman, dan pastikan langkah anda ke SBP adalah berbaloi! Buatlah ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan berbangga dengan anda!


Jikalau ada pertanyaan atau kemusykilan, sila tinggalkan komen di bawah atau hubungi ambo di Facebook : Rashdan Roslan.


Rashdan Roslan

18 ulasan:

  1. jit rash oasis.. :P

    BalasPadam
  2. Bro Rashdan, u're HELPING me A LOT! Thanx 4 e-thing! now i know what i'm aiming for..!

    BalasPadam
  3. so, nak pegi ke tak nak ni?
    make a wise choice ya..
    ni utk masa dpn anda..
    bkn prkara yg main2..

    BalasPadam
  4. Brape rat dh duit ko dpt dri blog nie?Ak tkn link dr blog nie jea mest kluar ad so mest byk an duet ko :)...-ji-

    BalasPadam
  5. Sya bdak teknik kuala selangor

    BalasPadam
  6. sy dpt straight a dlm pt3 haritu tapi x nk masuk asrama sbb saya takut x dpt nak adapt suasana kat sana tambah2 sy pulak jenis yg pendiam susah nk dpt kwn n nak berebut jawatan.. kalau stay dekat sekolah harian biasa je, ada peluang x nak belajar oversea n nak dapat biasiswa kat uni? harap bagi pendapat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak masuk SBP tak bermakna takde peluang untuk dapat peluang belajar di oversea dan biasiswa. Semuanya bergantung pada diri kita..

      Padam
  7. bro rashdan,saya ada mesej dkt fb ttg asis ni..mohon balas,sekian terima kasih...

    BalasPadam
  8. thank abg..tiba² terdetik dihati rindu suasana asrama..memori indah yg tak mungkin akn kembali..

    BalasPadam
  9. Sy belajar kat SMIP juga smpai form3 (2009).. Sekarang tahun 3 MBBS, uni local je..

    BalasPadam
  10. Saya pelajar lepsan Pt3 yang meraih 10 A dalam peperiksaan pt3. Whole family forces me to enter a boarding sch. Bukan apa, saya takut kalau macam jadual belajar saya tak dapat disesuaikan . Jadual belajar saya jenis yang fleksibel ... Kalau dekat Asis,bolehke study late night?

    BalasPadam
  11. Hi! Nak tanya dekat SBP boleh bawa HP tak ??? Tolong jawab

    BalasPadam
  12. haaaa,sayo loni duduk SMIP lgi.Last year dh ni untuk SPM,harap2 dapat naikkan nama SMIP.Cg gpo hk ingat lagi dulu?.

    BalasPadam
  13. wah menarik nya pengalaman di asrama…tq for sharing…

    BalasPadam