31 Jan 2014

Permohonan Ke USM-KLE 2014/2015

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua.

Kepada bakal lepasan Program Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) / Asasi Sains UiTM / Matrikulasi / STPM / International Baccalaureate / A-Level dan yang setaraf, jika anda berminat untuk melanjutkan pelajaran di USM-KLE International Medical Programme (USM-KLE IMP), bolehlah memohon untuk kemasukan ke USM-KLE bagi sidang akademik 2014/2015.

Pembelajaran di USM-KLE adalah 5 tahun sepenuhnya di kampus pesisir USM-KLE IMP di Belgaum, India. Mahasiswa bakal dianugerahi ijazah MD (USM) setelah tamat pengajian.

Berikut disediakan beberapa pautan untuk anda



Maklumat lanjut mengenai permohonan ke USM-KLE tertera di bawah.



Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Seksyen Pengambilan Pelajar USM:


  • Talian Bebas Tol : 1 300 888 876
  • Telefon : +604-6533196/3141
  • Faks : +604-6533328
  • Facebook : Student Admissions USM


Boleh juga bertanya soalan-soalan di sini, namun biarlah soalan itu biarlah relevan dengan kapasiti saya sebagai seorang pelajar USM-KLE.

Semoga berjaya dalam permohonan anda!

33 ulasan:

  1. salam, terima kasih atas perkongsian.. saya nak tanya macam mana dgn biaya nya..adakah kita boleh apply biasiswa dr mana mana ?

    BalasPadam
  2. Saya dah apply dan dah hantar semua dokumen diperlukan. cuma saya nak tanya, macam mana proses untuk apply biasiswa/pinjaman mara?

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya kena dapatkan admission dulu baru USM akan serahkan nama kepada MARA untuk dipertimbangkan sama ada akan diberi tajaan atau tidak..

      Padam
    2. ouh, macam tu. okay. terima kasih ya. doakan saya :)

      Padam
  3. Saya dh htr semua dokumen dn Alhamdulillah sy dh dipanggil utk temuduga.cuma yg amt memalukan sy tdk membuka emel sy dn tarikh temuduga sdh trlepas tp sy dh tnya pihak usm.Mereka kata tdk megapa dn mrk akn masukkn sy ke sesi temuduga yg seterusnya.sy nk tnya panggilan temuduga ditapis jg ke? Atau semua yg memohon akn dpnggil tuk temuduga.Erm...sy risau mcm mana nk hadapi temuduga nnti...huhu.terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semestinya setiap permohonan itu akan ditapis demi menjaga kualiti bakal graduan USM.

      Jangan khuatir, temuduga USM-KLE tidaklah sesukar mana. Hanya menjadi diri sendiri dan jawablah soalan dengan sejujurnya.

      Padam
    2. Terima kasih..

      Padam
  4. Saya ingin tanya jika seseong itu terpilih utk mengikuti program ini tapi tidak dpt biasiswa bknkah itu akn menambahkan beban sbb yuran dilihat dalam portal usm menunjukkan ia dlm usd

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar, seseorang pelajar itu akan terbeban dengan kos tersebut, melainkan pelajar itu berjaya mendapat tajaan atau keluarga pelajar itu mampu untuk membiayai kos sepanjang 5 tahun pengajian di USM-KLE.

      Padam
  5. Assalam. Saya mendapat tajaan mara untuk sambung medik di CUCMS. Tetapi saya lebih berminat untuk program USM-KLE ini. Adakah mara memberi kebenaran untuk menukar penjanjian tanpa menukar penaja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam.

      Apa kata jika anda hubungi pihak MARA sendiri untuk kepastian? Sebab saya kurang pasti mengenai tajaan dan tawaran ini.

      Padam
  6. Alhamdulillah..selesai sudah temuduga sy 5/4 yg lps.boleh dkatakan agk sukar soaln yg dberi kerana sy dtnya medical term.huhu.tp,sebelum sesi temuduga trsbut berakhir..penemuduga ad tnya sy sekiranya sy berjaya temuduga ini dn mndpt twrn menyambung ijazah di usm kle,sy ingin memohon biasiswa ap sdngkn tiada tajaan utk program ini.sy ckp mara..dn mrka kata it's up to u.usm just give place for u n it's ur option...er..agk2 sy ad harapan ke???hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah, jika anda telah buat yang terbaik, kalau ada rezeki, tawaran itu akan sampai. Berkenaan tajaan, inshaAllah boleh cuba minta daripada MARA atau yayasan negeri.

      Macam ni, andai dapat tawaran nanti, rajin-rajinlah berhubung dengan USM Sponsorship Unit. Rasanya mereka boleh membantu. Yang penting dapat tawaran dulu ya.

      Padam
  7. Alhamdulillah !!!! Sy dh dpt surat tawaran...erm..sy nk tnya mara hnya blh buat pinjaman ke? Boleh mohon biasiswa mara ke utk prgrm ini? Sy nk tnya anda bgaimana? Pinjaman atau biasiwa? Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. kepada Tanpa Nama, tahniah! Tajaan MARA biasanya berbentuk pinjaman, ada sejumlah bayaran yang perlu dijelaskan selepas tamat pengajian.

      Padam
    3. oh ya, kepada anda berdua, inshaAllah, kebiasaanya pihak USM akan membantu untuk cari tajaan melalui USM Sponsorship Unit. Yang penting, kena dapatkan tawaran USM-KLE dulu.

      Padam
  8. salam, sebelum pergi menghadiri temu duga kena hantar apa2 dokumen ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Tak pasti, cuba check pada website pohon.usm.my/india ..

      Padam
  9. Salam, saya nak tanya, bila sebenarnya ye USM akan hantar nama kepada MARA?? lepas dah dapat unconditional offer ke? sebab hari tu, saya ada tanya MARA, diorg cakap yg diorg tak beri lagi biasiswa kat student baru usm-kle... btw, saya dah dpt conditional offer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Tentang ini saya tidak pasti. Namun, setahu saya, memang USM akan tawarkan 'conditional offer' sebab in case pelajar tersebut tak dapat tajaan, maka tawaran itu akan terbatal. Tajaan ini boleh berbentuk sendiri atau daripada pihak luar (MARA, JPA, Yayasan negeri, dll.)

      Padam
  10. assalamualaikum abg . alhamdulillah sya dpt tawaran utk program ni . sye nk tanya abg . ap persedian2 yg perlu sya bawa utk pergi ke sana nnt ? trima kasih 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Persediaan just bawak barang2 seperti pakaian dan makanan Malaysia (which is very precious I tell you) dan barang-barang lain yang dirasakan perlu. Kalau buku tu, boleh beli kat sini, murah2..

      Padam
  11. Student diploma boleh apply ke utk usm-kle.. ke hanya Matrik/STPM sahaja.. Saya diploma sains UiTM..

    BalasPadam
  12. assalamualaikum. tumpang tanya, biasanya permohonan untuk masuk program usm-kle bulan berapa ya? sebab sy check di portal usm tiada apa-apa makluman mengenai program ini.

    BalasPadam
  13. Salam. Saya mahu belajr asasi sains di uitm. Peluang saya cerah x utk melnjutkn degree di usm-kle.tq

    BalasPadam
  14. Salam. Saya mahu belajr asasi sains di uitm. Peluang saya cerah x utk melnjutkn degree di usm-kle.tq

    BalasPadam
  15. Assalam.nak tanya bila permohonan untuk usm kle sesi 2016..mohon reply

    BalasPadam
  16. assalamualaikum,encik..bagaimana pula kpd para pelajar lepasan spm??apa keputusan yg dikehendaki dan yg layak utk apply ini??

    BalasPadam
  17. assalamualaikum,encik..bagaimana pula kpd para pelajar lepasan spm??apa keputusan yg dikehendaki dan yg layak utk apply ini??

    BalasPadam