24 Okt 2010

Semester 1 Finale!!

Esok (25/10/10), exam final sem 1 untuk bebudak PASUM, termasuklah diri ini... Di sini, ku ingin memohon keampunan dari hati ni dengan rasa rendah diri, kalau ada apa-apa salah dan silap.... Harap dimaafkan segala kekhilafan diri ini.. Ku juga manusia biasa yang tak sunyi daripada melakukan kesalahan. Aku takut sekiranya salah dan silap itu membuatkan diri ini tidak diberkati. Oleh sebab itu, aku merayu, maafkanlah segala kesilapanku.

Doakan aku berjaya dalam exam ni, yang sangat penting dalam kehidupanku, kerana hasil daripada exam ni akan digunakan untuk memohon tempat dalam jurusan yang ku ingini. Cita-citaku bergantung pada keputusan exam nih... Doakan aku ek semua... Semoga doa kalian makbul..

Berikut adalah jadual examku :


25/10 - FJAX0112 - Kalkulus
26/10 - FQAH0112 - Pembiakan, Ekologi dan Perkembangan Organisma
27/10 - FKAX0111 - Kimia Asas 1
28/10 - FJAX0111 - Algebra & Geometri
29/10 - FMAX0111 - Fizik Asas 1
01/11 - FKAX0112 - Kimia Asas 2
02/11 - FQAH0111 - Biologi Sel
03/11 - FMAX0112 - Fizik Asas 2
04/11 - FB0111 - Preparatory English 1


Aku akan cuba sedaya upaya dalam exam ini... Dengan doa kalian, semoga aku dapat apa yang aku inginkan, iaitu



4.00 FLAT!






InsyaAllah.


Rashdan Roslan

19 Okt 2010

Pentingkan Diri?

Nak tanya sikit, bagus ke sifat pentingkan diri sendiri?

Mestila jawapannye bercampur-campur... Ada yang akan kata bagus, n ada yang akan kata tidak.... Tak kurang juga mereka yang berpendirian atas pagar.

Bagi aku, pentingkan diri ni kadang2 ada masanya bagus, tapi utk keadaan2 tertentu je la... Macam bila kitab benar2 nak bersendirian dan tak mahu diganggu.. tapi ni bukanlah bererti sombong kan...

Namun, kebanyakan masa dalam kehidupan kita, sifat pentingkan diri (atau selfish) ni tak patut diamalkan dalam kehidupan kita. Tak relevan bagi kita untuk pentingkan diri sendiri. Kita kan hidup dalam sebuah komuniti masyarakat.

Contoh sangat simple. Misalnya, kalau kita stay kat hostel la kan... Kita tak tolong rakan-rakan kita yang terdekat.. Tak tolong mereka yang memerlukan pertolongan, baik dari segi pelajaran atau apa-apa je lah, se'simple' mintak tolong belikan makanan atau suruh kejut bangun solat Subuh atau sesukar meminta bantuan kewangan.

Ada lagi ni contoh dalam kehidupan harian, macam kat jalan raya / lebuh raya. Kalau jalan jam tu, kalau anda potong barisan, memang anda ngok ngek. Hahaha... Pentingkan diri sendiri! Tak malu! :P

Hehe.. Gurau je... Bayangkan kalau anda potong barisan tu (lebih2 lagi kalau guna lorong kecemasan), anda sebenarnya menggunakan kemudahan itu pada tempat yang bukan hak, yakni sedar tak sedar, anda telah melakukan kezaliman. Lagipun tindakan anda menyusahkan orang lain.

Jangan la pentingkan diri sendiri secara melampau. Orang lain benci weiii....

Nanti akhirat pun akan dapat seksa bagi anda yang pentingkan diri.... Ni ada hadis (dipetik dari laman web JAKIM) mengatakan:


Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah SAW: “ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).”
 
(Muslim)

Jadinye, jangan la berat tulang nak tolong kawan-kawan tu kalau diorang mintak tolong... Cuba sedaya-upaya ringankan tulang anda untuk tolong mereka. InsyaAllah akan diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T. dan akan dikasihi ramai orang... Tak ke syok tu?

<pesanan untuk anda semua dan juga diri ini... kita semua tak sempurna>



Rashdan Roslan

15 Okt 2010

S.O.M.B.O.N.G. ?

Sape kata aku sombong? Bukan lah! Sori sangat2 la kalau ade orang terasa hati ngan diri ini... Aku juga manusia biasa... Aku tak sempurna, tapi aku hensem, kacak, tampan bergaya gak weiiii.... HAHAHAHA!! Terperasan sebentar...

Tapi kan, aku rasa kecik hati gak arr ngan kengkawan aku yang da mula menyombong... Atau mereka busy kot... Aku pun busy gak... Tapi sape2 yg ade niat nak menyombong tu, ingat, Allah baru bagi nikmat sikit je.... Setakat nikmat kaya ke bijak pandai ke, scholarship atau apa2 je pun lagi, apalah sangat dowh... Ni semua dunia... Berhenti berlagak dengan apa yang bukan milik hakiki anda... Aku berpesan kepada diri aku sendiri jugak ni... RENUNG-RENUNGKAN ek...



Aku guna pendekatan santai je, guna bahasa yang slamber, nak berhujah tak pandai sangat... Cukup sekadar ingat-mengingati... Kan kan kan?

Semoga aku tak tergolong dalam kalangan orang yang sombong... Aku sentiasa berdoa yang sedemikian... Allah benci orang yang sombong...



Kalau aku ade terlanjur bicara atau melakukuan kesilapan, harap ditegur, supaya tak menjadi lebih parah... Jomlah kita sama2 mengingati ek.....

Akhir kalam, ayuh kita jaga hubungan baik sesama insan tanpa melupakan hubungan baik antara kita dan Allah... Ukhuwah harus dijaga!

Rashdan Roslan

10 Okt 2010

MUET oh MUET.....

OMK! (oh mak kao!)

MUET part speaking da dekat sgt.... it's waiting outside da door... heheh.... juz around da corner....

Based on ape yg aku buat time test English aritu, ade sedikit ketidakpuasan hati lagi tentang prestasi aku... Kalau macam tu lah aku buat, babai Band 5 / 6... huhu... Dapat la band 6  band4 paling2 bagus pun jawabnye.. huhu.. tu pn klau bagus... Dapat band rendah, maknanya lagi sikit chance nak dpt course yg kritikal.. Huhu...

Kecuakan melanda diri... Hehe... Dah la dapat hari first, session first lak... Nasib badan... huhu... Bimbang kalau dapat tajuk yg dahsyat!! Adeh....

Aku berdoa supaya dipermudahkan urusan aku nanti hari ujian.... N smoga dpt pemeriksa yang cantik lagi baik hati (bak kata Adli... hahaha.. gurau je...)
WISH ME LUCK K.....

Date of exam: 12 October 2010
Time : 7.30 A.M.

Kepada kawan2 yang ambik MUET session end-year ni jugak, GOOD LUCK ek!!!

Rashdan Roslan

2 Okt 2010

FINALE?

Lama gak ta update blog ni... Tapi takpe, at least, aku ta lupe kewujudan blog ni....

Final da dekat ah... MUET pun same... Aku exam MUET utk component speaking nye 12hb ni...Hadoiii... Da la hari first, sesi first lak.... Apalah nasib aku... Hahaha... Utk component2 lain, 13/11 nanti...

Final Sem 1, 25hb ni... dua minggu... Sampai ke hari aku tulis entri ni, still ta dpt jadual exam....

Aku na score semaximum mungkin la... Result midsem aku, terkebelakang sket berbanding ngan org len....

FQAH0111 - A
FQAH0112 - A
FJAX0111 - A-
FJAX0112 - A-
FKAX0111 - A-
FKAX0112 - B+
FMAX0111 - C+
FMAX0112 - B+
FB0111 - S

PNGK - A-

(FQAH - Bio, FJAX - Math, FKAX - Chemistry, FMAX - Physics)

So, kena buat sesuatu utk tampung mane2 result yg bocor... hehe.... Nak jugak dpt semua A, mcm ramai org len.....

Doakan aku berjaya... Nak convert smua skali jadi A, insyaAllah... Smoga doa kalian dimakbulkan olehNya.... Amin ya rabbal alamin....



Rashdan Roslan