19 Okt 2010

Pentingkan Diri?

Nak tanya sikit, bagus ke sifat pentingkan diri sendiri?

Mestila jawapannye bercampur-campur... Ada yang akan kata bagus, n ada yang akan kata tidak.... Tak kurang juga mereka yang berpendirian atas pagar.

Bagi aku, pentingkan diri ni kadang2 ada masanya bagus, tapi utk keadaan2 tertentu je la... Macam bila kitab benar2 nak bersendirian dan tak mahu diganggu.. tapi ni bukanlah bererti sombong kan...

Namun, kebanyakan masa dalam kehidupan kita, sifat pentingkan diri (atau selfish) ni tak patut diamalkan dalam kehidupan kita. Tak relevan bagi kita untuk pentingkan diri sendiri. Kita kan hidup dalam sebuah komuniti masyarakat.

Contoh sangat simple. Misalnya, kalau kita stay kat hostel la kan... Kita tak tolong rakan-rakan kita yang terdekat.. Tak tolong mereka yang memerlukan pertolongan, baik dari segi pelajaran atau apa-apa je lah, se'simple' mintak tolong belikan makanan atau suruh kejut bangun solat Subuh atau sesukar meminta bantuan kewangan.

Ada lagi ni contoh dalam kehidupan harian, macam kat jalan raya / lebuh raya. Kalau jalan jam tu, kalau anda potong barisan, memang anda ngok ngek. Hahaha... Pentingkan diri sendiri! Tak malu! :P

Hehe.. Gurau je... Bayangkan kalau anda potong barisan tu (lebih2 lagi kalau guna lorong kecemasan), anda sebenarnya menggunakan kemudahan itu pada tempat yang bukan hak, yakni sedar tak sedar, anda telah melakukan kezaliman. Lagipun tindakan anda menyusahkan orang lain.

Jangan la pentingkan diri sendiri secara melampau. Orang lain benci weiii....

Nanti akhirat pun akan dapat seksa bagi anda yang pentingkan diri.... Ni ada hadis (dipetik dari laman web JAKIM) mengatakan:


Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah SAW: “ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).”
 
(Muslim)

Jadinye, jangan la berat tulang nak tolong kawan-kawan tu kalau diorang mintak tolong... Cuba sedaya-upaya ringankan tulang anda untuk tolong mereka. InsyaAllah akan diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T. dan akan dikasihi ramai orang... Tak ke syok tu?

<pesanan untuk anda semua dan juga diri ini... kita semua tak sempurna>



Rashdan Roslan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan