30 Mac 2010

MY 'FLASH' TRIP TO KL



Tajuk ni da macam karangan budak-budak je kan... Haha... Peduli apa aku.. Hari Khamis ari tu (25/03/10), aku turun ke KL, tiba-tiba je, tanpa perancangan yang rapi.. Fuhhh... Sekejap je aku datang kat KL, tu yang jadi ‘flash’ trip tu... Hehe.. Tak pernah buat macam ni sebelum ni... Aku nak ambik testimonial sebenarnya kat sekolah aku, ASiS yang tercinta. Masa hari Rabu tu, takde langsung dalam fikiran aku, nak pegi KL... Sampai la dalam pukul 7.45 malam, aku call cikgu kelas aku, Cikgu Sabiren, yang suara best tu... (Hehe.. Kipas2... Sori yea dapat A- je untuk Physics..) Cikgu cakap nak poskan testimonial hari Khamis, siap pos ekspress lagi, tapi kat sini tak keje hari Jumaat.. Mesti tak sempat sampai... So, aku buat keputusan untuk ke KL, amek testimonial tu sendiri... Kalau tak, tak sempat sampai jugak, lagipun penting sangat mende alah tu...

Aku tade tempat lagi nak ‘berteduh’... Huhu.. So, aku call beberapa orang ni, nak mintak tolong... Tanya Danial, dia keje lak... Tanya Atiff, dia keluar pulak time tu.. Tanya Amar Zharif, adik pompuan dia lak macam susah sket.. Tanya Rain, dia tak jawab fon lak... Aku dah gelabah dah ni... Last skali, aku call Atiff balik, nasib baik ada... Dia bagi aku stay lagi kat rumah dia, skali lagi... Dah dapat tempat ‘berteduh’, so aku bergegas beli tiket bas, malam tu jugak, dalam pukul 9.30, nasib baik ada lagi... Beli kat kaunter Ekspress E’ Budaya... Aku ada kad keahlian, so jadi murah sikit.. Daripada 40 hengget, jadi 37 hengget...

Nasib baik ada tiket... Adoi... Kalau la takde... Susah hidup aku.. Lepas tu, pergi cyber cafe jap, online la, bagitau yang nak gi KL esok.. Huhu... Lepas tu, balik, kemas barang sikit.... Then, ape lagi, tido la..

Pagi Khamis tu, lepas makan nasi dagang, aku terus ke stesen bas... Naik bas pukul 9.30 petang... Macam biasa, bas tu bergerak je la.. Hahaha... Waktu siang ni, kenderaan lebih banyak kat jalan, so aku tak mengharapkan sampai cepat, maybe dalam pukul 6 petang kot.. Aku dapat berita gembira masa aku on the way nak ke sana, yang mana Amar Zharif, nak amek aku kat KTM Subang Jaya nanti... Tapi aku tak tau pulak nak sampai pukul berapa... Tu la hal.. Baik jugak rupanya Amar ni.. Ada jugak ea dia peduli kat aku.. Tak sabar pulak rasanya, lagipun bukan selalu dapat peluang macam ni, lagipun bukan selalu aku turun sana... Berhenti lunch ngan smayang kat Merapoh dulu.. Fulamak.. Mahal giler makanan kat sana... Ayam pedas + kuah kari + ikan bilis + milo ais, 7 hengget!! Gila kejam... Aku memang jarang makan kat sana.. Bas gerak lagi..

Beberapa ketika lepas tu, Mukhriz call aku, tanya pasal Shell tu... Dia pun tak sangka aku nak turun KL.. Hadoi... Aku dah cuak dah, sebab aku banyak text orang masa on the way tu, bateri fon aku da low.. Takut tak sempat sampai je.. Lupa nak cas semalam.. Bas ni macam lembab sikit gerak, especially masa naik bukit, macam siput je.. Tak macam malam-malam... Tu yang jadi lembab sket.. Kat Highway Karak, lepas Plaza Tol Bentong, da start hujan. Enjin bas pun dah tersedut-sedut... Dua kali bas berhenti kat tepi highway... Tu la pasal, jadi lewat sikit... Sampai KL pun jalan dah jam, so aku bagitau Amar, suruh cancel plan tu.. Lagipun dia nak amek adik dia lagi... Lain kali je la, Amar.. Sampai kat Hentian Putra pukul 6.30 petang.. Lepas beli tiket balik KB, terus tunggu tren KTM... Macam biasa la, lambat sampai... Pukul 7, baru tren sampai... Nasib baik tak penuh, kalau tak, susah la, dah la aku penat, pastu bawak beg lagi... Dapat jugak tempat duduk... Lambat giler nak sampai KTM Subang Jaya... Start kat stesen Bank Negara ngan KL Sentral, da ramai giler orang... Baru balik keje la katakan... Dah la tren tu berhenti agak lama la jugak kat area Bangsar tu... Tak cukup eletrik kot.. Huhu.... Dah bazir banyak gak masa kat situ.. Tekanan aku!!

Dalam pukul 8.15 malam, baru sampai KTM Subang Jaya. Atiff takde kat rumah, dia suruh aku pegi Masjid Al Falah, USJ 9, dia ada kat sana. Aku pun nak cari la teksi kan, takkan la nak pegi jalan kaki... Kurang asam boi punye pemandu teksi kat area tu masa tu, sume nak charge 15 hengget untuk ke sana. Nasib baik aku banyak duit masa tu, so, mahu tak mahu, kena la naik jugak... Melayang duit aku.. Sob sob sob.... Lepas tu, sampai la kat masjid tu... Lama lak nak tunggu Atiff keluar.. Aku ingatkan ada apa la kat masjid tu, siap ada makan-makan lagi... Rupanya memang sebulan sekali diorang buat majlis baca al-Quran masa Khamis malam Jumaat yang terakhir. Dah jadi macam semayang Tarawikh lak.. Bagus gak masyarakat kat sana, ramai yang datang. Sekurang-kurangnya ada inisiatif nak buat acara macam tu. Lepas semayang, pegi makan jap. First time terus balik rumah dia, dalam pukul 9.30.. Parent dia ada jugak...

Borak-borak sikit ngan parent dia, pasal macam-macam la.. Kat rumah dia pun sambung lagi, sambil makan kek... Aku dah penat, mintak izin ngan parent Atiff untuk naik kat atas, nak berehat... Jauh perjalanan aku tadi... Esok dah nak balik... Atiff bagi aku online, time kasih banyak ea... Boleh chat ngan budak-budak nih... Lewat giler tido malam tu, kul 1.00 baru tido... Esok ingat nak gerak gi sekolah dalam pukul 8 la kot... Tido dulu dalam bilik Atiff tu, aircond sejuk!!!!

Lepas bangun semayang Subuh, tido balik... Bangun balik dah pukul 8... Adoi... Plan lari la pulak... Sebelum chow tu, sarapan dulu... Pekena nasi goreng... Sedap dan lazat... Tunggu teksi, lepas tu, nasib baik jumpa... Pak cik drebar teksi sporting habis! Satu kepala ngan aku rupanya.. Pak cik tu asal Johor... Dia minat sangat dengan radio Era, terutamanya segmen Riuh Pagi Era bersama Aznil & Din Beramboi tu.. Pak cik tu nak sangat masuk peraduan teka bunyi... Pak cik tu cakap, dia dah tau bunyi apa.. Hari tu, duit yang terkumpul dah sampai RM6200.. Giler banyak... Cuma tak tau caranya je.. Aku bagitau la, “Kena call diorang, bagi pendapat pasal topik hari tu, lepas tu, pemanggil terbaik, diorang bagi peluang untuk teka bunyi..” Memang macam tu pun caranya.. Siap tanya aku lagi, pak cik tu, pasal nombor telefon ngan nombor SMS Era.. Nasib baik aku ingat... Pendengar setia la katakan.. Hehe... Pak cik tu sedih sebab peraduan Jangan Lupa Nyanyi dah last hari tu... Tak sempat masuk.. Huhu.. Aku nak masuk, tapi tak cukup umur lagi.. Adoi.. Nak la duit gak.. Hehe.. Tapi Riuh Pagi Era memang best, terutamanya Drama Sebabak ngan Sawancara.. Kelakar habis..

Lepas tu, naik KTM ke Bandar Tasik Selatan, naik teksi lagi sekali dari situ, then sampai kat ASiS yang tercinta, dalam pukul 10 pagi.. Letak beg aku kat pondok jaga, lepas tu kitorang terus pegi kat bilik guru – kat meja Cikgu Sabiren, amek testimonial... Nasib baik ada... Lepas tu, pegi pejabat, nak tolong ambikkan testimonial kawan-kawan aku yang lain. Aku tanya kat kerani tu, dia cakap dengan kerasnya, “Tak boleh!” Aku dah tak ingat kerani mana yang cakap macam tu, tapi kalau ye pun, cakap la baik-baik, kecik hati aku.. Dah la aku datang dari jauh, lepas tu aku kan bekas pelajar ASiS, jangan la buat aku macam ni... Dia cakap lagi, Cikgu Sabiren yang buat testimonial... Dia ada kat sekolah, tadi ada dalam kelas... Bercanggah sekali dengan apa yang cikgu-cikgu bagitau kat bilik guru, yang Cikgu Sabiren ada kat Putrajaya. Cikgu Sabiren pun bagitau macam tu.. Nampak sangat buat-buat pandai. Kecewa hati aku... Nasib baik Kak Ton suruh aku jumpa Cikgu Razmi kat bilik beliau. Kat situ, Ayunnie, Syazwan Misteri ngan Muizudin ada jugak... Lepas tiga orang tu siap, aku pulak bagitau masalah aku kat beliau. Nasib baik, Cikgu Razmi bagi aku ambikkan testimonial kawan-kawan aku yang jauh nun di Kelantan Darul Naim. “Boleh sangat... Tak payahlah kawan-kawan awak yang jauh-jauh macam dari Kelantan, Terengganu nak datang sini semata-mata nak ambik testimonial.. Duit tambang lagi satu hal...”.. Aku jawab, “Saya ni pun baru sampai sini semalam... Anggap macam jalan-jalan je..” Lepas tu, aku tuliskan nama, nombor I/C ngan result kawan-kawan aku yang mintak tolong aku ambikkan testimonial tu.. Agak banyak, ada dalam berbelas-belas.. Kesian pulak kat cikgu.. Lepas tu, dah siap, aku keluar...

Nasib baik, aku perasan, ada kesilapan kat testimonial semua orang.. Kat situ, yang ada bukan ‘Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia’, tapi ‘Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia’. Silap besar ni!! Aku pun pergi pejabat semula.. Nasib baik Cikgu Razmi ada lagi, kalau tak, sia-sia je aku datang. Tapi dia suruh aku tunggu, nak hantar kereta kejap. Ok, aku tunggu... Lepas tu, dia yang suruh aku tukar balik semua kesilapan tu.. Hehe... Pertama kali merasa, duduk kat meja Penolong Kanan Akademik.. Hehe.. Berangan jap.. Haha.. Aku pulak yang kena taip.. Tapi takpe.. Yang salah tadi, semua masuk tong sampah... Hehe.. Atiff kena pergi dulu, nak balik rumah, takut tak sempat nak semayang Jumaat. Lepas siap semua tu, aku terus ambik teksi, pergi LRT Cheras, terus amek LRT pegi PWTC.. Bas aku pukul 2.30 petang...

Lapar la pulak, so aku lunch kat McDonald The Mall.. Makan McValue Meal je, McChicken.. Duit aku tinggal 8 hengget je lepas tu.. Sekadar cukup nak beli paper, makanan ngan air sikit, nak makan atas bas... Beli roti High5 dua, lepas tu air the Lipton ngan air Revive satu... Bila makan roti High5 tu, teringat kat sorang kawan aku.. Sape yang tahu tu, tahu la.. Haha.. Dalam pukul 2, bas aku dah sampai, terus naik je... Malam tu, pukul 10.45, sampai kat Kota Bharu... Tu la ‘flash’ trip aku kat KL... Walaupun kejap je, tapi banyak gak citernya... Esoknya ada Jomheboh... Tido dulu ah.. Nanti aku tulis pasal Jomheboh tu ea...

22 Mac 2010

KE MANA AKU NAK PERGI LEPAS NI?

Result da terjawab... Alhamdulillah, dapat 10A.. Tapi, lepas result ni, pening kepala aku nak pikir, ke mana aku lepas ni... Banyak sangat permohonan yang aku buat, tak kira la organisasi atau syarikat mana.. Kepala pusing aku dibuatnya lepas result ni...
Sebenarnya, aku boleh je nak sambung kat mana-mana course... Bukan aku bercakap besar, tapi aku tak kisah kalau apa-apa course pun yang aku dapat, yang penting, masa depan aku terjamin, dan aku dapat kerja yang bagus, dan cepatla boleh kahwin nanti... Hehehe.. Kalau tak dapat kerja yang bergaji tinggi, macam mana aku nak bagi bini ngan anak-anak aku makan nanti?? Hehe.. Lagipun aku target nak beli kereta mewah la sebijik nanti... Takde la sampai Ferrari ke Lamborghini kan... BMW ke, Mercedes ke, tu kira ok la bagi aku... Nak jadi kaya jugak...
Tapi tak nak la angan-angan nanti sekadar tinggal angan-angan je... Nak kena buat pilihan yang tepat ni... Aku tak rela merana seumur hidup aku!!!!
Setakat ni, aku dah buat banyak permohonan.. Tapi yang majornya, JPA, PETRONAS ngan UPU la... Yang kecik-kecik tu banyak jugak la, macam Khazanah, UEM, Sime Darby, Yayasan TM, TNB, Honda, MNRB, Gamuda, Shell.... Tapi aku fokus yang tiga tu dulu.... JPA, aku pilih farmasi... Oversea la... Kalau PETRONAS lak, aku pilih Chemical Engineering, Petroleum Engineering, ngan Petroleum Geoscience.. Nanti kalau dapat tawaran, aku akan dapat yang salah satu course daripada tiga tu... UPU, aku lebih fokus pada medik / farmasi sebab kalau nak ambik engineering kat IPTA, macam kurang sikit peluang tu, sebab Physics dapat A-, kalau nak banding ngan Bio, aku dapat A... 1st choice kat UiTM, Asasi Sains... Untuk UPU, aku main UiTM ngan UM je..
Tapi tolongla aku buat keputusan nanti!!! Sekarang pun dah dilema ni.... Nak buat engineering ke farmasi??? Somebody help me!!! Tapi kalau nak kaya, kerja jadi engineer la... Nanti cepat je sampai gaji 5 angka... Lagi-lagi kalau keje kat offshore... Elaun banyak la!! Tapi kelebihan result Bio ngan Chemistry aku aku patut manfaatkan.... Farmasi pun macam best jugak.... Nak study kat Malaysia ke oversea?? Bagi aku, sama je, kualiti takde bezanya... At least, aku tak perlekehkan kualiti universiti di Malaysia ni...
Aku tak suka la orang pertikai kualiti universiti yang ada kat Malaysia ni.. Aku ada citer yang aku nak kongsi... Semalam (20/03/2010), aku panas je.... Aku bukak facebook kawan aku ni... Ada seorang lagi kawan aku tu, yang ultra-kiasu tu... Ada ke patut, dia harap sangat dapat tawaran further study kat oversea... Dia cakap nak study kat oversea sebab kat Malaysia ni takde kualiti... Come on la.. Kat Malaysia ni tak kurang hebatnya, kalau belajar elok-elok, sama je la macam oversea... Janganla jadi narrow-minded sangat... Katakan nanti tak dapat study kat oversea, nak study kat mana? Bawah tanah? Fikir la baik-baik... Pesanan ni untuk sape-sape yang rasa diri dia tu layak untuk further study kat oversea je... Susah la kalau ego tu tebal dalam diri tu...
Bukannya kita tak dapat kerja kalau kat IPTA kan... Tapi aku faham, kalau kat oversea, nanti balik Malaysia, senang nak dapat kerja, kalau kita terikat dengan syarat tajaan tu.. Aku faham, sebab aku pun ada hasrat nak ke oversea, tapi jangan la sampai nak perlekeh kualiti yang ada pada universiti-universiti kat Malaysia ni... Kena bersedia la dengan apa-apa je yang mungkin terjadi lepas ni... Better for you and us to set up Plan B or Plan C kalau-kalau Plan A tak jadi...
Tengok, dah bazir masa aku dah pasal si ultra-kiasu punya pasal.... Sape-sape yang ada cadangan tu, tolongla bagi cadangan... Aku nak kaya cepat... Hehe.... Tapi nak kerja dengan ikhlas la... Keje yang boleh menyenangkan hidup umat manusia.... Tolong aku ea!! Tapi aku minat nak keje jadi engineer dan doktor.... Tapi farmasi pun ok jugak... Mana satu ni?!!

16 Mac 2010

110310

11 Mac 2010 (110310) merupakan hari yang mengubah hidup aku buat selama-lamanya. Macam semua orang tahu, hari tu, result SPM kuar. Aku dah gugup tahap dahsyat hari tu. Malam tu, tak lena tidur…. Bimbang pasal result tu la..


Malam sebelum tu, aku call ramai orang…. Kawan-kawan la, especially kat ASiS la, macam Aizat 5D, Mahmud, Azri, Rain, Zakwan 5D, Danial, Faris, Atiff, Amar Zharif, Din Botak, Adli, Tajul, Daus 5D, Fatah, TMZ.. Ramai ah lagi… Cuak sakan la katakan… Kalau boleh, nak call satu batch… Hehe… Da ready semua pakaian yang nak pakai esok… Baju kemeja (baru.. hehe..), seluar, tali pinggang, dan yang paling penting….. Tie batch kebanggaan batch aku, SaVIour….


Pagi tu, bertolak kul 7.00 pagi tepat, dari Pekan, Pahang… Kampung abah aku… Ada urusan keluarga, sebab tu balik sana.. Kejap je perjalanan ikut Lebuhraya Pantai Timur… Lepas tol Gombak, aku tunjukkan jalan nak ke ASiS kat abah aku, nasib baik aku tahu… Nasib baik jugak tak sesat… Dekat nak sampai sekolah tu, nampak ada bebudak Kelantan jalan kat tepi… Ada 2 ‘bundle’ bebudak Kelantan…. Diorang datang dengan bas… Sejak Selasa kot…. Tido kat IYC… Aku datang ngan family, so tak boleh join diorang… Pukul 10.00 pagi, sampai la kat bumi ASiS yang tercinta tu… Rindunya Ya Allah kat sekolah ni…. Banyak giler kenangan kat sana… Rasa macam nak kembali je kat situ, tapi hadapilah realiti… Hehe..


Parking kereta kat depan surau…. Teka sape orang yang mula-mula aku jumpa kat sana?? Jawapan dia, Mahmud… Dia datang ngan kereta BMW… Pastu terus tegur la dia… Lama jugak tak jumpa dia, dah 2 bulan, last skali masa kat test Khazanah. Ni baru sorang, ramai lagi yang aku tak jumpa.. Pastu satu lagi ‘Rombongan Che Kiah’ datang… Kali ni rombongan Amar Zharif, Atiff, Murshid, ngan Hafiz Zainal… Amar yang drive kereta MyVi tu… Hafiz ar tak bleh blah, rambut baru!!! Gempak gak la… Rambut aku pun kira baru jugak la… Hehe...


Kat surau, lagi ramai orang…. Detik ni la best sangat, sebab dah lama tak jumpa ramai-ramai… Lepas tu, terus pergi dewan, berkumpul kat luar dewan dulu, ngan semua orang… Ramai giler kat luar tu… Yang makin hensem pun ramai (aku masuk list ‘makin hensem’ gak ke??? Hehe…), yang makin botak n gelap (gara-gara PLKN) pun ramai jugak…. Tak kurang yang berubah terus penampilan tu… Ya Allah, rindunya aku situasi macam ni!!! Dah lama tak rasa gembira macam ni….


Walaupun ada khabar angin yang mengatakan, dua orang je yang dapat 10A+, iaitu Irsyad (Bunjut) ngan Jeremy, aku tak kisah… Kalau jadi kenyataan pun takpe… Aku memang dah agak diorang akan jadi top student ASiS… Tapi tak tau la lagi betul ke tak masa tu, so baik duduk diam-diam je… Wakaka…

Akhirnya, tibalah waktu yang dinantikan… Cikgu suruh masuk kat dalam dewan… Cuak tahap cipan nak beranak masa tu… Berat je nak melangkah ke dewan tu…. Aku tahu, takkan sama perasaan masa dapat result kali ni kalau nak banding dengan PMR… Aku akan cuba kawal emosi aku… Takde air mata, takde gelabah-gelabah…. Aku kan kuat!! Apa-apa pun result yang keluar, aku redha je, sebab aku dah habis berusaha untuk SPM… Tiada penyesalan, kerana tu adalah apa yang aku ada…


Aku pergi kat kerusi yang dikhususkan untuk kelas aku, 5D. Aku pergi cucuk pinggang Aizat, bajet nak kejutkan dia la… Aku nak sangat jumpa ngan dia, sebab selama ni dia yang aku selalu contact, tak kira bila-bila masa… Peluk-peluk sikit… Sikit je, tanda friendly… Hehe… Kat sebelah dia, ada Mahmud. Mahmud pun sama jugak, dia banyak ajar aku Physics ngan Add Math, terutamanya lepas kelas anjal mula…. Aku duduk la kat sebelah dia, pastu Hafiz Setiu join aku kat sebelah… Dah botak la dia!!! Kulit pun dah gelap… Kesian jugak tengok dia, mangsa PLKN la katakan…


Sorang lagi mangsa PLKN 5D, Syabil (Bell) tak sampai lagi time tu…. Best sangat berkumpul satu kelas semula… Rasa hepi sangat!! Lepas ni, takde peluang macam tu lagi…


Pengetua dah mula berucap, so dengar je lah… Pengetua umumkan prestasi semua subjek.. Lepas tu umum pelajar yang dapat 10A+ ngan 10A (A+ dan A)… Masa pengetua bagitau ada pelajar ASiS yang dapat jadi Pelajar Terbaik Wilayah Persekutuan, semua orang pun dah pandang2 Bunjut… Lepas tu, masa pengetua umum nama dia, “Irsyad Noor Abadi bin Khairil Anuar”, semua budak kelas aku bangun dan pukul-pukul dia… Hehe… Kami warga 5D tumpang gembira dengan kejayaan dia… Bangga pun ada, sebab kawan sekelas la katakan. Aku memang dah agak, dia mesti akan dapat punye.. Hari sebelum tu pun aku dah acah dia, Tanya yang orang Jabatan Pelajaran ada call dia ke tak… Sekali betol da…. Sorang lagi yang dapat 10A+ adalah Jeremy…. Maknanya betullah khabar angin tadi…


Masa pengetua umum nama pelajar yang dapat kombinasi A+ ngan A je dalam result diorang, nama aku takde… Nama ramai bebudak kelas aku pun takde… Semua muka dah cuak dah… Lepas pengetua habis berucap, nyanyi lagu sekolah, Negaraku ngan ASiS War Cry, pimpinan Danial.. Tu la last skali boleh buat semua tu… Takde dah lepas ni.. Sob3..


Apa lagi, lepas tu, serbu la Cikgu Sabiren… Bebudak yang dah amek result tu banyak yang sangkut kat EST… B atau B+… Aku dah bimbang sangat!! Janganla dapat satu B pun… Tolongla… Masa aku amek slip keputusan aku, Cikgu Sabiren cakap, “Awak ada A- satu..”…. Ni la rupa result aku…..


Rupa-rupanya aku A- untuk Physics, subjek yang Cikgu Sabiren ajar… Tapi aku masih bersyukur sebab aku masih dapat 10A… Tak macam ada kawan-kawan aku yang lain tersangkut kat EST… Ramai jugak yang power2 tersangkut kat EST, macam Zakwan, Hafiz Setiu, Fawzul, Megat, ramai la lagi… Mesti jadi igauan kat diorang nanti… Kesian diorang… Terus tak dapat datang makan malam amal nanti… Aku nasib baik je dapat datang, tu pun kena bayar 50 hengget, sebab 1A-… Kalau takde A-, tak payah bayar.. Adeh… Aku syukur dengan result aku, walaupun ramai lagi yang lagi tinggi daripada aku… Ni analisa result ASiS.. (ihsan daripada Cikgu Shafrin dan blog OASiS) :


Aku pun pergi la kat kaunter bayaran makan malam amal tu… Jumpa Teacher Marlina, bagitau yang aku dapat A utk English, n GCE-O aku dapat 3B.. teacher cakap, ok je… Nasib baik… “Your set is the best set that I ever had..” kata teacher… Terharu jugak dengar tu… Lepas tu, jumpa lagi Cikgu Sabiren, mintak maaf sebab dapat sekadar A- untuk Physics… Dia tak kisah, asalkan A sudah… Nasib baik… Aku tolong bawak balik result Kitaro sekali, sebab ayah dia amanahkan kat aku… Dia lagi gempak, 7A+, 3A (Bio, English, EST)…

Lepas jumpa cikgu-cikgu semua, balik terus ke Kota Bharu… Walaupun sedih nak tinggalkan ASiS yang tercinta, tapi kena balik la… Nanti datang lagi…. Aku pasti datang lagi…..


Wahai adik-adikku di ASiS, kalau anda kat kelas bawah sekali pun, jangan rendah diri… Jadikan Kitaro sebagai contoh terbaik untuk anda…Anda mampu mencipta kebangkitan seperi dia atau lebih baik daripada dia… Kepada yang berada di kelas atas, janganlah terlalu selesa, kerana bila-bila masa anda boleh jatuh… Kepada yang di kelas tengah, melonjaklah bila-bila masa, jangan kekalkan tahap anda sekarang ini… Jangan menyesal di kemudian hari…


Aku puas dengan apa yang aku ada hari ni… Alhamdulillah….