16 Mac 2010

110310

11 Mac 2010 (110310) merupakan hari yang mengubah hidup aku buat selama-lamanya. Macam semua orang tahu, hari tu, result SPM kuar. Aku dah gugup tahap dahsyat hari tu. Malam tu, tak lena tidur…. Bimbang pasal result tu la..


Malam sebelum tu, aku call ramai orang…. Kawan-kawan la, especially kat ASiS la, macam Aizat 5D, Mahmud, Azri, Rain, Zakwan 5D, Danial, Faris, Atiff, Amar Zharif, Din Botak, Adli, Tajul, Daus 5D, Fatah, TMZ.. Ramai ah lagi… Cuak sakan la katakan… Kalau boleh, nak call satu batch… Hehe… Da ready semua pakaian yang nak pakai esok… Baju kemeja (baru.. hehe..), seluar, tali pinggang, dan yang paling penting….. Tie batch kebanggaan batch aku, SaVIour….


Pagi tu, bertolak kul 7.00 pagi tepat, dari Pekan, Pahang… Kampung abah aku… Ada urusan keluarga, sebab tu balik sana.. Kejap je perjalanan ikut Lebuhraya Pantai Timur… Lepas tol Gombak, aku tunjukkan jalan nak ke ASiS kat abah aku, nasib baik aku tahu… Nasib baik jugak tak sesat… Dekat nak sampai sekolah tu, nampak ada bebudak Kelantan jalan kat tepi… Ada 2 ‘bundle’ bebudak Kelantan…. Diorang datang dengan bas… Sejak Selasa kot…. Tido kat IYC… Aku datang ngan family, so tak boleh join diorang… Pukul 10.00 pagi, sampai la kat bumi ASiS yang tercinta tu… Rindunya Ya Allah kat sekolah ni…. Banyak giler kenangan kat sana… Rasa macam nak kembali je kat situ, tapi hadapilah realiti… Hehe..


Parking kereta kat depan surau…. Teka sape orang yang mula-mula aku jumpa kat sana?? Jawapan dia, Mahmud… Dia datang ngan kereta BMW… Pastu terus tegur la dia… Lama jugak tak jumpa dia, dah 2 bulan, last skali masa kat test Khazanah. Ni baru sorang, ramai lagi yang aku tak jumpa.. Pastu satu lagi ‘Rombongan Che Kiah’ datang… Kali ni rombongan Amar Zharif, Atiff, Murshid, ngan Hafiz Zainal… Amar yang drive kereta MyVi tu… Hafiz ar tak bleh blah, rambut baru!!! Gempak gak la… Rambut aku pun kira baru jugak la… Hehe...


Kat surau, lagi ramai orang…. Detik ni la best sangat, sebab dah lama tak jumpa ramai-ramai… Lepas tu, terus pergi dewan, berkumpul kat luar dewan dulu, ngan semua orang… Ramai giler kat luar tu… Yang makin hensem pun ramai (aku masuk list ‘makin hensem’ gak ke??? Hehe…), yang makin botak n gelap (gara-gara PLKN) pun ramai jugak…. Tak kurang yang berubah terus penampilan tu… Ya Allah, rindunya aku situasi macam ni!!! Dah lama tak rasa gembira macam ni….


Walaupun ada khabar angin yang mengatakan, dua orang je yang dapat 10A+, iaitu Irsyad (Bunjut) ngan Jeremy, aku tak kisah… Kalau jadi kenyataan pun takpe… Aku memang dah agak diorang akan jadi top student ASiS… Tapi tak tau la lagi betul ke tak masa tu, so baik duduk diam-diam je… Wakaka…

Akhirnya, tibalah waktu yang dinantikan… Cikgu suruh masuk kat dalam dewan… Cuak tahap cipan nak beranak masa tu… Berat je nak melangkah ke dewan tu…. Aku tahu, takkan sama perasaan masa dapat result kali ni kalau nak banding dengan PMR… Aku akan cuba kawal emosi aku… Takde air mata, takde gelabah-gelabah…. Aku kan kuat!! Apa-apa pun result yang keluar, aku redha je, sebab aku dah habis berusaha untuk SPM… Tiada penyesalan, kerana tu adalah apa yang aku ada…


Aku pergi kat kerusi yang dikhususkan untuk kelas aku, 5D. Aku pergi cucuk pinggang Aizat, bajet nak kejutkan dia la… Aku nak sangat jumpa ngan dia, sebab selama ni dia yang aku selalu contact, tak kira bila-bila masa… Peluk-peluk sikit… Sikit je, tanda friendly… Hehe… Kat sebelah dia, ada Mahmud. Mahmud pun sama jugak, dia banyak ajar aku Physics ngan Add Math, terutamanya lepas kelas anjal mula…. Aku duduk la kat sebelah dia, pastu Hafiz Setiu join aku kat sebelah… Dah botak la dia!!! Kulit pun dah gelap… Kesian jugak tengok dia, mangsa PLKN la katakan…


Sorang lagi mangsa PLKN 5D, Syabil (Bell) tak sampai lagi time tu…. Best sangat berkumpul satu kelas semula… Rasa hepi sangat!! Lepas ni, takde peluang macam tu lagi…


Pengetua dah mula berucap, so dengar je lah… Pengetua umumkan prestasi semua subjek.. Lepas tu umum pelajar yang dapat 10A+ ngan 10A (A+ dan A)… Masa pengetua bagitau ada pelajar ASiS yang dapat jadi Pelajar Terbaik Wilayah Persekutuan, semua orang pun dah pandang2 Bunjut… Lepas tu, masa pengetua umum nama dia, “Irsyad Noor Abadi bin Khairil Anuar”, semua budak kelas aku bangun dan pukul-pukul dia… Hehe… Kami warga 5D tumpang gembira dengan kejayaan dia… Bangga pun ada, sebab kawan sekelas la katakan. Aku memang dah agak, dia mesti akan dapat punye.. Hari sebelum tu pun aku dah acah dia, Tanya yang orang Jabatan Pelajaran ada call dia ke tak… Sekali betol da…. Sorang lagi yang dapat 10A+ adalah Jeremy…. Maknanya betullah khabar angin tadi…


Masa pengetua umum nama pelajar yang dapat kombinasi A+ ngan A je dalam result diorang, nama aku takde… Nama ramai bebudak kelas aku pun takde… Semua muka dah cuak dah… Lepas pengetua habis berucap, nyanyi lagu sekolah, Negaraku ngan ASiS War Cry, pimpinan Danial.. Tu la last skali boleh buat semua tu… Takde dah lepas ni.. Sob3..


Apa lagi, lepas tu, serbu la Cikgu Sabiren… Bebudak yang dah amek result tu banyak yang sangkut kat EST… B atau B+… Aku dah bimbang sangat!! Janganla dapat satu B pun… Tolongla… Masa aku amek slip keputusan aku, Cikgu Sabiren cakap, “Awak ada A- satu..”…. Ni la rupa result aku…..


Rupa-rupanya aku A- untuk Physics, subjek yang Cikgu Sabiren ajar… Tapi aku masih bersyukur sebab aku masih dapat 10A… Tak macam ada kawan-kawan aku yang lain tersangkut kat EST… Ramai jugak yang power2 tersangkut kat EST, macam Zakwan, Hafiz Setiu, Fawzul, Megat, ramai la lagi… Mesti jadi igauan kat diorang nanti… Kesian diorang… Terus tak dapat datang makan malam amal nanti… Aku nasib baik je dapat datang, tu pun kena bayar 50 hengget, sebab 1A-… Kalau takde A-, tak payah bayar.. Adeh… Aku syukur dengan result aku, walaupun ramai lagi yang lagi tinggi daripada aku… Ni analisa result ASiS.. (ihsan daripada Cikgu Shafrin dan blog OASiS) :


Aku pun pergi la kat kaunter bayaran makan malam amal tu… Jumpa Teacher Marlina, bagitau yang aku dapat A utk English, n GCE-O aku dapat 3B.. teacher cakap, ok je… Nasib baik… “Your set is the best set that I ever had..” kata teacher… Terharu jugak dengar tu… Lepas tu, jumpa lagi Cikgu Sabiren, mintak maaf sebab dapat sekadar A- untuk Physics… Dia tak kisah, asalkan A sudah… Nasib baik… Aku tolong bawak balik result Kitaro sekali, sebab ayah dia amanahkan kat aku… Dia lagi gempak, 7A+, 3A (Bio, English, EST)…

Lepas jumpa cikgu-cikgu semua, balik terus ke Kota Bharu… Walaupun sedih nak tinggalkan ASiS yang tercinta, tapi kena balik la… Nanti datang lagi…. Aku pasti datang lagi…..


Wahai adik-adikku di ASiS, kalau anda kat kelas bawah sekali pun, jangan rendah diri… Jadikan Kitaro sebagai contoh terbaik untuk anda…Anda mampu mencipta kebangkitan seperi dia atau lebih baik daripada dia… Kepada yang berada di kelas atas, janganlah terlalu selesa, kerana bila-bila masa anda boleh jatuh… Kepada yang di kelas tengah, melonjaklah bila-bila masa, jangan kekalkan tahap anda sekarang ini… Jangan menyesal di kemudian hari…


Aku puas dengan apa yang aku ada hari ni… Alhamdulillah….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan