22 Mac 2010

KE MANA AKU NAK PERGI LEPAS NI?

Result da terjawab... Alhamdulillah, dapat 10A.. Tapi, lepas result ni, pening kepala aku nak pikir, ke mana aku lepas ni... Banyak sangat permohonan yang aku buat, tak kira la organisasi atau syarikat mana.. Kepala pusing aku dibuatnya lepas result ni...
Sebenarnya, aku boleh je nak sambung kat mana-mana course... Bukan aku bercakap besar, tapi aku tak kisah kalau apa-apa course pun yang aku dapat, yang penting, masa depan aku terjamin, dan aku dapat kerja yang bagus, dan cepatla boleh kahwin nanti... Hehehe.. Kalau tak dapat kerja yang bergaji tinggi, macam mana aku nak bagi bini ngan anak-anak aku makan nanti?? Hehe.. Lagipun aku target nak beli kereta mewah la sebijik nanti... Takde la sampai Ferrari ke Lamborghini kan... BMW ke, Mercedes ke, tu kira ok la bagi aku... Nak jadi kaya jugak...
Tapi tak nak la angan-angan nanti sekadar tinggal angan-angan je... Nak kena buat pilihan yang tepat ni... Aku tak rela merana seumur hidup aku!!!!
Setakat ni, aku dah buat banyak permohonan.. Tapi yang majornya, JPA, PETRONAS ngan UPU la... Yang kecik-kecik tu banyak jugak la, macam Khazanah, UEM, Sime Darby, Yayasan TM, TNB, Honda, MNRB, Gamuda, Shell.... Tapi aku fokus yang tiga tu dulu.... JPA, aku pilih farmasi... Oversea la... Kalau PETRONAS lak, aku pilih Chemical Engineering, Petroleum Engineering, ngan Petroleum Geoscience.. Nanti kalau dapat tawaran, aku akan dapat yang salah satu course daripada tiga tu... UPU, aku lebih fokus pada medik / farmasi sebab kalau nak ambik engineering kat IPTA, macam kurang sikit peluang tu, sebab Physics dapat A-, kalau nak banding ngan Bio, aku dapat A... 1st choice kat UiTM, Asasi Sains... Untuk UPU, aku main UiTM ngan UM je..
Tapi tolongla aku buat keputusan nanti!!! Sekarang pun dah dilema ni.... Nak buat engineering ke farmasi??? Somebody help me!!! Tapi kalau nak kaya, kerja jadi engineer la... Nanti cepat je sampai gaji 5 angka... Lagi-lagi kalau keje kat offshore... Elaun banyak la!! Tapi kelebihan result Bio ngan Chemistry aku aku patut manfaatkan.... Farmasi pun macam best jugak.... Nak study kat Malaysia ke oversea?? Bagi aku, sama je, kualiti takde bezanya... At least, aku tak perlekehkan kualiti universiti di Malaysia ni...
Aku tak suka la orang pertikai kualiti universiti yang ada kat Malaysia ni.. Aku ada citer yang aku nak kongsi... Semalam (20/03/2010), aku panas je.... Aku bukak facebook kawan aku ni... Ada seorang lagi kawan aku tu, yang ultra-kiasu tu... Ada ke patut, dia harap sangat dapat tawaran further study kat oversea... Dia cakap nak study kat oversea sebab kat Malaysia ni takde kualiti... Come on la.. Kat Malaysia ni tak kurang hebatnya, kalau belajar elok-elok, sama je la macam oversea... Janganla jadi narrow-minded sangat... Katakan nanti tak dapat study kat oversea, nak study kat mana? Bawah tanah? Fikir la baik-baik... Pesanan ni untuk sape-sape yang rasa diri dia tu layak untuk further study kat oversea je... Susah la kalau ego tu tebal dalam diri tu...
Bukannya kita tak dapat kerja kalau kat IPTA kan... Tapi aku faham, kalau kat oversea, nanti balik Malaysia, senang nak dapat kerja, kalau kita terikat dengan syarat tajaan tu.. Aku faham, sebab aku pun ada hasrat nak ke oversea, tapi jangan la sampai nak perlekeh kualiti yang ada pada universiti-universiti kat Malaysia ni... Kena bersedia la dengan apa-apa je yang mungkin terjadi lepas ni... Better for you and us to set up Plan B or Plan C kalau-kalau Plan A tak jadi...
Tengok, dah bazir masa aku dah pasal si ultra-kiasu punya pasal.... Sape-sape yang ada cadangan tu, tolongla bagi cadangan... Aku nak kaya cepat... Hehe.... Tapi nak kerja dengan ikhlas la... Keje yang boleh menyenangkan hidup umat manusia.... Tolong aku ea!! Tapi aku minat nak keje jadi engineer dan doktor.... Tapi farmasi pun ok jugak... Mana satu ni?!!

3 ulasan:

  1. setakat kalau nak belajar lepas tu nak makan gaji tak payah la fikir nak beli bmw or merz..engkau hanya berangan2 saja..MMg confirm engkau tak akan kaya kalau makan gaji...engkau kena buat bis beb...gaji 3,4 ribu apa la sangat nak jadi kaya?

    BalasPadam
  2. bis tu nnti2 la sikit, bila da ade tapak utk kutip duit, k? :)

    BalasPadam