Aku tade tempat lagi nak ‘berteduh’... Huhu.. So, aku call beberapa orang ni, nak mintak tolong... Tanya Danial, dia keje lak... Tanya Atiff, dia keluar pulak time tu.. Tanya Amar Zharif, adik pompuan dia lak macam susah sket.. Tanya Rain, dia tak jawab fon lak... Aku dah gelabah dah ni... Last skali, aku call Atiff balik, nasib baik ada... Dia bagi aku stay lagi kat rumah dia, skali lagi... Dah dapat tempat ‘berteduh’, so aku bergegas beli tiket bas, malam tu jugak, dalam pukul 9.30, nasib baik ada lagi... Beli kat kaunter Ekspress E’ Budaya... Aku ada kad keahlian, so jadi murah sikit.. Daripada 40 hengget, jadi 37 hengget...
Nasib baik ada tiket... Adoi... Kalau la takde...
Pagi Khamis tu, lepas makan nasi dagang, aku terus ke stesen bas... Naik bas pukul 9.30 petang... Macam biasa, bas tu bergerak je la.. Hahaha... Waktu siang ni, kenderaan lebih banyak kat jalan, so aku tak mengharapkan sampai cepat, maybe dalam pukul 6 petang kot.. Aku dapat berita gembira masa aku on the way nak ke
Beberapa ketika lepas tu, Mukhriz call aku, tanya pasal Shell tu... Dia pun tak sangka aku nak turun KL.. Hadoi... Aku dah cuak dah, sebab aku banyak text orang masa on the way tu, bateri fon aku da low.. Takut tak sempat sampai je.. Lupa nak cas semalam.. Bas ni macam lembab sikit gerak, especially masa naik bukit, macam siput je.. Tak macam malam-malam... Tu yang jadi lembab sket.. Kat Highway Karak, lepas Plaza Tol Bentong, da start hujan. Enjin bas pun dah tersedut-sedut... Dua kali bas berhenti kat tepi highway... Tu la pasal, jadi lewat sikit... Sampai KL pun jalan dah jam, so aku bagitau Amar, suruh cancel plan tu.. Lagipun dia nak amek adik dia lagi... Lain kali je la, Amar.. Sampai kat Hentian Putra pukul 6.30 petang.. Lepas beli tiket balik KB, terus tunggu tren KTM... Macam biasa la, lambat sampai... Pukul 7, baru tren sampai... Nasib baik tak penuh, kalau tak, susah la, dah la aku penat, pastu bawak beg lagi... Dapat jugak tempat duduk... Lambat giler nak sampai KTM Subang Jaya... Start kat stesen Bank Negara ngan KL Sentral, da ramai giler orang... Baru balik keje la katakan... Dah la tren tu berhenti agak lama la jugak kat area Bangsar tu... Tak cukup eletrik kot.. Huhu.... Dah bazir banyak gak masa kat situ.. Tekanan aku!!
Dalam pukul 8.15 malam, baru sampai KTM Subang Jaya. Atiff takde kat rumah, dia suruh aku pegi Masjid Al Falah, USJ 9, dia ada kat
Borak-borak sikit ngan parent dia, pasal macam-macam la.. Kat rumah dia pun sambung lagi, sambil makan kek... Aku dah penat, mintak izin ngan parent Atiff untuk naik kat atas, nak berehat... Jauh perjalanan aku tadi... Esok dah nak balik... Atiff bagi aku online, time kasih banyak ea... Boleh chat ngan budak-budak nih... Lewat giler tido malam tu, kul 1.00 baru tido... Esok ingat nak gerak gi sekolah dalam pukul 8 la kot... Tido dulu dalam bilik Atiff tu, aircond sejuk!!!!
Lepas bangun semayang Subuh, tido balik... Bangun balik dah pukul 8... Adoi... Plan lari la pulak... Sebelum chow tu, sarapan dulu... Pekena nasi goreng... Sedap dan lazat... Tunggu teksi, lepas tu, nasib baik jumpa... Pak cik drebar teksi sporting habis! Satu kepala ngan aku rupanya.. Pak cik tu asal Johor... Dia minat sangat dengan radio Era, terutamanya segmen Riuh Pagi Era bersama Aznil & Din Beramboi tu.. Pak cik tu nak sangat masuk peraduan teka bunyi... Pak cik tu cakap, dia dah tau bunyi apa.. Hari tu, duit yang terkumpul dah sampai RM6200.. Giler banyak... Cuma tak tau caranya je.. Aku bagitau la, “Kena call diorang, bagi pendapat pasal topik hari tu, lepas tu, pemanggil terbaik, diorang bagi peluang untuk teka bunyi..” Memang macam tu pun caranya.. Siap tanya aku lagi, pak cik tu, pasal nombor telefon ngan nombor SMS Era.. Nasib baik aku ingat... Pendengar setia la katakan.. Hehe... Pak cik tu sedih sebab peraduan Jangan Lupa Nyanyi dah last hari tu... Tak sempat masuk.. Huhu.. Aku nak masuk, tapi tak cukup umur lagi.. Adoi.. Nak la duit gak.. Hehe.. Tapi Riuh Pagi Era memang best, terutamanya Drama Sebabak ngan Sawancara.. Kelakar habis..
Lepas tu, naik KTM ke Bandar Tasik Selatan, naik teksi lagi sekali dari situ, then sampai kat ASiS yang tercinta, dalam pukul 10 pagi.. Letak beg aku kat pondok jaga, lepas tu kitorang terus pegi kat bilik guru – kat meja Cikgu Sabiren, amek testimonial... Nasib baik ada... Lepas tu, pegi pejabat, nak tolong ambikkan testimonial kawan-kawan aku yang lain. Aku tanya kat kerani tu, dia cakap dengan kerasnya, “Tak boleh!” Aku dah tak ingat kerani mana yang cakap macam tu, tapi kalau ye pun, cakap la baik-baik, kecik hati aku.. Dah la aku datang dari jauh, lepas tu aku
Nasib baik, aku perasan, ada kesilapan kat testimonial semua orang.. Kat situ, yang ada bukan ‘Peperiksaan Sijil Pelajaran
Lapar la pulak, so aku lunch kat McDonald The Mall.. Makan McValue Meal je, McChicken.. Duit aku tinggal 8 hengget je lepas tu.. Sekadar cukup nak beli paper, makanan ngan air sikit, nak makan atas bas... Beli roti High5 dua, lepas tu air the Lipton ngan air Revive satu... Bila makan roti High5 tu, teringat kat sorang kawan aku.. Sape yang tahu tu, tahu la.. Haha.. Dalam pukul 2, bas aku dah sampai, terus naik je... Malam tu, pukul 10.45, sampai kat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan