19 Okt 2012

Madah Untuk Sahabat



Terima kasih 'kawan',
Air mata yang gugur ini,
Hati yang membengkak dan berdarah...
Aku pasti suatu permulaan menuju kedewasaan.

Kepada : N (bukan nama sebenar)

18 Okt 2012

Nak Balik India Dah..

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Macam tajuk kat atas tu, aku nak umumkan bahawa tak lama lagi aku dah nak balik India.. Belgaum, lebih spesifik. Pulang meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun kedua...



Hasil temu janji bersama doktor hari tu, mendapati bahawa aku masih belum sembuh sepenuhnya, tapi sudah ada perkembangan berbanding 6 minggu lepas. Doktor izinkan aku balik ke India, tapi masih lagi kena pakai tongkat dua-dua belah. Teruskan 'follow-up' kat India pulak. Kiranya, kes aku dah discharge dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

InsyaAllah, setelah mendapat lanjutan cuti sakit (MC) dari doktor, maka aku akan balik ke India pada 4 November 2012. Walau bagaimanapun, aku hanya akan mula kembali ke kelas pada 7 November, sebab nak uruskan pendaftaran kes aku kat hospital sana pulak.

The MC. Tengok tulisan doktor :D
Aku akan berhari raya Aidil Adha di rumah aku di Kota Bharu, Kelantan. Kebetulan, pada hari raya pertama nanti, ada majlis aqiqah anak buah aku kat rumah... Namun, 28 Oktober nanti, aku akan ke Kuala Lumpur pulak, sampai 4 November. Duduk rumah kakak aku pulak kat KL.. Mungkin ada harapan untuk jumpa kawan-kawan kat sana pulak, tapi susah jugak sebab nak kena pakai tongkat ni lagi.

"Macam mana nak bawak barang banyak-banyak?"

InsyaAllah, sebaik sahaja aku mendarat kat airport Bangalore nanti, ada sahabat yang akan datang ambik. Syukur alhamdulillah, kurang bebanan aku.. Kalau tak, macam mana lah nak bawak barang-barang tu nanti. Nak pergi LCCT nanti pun kakak aku akan hantar. Jadi, takde masalah nak bawak barang-barang tu nanti..

Dah 6 minggu aku sambung cuti ni. Tak sanggup nak tinggal lebih banyak kelas. Jadi, aku ambil keputusan untuk balik sana, walaupun doktor cakap boleh je nak stay kat Malaysia lagi. Takpe, aku terpaksa pulang ke Belgaum untuk meneruskan pengajian, sebab Selanjar 1 bakal menjelma pada bulan Februari...

Kepada rakan-rakan kat Belgaum, tunggu sahaja kepulangan aku.. Kalau aku perlukan bantuan, terutamanya untuk bergerak ke sana-sini, harap dapat bantu aku deh.. Mungkin hari ini hari aku, dan mungkin akan datang nanti hari korang pulak. Di saat itu, aku akan ingat balik jasa yang korang pernah taburkan kat aku.. Semoga Allah sayang. :)

Semuanya Di Malaysia!

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Masa aku melayari Internet, terjumpa satu gambar ni. Rasa bangga jadi rakyat Malaysia.. Teringin nak pergi tempat-tempat ni, masalahnya kekangan masa dan wang. Nak sangat pergi Sabah dan Sarawak.. Tak pernah sampai ke sana lagi...

Bila la agaknya nak dapat Cuti-Cuti 1 Malaysia ni... Yang pasti, bukan masa sekarang, sebab kaki tak sembuh lagi....

17 Okt 2012

Loghat Mana Lebih Munasabah????

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Entri kali ni bukanlah nak mewujudkan ketegangan antara negeri ye. Jangan marah-marah.. Kita kan 1 Malaysia. Jangan lah pulak nak report aku pulak ye. Hehe.. :D

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur?

Jawapannya:
Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah.


Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."
 
 
 
Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".
 
 
 
Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."
 
 
 
KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah! Betul tak? Hehehe..

Jom lah, kongsi ayat yang kat atas tu dalam dialek atau bahasa masing-masing, tak kisah la bahasa Minang ke, Jawa, Kadazan, Iban, Murut dan sebagainya.. Nak tahu jugak apa versi lain ayat ni.. Boleh komen kat bawah ye.. Terima kasih..

Wordless Wednesday #20


16 Okt 2012

Pengumuman Aidil Adha 2012

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Semalam (15 Oktober 2012), Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan bahawa 1 Zulhijjah 1433H ialah pada 17 Oktober 2012. Oleh itu, Hari Raya Aidil Adha (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Jumaat, 26 Oktober 2012.



Kepada yang terlepas pengumuman rasmi daripada beliau, boleh tengok video di bawah :



Salam Aidil Adha untuk semua umat Islam di serata dunia. Aku menyambut Aidil Adha di Malaysia, sebab cuti sambung lagi..

15 Okt 2012

Red Bull Stratos

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Semalam, aku telah menyaksikan satu acara yang bersejarah, iaitu terjunan dari pinggir ruang angkasa! Terjunan ini dilakukan oleh Felix Baumgartner, seorang penerjun yang berasal dari Austria.



Sedikit sebanyak latar belakang mengenai terjunan Red Bull Stratos ini:

  • Pada bulan Januari 2010, telah dilaporkan bahawa Baumgartner sedang berusaha bersama sepasukan saintis dan penajanya, Red Bull untuk mencuba dalam ciptaan rekod terjunan tertinggi.

  • Pada awalnya, Baumgartner bergelut dengan masalah klaustrofobia selepas meluanngkan masa di dalam sut bertekanan yang diperlukan untuk terjunan itu, namun berjaya mengatasinya dengan bantuan daripada seorang ahli psikologi sukan dan pakar-pakar lain.

  • Sepatutnya, pelancaran misi ini dijadualkan pada 9 Oktober 2012, namun terpaksa ditangguhkan atas sebab keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

  • Pelancaran dijadualkan semula dan misi berjaya dilakukan pada 14 Oktober 2012, setelah Baumgartner mendarat di timur New Mexico selepas terjun daripada ketinggian rekod dunia yang lepas iaitu 128,097 kaki atau lebih 24 batu (39km).

  • Berdasarkan data tidak rasmi, Baumgartner juga mencatat rekod untuk penerbangan belon buatan manusia yang tertinggi pada 39.045 kilometer (24.261 batu) dan kelajuan terpantas jatuh bebas (free fall) pada 1342 km/j (834 mph) menjadikan beliau manusia pertama untuk memecahkan halangan bunyi di luar kenderaan.

  • Baumgartner dalam keadaan jatuh bebas selama 4 minit 19 saat, hanya 17 saat kurang daripada rekod 4 minit 36 saat oleh mentornya, Joseph Kittinger pada 1960.
[dipetik dan diterjemah dari Wikipedia]

Rasa bertuah pulak dapat tengok terjunan Baumgartner secara langsung di YouTube semalam, bersama lebih 7 juta orang. Kepada yang terlepas untuk menyaksikan detik-detik itu, boleh tengok kat bawah ni...



Untuk maklumat yang lebih lanjut, bolehlah ke laman web rasmi misi ini iaitu di http://www.redbullstratos.com


14 Okt 2012

F1 GP Korea : Milik Vettel!

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Takhta pendahulu dalam kedudukan pelumba Formula 1 hari ini dirampas oleh Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull Renault, setelah memenangi GP Korea yang diadakan di Yeongam, Korea Selatan hari ini.

Mark Webber dari Red Bull Renault di tempat kedua, manakala Fernando Alonso daripada Ferrari sekadar berpuas hati di tempat ketiga.

Berikut keputusan perlumbaan sebentar tadi:

1. Sebastian Vettel (Red Bull) [Pemenang]
2. Mark Webber (Red Bull) [+8.2s]
3. Fernando Alonso (Ferrari) [+13.9s]
4. Felipe Massa (Ferrari) [+20.1s]
5. Kimi Raikkonen (Lotus) [+36.7s]
6. Nico Hulkenberg (Force India) [+45.3s]
7. Romain Grosjean (Lotus) [+54.8s]
8. Jean-Eric Vergne (Toro Rosso) [+69.6s]
9. Daniel Ricciardo (Toro Rosso) [+71.8s]
10. Lewis Hamilton (McLaren) [+79.7s]

Kategori pemandu:

1. Sebastian Vettel - 215 mata
2. Fernando Alonso - 194 mata
3. Kimi Raikkonen - 167 mata
4. Lewis Hamilton - 153 mata
5. Mark Webber - 152 mata



 Kategori pengeluar:

1. Red Bull Renault - 367 mata
2. Ferrari - 290 mata
3. McLaren Mercedes - 284 mata
4. Lotus Renault - 255 mata
5. Mercedes - 136 mata


Perlumbaan seterusnya adalah di New Delhi, India pada 26-28 Oktober 2012. Mampukah Vettel mengekalkan takhta hingga ke akhir musim? Atau Alonso akan memintas semula? Sama-sama kita saksikan.

Menang Atau Tidak, Kelantan Cuti Umum!

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Entri kali ni berkaitan Piala Malaysia 2012. Hari ini, Kerajaan Negeri Kelantan telah mengisytiharkan bahawa pada 21 Oktober nanti adalah cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan.


Menteri Besar Kelantan telah mengumumkan hal ini dalam laman Facebook beliau. Untuk maklumat yang lebih lanjut, lihat print screen di bawah...


Semoga pasukan The Red Warriors akan membawa pulang Piala Malaysia ke Negeri Che Siti Wan Kembang ini.. Menang atau kalah, tetap TRW di hati!

Meskipun takkan ke Stadium Shah Alam untuk menonton final nanti gara-gara kaki yang masih belum sembuh, namun cukuplah sekadar sokongan dari jauh. Aku yakin bahawa Stadium Shah Alam nanti akan dibanjiri dengan ramai penyokong TRW, seperti yang anda semua dapat lihat selama ini. Namun, elakkanlah insiden yang boleh menjatuhkan maruah negeri Kelantan dan jauhkanlah diri daripada perbuatan yang membahayakan diri sendiri.

Kepada yang naik bas, kereta, kapal terbang, berkonvoi motor atau kereta dan sebagainya, harap anda semua selamat perjalanan pergi dan balik..

Akhir kata.......

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

GOMO KELATE GOMO!!!!!!

F1 GP Korea : Siapa Juara?

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Dengan berbaki 5 pusingan sahaja lagi, musim Formula 1 2012 kini semakin hangat dengan perebutan takhta pendahulu keseluruhan. Berikut merupakan kedudukan terkini:

Kategori pemandu:

1. Fernando Alonso - 194 mata
2. Sebastian Vettel - 190 mata
3. Kimi Raikkonen - 157 mata
4. Lewis Hamilton - 152 mata
5. Mark Webber - 134 mata



 Kategori pengeluar:

1. Red Bull Renault - 324 mata
2. McLaren Mercedes - 283 mata
3. Ferrari - 263 mata
4. Lotus Renault - 239 mata
5. Mercedes - 136 mata


Kedudukan grid pada perlumbaan kali ini:

2012 Korean GP: Formula One Grid
No Pemandu Pasukan Grid
2 Mark Webber Red Bull Racing-Renault 1
1 Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 2
4 Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 3
5 Fernando Alonso Ferrari 4
9 Kimi Raikkonen Lotus-Renault 5
6 Felipe Massa Ferrari 6
10 Romain Grosjean Lotus-Renault 7
12 Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 8
8 Nico Rosberg Mercedes 9
7 Michael Schumacher Mercedes 10
3 Jenson Button McLaren-Mercedes 11
15 Sergio Perez Sauber-Ferrari 12
14 Kamui Kobayashi Sauber-Ferrari 13
11 Paul Di Resta Force India-Mercedes 14
18 Pastor Maldonado Williams-Renault 15
17 Jean-Eric Vergne STR-Ferrari 16
19 Bruno Senna Williams-Renault 17
21 Vitaly Petrov Caterham-Renault 18
20 Heikki Kovalainen Caterham-Renault 19
24 Timo Glock Marussia-Cosworth 20
16 Daniel Ricciardo STR-Ferrari 21
22 Pedro de la Rosa HRT-Cosworth 22
23 Narain Karthikeyan HRT-Cosworth 23
25 Charles Pic Marussia-Cosworth 24

Perlumbaan ke-16 daripada 20 keseluruhannya ini begitu penting untuk prospek kejuaraan dunia. Di puncak, nampaknya Sebastian Vettel semakin menghampiri Fernando Alonso dari segi kutipan mata. Hanya 4 mata memisahkan mereka. Adakah selepas perlumbaan ini, Vettel akan merampas takhta daripada Alonso? Sama-sama kita lihat..

Namun, Vettel kelihatan berpeluang cerah untuk berbuat demikian kali ini, kerana dia akan bermula pada baris hadapan, di petak kedua. Mungkinkah Vettel akan memenangi perlumbaan pada kali ini? Atau Alonso akan membuat kejutan? Atau Webber akan terus mendominasi? Atau pelumba lain akan melakar kejayaan? Segalanya bakal terjawab pada perlumbaan yang bakal bermula pada pukul 2.00 petang (waktu Malaysia).

Ramalan aku untuk perlumbaan kali ni?

1. Vettel
2. Webber
3. Alonso

 

13 Okt 2012

Ajihs Nasi Lemak????

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Kepada yang menonton perlawanan bola sepak Piala Malaysia, Separuh Akhir ke-2 di antara Selangor dan Kelantan, mesti perasan sesuatu kan. Sesuatu yang kelihatan seperti ini....... :


Tak pasal-pasal Ajihs Nasi Lemak 80 sen ni jadi popular pulak. Ni semua gara-gara kapten pasukan Kelantan, Badhri Radzi (Piya) yang sempat lagi nak promote kedai ni sebaik sahaja menjaringkan gol ke-2 Kelantan pada perlawanan yang berlangsung pada 12 Oktober 2012 (Jumaat).

Sumber daripada Sukanstar
Mesti kedai ni ramai orang pagi tadi. Entahlah, aku sendiri pun tak sempat nak jenguk keadaan macam mana, aku nak bergerak pun susah ni.. Tapi lokasi kedai ni dekat bebenor la dengan rumah aku.. Tempatnya dekat Jalan Guchil Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Rasa macam nak cuba lah sekali sebelum balik ke India..

Nasi lemak 80 sen? Boleh tahan murah jugak tu.. Jangan naik harga sudah la ye, mentang-mentang dah popular, masuk TV dah.. Apa-apapun, satu langkah pengiklanan yang baik daripada tuan punya kedai.

nota kaki : ade servis delivery tak??? =D


Nak Hantar Gambar B***L Depan Pavi??

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Apesal tajuk macam censored semacam je? Hahaha.. Mungkin ada dalam kalangan korang yang dah tahu pasal benda ni, tapi kepada yang tak tahu lagi, jom baca sebuah rantaian yang agak kontroversi semalam, rentetan daripada perlawanan Separuh Akhir Ke-2 Piala Malaysia di antara Selangor dan Kelantan.

[ sila klik untuk imej yang lebih besar! nama terpaksa ditutup atas sebab-sebab tertentu. ]


Ada jugak rupanya orang macam ni, nak buat benda yang kurang bijak semata-mata sebab bola? Satu tindakan yang agak berani mati di situ.. Rasanya tak perlulah sampai nak jatuhkan maruah sendiri kan.. 

Teringat pulak aku kes Johari Pain (JP) dulu.. Tak ingat dah? JP ni dulu cakap kat Facebook jugak, kalau Pandelela Rinong dapat pingat masa Olimpik hari tu, dia nak potong alat sulit dia. Apa lagi, riuh la dalam FB masa tu.. Sampai ada page suruh si JP ni tepati janji.. Mujurlah dia dah mintak maaf atas keterlanjuran dia...

Kesimpulannya, sebelum buat sesuatu tindakan terutamanya kat FB, Twitter dan laman sosial yang lain, fikir dulu. Sebab semua orang boleh tengok.. Kalau buat sesuatu yang memalukan, malulah yang korang dapat nanti. Pesanan untuk diri sendiri jugak. Aku pun sedang meningkat dewasa.. Banyak lagi yang perlu aku belajar. Hormon pun kekadang tak stabil. :D

Akhir kata, yang penting, kena ada semangat kesukanan.. Meskipun aku penyokong Kelantan, tapi takde pun nak provoke pihak lawan.. Sape la yang suka kena provoke kan.. Mungkin ada pihak yang melampaui batas, tapi janganlah pulak kita tambah minyak kat atas api pulak kan, nanti api makin marak. Harap kita dapat jaga maruah diri dan maruah pasukan yang kita sokong.. May the best team win! Kalau kalah pun, harap terus setia menyokong pasukan kegemaran anda.. Janganlah sokongan tu bermusim je..

Terima kasih kerana sudi membaca.. :)

2 Okt 2012

Tragedi Oktober

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Sebelum apa-apa hal, aku nak belanja korang satu lagu, yang judulnya macam entri kali ini iaitu 'Tragedi Oktober' oleh Awie.

Nak play, play lah.. Tak nak play, sudeyhhhh.. :P



Ni apahal tetiba share lagu Tragedi Oktober ni?? Takde ape la, jangan risau. Takde tragedi pun yang berlaku pada aku.. Tragedi hujung bulan Julai hari tu je tak habis-habis lagi. Haha.. Alhamdulillah, aku semakin pulih daripada kecederaan yang teruk akibat kemalangan jalan raya tempoh hari. Lagu ini hanya lagu kegemaran aku sahaja. Hehe..

Oktober ni juga menandakan lagi sebulan penuh aku tinggal di Malaysia. Temu janji aku yang seterusnya bersama doktor adalah pada 16 Oktober 2012. MC aku setakat ni pun setakat 16 Oktober sahaja, tapi mesti akan disambung punya.. Masa tu, baru aku tahu sama ada aku dah dibenarkan berjalan tanpa menggunakan tongkat atau tidak. Setakat ini, masih guna tongkat untuk berjalan. Kalau tak guna tongkat nanti dibimbangi kaki aku akan pendek sebelah dan jugak dibimbangi besi dalam tulang paha aku tu patah. Oh nooooo..



Tarikh aku dijangka pulang ke India masih lagi kekal, 4 November 2012 setakat ni.. Tak lama dah, dalam sebulan lagi tu. Pembelajaran tetap diteruskan, walaupun tak hadir ke kelas.. Aku baca nota-nota kuliah, sekurang-kurangnya ada juga terisi sedikit ilmu dalam minda aku. Balik nanti, mesti beli buku, rujuk pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan!!



Aku sentiasa mengikuti perkembangan rakan-rakan di Belgaum sana.. Tipulah kalau aku kata aku tak cemburu tengok aktiviti diorang. Aku jugak yang kebosanan kat rumah.. Contohnya macam aktiviti jamuan pasca-raya dan jamuan sempena kedatangan batch ke-3 USM-KLE.. Agak jeles di situ.. Tengok diorang bergambar kat kelas pun rasa macam jiwa kacau jap. Hahaha.. Takpe, tak lama dah nak balik.

Sekarang pulak, syukur alhamdulillah, kami semua pindah ke hostel baru, yang sangat dekat dengan kampus. Namun, rasa bersalah pulak, sebab aku macam 9Gag-gers kata, dengan "like a boss" nye, mintak tolong rakan-rakan tolong pindahkan semua barang aku.. Nak buat macam mana, tuan punya barang-barang ni jauh beribu-ribu kilometer. Jasa baik korang amat dihargai.. Alhamdulillah sebab tolong angkat barang-barang aku yang banyak tu. Bolehlah nanti aku belanja makan kat Habba ke Zaika ke.. Elaun aku 3 bulan tak terusik ni.. Hehehe..

Ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian kan. Duduk rumah bukannya tiket untuk aku bersenang-lenang. Meskipun aku dapat makan benda-benda yang sedap dan lebih baik daripada apa yang ada kat India, namun aku tak bebas bergerak, masih lagi dibelenggu dengan masalah kesihatan aku ni. Jadi bersyukurlah kawan-kawan, sebab korang masih ada nikmat untuk bergerak, walaupun nikmat nak makan makanan sedap kat Malaysia ni takde buat sementara waktu. Aku dah kembali berisi sebab tak dapat nak exercise. Adoiiii..

Yang paling penting, insyaAllah aku dapat berhari raya Aidil Adha kat rumah tahun ni. Di sebalik sebuah kekurangan, ada kelebihan pulak. Syukurlah, dapat berkumpul lagi sekeluarga sempena hari raya nanti. Baiklah, setakat ini dahulu coretan daripada aku untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca, dan tolong doakan saya supaya cepat sembuh. :)