Semalam, aku telah menyaksikan satu acara yang bersejarah, iaitu terjunan dari pinggir ruang angkasa! Terjunan ini dilakukan oleh Felix Baumgartner, seorang penerjun yang berasal dari Austria.
Sedikit sebanyak latar belakang mengenai terjunan Red Bull Stratos ini:
- Pada bulan Januari 2010, telah dilaporkan bahawa Baumgartner sedang berusaha bersama sepasukan saintis dan penajanya, Red Bull untuk mencuba dalam ciptaan rekod terjunan tertinggi.
- Pada awalnya, Baumgartner bergelut dengan masalah klaustrofobia selepas meluanngkan masa di dalam sut bertekanan yang diperlukan untuk terjunan itu, namun berjaya mengatasinya dengan bantuan daripada seorang ahli psikologi sukan dan pakar-pakar lain.
- Sepatutnya, pelancaran misi ini dijadualkan pada 9 Oktober 2012, namun terpaksa ditangguhkan atas sebab keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
- Pelancaran dijadualkan semula dan misi berjaya dilakukan pada 14 Oktober 2012, setelah Baumgartner mendarat di timur New Mexico selepas terjun daripada ketinggian rekod dunia yang lepas iaitu 128,097 kaki atau lebih 24 batu (39km).
- Berdasarkan data tidak rasmi, Baumgartner juga mencatat rekod untuk penerbangan belon buatan manusia yang tertinggi pada 39.045 kilometer (24.261 batu) dan kelajuan terpantas jatuh bebas (free fall) pada 1342 km/j (834 mph) menjadikan beliau manusia pertama untuk memecahkan halangan bunyi di luar kenderaan.
- Baumgartner dalam keadaan jatuh bebas selama 4 minit 19 saat, hanya 17 saat kurang daripada rekod 4 minit 36 saat oleh mentornya, Joseph Kittinger pada 1960.
Rasa bertuah pulak dapat tengok terjunan Baumgartner secara langsung di YouTube semalam, bersama lebih 7 juta orang. Kepada yang terlepas untuk menyaksikan detik-detik itu, boleh tengok kat bawah ni...
Untuk maklumat yang lebih lanjut, bolehlah ke laman web rasmi misi ini iaitu di http://www.redbullstratos.com.
hebat Felix ni...39km tu...tgi giler...nsb bek selamat...
BalasPadamPotrait Manusia Menggunakan Jari
tau takpe... scary kot!!! naik flight pun dah gayat. huhu
Padampergh.! Terbaiklah.
BalasPadamtau takpe.. bukan calang-calang orang yang berani macam ni..
Padam