16 Mei 2010

LILIN MEMBAKAR DIRI

Guru – insan yang amat mulia dalam hidup ini. Gurulah yang bertanggung jawab untuk menyampaikan ilmu kepada kita yang jahil ini. Ibarat lilin yang membakar diri, guru, tanpa mengenal erti penat lelah telah berusaha sedaya-upaya untuk mendidik dan membimbing kita ke arah yang benar dan betul. Mereka juga telah memberi tunjuk ajar kepada kita dalam pelbagai subjek yang dipelajari oleh kita di sekolah.


Kerjaya sebagai guru adalah amat terpuji. Sama ada anda sedar atau tidak, guru juga menjalankan sebahagian daripada tugas rasul, iaitu menyampaikan ilmu. Justeru, golongan guru ini begitu mulia kerana mereka telah menyampaikan ilmu milik Allah SWT yang tidak terkira bilangannya. Malahan, golongan guru juga menerima manfaat daripada pengajaran yang dilakukan oleh mereka.


Hal ini demikian kerana selagi mana ilmu yang disampaikan itu dimanfaatkan, kebaikan daripada ilmu itu akan terus diterima oleh orang yang menyampaikan ilmu itu, yakni guru, walaupun guru itu telah meninggal dunia.


Kini, 16 Mei tiba lagi. Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan sekali lagi diadakan di seluruh negara. Hari Guru ini bertujuan untuk mengenang jasa guru yang telah bekerja keras selama ini untuk mendidik anak bangsa untuk menjadi modal insan yang berkualiti pada masa depan. Tahun ini, sambutan Hari Guru bertemakan ‘Guru Pembina Negara Bangsa’- begitu tepat untuk menggambarkan betapa beratnya tanggungjawab yang dipikul oleh seseorang insan yang bergelar ‘guru’ untuk melihat anak bangsanya berjaya.


Hakikatnya, guru tidak mengharapkan balasan wang ringgit atau balasan dari segi material. Balasan yang selayaknya diterima oleh guru ialah KEJAYAAN - khususnya dalam peperiksaan atau dalam kehidupan amnya. Bayangkan hati seorang guru, sekiranya kita menghadiahkan gred A dalam subjek yang diajar oleh seseorang guru, pastinya hati guru tersebut akan melonjak kegembiraan. Namun, sekiranya keputusan kita agak mengecewakan, pastinya robek hati seseorang guru itu.


Dalam konteks kehidupan amnya, apabila kita berjaya dalam kehidupan, pastinya guru akan berbangga dengan kita – anak didik mereka. Guru mana yang tidak mahu melihat anak didik mereka menjadi ahli korporat, orang kenamaan atau menteri, atau ingin melihat anak didik mereka menceburkan diri dalam profession lain, seperti jurutera, doktor, saintis atau arkitek. Renungkanlah, seandainya kita gagal dalam hidup, dan menjadi penganggur ataupun yang lebih teruk lagi, sampah masyarakat seperti penagih dadah dan ‘samseng jalanan’? Pastinya luluh hati guru kita sekiranya mereka terdengar berita tentang kita. Oleh itu, janganlah kita hancurkan hati guru kita.


Sempena Hari Guru ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Terima kasih, cikgu!” kepada guru-guru yang pernah mendidik dan membimbing diri ini selama 11 tahun saya berada di bangku persekolahan. Kepada guru-guru yang pernah mengajar diri ini di SK Ismail Petra 1, Kota Bharu ; SMK Ismail Petra, Kota Bharu; dan SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur, hanya Allah yang dapat membalas jasa cikgu. Tanpa cikgu, saya tidak mungkin dapat menggenggam erat kejayaan dalam UPSR, PMR dan SPM. Siapalah saya kalau tanpa guru-guru sekalian. Halalkan semua ilmu yang dicurahkan dulu. Dengan izin Allah, saya akan manfaatkan segala tunjuk ajar yang disampaikan dulu untuk menempuh kehidupan yang mencabar ini. Semoga Allah melindungi cikgu-cikgu semua daripada marabahaya dan malapetaka. Semoga rezeki cikgu-cikgu semua akan bertambah, berkat hasil cikgu-cikgu semua. Jasa cikgu-cikgu semua memang tiada tolok bandingnya, dan tidak ternilai. Hanya ucapan terima kasih jualah yang saya mampu berikan sebagai tanda ingatan kepada cikgu-cikgu semua. Anda semua adalah yang terbaik!


Kepada rakan-rakan pula, janganlah hanya ingat kepada guru-guru kita pada Hari Guru sahaja. Sentiasalah ingat kepada guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Ucaplah “Selamat Hari Guru” kepada guru-guru anda, tanda ingatan tulus ikhlas dan kasih sayang kepada insan yang bergelar ‘guru’. Doakanlah kesejahteraan mereka sebagai tanda penghargaan kepada guru kita. Kenanglah jasa guru-guru kita. Tanpa mereka, tidak mungkin kita akan jadi seperti sekarang. Renung-renungkanlah.


Akhir kata, saya sayang cikgu-cikgu semua!!!!

5 Mei 2010

KEMBARA KE SHAH ALAM & KL


Ok, ni sambungannya.... Lepas tu Atiff amek aku kat KTM Subang Jaya. Then, balik umah dia. Rehat dulu. Dia tak jadi lak nak gerak sekali ngan aku ngan Amar pasni. Nak pegi ngan family. Lepas tu, gerak pegi Mydin USJ (Mydin paling besar kat Malaysia) ngan mak dia ngan dua orang adik dia. Banyak barang diorang beli. Jarang-jarang borong sakan la katakan. Pastu, balik, terus siap untuk pegi kat ASiS. Amar dah tekan loceng. Ting tong!


So, lepas tu, aku angkut barang masuk kat dalam kereta Amar, MyVi kaler hitam. Lepas tu, ape lagi, gerak lah. Banyak yang kitorang borakkan. Lama tak jumpa kan. Yang kelakarnya, Amar terlanggar lampu isyarat kat Bandar Tun Razak. Nasib baik takde polis. Hahaha...


Lepas tu, amek Nazrin (Yen) kat ASiS dulu. Aku suka panggil dia Sam Bunkface. Hehehe.. Then, pergi lepak kat cafe kat Tasik Permaisuri, kat depan SMS Selangor tu. Kitorang order air milo ais. Tak lama lepas tu, Zakwan Zubir sampai ngan family dia. Dia join kitorang sekali.


Wazien ada ajak Yen ke Amar nak lepak kat kantin, kalau tak silap aku. Tapi kitorang dah sampai kat situ. Takkan nak patah balik. Takde orang lak tu nak hantar dia. Takkan nak suruh dia jalan kaki. Kesian la dia. Nasib baik Harith ada.


Lepas tu, beramai-ramai la diorang sampai. Ramai ada, macam Harith, Wazien, Azim (Yao Ming), Syahmi (Ketot), Shazwan (Boy), Zariq (Bunjal), Azwan (Kecik), Fawzul, ramai lah. Tak larat aku nak sebut.


Yang bagusnya, Amar, Yen ngan Harith pegi solat cepat-cepat kat surau kat tasik tu, agak awal waktu la. Aku dah jamak takdim tadi masa Zohor. Bagus korang, jaga lagi solat tu.


Hari dah gelap. Mesti hujan punye malam karang. Dalam pukul 5.15, gerak pergi sekolah. Dah jadi macam reunion pulak. Jarang-jarang dapat jumpa macam ni. Lepas tu, naik dorm 2A3, dorm lama aku... Agak nostalgia ye di situ. Hehehe....


Aku rindu sangat kat dorm tu. Emotional gak mula-mula. Hahaha... Ramai form 4 dalam dorm aku sekarang... 8 orang. Budak-budak junior aku semua still stay dalam dorm tu. Aku jumpa Adib ngan Azhan je mula-mula, sebab diorang dah ada kat situ. Lepas tu, aku kejut si Izat yang tengah tido. Hahaha... Penat la katakan... Tak lama lepas tu, jumpa lagi ngan Haikal ngan Indiran. Rupa-rupanya, Haikal yang jadi Ketua Dorm sekarang, bukan Adib, sebab dia takde jawatan lagi. Si Halifah pulak, takde dalam dorm time tu, sibuk nak buat persembahan.


Dorm aku jugak jadi tempat beberapa budak Bendahara batch aku ‘bernaung’, sebab dorm diorang tak ramai yang datang kali ni. Yang original dorm tu hanya aku, Faza ngan Parthiban. Haha.. Takpe, bukan dorm aku lagi sekarang. Tumpang je la. Aku pun tumpang gak.


Dah lama aku tak semayang jemaah kat surau ASiS tu. Terkenang kembali kenangan lama masa belajar kat situ. Lepas tu, terus pergi kat dataran ASiS tu – makan malam lah!


Aku segan gile tahap dewa lak pastu. Aku silap cakap kat Nabil Irfan yang aku meja sama ngan dia – No. 2. Padahal aku meja No. 3. Giler malu, hahha.. Tak tau nak sorok kat mane muka aku. Bawah meja pun tak boleh. Wakaka...


Aku tak duk kat meja no. 2 tu.. Gagak tak sama ngan merak kan. Biarlah diorang bahagia. Hehe.. Adli leh lak lepak sekali ngan diorang. Rasa terasing pun ada jugak. Ramai budak 5D kat situ. Meja aku pun best pe. Ok lah. Tapi kat depan projector lah. Silau mata aku. Menyusahkan je, nak kena tukar tempat time ada slide.


Tetamu kehormatnya adalah Yang Berbahagia Dato’ Hafsah Hashim, Ketua Pegawai SMIDEC. Pasal set-up majlis tu, mula-mula terkejut jugak, sebab terlampau simple. Tak grand macam tahun-tahun sebelum ni. Kalau tahun lepas, lighting ngan khemah sangat superb, tahun ni sederhana sahaja. Katanya takde sponsor, mungkin sebab ekonomi dunia yang agak meleset sekarang.


Tapi takpe, nilai majlis makan malam tu la yang tidak ternilai bagi aku. Pedulikan cakap-cakap orang lain. Aku tak kisah pun, sebab majlis kali ni penuh maknanya untuk aku khususnya dan kepada batch aku, SaVIour amnya.


Bab persembahan lak, ada zapin, nyanyian solo ngan dikir barat. Boleh tahan la, tapi batch aku still the best. Hehe... That’s the fact.


Panitia yang bertuah tahun ni, yang dapat anugerah, adalah panitia Sejarah dan Biologi. Untuk pengetahuan korang, dalam kedudukan SBP, bagi subjek Sejarah dan Biologi, ASiS menduduki tempat pertama dan kedua. Untuk subjek Sejarah, dah 4 tahun berturut-turut kami mempertahankan kedudukan pertama tu. Bukan mudah nak pertahankan kedudukan teratas tu. Ni semua hasil titik peluh guru-guru yang tak kenal erti penat untuk ajar kami, sanggup berkorban apa sahaja untuk kami. Terima kasih cikgu-cikgu!!


Masa budak-budak batch junior aku ambik anugerah untuk exam Diagnostik diorang, terkenang jugak. Aku amek anugerah Gangsa je pun tahun lepas.


Yang paling dinanti, anugerah untuk pelajar SaVIour la... Yang dapat 9A, dapat pen je ngan sijil. 10A dapat plaque ngan sijil. Tapi sebenarnya, petang tu, kami dah dapat simkad atau baju Celcom. Aku dapat baju je. Nasib baik, sebab aku dah ada no. Celcom. Takpe, janji dapat hadiah...


Yang 10A+, dapat duit RM500... Jeremy ngan Irsyad (Bunjut) lah....Irsyad lak, dapat lagi RM200, sebab dapat anugerah khas. Biarlah, rezeki diorang.


Aku lak tak kisah, sebab 3hb nanti, nak dapat RM500.. Hehe... Tapi ramai la yang terkilan sebab tak dapat duit. Takpe lah kawan-kawan, rezeki ada di mana-mana je. Redha je dengan rezeki yang Allah bagi malam tu – plaque / pen dan dua keping sijil. Janji, sekolah ingat jugak nak kenang sumbangan kita. Lepas ni, insyaAllah, ada rezeki kita, dapat lagi biasiswa kan.


IKLAN


Dua orang ni nak fly ke US bulan 6 ni. Dapat tajaan JPA. Dua-dua ni budak Kelantan jugak (aku tumpang glamour... hahaha)


Lepas habis acara tu, ada ‘parti liar’ yang tak liar pun sebenarnya.. Hahaha... standard la. Sape ntah yang bawak ‘sparkling’... 11 botol. Aku tak join pun. Snap gambar je.


Pastu naik dorm, tukar baju, pastu chow. Nak ke downtown, naik kereta Amar, Yen ada jugak. Aku sekolah je dua tahun kat situ, tapi downtown pun tak pernah pergi. Pelik bin ajaib.


Aku jalan ngan Amar, Yen, Harith, Hariz ngan Bunjut. Dah sampai tu, jalan-jalan lah. Yen sibuk duk browse selipar Crocs. Penat jalan, kitorang singgah dulu minum. Kat situ, first time aku tengok orang hisap shisha depan mata aku. Hahaha... Bapak kolot aku ni. Lepas tu, sambung jalan-jalan sampai pukul 3 pagi. Giler mengantuk.


Lepas tu, balik lah. Hantar Yen dulu kat rumah dia kat Bandar Kinrara. Pastu, aku ngan Amar balik kat rumah dia kat Shah Alam. Aku dah sumpah mengantuk giler time tu. Amar dah cuak, takut dia terlelap jugak. Memang mengantuk la. Pukul 3.45 pagi, baru sampai kat rumah dia. Lepas tu, semayang Isyak dulu (giler lama baru aku semayang... Ish ish ish...). Pastu tido. Rekod baru dicipta. Tido paling lewat dalam hidup aku – pukul 4 pagi.


Pagi tu, lepas bangun solat, tido balik sampai pukul 10 lebih. Amar janji ngan Nabil Azmi nak pergi Sunway Pyramid pukul 11.30 pagi. Dah lewat la nih. Berkenalan dulu ngan parents Amar. Parents diorang pun asal Kelantan jugak, tapi aku serba salah nak guna loghat mana satu nih, KL ke Kelantan. Agak confuse, so aku campur saje. Hahaha...


Makan nasi ngan lauk kari ikan yang best tu. Ada akok jugak. Mak Amar beli kat pasar tani pagi tu. Best lauk pagi tu. Tapi mesti mahal kan, sebab kat kawasan tu. Lepas tu, apa lagi, pergi Sunway Pyramid lah.


Sebenarnya, Amar baru je pindah kat Shah Alam. Dulu dia stay kat Subang. Masih tak biasa lagi dengan jalan kat situ. Sebab tu, apa-apa hal dia kena lalu ikut area Subang jugak.


Lepas parking, terus lah masuk kat dalam Sunway Pyramid tu. Adik ngan sepupu Nabil ada jugak masa tu. Mula-mula pergi TGV, nak tengok wayang, citer Losers. Mula-mula nak tengok Ironman 2, tapi da abes. Nasib kitorang baik, kitorang sampai je, citer tu start. Best la citer dia. Ni second time aku tengok wayang, dan second time aku sampai Sunway Pyramid.


Lepas tu, bershopping bersama Amar... Dia nak masuk foundation kat Intec.. Nak ke Jordan... Tengok handphone diorang, dua-dua touchscreen... Aku jugak yang terkebelakang.... Adeh....


Lepas makan, solat Zohor (aku ngan Nabil jamak je la)... Then, sambung shopping... Dah penat, balik la. Dalam pukul 4 camtu. Yang kelakarnya, adik Nabil sesat lak dalam Sunway Pyramid tu. Dah la phone adik dia rosak time tu. Lagi parah.. Alhamdulillah, nasib baik jumpa jugak... Lepas tu, salam perpisahan dihulur jua oleh Nabil, sebab dah nak balik Penang, petang tu jugak. Kenangan di Sunway Pyramid memang best.


On the way balik tu, aku borak ngan Amar.


Aku : Weyh, aku tak pernah sampai kat Sunway Lagoon oo... Teringin gak aku nak bersuka ria kat situ... Ko takpe la, mesti dah selalu sampai..

Amar :Lain kali je la kot... Aku dah la nak masuk Intec ni... Situ, kalau ko pergi dalam 5 tahun sekali baru best. Bosan, benda sama je...


Best lah korang yang dekat-dekat situ... Dapat pergi je sana.. Aku dengar je citer korang...Huhu.. Kempunan aku nak gi Sunway Lagoon.


Sebelum balik tu, singgah kat kedai gambar kat Seksyen 9, dia nak fotostat dokumen sikit. RM 3.60 habis... 24 keping je... tapi 15 sen sehelai... 24 X RM0.15 = RM3.60... “Standard lah tu, Shah Alam.. Lagi-lagi kedai gambar,” dia cakap.. Memang la camtu kot... Hahaha..


Balik tu, packing barang... Amar test baju dia... Aku test baju Celcom tu... Ngam je ngan aku... Nasib baik aku tukar ngan Harith baju aku.. Lepas tu, makan pengat pisang, mak Amar masak. Best! Borak ngan parents dia lagi.. Petang tu hujan lagi.


Lepas tu, tengok tv, baca paper. Then, solat, pastu chow... Terima kasih banyak kat parents dia sebab sudi kasik aku stay kat situ... Dapat rasa suasana Shah Alam lagi.. Hehehe...


Amar hantar aku kat stesen KTM Batu Tiga, dekat je ngan rumah dia. Sampai situ pukul 8.50.... Masa nak berpisah tu, muka Amar touching sangat, tak bleh bla.... Aku agak kesian sikit tengok muka dia camtu.. Kesian jugak tengok dia, dah la nak masuk Intec lepas ni.. Dah la dia ada cakap sebelum ni, “Bila la aku boleh jumpa ko ngan korang semua lagi ea..”


Jangan bimbang Amar, aku pun berasa yang sama je... Aku percaya, kawan-kawan yang lain pun rasa macam tu la... Tapi muka dia touching sangat... Adeh... Aku suruh dia relaks je...Dah salam pe semua, aku terus beli tiket....


Kaunter dah tutup, kena beli guna mesin. Nasib baik ada pak cik sekuriti ni baik, tolong aku belikan tiket. Thanx pak cik! Tapi bab menunggu tren tu la yang leceh.. Maybe tren baru pergi kot... Aku tunggu 25 minit, baru tren sampai. Nak sampai stesen KTM Putra, amek masa 40 minit. Pukul 10.00 aku sampai... Ada sejam lagi.. Bosan giler...


Camtu je la, pastu balik je la ke Kota Bharu dengan pelbagai kenangan manis yang aku kutip kat sana kali ni. Thanx banyak-banyak kat Amar ngan Rico sebab sudi tumpangkan aku kat rumah diorang.... Kalau korang datang KB, bagitau la.... Semoga aku datang kali ni dapat tebus balik insiden ‘kecik hati’ dulu.....

4 Mei 2010

KEMBARA KE SHAH ALAM DAN KL

Aku hepi lagi sekali sebab dapat jalan-jalan lagi skali... Hehehe... Tujuan utamanya aku ke KL adalah kerana nak menghadirkan diri kat Majlis Makan Malam Amal & Nostalgia Abadi 2010 kat ASiS.


Aku bertolak dari Kota Bharu untuk ke Shah Alam masa hari Khamis, malam (29/04/10), pukul 11. Aku naik bas Transnasional (tapi sebenarnya yang datangnye bas City Liner yang dua tingkat). Aku gerak ngan Kitaro, si budak Melayu-Jepun, dapat result lagi gempak daripada aku.. Kami nak stay kat rumah Riquan (Rico) untuk satu malam je. Ni sebenarnya plan si Kitaro, so aku follow je lah. Aqil (Unta) pun ada jugak.

Walaupun bas kurang selesa (sebab sit kecik), tapi boleh tido jugak sikit-sikit. Bas sampai Shah Alam pukul 8.10 pagi. Lama sikit sebab berhenti sembahyang Subuh, hantar penumpang kat KL ngan jalan jam sikit.


Si Aqil dah sampai sana pukul 6.15 pagi lagi. Dia lak, sampai hati tinggal kitorang dulu, kata nak tunggu kitorang, then pergi sama-sama kat rumah Rico. Kesian lah Rico, nak kena ulang-alik dua kali ke stesen bas tu. Alih-alih, time aku sampai sana, dia dah ada kat rumah Rico. Ciskek sungguh anda rupanya!! Hahha.. Lepas tu Rico ngan Aqil ambik kitorang kat stesen bas Shah Alam, kat Seksyen 17. Ngan kereta BMW dowh!!! Ni first time aku naik kereta BMW dalam hidup aku.

Pastu, pergi makan kat Nasi Kandar Pelita, Plaza Shah Alam – tempat ni aku pernah sampai masa bulan 1 hari tu, lepak ngan Danial Zikri, Shazreen (Rain) ngan Faheem. Aku ingat lagi meja tempat kami makan dulu. Hahaha.... Aku order roti telur je, dua keping. Cukup la untuk alas perut. Tadi aku makan muffin je sebijik dalam bas. Borak-borak lah kejap, then Rico bawak kami pergi jalan-jalan kat kawasan perumahan kat sekitar kawasan rumah dia. Aku ingat lagi jalan nak ke rumah Danial, Rain ngan Faheem. Hehehe... Rumah kat situ besar-besar semua, kat Seksyen 9. Dahsyat!


Rumah Rico pun besar jugak. Pintu pagar automatik. Hehehe... Ada 6 bijik kereta kat rumah dia. Fuhhh... Orang berada la katakan. Masuk rumah dia yang mewah tu, terus naik kat bilik dia. Rehat-rehat jap, pastu mandi. Bilik Rico biasa je, tak kecik, tak besar. Ada air-cond lah. Lepas tu, teman dia ambik adik pompuan dia ngan adik laki dia kat sekolah.

Dalam pukul 1.00 tengah hari, kitorang pergi sembahyang kat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, yang glamour tu. Masa tu, aku berkenalan dengan ayah Rico, Encik Ropli. Yang penting, aku tahu yang ayah Rico nih seorang yang sangat terhormat, daripada apa yang aku dengar sebelum ni. Lepas solat, balik rumah Rico, lunch.

Makanan yang ada atas meja tu best-best, tapi banyak sangat. Macam berlebihan je. Takut membazir la. Mungkin mak Rico terlalu berbesar hati kot nak sambut kami, sampai terlebih masak. Rasa bersalah pun ada. Tapi makanan dah ada kat depan mata, so makan je lah! Ada udang masak pedas, daging goreng, sayur goreng, ngan ikan singgang – makanan wajib ada setiap hari kat rumah tu. Kalau tak, ayah Rico akan mengamuk (tu Rico yang cakap). Makanan kegemaran ayah dia, lagipun ayah dia asal Kelantan jugak. Mak dia asal Terengganu.


Petang tu, Rico bawak kitorang pergi Stadium Malawati, ada sale besar-besaran yang Metrojaya buat kat sana. First time lah aku sampai situ, kalau dulu aku tengok dalam TV je – tempat konsert AF setiap minggu. Mula-mula niat tak nak beli, tapi ada baju tu smart sangat. Aku beli lah. Baju Arnold Palmer, 37 hengget je.

Pastu balik rumah dia. Aku ngan Aqil tak ikut Rico ngan Kitaro pegi main futsal, dekat je ngan rumah Rico. Nak rehat. Lagipun, aku penat ngan segan nak jumpa ngan kawan-kawan Rico. Hahaha... Malam tu, Rico bawak kitorang pergi Extreme Park, kat Seksyen 13 uh.. Makan + lepak kat Burger King. Aku ajak dia pergi kat Nando’s kat SACC Mall, nak jumpa Danial Zikri yang keje kat sana, tapi tak jadi, sebab nak cari parking tu susah. Burger King pun best ape. Aku habis tak sampai 10 hengget pun kat sana. Asyraf Roslan pun join gak kitorang, ngan ada sorang kawan Rico nih, kerja kat Metrojaya pun ada jugak.

Lepas tu, pergi I-City. Amazing sangat panorama kat situ. Tengok pokok buatan yang berlampu tu. Smart sangat. Dah jadi macam hutan kat situ. Ramai orang kat situ malam tu. Nak cari parking pun susah. Last-last jumpa jugak. Jalan sikit je. Tanah pulak becak, sebab baru je hujan petang tu. Snap beberapa gambar, pastu chow!



Kotor lak kereta Rico. Sorry! Bukan salah kitorang.. Balik tu, terus tido, sebab Rico nak kena bangun awal esok hari, ada tournament futsal, kat Extreme Park.


Sempat lagi aku call Amar Zharif, suruh checkkan UPU aku. Aku dapat Asasi Sains Hayat kat UM. Alhamdulillah. Thanks Amar. Nanti esok aku jumpa jugak dia.

Pagi tu, parents Rico bawak kitorang makan kat kafetaria kat Masjid Shah Alam tu. Aku makan nasi lemak je, pastu air milo ais – kegemaran aku tu la! Lepas makan, balik lah. Rico lak pergi Extreme Park, futsal dia lah. Bila lagi lah nak jumpa ko kan Rico. Good luck la ea... Dia nak sambung belajar kat matrix Melaka.

Ayah Rico hantar kami kat KTM Shah Alam, pukul 10.30. Barulah aku tahu, kenapala Kitaro kagum sangat kat ayah Rico. Untuk pengetahuan korang, ayah Rico pernah bertanding pilihan raya umum 1999 kat DUN Chempaka, Kelantan. Aku sempat usha gambar ayah dia masa 1999. Hehehe...

Secara peribadi, aku rasa ayah dia sangat baik. Berbudi bahasa la, tak sombong pun. Walaupun Rico cakap ayah dia tegas kat rumah. Ayah dia pun ada cakap, “I used to scold him (Rico)”. Tu maknanya, ayah dia tegas.

Ayah dia sempat lagi bagi lambaian kat kitorang, tu menunjukkan ayah dia baik sangat. Lepas ni, aku nak gerak ke KTM Subang Jaya, pastu nak pergi rumah Atiff kejap. Nanti Amar Zharif nak ambik aku kat situ.

Lepas ni, episod 2, pasal perjalanan aku ke makan malam amal, benda-benda yang berlaku, pastu aktiviti aku kat Shah Alam lagi sekali sebelum aku balik ke Kota Bharu. Tunggu sambungannya............