Alhamdulillah, hari ni ambo dapat satu kurniaan yang baik untuk diri ambo. Sudah terang lagi bersuluh dipaparkan pada tajuk entri kali ni.
Kurniaan itu ialah keputusan Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET). Alhamdulillah, sekurang-kurangnya, ambo berada di atas sedikit berbanding keputusan average, iaitu Band 3..
Alhamdulillah, keputusan MUET ni sampai target ambo. Tapi setelah melihat dan menjawab soalan MUET tempoh hari, ambo dengan rendah dirinya berasa bahawa ambo tidak layak mendapat Band 4, kerana tahap kecekapan Bahasa Inggeris ambo tidaklah hebat mana pun. Sekadar cukup untuk menempuh kehidupan harian ini, yang nampaknya memerlukan kemahiran berbahasa Inggeris. Keyakinan diri semakin terhakis apabila mendapati bahawa soalan yang perlu dijawab itu agak sukar.
Tapi alhamdulillah, Allah Maha Pemurah, kerana tetap membantu hambaNya yang lemah ini untuk mencapai target yang disasarkan, iaitu Band 4. Untuk pengetahuan semua, keputusan MUET mempunyai 6 tahap, iaitu Band 1, 2, 3, 4, 5 dan 6. Semakin tinggi nilai Band anda, semakin bagus kebolehan bahasa Inggeris anda.
Lega rasanya hati ini bila akhirnya mengetahui keputusan MUET. Tiada lagi gundah-gulana di hati. Terus maju ke hadapan wahai Rashdan! Misi seterusnya : 4.00 flatkan result anda pada final semester 2! Gomo Rashdan Gomo!
Rashdan Roslan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan