14 Jan 2011

Ambo Faham...

Assalamualaikum, dan salam 1 Malaysia..


Ambo ada terbaca blog salah seorang rakan seperjuangan ambo di ASiS dulu, yang bertajuk, 'Pentingkah Aku?'


Saudara M (bukan nama sebenar) menyatakan bahawa beliau berasa seperti tiada orang yang mengendahkan dirinya, dan M berasa kesunyian walhal ramai rakan yang berada disampingnya..  M juga membuat pengakuan bahawa beliau adalah seorang yang slow talk, dan rasa betul-betul dipinggirkan. Memang ada kebenaran di sebalik kenyataan itu. Namun begitu, dia dianggap sebagai moody dan seolah-olah tiada semangat, hanya semata-mata kerana beliau memang semula jadinya bersifat sedemikian.


M berkata bahawa dia tak dapat untuk bersama rakan-rakannya kerana kewujudannya seolah-olah diabaikan. Kebahagiaan daripada Allah yang sepatutnya dikecapi oleh beliau gagal diperoleh kerana tidak mendapat perhatian yang lebih daripada rakan-rakannya.


Dengan rasa kecewa, M telah melabelkan dirinya sebagai 'MEMBOSANKAN'. Kemudian, ramai yang meninggalkan dia, buat dia nampak moody dan sedih... M sangat mencemburui rakannya yang hidupnya lebih sempurna daripada beliau. Impiannya untuk hidup sepeti orang lain - sentiasa gembira, bergelak ketawa, memperoleh apa sahaja yang dimahukan... Sedangkan beliau??? Beliau tak pernah merungut, apatah lagi meminta pada kedua ibu bapanya..


Nak dijadikan cerita, baru-baru ni, M ada menghadiri majlis perpisahan guru-gurunya.. Di situ, M dapat lihat betapa girangnya rakan-rakannya, namun M tak berasa yang M adalah sebahagian daripada mereka. M berasa terpinggir.


Entri beliau diakhiri dengan kata-kata berikut:


"maafkan aku andai aku pernah menyakiti kalian...
maafkan aku andai aku sombong dimata kalian....
maafkan aku andai aku membuat kalian menyampah....
kerna itulah diri aku yg sentiasa kesunyian...."











Baiklah M, secara jujurnya, setelah ambo selami isi hati demo daripada entri tersebut, ambo tersentuh. Secara tidak langsung, entri demo kali ni mengimbau kembali perasaan yang pernah ambo rasa suatu ketika dahulu - rasa terpinggir, rasa terbuang, rasa tak diperlukan, rasa tak dipedulikan.


M, ketahuilah bahawa demo tidak melukut di tepi gantang. Ketiadaanmu pasti akan dirasai oleh orang lain. Pasti. Walaupun ambo tak berapa mengenali peribadimu wahai M, namun ketahuilah bahawa ambo ingin berkawan lebih rapat denganmu, namun dibataskan dengan jarak kelas dan dorm yang agak jauh serta aliran yang tidak sama. Sungguhpun demikian, ambo kenal sedikit sebanyak tentang dirimu. Ambo banyak menaruh rasa simpati kepadamu, wahai kawan, walaupun selama ini rasa simpati ini diluar pengetahuan dirimu.


Janganlah anggap dirimu sebagai 'tiang'. Kalau demo berfikiran sebegini, sampai bila pun demo takkan maju, dan akan terus menjadi 'tiang' sampai bila-bila. Fikiran harus lebih positif. Saat kita berasa diri kita ditinggalkan, kita mestilah kejar balik kawan-kawan tu. KEJAR BALIK! Walaupun bunyinya macam perigi mencari timba, namun pedulikan kata-kata mereka. Demo kena lakukan semua ini untuk kebaikan diri demo jugak. Baru meningkat emotional quotient (EQ) demo.


Kalau demo anggap diri demo boring, memang demo akan jadi boring sampai bila-bila. So, buanglah pemikiran karut tu, sebab kita mampu untuk berubah. Keyakinan sahaja yang penting, dan keyakinan jugaklah kunci kepada segala-galanya. Kalau demo tak yakin, sukarlah untuk demo mendekati dan mengenali rakan-rakan demo. Keberanian juga satu kunci untuk mengejar perkara yang dihajati - dalam hal ni, untuk berkawan dengan mereka. M, keluarlah daripada kepompong. Masanya sudah tiba!


Tak perlu untuk cemburu terhadap kehidupan orang lain, sebab Allah dah jadikan segala-galanya dengan sempurna. Kita hanya perlu menanamkan keyakinan kepada ketentuanNya, sebagai seorang hamba yang beriman kepadaNya. Ketahuilah bahawa setiap kejadian itu ada hikmah yang tersendiri, sama ada tersurat ataupun tersirat. Walaupun wujud pelbagai jurang, misalnya jurang kekayaan dan jurang kepintaran, namun ingatlah baik-baik, itu semua hanya di dunia. Di akhirat, semua itu tiada gunanya lagi. Untuk kehidupan di dunia ini, sentiasalah bersyukur dengan apa jua kurniaan daripada Allah, sama ada banyak atau sedikit. Tanamkan syak wasangka yang baik.


M, tidak semestinya dengan bergelak ketawa semata-mata, kita gembira. Banyak lagi caranya, macam melakukan perkara yang kita suka, pasti hati akan lebih gembira dan ceria. Salah satu cara lagi adalah dengan menonton rancangan berbentuk jenaka, pasti anda gelak punya. Pendek kata, beri peluang kepada diri sendiri untuk menentukan apa yang kita mahu, tanpa dipengaruhi oleh faktor lain. Demo bertanggungjawab sepenuhnya atas kehidupan demo.


Rasa terpinggir? La tahzan (Jangan bersedih). Pergilah mendapatkan rakan-rakan yang sanggup bersamamu dalam suka dan duka, untuk dijadikan sebagai sahabat sejati. Mungkin dengan cara inilah, baru anda dapat mengecapi nikmat bahagia sebuah persahabatan. Kepada mereka yang 'jual mahal' untuk berkawan denganmu, eloklah untuk dirimu untuk menjauhkan diri daripada mereka, kerana mungkin hatimu akan terus terluka seandainya terus menaruh harapan untuk bersama mereka yang sebenarnya tidak ikhlas berkawan denganmu.


Perlukah kita mendiskriminasi mereka yang berperibadi pendiam? Tidak adil buat mereka, kerana mereka juga berhak untuk mendapat perhatian daripada kita. Ingatlah, mereka sebenarnya mendambakan perhatian dan sokongan daripada kita. Hanya kita yang tidak menyedari hakikat ini, dan tidak kurang juga ada dalam kalangan kita yang cuba menafikan realiti ini.


Ambo pernah berasa terpinggir, namun setelah menyedari hakikat demikian, ambo mencari teman sejati untuk merawat kedukaan di hati. Contohnya, di PASUM ini, ambo berjaya menambah ramai rakan, dan beberapa orang sahabat. Alhamdulillah, walaupun sebelum ini ambo diduga dengan pelbagai cubaan, termasuklah kehilangan kawan yang sangat ambo percayai (kehilangan di sini bukan bermakna kembali ke rahmatullah). Namun, Allah itu Maha Adil, kerana telah mengurniakan sahabat-sahabat yang baik kepada ambo di PASUM. Alhamdulillah. Kita kena usaha, M. Usaha!


Ambo telah bangkit daripada kesepian dahulu, dan apa yang ada pada hari ini adalah Rashdan yang lebih gembira dan jauh lebih baik daripada ambo setahun yang lalu, kerana memiliki lebih ramai sahabat sejati. Alhamdulillah. Kawan - amat penting untuk golongan remaja seperti kita, kerana kawanlah tempat kita berkongsi suka dan duka, dan dengan kawanlah, kita meluangkan lebih banyak masa dalam sehari. Kawan adalah sumber kekuatan kita. Lagi ramai kawan, lagi kuat kita. Nak jadi kuat? Carilah kawan banyak-banyak! Pengaruh rakan sebaya amat kuat. Justeru, pandai-pandailah memilih intan, takut terkena kaca dan batu. M, kawan beribu mudah didapat, sahabat setia payah dicari. Renungkan kata-kata ini. Carilah kawan yang membantu, bukannya yang membantut.






Akhir kalam, ambo tak pernah sekali-kali letakkan tanggapan negatif ataupun memandang slack pada diri demo. Ubah persepsi diri sekarang. Dalam minda ambo, demo masih seorang yang baik, dan tak memberi masalah pun. Jangan fikir yang bukan-bukanlah pada diri sendiri. Nanti demo rasa down. Kalau demo perlukan bantuan, ambo sedia untuk membantu. :)


Rashdan Roslan

4 ulasan:

  1. fakhrurazi kah?????? haha

    BalasPadam
  2. bukan2... hehehe.. dia bukan seorang pendiam.. hehehe..

    BalasPadam
  3. sedihnya, walaupun aku bukan budak asis, tapi teringin nak berkawan dengan dia, sebab aku tahu, dia mesti rasa kesepian sebab tak ada orang nak berkawan dengan dia. harap2 dia dah ok sekarang ni

    BalasPadam
  4. betul tu amer, aku da lame da perhati budak ni..
    simpati sangat kat dia..
    di saat kita bergelak ketawa, dia meminggirkan diri, menyedari hakikat bahawa dia wujud atau tidak, tiada kesan.
    aku pernah berasa sedemikian, tapi bila aku di PASUM ni, aku rasa macam, "Wow, I'm alive again!"
    Da lama tak rasa macam ni, selepas aku tinggalkan sekolah lama aku masa form 3, sebelum ke ASiS...
    Memang cukup mengharukan entri dia..
    Aku doakan semoga dia dikeluarkan daripada kesepian tu, dan enjoy hidup, macam orang lain.. :)

    BalasPadam