..السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Minggu lepas (11-14hb Januari) telah membuka satu lagi lembaran dalam hidup Saya. Saya berjaya 'keluar’ daripada Kelantan buat seketika cuma untuk menghadiri ujian untuk biasiswa Yayasan Khazanah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya terpilih ke sana kerana semua yang hadir ke sesi berkenaan hebat-hebat belaka.
Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, bas saya berhenti selama 2 jam. Selalunya bas takkan berhenti lama begini, mesti ada sesuatu yang berlaku. Rupa-rupanya, ada bas terbakar di depan! Bangkai bas nampak mengerikan. Alhamdulillah, bas yang saya naiki tidak menerima nasib malang seperti bas tersebut. Indisen itu menyebabkan kami terlewat, sehingga menyebabkan kami terpaksa berhenti solat Subuh di Raub. Kebiasaannya, pada waktu Subuh, bas dari Kelantan sudah atau hampir tiba di ibu kota. Akhirnya tiba di Hentian Putra, KL pada jam 9.00 pagi. Saya bergegas naik KTM Komuter dari Putra ke Subang Jaya. Setibanya saya di stesen KTM Subang Jaya, Atiff menjemputku di sana. Lama tak jumpa Atiff, tapi tak banyak berubah.
Setibanya saya di rumah Atiff, saya dijamu dengan sandwich sebagai sarapan. Masa tu, hanya Atiff, adiknya dan pembantu rumah yang berada di sana. Selepas sarapan, mandi dan melayari Internet, saya bersiap untuk keluar bersiar-siar di Sunway Pyramid.
Kunjungan kali pertama saya ke Sunway Pyramid, tak pernah pula saya kunjungi Sunway Pyramid sebelum ini. Sekadar 'window shopping' kerana ingin berjimat. Malamnya sebelum tidur, sempat bertanya kepada rakan-rakan lain yang akan hadir ke ujian biasiswa Khazanah itu agar semua bersedia.
Keesokan harinya, pada jam 9.30 pagi, saya berangkat daripada USJ menuju Menara UEM di KL Sentral dengan menaiki KTM Komuter. Tambang teksi dari USJ ke KTM Subang Jaya RM14.00, jalan yang sesak sambil diiringi dengan lagu 'Hujan Bunga di Kuala Lumpur' di dalam teksi berkenaan, ada misi besar menantiku pada hari berkenaan. Namun sebelum ke Menara UEM, saya perlu ke SM Sains Alam Shah (ASiS) terlebih dahulu untuk mengambil sijil daripada cikgu Arif Saniran.
Peristiwa di ASiS akan disambung dalam entri yang berikutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan