Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!
Usai Selanjar 3 baru ni, untuk mengisi masa lapang sebelum bermulanya blok baru, aku pergi makan angin dekat Manipal. Manipal ni dekat negeri Karnataka jugak. Cuma jaraknya agak jauh, tapi kalau dibandingkan dengan jarak Belgaum - Bangalore, jarak Belgaum - Manipal lebih dekat, dan lebih singkat tempoh perjalanan.
Sebenarnya tujuan utama aku untuk ke Manipal adalah untuk berjumpa dengan rakan seperjuangan dekat ASiS dulu, iaitu saudara Tajul Ashraf bin Shamsuri, atau lebih dikenali dengan panggilan Tajul.
|
Ni dia Tajul.. |
Pukul 9.00 malam, hari Khamis, 3 Mei 2012, bas VRL yang aku naiki berlepas dari Belgaum. Untuk pengetahuan korang, bas dekat India ni ada dua jenis, iaitu semi-sleeper, dan sleeper. Bas semi-sleeper tu macam bas biasa kat Malaysia, dan bas sleeper la yang agak unik, takde kat Malaysia. Dalam bas ada katil yang agak besar dan agak selesa.. Ada juga bas yang berhawa dingin dan tidak berhawa dingin. Namun, I tell you guys, bas yang tak berhawa dingin sebenarnya lebih sejuk daripada bas yang berhawa dingin. Kenapa? Sebab malam-malam angin kat India ni sangat sejuk. Kalau tengah hari, panas sangat. Julat suhu yang besar. Jadi cikgu Geografi jap. Hehehe..
Bangun-bangun je dah pagi. Solat je dalam bas. Ambik wuduk pun kena cover, takut kena marah pulak. Risau jugak aku takut terlajak sampai Mangalore, sebab ni kali pertama aku ke Manipal. Tak biasa lagi. Dan sebenarnya, aku keseorangan. Tak mengapa, aku ada semangat seorang pengembara tu, dan dah biasa jalan jauh-jauh secara bersendirian. Syukur jugak aku ada telefon bimbit yang canggih, iaitu Samsung Galaxy SII. (Samsung Galaxy SIII dah keluar!!!) Aku check peta takut terlepas Manipal pulak. Huhu.. Sebenarnya sebelum ke tempat baru, lazimnya aku akan guna Google Earth dulu untuk tinjau tempat tu.
|
6km lagi menuju Manipal.. |
Akhirnya, pukul 6.35 pagi, 4 Mei 2012, aku selamat sampai di Manipal. Turun dekat Tiger Circle, betul-betul depan kampus Melaka Manipal Medical Campus (MMMC) dan Kasturba Medical College (KMC). Apa lagi, aku terus call Tajul la suruh ambik, dan tak lama lepas tu, dia datang bersama skuter pinjam. Cehhh.. Ingatkan skuter sendiri. Tajul sebenarnya ada vespa yang smart. Nanti aku cerita lagi.
|
Kampus Melaka Manipal Medical College (MMMC) |
Lalu, aku dibawa ke hostel dia kat Nehru Block. Sembang kejap, sebelum dia pergi ke kelas dari pukul 8.00 ke 10.00 pagi. Dapat jugak berkenalan dengan roommate Tajul, Zulhelmi. Kenal jugak dengan senior diorang, iaitu Mirul dengan Fakhrul.. Dua orang tadi tu kawannya si Safwan dekat KTT dulu. Safwan famous je kan kat mana-mana. Hehe.. Dah Tajul dan Helmi pergi kelas, aku sorang je dalam bilik tu. Berehat aje. Tengah syok tidur, Fakhrul bawakkan sarapan untuk aku, iaitu 'Puri'. Syukur la. :)
Lepas Tajul balik tu, baru pergi jalan-jalan. Pergi food court pulak. Lapar lagi sebenarnya. Hehe.. Sambil berjalan, ambik gambar sikit... Macam biasa..
|
Pintu masuk Food Court |
Masa berjalan pulang ke Nehru, aku sempat jugak singgah dekat Perpustakaan Manipal... Perpustakaan ni memang besar sangat!
|
Perpustakaan Manipal University |
|
Satu lagi sudut pandang.. |
|
Pintu masuk perpustakaan. |
|
Perpustakaan yang sangat besar dan 'ohsem'.. |
|
Ni kedai cenderahati / cenderamata.. Kat bangunan perpustakaan tu.. |
OK fine, lupa pulak nak tunjuk gambar dalam Food Court. Hehe.. Meh meh meh, tengok ni..
|
Subway!!!! |
|
Sebenarnya banyak kedai lagi... tapi last-last aku makan Subway jugak. Hehe.. Nom nom nom! |
Lepas tu, balik hostel, rileks kejap sambil sembang-sembang sebelum ke masjid untuk Solat Jumaat. Naik vespa Tajul untuk ke sana.. Tak jauh pun..
|
Ini masjidnya.. Masjid E Manipal.. |
Tapi sebelum solat Jumaat, makan tengah hari dulu noh.. Hehe.. Makan nasi beriani ayam (half portion) aje.. Dalam 50 rupee aje. Murah kan? Kalau Belgaum ni lagi mahal...
|
Kedai bawah masjid... |
Lepas melantak makan, solat Jumaat lah.. Ramai student Malaysia kat sini. Kat Belgaum tak seramai macam kat Manipal, rasa meriah pulak kat Manipal. Lepas solat, balik hostel Tajul, dan dengan meninggalkan aku dengan laptop dan Wi-Fi percuma, Tajul pergi kelas dari pukul 2.00 sampai 4.00 petang...
Lepas Tajul balik, lepas solat Asar, aku dibawa ke kampus Melaka Manipal Medical College. Ada program yang bernama 'Friday Talk'.. Ada perkongsian ilmu sedikit, mengenai keagamaan. Topik hari tu tentang 'Konsep Wasatiyyah'. Syukurlah, datang jauh-jauh boleh dapat ilmu lagi. Alhamdulillah, Allah S.W.T. pilih aku untuk menghadiri program tu.
|
Saudara Taufiq sedang berkongsi ilmu dengan begitu santai.. |
|
MMMC (Manipal Campus) |
Perut sudah lapar... Masa untuk minum petang pulak. Aku dibawa ke Cheff-Inn pulak untuk makan burger... Nak rasa sikit, burger Manipal ni lagi sedap ke lagi kurang best kalau nak banding dengan burger Belgaum..
|
Ini tempatnya.. |
|
Kedainya simple aje... Takpe, asalkan bersih.. |
|
Ni namanya 'Burger K.F.C.'.. Nak buat ala-ala KFC.. Ada la sikit... Cuma rasa dia sangat sedap!!! Sos dia sangat istimewa.. |
Ternyata burger kat Manipal lebih sedap dan lebih murah. Lepas makan tu, aku asyik duk teringat rasa burger dia macam mana. Even sampai sekarang pun masih terbayang... Power tak powernya nak bagitau kat korang semua tentang keistimewaan burger kat Cheff-Inn ni. Burger kat atas tu berharga 50 rupee. Kalau kat Belgaum, pastinya lagi mahal..
Ok, lepas makan, aku dibawa pulak naik vespa si Tajul untuk ke End-Point Manipal. Aku salah faham pada awalnya. Ingatkan M-Point nama tempat tu, aku ingat M tu stands for Manipal. Tapi, sebenarnya nama dia End-Point. Sebab tempat tu terletak kat atas bukit yang kat hujungnya ada sungai. Gaungnya agak tinggi jugak. Memandangkan masa tu waktu Maghrib dah dekat, terpaksalah pendekkan masa untuk ke End-Point. Takpe, kami pergi lagi esok harinya.
|
Lembu!! |
|
Meenachi mana kat depan aku ni? Aku main ambik je gambar ni.. |
|
Pemandangan sebahagian Manipal University dari titik yang lebih tinggi.. |
|
Saujana mata memandang.. |
Ok, setelah selesai solat Maghrib, ada sesi usrah dekat bilik Tajul. Di situ, aku berpeluang untuk berkenalan dengan beberapa orang pelajar Malaysia kat sana, di samping dapat sedikit santapan rohani. Lepas usrah, solat Isyak di Masjid E Manipal, dan kemudian pergi makan makan makan!!
Kali ni, makan di Medan Selera. Eh? Medan Selera? Yup, betul nama restoran tu 'Medan Selera'. Aku pun terkejut jugak mula-mula. Kat sini, yang paling special adalah nasi lemak. Memang aku nak makan nasi lemak pun! Jangan pulak lemak dalam badan aku ni pulak yang bertambah. Haha..
|
Seperti di Malaysia la pulok. |
|
Nasi tomato + ayam masak merah. |
|
OBJEKTIF UTAMA : Nasi lemak. Rasa dia tak ubah macam kat Malaysia.
Sangat sedap walaupun orang India yang masak. Harga dia 80 rupee sahaja. Saje je, nak suruh korang terliur. Hehehe.. :D |
Lepas puas melantak melahap makan (like a boss), terus ke Swarnagiri Apartment, rumahnya saudara Syafiq Zharfan (Apan) dan dua lagi teman serumah, Rafik Shamad dan Farid Naqib. Malam tu ramai-ramai tidur kat sana... Betul-betul aku rasa diraikan. Terharu pulak. Sambil berta'aruf sesama kami.. Tapi rasa macam dah lama kenal.
|
Playing game like a boss. Pakai baju jersi ASiS tu la yang tak boleh blah. Hehehe.. |
Tutup buku untuk hari pertama di Manipal. Tunggu update untuk hari ke-2 pulak di Manipal, yang akan menyusul kemudian, insyaAllah. Hari pertama di Manipal, cukup seronok sehingga membuatkan aku terfikir untuk lanjutkan percutian aku yang sepatutnya berakhir keesokan hari tu kepada sehari lagi. Adakah aku panjangkan percutian aku tu? Kalau nak tahu, tunggu update yang seterusnya, dan mungkin yang terakhir tentang percutian aku di Manipal. [ayat bajet drama je kau ni Dan. Haihhhh...]
Sekian dulu ye. Terima kasih sebab setia membaca..
Pengalaman mematangkan fikiran dan mendewasakan.
Bila nk dtg manipal lg?
BalasPadamTak sure lagi :)
Padam