11 Mei 2012

HARI 2 : Trip Solo Ke Manipal

Assalamualaikum, salam sejatera 1 Dunia!

Kali ni, update untuk hari ke-2 pulak. Pagi-pagi lagi dah ke masjid untuk solat Subuh.. Lepas tu, sesi tidur balik. Hehe.. Penat lah... Apan bawak balik makanan sikit untuk aku, iaitu roti telur. Sedap, rasa nak makan banyak. Hehe.. Ini panorama waktu pagi di Manipal, dari tingkat 6, Swarnagiri Apartment.. :


Indahnya pemandangan di waktu pagi.. 
Pemandangan dari sudut yang lain..

Pemandangan menghala ke bandar Udupi..
Dalam pukul 10 pagi gitu, Apan ngan Taufiq dah start masak-memasak dah. Menu untuk tengah hari tu adalah ketam masak lemak, ikan goreng dan lepat pisang. Tersedar aku dari lena dengan bau makanan yang tengah dimasak yang mula naik.

Sebenarnya ada kisah tersendiri yang menyebabkan diorang nak beli ketam. Sebenarnya, masa makan kat Medan Selera malam tu, kami ada sembang pasal makanan.. Aku ada kata la yang setakat ni, sejak aku datang kat India 8 bulan lepas, aku tak pernah makan ketam lagi, walaupun sekali.. Mungkin mereka kesian dengar aku tak pernah makan ketam lagi, jadi mereka bercadang untuk masak ketam tengah hari esoknya. Terharu pulak aku, dan rasa macam menyusahkan je. Adoyai... Tapi syukurlah, sebab diorang nak reunionkan aku balik dengan ketam. Hehehe.. Alhamdulillah, dapat jugak merasa makan ketam setelah 8 bulan tak makan...

Kelihatan Apan dan Taufiq sedang sibuk buat lepat pisang.. Aku tolong potong daun pisang tu je..

Ketam yang sedang dimasak.. Sekilo dalam 100 rupee kalau aku tak silap.

Ikan goreng...

Lepat pisang yang belum dikukus.. Berbeza saiz dan ketebalan. :D

Lepas beberapa ketika, maka masaklah makanan tersebut. Apan jemput ramai orang makan tengah hari kat rumah dia.. Adalah dalam 7 ke 8 orang macam tu. Rasa meriah pulak, lagi-lagi makan ramai-ramai dalam talam. Rasa ukhuwah yang erat.

Sementara menunggu semua orang datang.. Apan senyum hensem.. Helmi kontrol macho. Hehe..


Isi makanan dalam talam.. Alhamdulillah, dapat makan dengan sedapnya... 

Masa makan tu jugak, aku telah mengambil keputusan untuk tambah lagi sehari dekat Manipal. Sepatutnya malamnya aku akan balik ke Belgaum, cuma Manipal ni seronok la pulak! Jadi, lepas solat Zohor, pergi tukar tiket bas VRL tu. Alhamdulillah, tak kena bayar..

Lepas solat Zohor, acara bebas sikit, iaitu update blog dan bersosial di alam maya. Hehe.. Faham-faham la ye. Dah penat, maka tidurlah kejap. Petang tu makan lagi kat Cheff-Inn. Burger dia memang sangat sedap, hingga menarik aku untuk berkunjung lagi...


Inilah restoran Cheff-Inn.. Maaf, semalam aku lupa nak taruk gambar ni..

Menu makanan dengan harga yang sangat berpatutan.

Menu lagi...

Ini namanya Grilled Chicken Burger. Sedap!

Yang ni pulak Spicy Chicken Burger.. Yang ni Apan yang makan..

Yang ni pulak, nama dia Potato Lover. Boleh katakan macam french fries yang luarnya ada lapisan 'sira'.. Orang Kelantan tahu la, 'sira' tu manis-manis je rasa dia..
Lepas makan, pergi ke End-Point lagi sekali.. Tapi sebelum tu, singgah Nehru kejap untuk ambik Helmi, sebab dia nak pergi sana jugak untuk main bola sepak.

Tajul berposing di atas vespanya...

Apan tetap maintain tampan jugak atas motor besarnya. Hehe..
Tujuan ke End-Point ni adalah untuk sambung balik program semalam yang tergendala sebab tak cukup masa.

Kena daki bukit ni untuk sampai ke taman kat puncak.. Agak semput...

Jogging track...

Padang yang luas...

Padang lagi...

Kelihatan kanak-kanak sedang bersuka-ria...

Sang Suria semakin terbenam...
Setelah semput mendaki bukit yang tak lah tinggi mana tu, akhirnya sampai di End-Point Garden... First impression, taman ni sangat cantik!!! Rumputnya sangat hijau, tu yang paling aku suka..

Keindahan taman

Ramai orang bersuka-ria...


Berjalan-jalan sejenak...


Ada kelibat 'tempe' di situ....
Amboi.. Posing sakan noh...

Kehijauan landskap di End-Point
Tangan sapa lah tu... Hehe..

Awan yang agak besar jugak...

Tak bukak pulak air pancut nye pun...
Bunga-bunga yang mekar...

Trek jogging lagi. Aku hampir tergelincir. Licin lah..

Ada sape-sape entah conteng benda ni. Aku pun ambik gambar la, macam smart je...

Kelihatan sebatang sungai si sana. Sungai Suvarna kalau aku tak silap.

Sungai lagi, zoom lagi dekat..
Jejaka-jejaka ganteng. Hehe..
Suasana matahari terbenam yang mempesonakan. Sangat cantik, sangat indah..
Matahari semakin terbenam...


Kebetulan ada kereta api lalu kat situ...

Aiyooo.... Blur pulak gambar aku dengan Apan nih.
Nasib baik ada versi yang lebih kacak, macam orang dalam gambar ni. Hahaha..

Tajul buat muka malas la pulok. Haha..

Tengok-tengok jam, takut terlepas dating dengan meenachi ke tu Tajul? Oops!!!

Kelihatan dua orang makhluk sedang berjalan di taman..

Ambik gambar dengan Tajul lagi..
Penat tau jalan sana, jalan sini. Tapi itu tak menghalang aku untuk makan lagi pada malamnya. Kali ni, makan kat Asia Delights pulak. Sudah pastinya ada jual masakan Malaysia.

Asia Delights
Aku tak tahu mana-mana tempat yang diorang nak bawak ni, aku just ikut je. Tapi diorang tahu la tempat mana yang terbaik kan... Dan tempat ni memang terbukti memang terbaek!! Sebab ada roti canai... Terus aku tak makan nasi pun malam tu.


Juadah aku pada malam tu.. Roti canai kosong, roti telur, roti boom. Rasa dia tak ubah macam kat Malaysia, sejibik! Harga pun berpatutan.
Roti Milo.. Sedap jugak.. Menyesal tak order..
Rojak! Kuah dia sangat sedap, rasa macam nak hirup. Hehehe..
Pintu masuk Asia Delights..
Alhamdulillah, hilang sedikit rasa rindu dekat tanah airku yang tercinta lepas makan kat sini. Harga pun sangat berpatutan, di samping rasanya yang begitu memuaskan. Kat Belgaum, tak dapat punye roti canai tu.. Parotha je yang boleh dapat. Tapi ok la parotha tu pun, rasa lebih kurang je..

Jadi, malam tu, penat giler. Balik rumah Apan, sebelum tidur, tengok Final FA Cup - Chelsea vs. Liverpool dulu. Ingat nak tengok Slumdog Millionaire lepas tu, tapi tertidur la pulak. Tunggu Tajul pun tak sampai-sampai, sebab vespa dia ada masalah pulak malam tu. Tapi takpe, esok ada lagi...

Sekian dahulu untuk kali ini, tunggu update untuk hari ke-3 dan terakhir pulak.

Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

4 ulasan:

  1. part diorang masak ketam sangat touching! =')
    entah sampai ke x saya kt sne =='

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan... touching sgt... insyaAllah, jgn putus harapan, banyakkan berdoa :)

      Padam
  2. alamak panjangnye perjalanan :D
    jom lah singgah my blog,, salam negeri seberang :)

    BalasPadam