Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!
Kali ni, sambung update untuk hari ke-3, dan hari terakhir aku di Manipal. Sob sob sob. Pagi tu tak buat apa-apa, dalam pukul 10 macam tu, aku dihantar ke Nehru, sebab si Apan nak ke perpustakaan, mengulang kaji sikit.. So, aku lepak-lepak dengan Tajul dan Helmi je pagi tu, tengok movie sikit : The Simpsons Movie. Layan jugak la.
Lunch pulak, kali ni kat Dollops, dekat dengan Tiger Circle. Tempat dan makanan dia boleh tahan! Aku makan Chicken Schezwan Fried Rice dengan Lime Juice aje..
Petangnya, balik ke Nehru semula... Lepak aje keje nye.. Online FB, Twitter.. Nampak Faza online, jadi apa lagi, terus Skype dengan Faza.. Seronok ni... Lama jugak tak sembang ngan Faza.. Macam mini-reunion la pulak. Faza dulu kat sekolah rapat dengan Tajul..
Aku dah penat giler, so tidur la lepas Asar. Teruknya.. Haha.. Tapi nak buat macam mana, memang letih, pegi jalan-jalan... Bangun dah sakit kepala.... Tak lama dah pun nak balik...
Kali ni, sambung update untuk hari ke-3, dan hari terakhir aku di Manipal. Sob sob sob. Pagi tu tak buat apa-apa, dalam pukul 10 macam tu, aku dihantar ke Nehru, sebab si Apan nak ke perpustakaan, mengulang kaji sikit.. So, aku lepak-lepak dengan Tajul dan Helmi je pagi tu, tengok movie sikit : The Simpsons Movie. Layan jugak la.
Lunch pulak, kali ni kat Dollops, dekat dengan Tiger Circle. Tempat dan makanan dia boleh tahan! Aku makan Chicken Schezwan Fried Rice dengan Lime Juice aje..
Hostel depan Nehru.. |
Ini Nehru Block... Tempat tinggal Tajul.. |
Jalanan.. |
Menu Dollops... Ada jual makanan Chinese jugak kat sini... |
Saudara Fakhrul rajin baca buku.. Dekat exam dah nampaknya... |
Helmi jeling je kat Taufiq... |
Apan tetap kontrol macho =D |
Ini adalah kari telur... |
Schezwan Fried Rice + Watermelon Juice |
Pintu masuk Dollops... |
Curi-curi ambik gambar. Hehehe |
Muka Faza ada iras muka Apan sikit. Orang lain pun kata camtu, tapi masing-masing menidakkan.. |
Malam tu, singgah rumah Apan... Lepas sembang-sembang semua, pergi Solat Isyak kat masjid...
Lepas Isyak kat masjid, singgah Food Court dulu, belikan Subway untuk orang Belgaum yang kirimkan. takut kempunan pulak diorang nanti. Hehe.. Lepas tu, pergi makan-makan lagi.. Sekali lagi kat Asia Delights. Nak makan roti canai lagi sebelum balik beberapa jam lagi... Hehe.. Makan puas-puas sebelum balik Belgaum..
Alhamdulillah, dapat makan dengan sedapnya lagi. Tunggu balik Malaysia nanti lah kalau nak makan yang sedap-sedap macam ni... Kat Asia Delights tu jugak, aku mengucapkan selamat jalan kepada Apan, Rafik ngan Taufiq, sebab mereka ada hal lain.. Tajul dengan Helmi je yang akan hantar aku kat stesen bas lepas tu..
Dalam masjid Manipal... |
Roti pisang.... |
Antara makanan yang disediakan di sini... |
Harga yang berpatutan, cuma air je mahal sikit... |
Makan kat tingkat atas restoran ni... |
Roti telur dan roti Milo.. |
Mee kari! |
Tapi sebelum tu, sempat lagi taw singgah kat Teaze. Kalau kat Malaysia, macam Cool Blog la. Rasanya tak ubah macam kat Cool Blog. Lama pulak tak makan benda macam ni, sebab kat Belgaum takde!!
Akhirnya, tamatlah jua percutian aku kat Manipal. Pukul 10.30 malam, sepatutnya aku naik bas balik Belgaum, tapi bas lewat sejam!! Sabo je la, tunggu lagi... Yang aku paling terharu bila Tajul dengan Helmi sanggup tunggu kat sana, rasa bersalah pulak sebab terbazirkan masa diorang... Fakhrul datang jugak tak lama kemudian..
Pagi tu, aku sampai ke Belgaum pada pukul 7.45 pagi. Kelas mula pukul 9.00 pagi. Agak kalut jugak. Tapi tak kisah pun, janji aku seronok kat Manipal hari tu, dan 1001 kenangan dan memori tercipta di sana.
Kedainya simple aje... |
Teaze... |
Tropical Punch + Yogurt Bubble |
Detik perpisahan sudah tiba.... |
Menari ke pulak Fakhrul kat belakang tu? Haha... :D |
Akhirnya balik jugak aku kat Belgaum, lama lagi baru boleh jumpa kau Tajul.. Kalau ada cuti, insyaAllah aku datang lagi.. |
Sebagai token dan bukti bahawa aku pernah berada kat Manipal, aku beli T-Shirt Manipal University dan jugak keychain..
Setakat ini dahulu coretan mengenai trip solo aku ke Manipal lepas Selanjar 3 baru-baru ini. Pelbagai kenangan dan memori telah terukir di Manipal. dan telah diabadikan di dalam blog ni. Sudah pastinya, apabila aku baca entri-entri ini pada masa akan datang, akan aku tersenyum sendiri, mengingati kenangan yang tak mungkin terlupa.
Bumi Manipal menyaksikan pertemuan semula aku dengan Tajul, yang dah lama tak ketemu sejak tamatnya Majlis Makan Malam Amal & Anugerah Cemerlang pada 1 Mei 2010. Bumi Manipal itu jugak menyaksikan aku dapat ramai kenalan baru. Sesungguhnya kita berkawan demi Allah, bertemu dan berpisah hanyalah keranaNya. Rasa terhutang budi juga banyak, kerana mereka sanggup melayan aku seperti sudah lama kenal. Semangat itu yang paling aku kagumi. Aku sendiri pun tidak pasti, andai mereka datang ke Belgaum, aku mampu atau tidak memberi layanan kelas pertama sebegitu rupa. Namun akan aku cuba yang terbaik! Kalau ada masa, singgahlah ke Belgaum. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
Paling penting, aku bukan sahaja dapat makanan jasmani, namun dapat juga makanan rohani. Kehidupan mereka penuh dengan pengisian ilmiah dan keagamaan. Secara tak langsung, aku mendapat tempiasnya. Di Manipal, aku tidak pernah solat sendirian. Akan sentiasa berjemaah. Mereka begitu rajin untuk ke masjid. InsyaAllah, aku akan cuba sedikit demi sedikit untuk meningkatkan diri aku ke arah yang lebih baik.
Sekian sahaja untuk kali ini, dan pelbagai lagi pengalaman ditimba, dan pastinya akan berguna satu hari nanti. Terima kasih kerana sudi membaca..
Kuasa ukhuwah yang kuat menjadikan semua insan gembira.
Saiz XL ye. Harap maklum. Hehehe... |
Keychain... |
Ini teddy bear. Aku nak bagi hadiah dekat kakak aku nanti. Nak bagi kat awek, aku tak berpunya lagi. Hehehe... |
Bumi Manipal menyaksikan pertemuan semula aku dengan Tajul, yang dah lama tak ketemu sejak tamatnya Majlis Makan Malam Amal & Anugerah Cemerlang pada 1 Mei 2010. Bumi Manipal itu jugak menyaksikan aku dapat ramai kenalan baru. Sesungguhnya kita berkawan demi Allah, bertemu dan berpisah hanyalah keranaNya. Rasa terhutang budi juga banyak, kerana mereka sanggup melayan aku seperti sudah lama kenal. Semangat itu yang paling aku kagumi. Aku sendiri pun tidak pasti, andai mereka datang ke Belgaum, aku mampu atau tidak memberi layanan kelas pertama sebegitu rupa. Namun akan aku cuba yang terbaik! Kalau ada masa, singgahlah ke Belgaum. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
Paling penting, aku bukan sahaja dapat makanan jasmani, namun dapat juga makanan rohani. Kehidupan mereka penuh dengan pengisian ilmiah dan keagamaan. Secara tak langsung, aku mendapat tempiasnya. Di Manipal, aku tidak pernah solat sendirian. Akan sentiasa berjemaah. Mereka begitu rajin untuk ke masjid. InsyaAllah, aku akan cuba sedikit demi sedikit untuk meningkatkan diri aku ke arah yang lebih baik.
Sekian sahaja untuk kali ini, dan pelbagai lagi pengalaman ditimba, dan pastinya akan berguna satu hari nanti. Terima kasih kerana sudi membaca..
Kuasa ukhuwah yang kuat menjadikan semua insan gembira.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan