Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!
Dalam cuti lepas Selanjar 2 baru ni, aku jalan-jalan pergi Bangalore, iaitu ibu negeri Karnataka. Takkan la nak terperap kat Belgaum je kan. Kejap je pergi sana, Rabu malam bertolak, Jumaat malam balik.. Pergi berlima sahaja..
Sebenarnya ni kali kedua aku ke Bangalore, setelah kali pertama pada hujung bulan Oktober lepas. Yang tu sebab ada urusan sikit la, tak sempat nak jalan banyak sangat.
Perjalanan ke Bangalore agak lama jugak, dalam 9 - 10 jam lebih kurang. Bertolak pukul 9.30 malam, sampai kat Bangalore dalam pukul 7.00 pagi. Perjalanan sejauh 500 km. Fuhhh.. Lagi jauh jarak dan masanya berbanding Kuala Lumpur - Kota Bharu.
Dalam pukul 7.00 pagi gitu, alhamdulillah, selamat sampai di Bangalore. Kami berlima turun dekat Yeshwantpur Railway Station, lepas tu ambik auto untuk ke Gokula Towers, tempat yang kami bakal menginap.
Mula-mula nak kena tipu ngan salah sorang drebar auto ni, katanya nak charge 400 rupee untuk ke sana. Alhamdulillah ada Hafiz, sebab dia dah pernah pergi sana. Sepatutnya murah lagi. 400 rupee tu sangat mahal sebenarnya. Last sekali, kena charge 180 rupee je. Sebenarnya 120 rupee je. Penipu punye tempe. Fakih bagi 200 rupee, pastu tak nak kasi balik baki 20 rupee. Katanya nak minum air teh. Eh, mahalnya air teh kau? Nasib baik Fakih ugut sikit, dia bagi balik 20 rupee. Syukur la nak..
Setelah drama sebabak pada pagi tuh, kami pun selamat tiba di rumah pelajar Malaysia yang belajar dekat MSU Bangalore, kat International Medical School. Tuan rumahnya adalah saudara Zulhilmi, Hasbi dan Fatah. Walaupun tak pernah kenal dengan diorang, tapi cara layanan diorang memang terbaek la! Alhamdulillah.. Salah satu layanan terbaeknya adalah, saudara Zul belanja kami berlima sarapan pagi tu. Sedap betul makan maggi telur, rasa macam kat Malaysia.. Esok harinya pun dia belanja jugak!
Lepas breakfast, kami terus ke salah sebuah taman tema yang terkenal di Bangalore, iaitu Wonder La! Motifnya adalah untuk suka-suki setelah tamat peperiksaan Selanjar 2. Wonder La ni lebih kurang macam The Lost World of Tambun la.. Perjalanan mengambil masa dalam sejam setengah jugak lah. Kami sewa kenderaan yang bernama TT (macam kereta untuk bawa pelancong la..). Naik bersama budak-budak 1st year MSU untuk ke sana..
Harga untuk masuk pulak adalah 540 rupee bagi pelawat biasa, dan 450 rupee untuk pelajar. Penat-penat kami bawak kad pelajar, dia tak nak terima!! Kurang asam boi punye tempe. Dah la demand nak duit baru-baru. Orang bagi duit terkoyak sikit pun tak nak. Padahal diorang jugak yang bagi duit koyak tu. Dasar tempe.
Maka, tanpa berlengah lagi, kami mulakan permainan dalam Wonder La itu. Hehe.. Antaranya:
Dengan hati yang senang lenang + penat, kami pun pulang ke rumah senior MSU tadi.. Lepas tu, pergi makan dekat restoran Elements. Makanan memang terbaek la!
Dunia ni kecik je rupanya. Rupa-rupanya, setelah sembang-sembang dengan Hasbi, baru dapat tahu yang dia sepupu kepada kawan aku kat ASiS dulu, Tuan Lukman. Aku ingat nama penuh Hasbi sebab Tuan Lukman pakai buku dia masa kat ASiS dulu. Dah jumpa dah tuan punya badan. Hehe.. Cemerlang macam sepupunya juga...
Yang seronok dan terharunya, bila diorang ramai-ramai bawak kitorang pergi makan kat sana, naik motor! Kalau dekat tu takpe jugak, ni boleh tahan jauh jugak la. Diorang sangat baik lah. Ok la, dengan ini, tamatlah kisah hari pertama di Bangalore, selepas pada malam tu kami tengok cerita 'The Terminal' sebelum tidur. Nantikan entri aku yang seterusnya! Sekian...
Kembaralah di bumi yang fana demi melihat kebesaranNya.
Dalam cuti lepas Selanjar 2 baru ni, aku jalan-jalan pergi Bangalore, iaitu ibu negeri Karnataka. Takkan la nak terperap kat Belgaum je kan. Kejap je pergi sana, Rabu malam bertolak, Jumaat malam balik.. Pergi berlima sahaja..
Sebenarnya ni kali kedua aku ke Bangalore, setelah kali pertama pada hujung bulan Oktober lepas. Yang tu sebab ada urusan sikit la, tak sempat nak jalan banyak sangat.
Perjalanan ke Bangalore agak lama jugak, dalam 9 - 10 jam lebih kurang. Bertolak pukul 9.30 malam, sampai kat Bangalore dalam pukul 7.00 pagi. Perjalanan sejauh 500 km. Fuhhh.. Lagi jauh jarak dan masanya berbanding Kuala Lumpur - Kota Bharu.
Jauh tak jauhnya Belgaum dari Bangalore |
Mula-mula nak kena tipu ngan salah sorang drebar auto ni, katanya nak charge 400 rupee untuk ke sana. Alhamdulillah ada Hafiz, sebab dia dah pernah pergi sana. Sepatutnya murah lagi. 400 rupee tu sangat mahal sebenarnya. Last sekali, kena charge 180 rupee je. Sebenarnya 120 rupee je. Penipu punye tempe. Fakih bagi 200 rupee, pastu tak nak kasi balik baki 20 rupee. Katanya nak minum air teh. Eh, mahalnya air teh kau? Nasib baik Fakih ugut sikit, dia bagi balik 20 rupee. Syukur la nak..
Setelah drama sebabak pada pagi tuh, kami pun selamat tiba di rumah pelajar Malaysia yang belajar dekat MSU Bangalore, kat International Medical School. Tuan rumahnya adalah saudara Zulhilmi, Hasbi dan Fatah. Walaupun tak pernah kenal dengan diorang, tapi cara layanan diorang memang terbaek la! Alhamdulillah.. Salah satu layanan terbaeknya adalah, saudara Zul belanja kami berlima sarapan pagi tu. Sedap betul makan maggi telur, rasa macam kat Malaysia.. Esok harinya pun dia belanja jugak!
Lepas breakfast, kami terus ke salah sebuah taman tema yang terkenal di Bangalore, iaitu Wonder La! Motifnya adalah untuk suka-suki setelah tamat peperiksaan Selanjar 2. Wonder La ni lebih kurang macam The Lost World of Tambun la.. Perjalanan mengambil masa dalam sejam setengah jugak lah. Kami sewa kenderaan yang bernama TT (macam kereta untuk bawa pelancong la..). Naik bersama budak-budak 1st year MSU untuk ke sana..
Tempat kejadian. |
Maka, tanpa berlengah lagi, kami mulakan permainan dalam Wonder La itu. Hehe.. Antaranya:
Kerusi berpusing-pusing... Yang ni yang kami naik mula-mula.. |
Yang ini pun dahsyat jugak... |
Yang ni pulak, kerusi berpusing sambil melompat ke atas dan ke bawah.. Dah pusing arah jah, tukar ke arah lawan jam pulak! |
Mini roller-coaster... Tak seram pun. Haha.. |
Jejaka-jejaka kacak bergaya di pintu masuk "The Dungeon Ride" |
Aksi langgar-melanggar di sini nampaknya.. |
Naik ke atas bukit dan ke dalam terowong daaaaaaannn... |
Splash!! Habis basah lencun lepas tuh. Hehehe.. |
Habis basah semuanya.. |
Yang ni ala-ala Space Shot kat Genting, tapi kecik je ni, tak berapa saspen, tapi saspen jugak la! |
Yang ni pulak, macam merry go round untuk tengok seluruh Wonder La secara keseluruhan. Seminit je untuk satu pusingan. |
Equinox, game yang paaaaling pening. Amir hampir muntah.. Aku pun pening giler. |
Hafiz, Fakih, Amir dalam merry go round.. |
Sebahagian daripada Wonder La.. |
Wonder La.. |
Nak jugak.. Hehe.. |
Pintu masuk restoran.. |
Berbual-bual sebelum makan.. |
Mata bersinar. Hahaha.. |
Makanan ni nama dia Elementary Steak. Sangat sedap! |
Gambar tisu pun aku ambik. Hehe :D |
Kembaralah di bumi yang fana demi melihat kebesaranNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan