Hari ibu ni, aku takde la buat sambutan lebih-lebih pun, sebab aku tak perlukan satu hari yang spesifik untuk kenang jasa mak aku.... Jasa beliau sentiasa dihargai dan dikenang oleh aku...
Mudah ke nak kandungkan aku selama 9 bulan 10 hari? Mudah ke nak lahirkan aku ke dunia? Senang ke nak besarkan aku dari masa aku masih merah sampai sekarang? Senang ke nak korbankan masa bersama anak-anak? Jawapan dia, semua tu susah! Mak kita semua sanggup bergadai nyawa, mengambil risiko untuk apa jua, demi sape? Demi kita!
Mak, tak terbayar setiap titisan susumu.. Tak terbayar juga peluh dan keringat yang menitis dari tubuhmu apabila kau ingin mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan keluarga.. Ketika aku sakit, kau yang banyak memberiku semangat untukku sihat semula. Ketika aku bermasalah, kau rungkaikan segala kekusutan. Ketika aku tersilap langkah, kau perbetulkan jalanku. Ketika aku memerlukanmu, kau ada di sisi.
Terima kasih kerana menjagaku tanpa jemu sejak 18 tahun 5 bulan yang lalu.. Kaulah ibu yang terhebat dan engkaulah ratu hatiku.. Jasamu akan sentiasa aku kenang, tidak perlulah kita menyambut Hari Ibu, kerana kasih sayangmu sentiasa abadi dan kekal dalam qalbuku. Kau adalah insan istimewa yang bernama:
RAKIAH BINTI ISMAIL
Sangat menyayangi ibu yang tercinta,
Rashdan Roslan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan