Cuti sekolah dah pun tiba, maka banyakla bunga yang akan 'tumbuh' di jalanan. Bunga apa? Bunga manggar la!! Musim cuti ni kan musim orang kahwin... Banyak la raja sehari ye...
Kali ni, giliran keluarga aku pulak menerima seorang ahli yang baru. Kakak aku yang kedua (Amierul Shuhada) pulak nak kahwin... Kahwin dengan seorang insan yang bernama Syamsul Azmi, keje sebagai Pegawai Hutan kat FRIM... Kakak aku pulak tengah praktikal kat SMK Puteri.. Mengajar Pengajian Am untuk Tingkatan 6...
Bahangnya mula terasa, esok dah nye 'bekwoh'... 'Bekwoh' tu amende? Perkataan tu dipercayai berasal daripada perkataan English, iaitu 'big work' - kerja besar. Kan memerlukan kerjasama nak buat kenduri ni. Aku pun tahu asal usul perkataan 'bekwoh' daripada rancangan Majalah 3...
Ade la sikit2 ni gambar belakang tabir nak dikongsikan...
Khemah esok...
Menemani kakakku membeli aksesori perkahwinan...
Bukan esok punyer...
Ini dia.. Pelamin esok!
Malam ni kakak aku akad nikah, so aku akan dapat abang ipar lagi! Tunggu kakak aku yang no. 3 pulak nak kahwin bila tu... Aku pulak? Yang berkenan di hati tu memang ader, tapi tak tahu la orang tu nak ke tak kat aku ni... Aku tak hensem, gemok.. Huhu.. Takpe la, lama lagi nak kahwin... 5 - 6 tahun nanti bolehla.. Hehe..
Kepada sesiapa yang ada kelapangan, dan yang tinggal berdekatan rumah aku ni, jemputla datang esok... Lepas Zohor tu kira ok la... Jom meriahkan lagi majlis!!
Menunggu giliran dan usia yang sesuai untuk kahwin,
Rashdan Roslan
barakallah^^
BalasPadammaher zain.. hehee
BalasPadam