13 Nov 2011

Berbicara Tentang SPM

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Esok, 14 November 2011 (tinggal sebulan lagi ke birthday aku.. perlu ke aku promote? hahaha..), bermulalah perjuangan para pelajar Tingkatan 5 di seluruh Malaysia. Perjuangan yang bernama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Sebelum aku memberi kata-kata semangat kepada calon-calon SPM 2011, terlebih dahulu aku nak mengimbau kenangan aku masa SPM dulu. Terkenang kembali memori lama la pulak. Masa SPM dulu, aku di sebuah sekolah berasrama penuh yang juga merupakan sekolah nombor 1 dalam Kuala Lumpur, iaitu..... SEKOLAH MENENGAH SAINS ALAM SHAH, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000 Kuala Lumpur. Sungguh bangga untuk menjadi salah seorang pelajar ASiS.

Emosi bercampur-baur ketika SPM. Seronok kerana alam persekolahan hampir tamat, dan dapat berehat sepuas-puasnya lepas SPM (sebab aku tak kena PLKN.. hehehe..). Rasa duka pula kerana tak dapat lagi berada dalam satu kelompok besar, batch ke-6 ASiS yang bernama - SA[VI]OUR. Rasa tak gembira juga kerana aku bakal meninggalkan sekolah yang penuh dengan kenangan itu, tempat aku membina banyak keyakinan diri.

Masa menjelang SPM dan sewaktu SPM berlangsung, sangat terasa bahawa hubungan sesama murid dan juga hubungan antara guru dan murid bertambah erat. Yang paling aku ingat, kesanggupan seorang warden yang bernama Ustaz Mohd Khiruddin bin Awang atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Khir, menemani kami setiap hari sewaktu SPM. Walaupun sering kali dianggap sebagai seorang warden yang tegas dan digeruni ramai, nyata beliau telah berjaya memadam tanggapan itu dalam pemikiran ramai pelajar ASiS sewaktu SPM. Ramai pula pelajar yang terharu akan kesetiaan beliau menjaga kami sewaktu SPM. Guru-guru lain juga turut setia menemani kami, dan sanggup mengadakan kelas tambahan, tak kira waktu : pagi, petang, siang, malam.. Walaupun ribut datang menerpa, nescaya guru-guru takkan putus asa untuk mengajar kami demi menjamin kejayaan seluruh warga sekolah. Kualiti guru-guru ASiS inilah yang aku kagumi dan sanjungi sejak sekian lama. Semakin hari berlalu, semakin sayang pula kepada mereka.

Rutin harian kami adalah, sebelum masuk dewan exam, wakil guru bagi sesebuah subjek tu akan memberi sedikit tips dan nasihat terakhir sebelum masuk dewan exam. Selain itu, kami akan buat stretching dulu dan nyanyi lagu 'Fikirkan Boleh' dan lagu batch kami, bertajuk 'Janji Kita'. Aku hafal lagu ni sampai sekarang, dan takkan lupa sampai bila-bila, insyaAllah..



Terbit mentari, kita lihat di sana terbina satu ikatan
Tanpa halangan, kita menjadi satu bersama, tempuhi semua


Biarpun luka, biarpun jatuh
Tidak peduli semua ditempuh
Demi menggapai sebuah bintang
Kita bersatu menjadi jitu

Tidak goyang, kami tidak pernah gentar
Itulah diri kita
Sederap meluru, memburu kejayaan
Janji kita bersama....


Masih terngiang-ngiang di telinga aku, slogan keramat yang disebut di ASiS, saban hari, iaitu:

SEDERAP MELURU MEMBURU 10A+


Begitu banyak banner digantung dalam kawasan sekolah masa musim exam...


Salah satu daripada banner yang digantung masa musim exam.

Perkara yang paling seronok masa SPM adalam kami dapat bawak handphone! Atas dasar memudahkan perhubungan antara murid dan guru. Kalau selama ni memang diharamkan bawak, masa SPM ni boleh bawak, tapi penggunaan secara terhad la. Maknanya, jangan nak tunjuk-tunjuk sangat la yang kau ade fon. Hehehe.. Cikgu-cikgu pun siap bagi nombor fon. Senang sikit kerja kami nak hubungi cikgu di saat-saat akhir. Selain tu, memori yang aku tak boleh lupakan adalah beraya Aidil Adha kat sekolah. Tu aku dah cerita dalam entri terdahulu. Kalau terlupa, klik kat SINI.

Setelah berusaha keras sepanjang 2 tahun, akhirnya tibalah tarikh 11 Mac 2010. Pengumuman keputusan SPM. Alhamdulillah, aku bersyukur dan berpuas hati dengan keputusan yang aku dapat. Aku dapat berapa A? Tak nak dedahkan lagi benda yang dah lepas.. Ada aku tulis kat dalam blog ni tahun lepas. Cari sendiri yer, tapi tak perlulah aku banggakan sangat keputusan aku tu, kerana siapalah sangat diri ini.


Rahsia!!! Hehehehe...

Pesanan kepada calon-calon SPM 2011:


  • Jangan tinggal solat. Solat tu tiang agama.
  • Sebelum mula paper tu, baca doa dulu. Kalau terhilang inspirasi tu, jangan gelabah... Doa agar diberikan idea untuk menjawab.
  • Usaha dengan bersungguh-sungguh di saat-saat terakhir ni. Masih ada masa, jangan risau, jangan cuak.
  • Jangan mudah putus asa jika tak dapat menjawab soalan dengan baik, kerana perasaan gundah tu akan menguasai diri untuk kertas-kertas yang seterusnya. Chain reaction la pulak kan...
  • Jaga kesihatan dan jaga diri musim exam ni.
  • Tawakal sebelum berusaha dan sesudah berusaha.
  • Jangan gatal-gatal mulut nak bincang jawapan lepas dah habis paper. Dah habis tu, biarkan.
  • Jangan meniru, nanti tak pasal-pasal kena gantung exam.
  • Ringankan mulut untuk menyebut 'terima kasih' kepada guru-guru, rakan-rakan dan pengawas peperiksaan.
Saya sudah makan garam. Hehehe.. Dah lepas SPM pun.. Calon-calon SPM 2011, sila berazam untuk buat yang terbaik mengikut kapasiti masing-masing. Berindak atas kemampuan sendiri. Pastikan sijil yang bakal korang dapat (contoh di bawah ni) nanti terisi dengan keputusan yang gempak!!


Rahsia lagi sekali... Hehehe...

Berkorbanlah sedikit untuk masa depan anda. Kalau tak nak buat untuk diri sendiri, buatlah demi ibu bapa, keluarga dan guru-guru. Apabila mereka tersenyum lebar dan berbangga dengan anda, pada masa tu, akan wujud satu kepuasan dalam diri anda. InsyaAllah, anda mampu lakukannya sekiranya wujud keazaman dan kesungguhan dalam diri anda.

Akhir kata, aku berdoa agar anda mendapat keputusan SPM yang gempak, straight A+, mudah-mudahan. Kepada junior-juniorku di ASiS (batch ke-8 : Infinate) dan di SMK Ismail Petra, berjuanglah habis-habisan agar dapat mengharumkan nama sekolah nanti. Doa abang bersama anda semua.

Usaha tangga kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan