..السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Salam sejahtera, semua.. Kekurangan masa pulak untuk kemas kini blog ini selalu, dek kerana kesibukan dalam mengejar cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Blog ni dah macam jadi blog untuk Wordless Wednesday je. Kena faham, sebab aku tak banyak masa lapang. :D
Jadinya, selepas segala dugaan yang mendatang sejak 6 bulan lepas, apa khabar kaki aku? Alhamdulillah, dah pulih.. Mulai kelmarin (1 Februari), dah jalan tanpa tongkat dah.. Sebenarnya masa pementasan teater hari tu lagi, aku dah buat kejutan pada kawan-kawan serta lecturer semua, dengan berlakon tanpa tongkat. Hehe.. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan aku selama ini..
Kini, setelah selesai Gastrointestinal Block, maka bermulalah Study Week. WeekS actually, sebabnya 2 minggu.. Seminggu untuk study week, seminggu untuk cuti Tahun Baru Cina. Cabaran yang bakal mendatang dalam tempoh 15 hari lagi adalah peperiksaan Selanjar 1 bagi Fasa 2 MD USM ini..
Seperti yang anda sedia maklum, peperiksaan Selanjar ini menyumbang 10% daripada keseluruhan markah akhir pada hujung Fasa 2 nanti. Konsepnya masih sama seperti Fasa 1 dahulu.. Cuma, ada sedikit perubahan pada cara penilaian.. Kalau dulu, ketika Fasa 1, ada kertas Multiple Choice Questions (MCQ), Short Essay Questions (SEQ) dan juga Spot Slide Assessment (SSA) / Objective Structured Practical Examination (OSPE), kini di Fasa 2 lain ceritanya. Di Fasa 2, kami mula didedahkan dengan pembelajaran klinikal dan juga berdasarkan senario benar. Kertas MCQ masih ada, tetapi jumlahnya lebih banyak, iaitu 80. Ada pula kertas Scenario-Based Questions (SBQ), Objective Structured Clinical Examination (OSCE) dan Clinical OSCE.
Peperiksaan akan bermula pada 18 Februari 2013, dan akan berakhir pada 21 Februari 2013..
18/02 - SBQ
19/02 - OSCE
20/02 - Clinical OSCE
21/02 - MCQ
Doakan yang terbaik untuk aku dan 82 rakan yang lain dalam 2nd batch USM-KLE ini.. Setelah kesukaran yang aku hadapi tempoh hari, iaitu tertinggal kuliah selama 8 minggu, aku akan cuba buat yang terbaik, agar meningkat tahap keyakinan untuk terus belajar dalam bidang perbuatan ini.. Kepada rakan-rakan, semoga Allah permudahkan urusan kita ini, dan mengurniakan kejayaan kepada kita.. Bittaufiq wannajah fil imtihan :)
susah tak nak jadi dokter? banyak benda kena belajar eh?
BalasPadamagak susah, sebab perlukan banyak pengorbanan.. contohny, pengorbanan masa.. sangat banyak, tapi masih boleh diuruskan oleh minda ini.. alhamdulillah :)
Padamoh pengurusan masa. kiranya kalau kita hanya minat tapi tak mampu, takleh la amik medik eh?
Padamlebih kurang macam tu la.. bermakna bukanlah tak boleh enjoy once dah belajar medik.. tp kena pandai utamakan benda yg lebih utama.. priority is the main thing.. nak buat benda lain, boleh buat.. tp jangan lupa tanggungjawab sebagai seorang pelajar :)
PadamUtk Asasi sain hayat susah x? kita akn blaja silibus cam SPM jgk ke ?
Padamagak susah, tapi insyaAllah boleh harung.. silibus tak sama, cuma senang kata, dia macam lebih mendalam.. jadi, lebih banyak benda perlu dipelajari dalam masa yang singkat dan padat..
PadamOhh.. Abg ade pape cdgn or nasihat x utk sy pilih either asasi sain hayat dulu kt mne2 univsti or Asasi perubatan kat uia?
Padammana2 pun bagus, cuma kalau masuk asasi UIA, nanti tak boleh apply u lain dah.. either masuk medic kat UIA atau course lain.. kalau asasi UM, nanti akan ada pilihan yg bebas..
Padam