Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!
Entri kali ni adalah tentang aktiviti aku pada 16 Februari lepas, usai Selanjar 2. Hehehe.. Aku join budak-budak yang nak balik Malaysia pergi beli kain sari untuk keluarga diorang. Ada jugak yang nak buat bisnes katanya..
|
Salah satu kedai sari yang popular kat Belgaum.. Cuma aku tak beli kat sini.. Beli kat tempat lain.. |
Cuma kali ni, hanya bebudak laki je yang pergi. Hehe.. Adakah kami dapat membuat pilihan kain yang hebat? Hehehe.. Kami power jugak bab sari ni, jangan main-main! :D
Kami beli sari ni kat satu kilang sari ni, lupa pulak namanya, haizzzz...
|
Antara kain sari yang dijual di sini.. |
|
Dua orang budak comel.. Hehe.. Mursyid & Dzulfikri |
|
Antara kain sari yang dijual di sini... |
|
Tengah pening nak pilih kain mane untuk orang yang tersayang.. Hehe.. |
|
Wajah-wajah bakal-bakal doktor yang sedang memilih kain yang cantik.. Sangat serius! |
|
Sesi pemilihan kain masih berjalan.. Hehehe.. |
Setelah beberapa ketika, akhirnya aku berjaya memilih kain-kain yang terbaik untuk dihadiahkan kepada mak dan kakak-kakak aku... Jeng jeng jeng!!
|
Cantik tak? Kalau rasa nak beli, nanti bulan 8 aku bawak balik banyak-banyak.. |
Kain-kain tu adalah untuk hari raya Aidil Fitri nanti, sebab aku balik nanti pun, dah tengah-tengah bulan puasa.. Jadi, takut tak sempat nak jahit nanti, aku kirimkan terus masa ni lah. Terima kasih banyak-banyak kepada Mursyid, sebab kirimkan kain ni. Syukurlah dia duduk kat Kota Bharu, dan alhamdulillah, ada orang nak kirimkan. Kalau tak, susah la nak pos dari India ke Malaysia.
Antara aksi para jejaka USM-KLE batch ke-2 sewaktu membeli kain sari:
|
Kecoh seketika dek kerana stok kain yang tak berapa cukup hari tu... Hehe.. |
|
Posing sakan yer korang semua... :D |
|
Abang-abang kacak USM-KLE batch ke-2 bersama kain-kain sari untuk kaum Hawa :) |
|
Tuan empunya blog pun nak bergambar jugak!! |
Maka, dipendekkan cerita, secara rasminya, aku pun beli la 5 helai kain sari untuk dikirimkan ke Kelantan. Ada jugak kawan aku yang beli sampai 18 helai kain sari... Ramai sedara ye? Hehehe.. Kepuasan terserlah pada wajah masing-masing setelah berjaya membeli kain sari, termasuklah aku.. Harap cantiklah semua ahli keluarga aku pada hari raya nanti :)
Sempat jugak singgah Ambica kejap, temankan kawan-kawan belikan kurta, yang pelbagai saiz. Ada untuk dewasa dan juga kanak-kanak. Aku tak beli pun, takut abah aku tak minat nak pakai kurta ni..
|
Antara kurta yang dijual kat Ambica.. Berkenan? Aku boleh belikan jugak, tapi bayar la!! :D |
Ok lah, setakat ni dulu bebelan untuk kali ni.. Hehe... Kalau rasa berkenan dengan kain-kain tu, boleh la kirim nanti, dan akan dijual dengan harga yang berpatutan setibanya aku di Malaysia.. Bulan 8 nanti tau!
Jagalah auratmu, agar maruah diri tidak tercela.
santekkkkkkkkkkkkkkk
BalasPadamberkenan letuwwww... haha :D
Padamnak jugak .. :D
BalasPadamhehe... serius?
BalasPadamAssalamu'alaikum warahmatullah Bro.
BalasPadamkalau ke sana lg tlong inform,
nk order sari, tapi spasang berapa rm? kalau beli borong kira mcam mna?