Mengapa mengapa tajuk entri aku kali ni bunyi macam tu? Pasalnya, pada 3 Februari 2012, pihak I-SOC USM-KLE ada buat pengisian sempena Maulidur Rasul yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam di serata dunia. Selain makan atas daun pisang, ada juga sesi tayangan video, solat Maghrib & Isyak berjemaah dan juga acara pembahagian hadiah untuk peraduan teka silang kata.
Sebelum tu, tema Maulidur Rasul untuk tahun 1433 Hijrah adalah "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah".
Dalam majlis semalam, ada seorang kawan aku ni, saudara Arief Azman, ada menyampaikan panduan makan cara Islam.
Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”
Apalah sangat sunnah yang aku selalu lakukan yer? Masih sangat sikit, dan aku masih malu kepada diri sendiri. Takpe, semoga kesedaran tu semakin membuat aku mencari kebenaran. Biar beransur-ansur..
Baik, kali ini aku nak berkongsi sikit tentang sunnah-sunnah makan yang saudara Arief kongsikan semalam:
1. Cara duduk macam duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah paha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri. Tak Faham? Hmmm.. Cuba cari gambar kat Google... Ada juga gambar-gambar lepas ni.. Duduk makan cara sunnah, sebenarnya banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian, iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.
2. Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.
3. Makan dengan menggunakan 3 jari. Ada orang kata, macam mana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu takperla, baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma saja. Kalau susah sangat, dalam majlis semalam, kawan saya cakap supaya gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.
4. Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”
5. Sebelum makan, disunatkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur.
6. Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa "Bismillahiwa'ala barokatillah"
7. Lepas makan, kita disunatkan untuk menjilat jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.
8. Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Inilah yang kami baru lakukan. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita. InsyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.
9. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.
InsyaAllah, kita sama-sama amalkan sedaya-upaya yer, dengan niat nak pahala dan keberkatan.
Berbalik kepada sambutan Maulidur Rasul oleh kami, para pelajar Malaysia, setelah selesai solat Maghrib berjemaah, ada tayangan video sikit, Kuliah Maghrib daripada Ustaz Azhar Idrus kat Masjid Shah Alam hari tu.
Abang-abang kita tengah tengok video Ustaz Azhar Idrus.. |
Ada sedikit dugaan dalam majlis itu. Tiba-tiba je blackout, tapi tak lama, 10 minit je.. Lepas habis tayangan tu, solat Isyak berjemaah pulak.
Semua orang dah lapar, so apa lagi, makan makan makan! Berlainan sikit kali ni, sebab makan ramai-ramai atas daun pisang, instead of talam (sebab tak jumpa talam kot, tu yang guna daun pisang), tapi tak mengapa, tujuannya tetap sama - untuk mengeratkan ukhuwah sesama kami.
The roommate seronok nampak? :D |
Menunggu masa untuk makan.. |
Juadah kami =) |
Tambah nasik Che Ariff.. =D |
Makan makan makan.. |
Ini senior-senior JNMC aku (Jawaharlal Nehru Medical College) |
Lee Min Ho (baju biru muda) pun nak makan atas daun pisang jugak.. |
Dah nak habis makan dah? |
Amboi Pian.. Buat muka pulak.. Nak tambah nasik lagi ke? Hehe.. |
Sesi pembahagian hadiah oleh saudara Safwan.. |
Salah seorang pemenang peraduan teka silang kata, saudara Anwar Hakim |
Seorang lagi pemenang, saudara Syafiq. |
Sebenarnya ada 5 orang pemenang, iaitu Amirul Juraimy, Anwar Hakim, Syafiq, Che Ariff dan jugak Hisham. Tahniah untk mereka kerana berjaya memenangi peraduan kali ni, dek kerana slogan mereka yang boombastik!
Akhir kata, semoga kita dapat lebih menghayati semangat perjuangan Rasulullah s.a.w. Jadikan ini sebagai titik permulaannya. Sekian sahaja tinta aku untuk kali ni, terima kasih, dan Salam Maulidur Rasul.
Oh ya, sebelum terlupa, nak tinggalkan satu soalan berbentuk pendapat, dan jawab dalam ruangan komen di bawah. Soalannya berbunyi begini:
Andainya Rasulullah s.a.w. bersama kita?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan