20 Feb 2012

Rindu Kura-Kura

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Tadi aku tertengok la gambar-gambar lama dalam laptop aku, terus aku terjumpa gambar tahun lepas. Gambar kura-kura aku!

Rindu giler!
Kura-kura ni aku bela masa aku kat PASUM. Aku beli kat Pets Wonderland, Mid Valley masa bulan 1. Dah setahun rupanya. Sekarang ni dah besar kura-kura ni, ada kat rumah. Takkan la aku nak bawak kan. Kalau boleh bawak naik flight, mesti aku bawak punye. Sayang kot kat kura-kura aku ni. Hehe..

Ada seekor jantan, dan seekor betina. Yang jantan nama XY, yang betina nama XX. Sebenarnya yang jantan tu, ada seorang sahabat baik aku kat PASUM bagi sebagai hadiah kat aku. Terima kasih Umar Imarah.. Dia sekarang belajar dalam bidang pergigian kat Mesir. Aku sangat menghargai pemberian dia, walaupun ditakdirkan kura-kura tu tak dapat meneruskan kehidupan di Kota Bharu. XY mati on the way nak balik Kelantan. Sob sob sob. Aku rasa bersalah sangat masa tu. Alhamdulillah, Umar tak marah aku. :)

Tempatnya aku beli si XX. Rindu pulak nak pergi Mid Valley. Mesti aku singgah sini punye.
Apakan daya, aku tak boleh nak bela kura-kura kat sini. Mengapa mengapa? Sebab kami semua akan balik at least sekali dalam masa setahun ke Malaysia, cuti lama pulak tu. Jadi, sape nak jaga kura-kura tu? Kesian lah. Hehe.. So, nak buat macam mana, setelah diambil kira pasal tu, jadi aku ambik keputusan untuk tidak membela sebarang binatang pun. Kalau aku kat rumah, macam-macam dah aku bela ni. Hehehe...

Masa untuk show off pulak. Hehehe.. Tengok ni tengok ni, antara gambar kenangan aku bersama kura-kura aku:

Aku letak atas katil aku..
Memang XX suka bergayut. Comel je... =)
Main tindih-tindih pulak...
Gayut lagi..
Gambar-gambar ni aku ambik masa umur mereka 3 bulan camtu. Kecik lagi. Dah besar nanti, jadi macam ni:

Buruk tapi comel. Hehehe.. :D
Nasihat aku cuma satu, sila rajin jaga kebersihan air dalam bekas tu. Nanti takut kura-kura tu dapat penyakit, dan jugak nanti keluar bau yang tak menyenangkan. Sape pemalas, janganlah bela. Hehe.. Nanti bau air dia amat menusuk kalbu kalau lama tak tukar.

Yang ni pun comel gak. Hehehe.. :D

Setakat ni dulu bebelan aku untuk kali ni. Kalau aku rajin, aku tulis pasal kucing aku pulak. Hehehe... Sekian dulu :)

Rindu adalah anugerah.

6 ulasan:

  1. kura2 tue bole membesar smpi jdi bsar cam tue kerr...

    BalasPadam
  2. comelnye..pandai bgayut lak tue..
    eyana da kura2 gak, tp xleh duk sama2..slalu je gaduh..huhu

    salam ziarah ^^

    BalasPadam
  3. hehe.. comel mase kecik je.. dah besar, takde dah nak gayut2... huhu

    thanks yer sebab sudi singgah :)

    BalasPadam
  4. huhu,, cumil2.. tak sabar nak tunggu entry pasal kucing tuan doctor ni pule..~eceh..

    \\( ^_^ )//

    BalasPadam