Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!
Entri kali ni untuk mengimbas kembali kenangan bersama rakan-rakan di sekolah dulu. Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS), Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan anda, 12 Februari 2008 merupakan detik pertama aku melangkah masuk ke ASiS. Sudah 4 tahun berlalu.
|
SM Sains Alam Shah : Kreatif, Inovatif, Produktif |
ASiS terletak kat Bandar Tun Razak, Cheras. Berdiri teguhnya ASiS di atas tapak Sekolah Alam Shah (kini dikenali sebagai Sekolah Sultan Alam Shah) yang berpindah ke Putrajaya. Dengan semangat baru, ASiS menempa nama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa secara sedikit demi sedikit, dan kini semakin dikenali ramai, setelah hampir sedekad penubuhannya.
12 Februari 2008, aku mendaftar di ASiS. Kuala Lumpur, sebuah bandar raya yang begitu asing padaku waktu itu. Aku hanya berpeluang untuk menjejakkan kaki hanya sekali sewaktu aku kecil di KL. Namun, alhamdulillah, Allah S.W.T. memberi aku rezeki untuk lebih mengenali KL dengan lebih lanjut, dengan mengizinkan aku belajar di ASiS. Pengalaman yang bakal ditimba pastinya akan berguna sepanjang kehidupanku.
|
Tempat pertama yang aku jejak dalam sekolah ni. |
Batch aku adalah batch ke-6 ASiS. Agak baru lagi la sekolah ni. Aku sangat suka budaya sekolah tu, terkejut jugak mula-mula bila tengok ramai senior yang tolong angkat barang, lepas tu siap bagi salam lagi. Memang terbaek la..
Setelah habis orientasi, maka bermulalah sesi P&P.. Aku masuk kelas 4 Gigih, yang sangat havoc. Hehe..
|
Hehe.. Sorry bebudak 2nd intake... Jap lagi keluar la gambar korang.. |
Rumah sukan pulak, aku masuk Bendahara. Dorm 2A3. Senior otai-otai woo.. Takut jugak mula-mula. Dah lama, biasa je la. Diorang ok la..
|
Dorm aku kat belah atas, bucu belah kiri.. |
Sebulan lepas tu, makin ramai warga batch ke-6 ASiS.. Ahli kelas aku pun bertambah jugak! Daripada 21 jadi 29 orang.. Alhamdulillah, takde langsung yang keluar ASiS dalam kelas tu, tak macam kelas lain, ramai je yang kecundang sebelum berjuang. Hehe..
|
Lengkaplah sudah warga 4 Gigih 2008.. 29 orang semuanya. |
Form 5 pulak, setelah mendapat nombor 23 dalam tingkatan, aku berjaya menempatkan diri aku dalam kelas 5 Dinamik. Alhamdulillah, semua 30 pelajar dalam kelas tu power-power belaka. Kelas lain pun power jugak :)
|
Kelas 5 Dinamik yang amat dirindui :) |
Banyak kenangan yang aku boleh ungkapkan, menerusi gambar-gambar yang masih berada dalam simpanan aku ni. Antara kenangan yang mampu aku kongsikan:
|
Suasana biasa di dalam surau ASiS |
|
Ni masa Sukaneka masa form 4. Kanak-kanak Ribena lagi yer. |
|
Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Sepatutnya Erma Fatima yang datang tau, tapi dia sakit pulak hari tu. |
|
Dipaksa masuk choral speaking. Oh no!! =( |
|
Bergambar bersama kawan-kawan seangkatan yang bakal membuat persembahan masa Malam Ambang Kemerdekaan 2008. |
|
Itu dia.. Tuan empunya blog beraksi.. Hehehe... |
|
Merdeka!!! Lakonan mantap dari rumah Syahbandar.. |
|
Bernasyid mewakili rumah Bendahara.. |
|
Debat Kemerdekaan 2008, di Angkasapuri. ASiS menang! |
|
Jogathon 2009.. |
|
Ezlynn datang buat persembahan kat ASiS masa Majlis Makan Malam Amal & Anugerah Cemerlang tahun 2009. |
|
Hafiz Zainal, classmate aku masa Form 4. Khabarnya dalam perbincangan nak jadi artis rakaman KRU. Hehe... Tahniah.. Tak sia-sia kita melalak bersama dalam kelas dulu :) |
|
Menonton F1 di Litar Sepang, masa form 5. |
|
Antara cikgu yang sporting, beraksi sewaktu sukaneka di Hari Guru 2009.. |
|
Rakan-rakan beraksi sewaktu Hari Guru.. Nyanyi lagu Kamelia ni.. |
|
Kem Rehat Minda, bergambar bersama bebudak 5D.. |
|
Masa Kem Rehat Minda jugak ni.. |
|
Kem Rehat Minda di Glory Beach Resort, Port Dickson. |
|
Bergambar dengan kelas 5D di Majlis Makan Malam Nostalgia Abadi, di Corus Hotel, Jalan Ampang. |
|
Nyanyi ramai-ramai, lagu "Terima Kasih Semua" & "Janji Kita" |
|
Aku masuk taw, Larian Bersama Bomba 2009. Kurusnya aku dulu!! |
|
Hari Sukan 2009, di Stadium Bola Sepak Cheras. Rumah Bendahara!! |
|
Gempur Biru Gempur! |
|
Makan Malam Nostalgia Abadi! |
|
Buku Longman Chemistry SPM. :) |
|
Hasil kerja kami bersama, 4 Gigih. |
|
Berdiri di atas bukit ASiS :) |
|
Antara banner yang menaikkan semangat para Sa[VI]Our masa SPM.. |
Banyak je kenangan lain sewaktu pembelajaran aku kat ASiS, contohnya pergi kem Biro Tatanegara (BTN) kat Alor Gajah, Melaka. Masa ni dapat kenal dengan bebudak SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur (SeSeRi); Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya (SSP); dan jugak Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya (SAS). Niat asal nak jadi pengawas, tapi mungkin aku belum cukup bagus, sebab ramai lagi yang lebih layak.
|
Agaknya bilalah kita semua boleh jumpa lagi? Reunion group NARNIA. :D |
Dapat jadi tutor juga merupakan salah satu penghormatan untuk aku. Alhamdulillah.. Seronok jugak dapat mengajar orang. Sub-tutor aku, Fareed Azlan, sekarang belajar bersama aku kat USM-KLE. Reunion group tutor-tutee 23 lah ni. Hehehe.
Lumrah di sekolah juga telah lama-kelamaan jadi rutin. Senang je nak bangun pukul 5.30 pagi masa sekolah dulu. Lepas Asar baru boleh naik dorm. Tak kira dengan prep lagi. Dah lama-lama, tak penat pulak, sebab dah biasa.
Rindu jugak dengan suasana dewan makan. Rindu mak cik "Dik, cepat dik!".. Hehe.. Kalau hari Ahad, menu special, iaitu Super Sunday : Nasi Goreng lauk sup daging. Kalau 'beruntung', malam dapat 'bubur Fear Factor' pulak, iaitu bubur chacha. Sedap ape rasa dia? Hehehe.. Tapi rupa dia yang pelik sikit. Kalau ada orang yang jerit 'Fear Factor', nescaya ramai yang patah balik. Hehehe..
Setelah dua tahun belajar di ASiS, sama-sama melalui saat suka dan duka, maka terpaksalah kami semua berpisah, pada 8 Disember 2009, usai peperiksaan SPM, subjek Kimia masa tu. Sedih dan gembira bercampur-baur, tapi itulah lumrah hidup. Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Yang penting, bertemu dan berpisah demi Allah S.W.T.
|
Sa[VI]Our |
|
VI OASiS = Batch ke-6 keluaran ASiS |
Setelah dua tahun menuntut ilmu di Kuala Lumpur, banyak juga perkara baru yang aku pelajari. Antaranya:
Dulu, aku tak pernah naik LRT, lepas tu terus pandai naik LRT atau komuter dan yang sewaktu dengannya untuk ke mana-mana.
Dulu, aku tak pernah naik bas ekspress, ulang alik dari Kota Bharu ke KL, lepas tu aku berani naik sorang-sorang.
Dulu, aku jarang berjauhan daripada keluarga, lepas tu aku dah pandai berdikari.
Dulu, aku tak tahu yang aku boleh menyanyi, lepas tu baru aku tahu yang aku mampu menyanyi. Hehehe.. :D
Dulu, aku tak pernah pergi KLCC, lepas tu aku dah jejak banyak tempat kat KL.
Kenangan di ASiS dan bersama ahli-ahli Sa[VI]Our memang sukar untuk dipadamkan dalam minda aku. Even sampai sekarang, aku masih terasa yang aku masih berada di sana, walaupun rupa-rupanya 4 tahun sudah detik itu berlalu. Alhamdulillah, sehingga kini, aku masih berhubung dengan ramai ahli Sa[VI]Our di serata dunia. Antara negara yang ditakluk oleh ahli Sa[VI]Our selain Malaysia adalah Amerika Syarikat, Mesir, Jordan, United Kingdom, Kanada, China, Rusia dan tak dilupakan, negara yang aku berada sekarang ni, India. Ada juga yang bakal melebarkan sayap ke Jepun, Ireland, Sepanyol dan Jerman. Apa-apa hal pun, kita tetap hebat! Sa[VI]Our di serata dunia...
Ingin satu ketika nanti, aku kembali lagi ke sekolah untuk mengimbau kenangan satu-persatu di sana. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menahan homesick. (bukan aku!!!!!) Aku kalau rindu rumah, call je guna telefon I-Talk.. Hehehe.. :D
|
Jejaka-jejaka kacak. Hehe :) |
|
VI stands for the 6th! |
Alhamdulillah, setelah berhempas-pulas di ASiS, aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.. Tiba masanya untuk mendapat hadiah daripada pihak sekolah sebagai tanda penghargaan, setelah tahun-tahun sebelumnya, aku melihat kejayaan senior-seniorku. :)
|
Wajah keceriaan yang penuh kesyukuran :) |
Entri kali ni merupakan secebis sahaja daripada 1001 memori yang terukir di ASiS. Harapan aku semoga kita semua akan terus berjaya walau di mana dan walau apa jua bidang yang dipilih. Satu hari nanti, kita akan kembali ke ASiS sebagai seorang insan yang berjaya. Semoga guru-guru kita berbangga dengan hasil didikan mereka. Selain itu, semoga kita berjaya juga di akhirat kelak. Setakat ini dulu secebis ingatan dari aku buat korang semua, sempena 4 tahun terciptanya entiti Sa[VI]Our. Sekian, semua :)
Kenangan lalu mengusik jiwa.
salam...
BalasPadamthanks follow blog kina....
hehehe...
budak pandai upenye...
gudluck dengan pelajaran....
oren...
my second fav colour..
cantik dan kemas....
adios.....
wslm kina...
Padamsame2... n thanks jugak sbb follow balik..
hehehe :)
budak pandai? tu semua sejarah je..
alhamdulillah, dgn nikmat yg Allah bagi...
saje je pilih tema tahun ni, oren.. next year warna lain pulak... hehe :)
thanks again!
wow...kawad farmasi ke tu? dah follow u balik...nice blog...tq n salam perkenalan
BalasPadambukan kawad farmasi la... kawad formasi... huhu... typo ke kak? ekeke..
Padambtw, tu bukan kawad formasi yer. hehehe... bukan kawad.. semua pakai baju kemeja + tie tu..
thanks, n salam perkenalan jugak... rajin2 la singgah sini yer :)
fear factor... well said =)
BalasPadamabe wing pun masing komen jugak ni.. hehe.. memang betul pun fear factor.. sebab rupanya menakutkan. tapi rasa dia takde la menakutkan sangat. ade lagi makanan yang lagi dahsyat kat dewan makan. huhu..
PadamDM asis mnguboh persepsi aku thadap bubur chacha yg lazimnye sedap berlemok manis.huhu
BalasPadamhuhu... same la... bukan semua bubur chacha itu sedap.. :D
Padam