18 Jul 2011

EPISOD 1 : Jelajah Lagi!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Siri jelajah aku kembali lagi, untuk mengisi masa lapang aku waktu cuti panjang ni... Bermusafir melihat kebesaranNya, menyemai sifat berani dan percaya pada diri, dan lepaskan rindu kepada kawan-kawan. Hehe.. Kali ni, laluan jelajah aku merangkumi...


Kota Bharu -> Pekan -> KL -> Seremban -> Batu Gajah -> Ipoh -> Kota Bharu


Hari Isnin (18/07/11), bermulalah perjalanan aku ke Pekan, Pahang... Tempat asalnya abah aku, pendek kata, kampung aku lah! Tujuannya adalah untuk hantar anak sedara kau kembali ke pangkuan ibunya, merangkap kakak aku yang sulung, setelah ditatang bagai minyak yang penuh oleh kami di rumah selama sebulan. Balik kampung dengan kakak no. 3 aku ngan kawan dia... Bertolak pukul 10.15 pagi, sampai kat Pekan pukul 5.00 petang, melalui jalan pantai... Malam tu tinggal rumah kakak sulung aku (Along) kat Taman Sepekan Jaya...






Petang sikit, pergi rumah Mak Long kat Peramu Jaya 1... Ada la mak sedara ngan sepupu-sepapat aku yang meriuhkan rumah tu.. Baru je jumpa diorang masa kenduri kat rumah aku... Dulu, sebelum Along tinggal kat Pekan jugak, kalau balik kampung, mesti stay sana punya... Nostalgia la rumah tu.. Datuk ngan nenek aku, Aki ngan Wan pun stay situ dulu.. Teringat pulak arwah Aki ngan Wan.. Ada kalanya, masa aku kecik, diorang datang stay kat rumah aku kat KB... Tapi sekarang, tiada lagi memori yang dapat dipahat bersama diorang.. Kat sini, cucunda sedekahkan al-Fatihah untuk arwah Aki dan Wan, semoga roh Aki dan Wan tenang saje di sana, dan ditempat dalam kalangan orang yang beriman.. :)


Lepas tu, pegi la ke bandar Pekan... Mencari sebuah restoran makanan segera yang bernama..... KFC! Beli satu bucket, makan dengan keluarga Along... Seronok tengok gelagat anak-anak sedara... Bapak sedarenye pun apa kurangnya.. Haha... Perut dah sendat la.. Aku nak settlekan borang MARA ngan Universiti Perdana lagi satu hal... Aduhai... Lepas tu, tido.


Paginya, aku ke Kuala Lumpur.... Ada urusan di SM Sains Alam Shah dan jugak di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Bertolak dari Pekan, naik bas pukul 10 pagi. Aku sampai sharp pukul 10 pagi kat situ, sikit lagi nak kena tinggal, siap kena bebel ngan driver bas lagi. Nasib baik takde orang dengar.... Singgah Kuantan dulu, pukul 11.30 pagi baru gerak dari sana... Aku da cemas, sebab aku janji nak jumpa ngan lecturer pukul 2.00 petang... Tapi mustahil la nak sampai pukul 2... Dah la naik bas... Kerisauan makin memuncak bila bas berhenti kat Hentian Sebelah Lanchang, lame gak!! So, lepas tu, dalam pukul 1, aku mesej kat lecturer, bagitau yang aku sampai lewat sikit... Dia cakap suruh cari lecturer lain.. Takpe la..


Sampai kat Terminal Bas Pekeliling pukul 3 petang.. Aku berfikir dengan pantas, menurut firasat hati, tukar plan, aku gerak pegi ASiS dulu! Sebab kat terminal bas tu ada LRT, direct ke Bandar Tun Razak.. Setibanya aku kat ASiS, bergegas la aku ke opis, ambik sijil Cambridge GCE-O Level aku... Terjumpa Cikgu Shahril Adha ngan Cikgu Razmi kat situ, then terpaksa blah cepat, sebab aku risau lecturer-lecturer sume dah takde nanti. Aku jejakkan kaki kat ASiS hanya 5 MINIT. Rekod tuhh! Masa tu dah pukul 4 petang.


Dengan bantuan bas RapidKL trip U45 yang sedang elok je sampai kat bus stop depan sekolah aku, terus naik mende alah tu pegi stesen LRT Maluri, terus ke Masjid Jamek, then ke Universiti. Sampai je kat LRT Universiti, lecturer tu mesej aku... "Dh smpi asasi ke? Sy ada lgi till 5pm." Alhamdulillah, beliau tak cabut lagi.. 


Setibanya aku kat sana, terus mintak recommendation dari dia untuk ke Universiti Perdana.. Lepas dah settle tu, aku rasa bersyukur sangat, sebab aku berjaya laksanakan matlamat aku haritu dengan jayanya, walaupun sangat mengejar masa. At least, aku belajar sesuatu hari tu. JANGAN BAZIRKAN MASA dan jugak JANGAN CEPAT GELABAH! Aku dah la selalu menggelabah.. Berjaya gak mengawal kegelabahan dan kecuakkan tu.






Wujud satu keyakinan dalam diri aku, bahawa Allah telah membantu perjalanan aku tempoh hari. Sebab pada mulanya misi tu aku lihat macam mustahil je kan, sebab aku bergerak sendiri, takde kenderaan sendiri, lagipun aku tak expect sampai kat KL pada masa yang sangat lewat.. Plan pun tukar saat-saat akhir. Terima kasih Ya Rabbi sebab bantu aku dalam perjalanan dan misi aku...


Sebelum berangkat ke Seremban pada malam tu, aku singgah kat Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (KK12)... Ada junior2 ASiS aku kat situ.. Tumpang bilik diorang kejap, penat jugak mengatasi kegentaran tadi. Hehe.. Seronok jugak luangkan masa ngan junior ni, rindu pulak zaman aku asasi dulu.. Terkenang kawan-kawan aku... Bilik aku tu straight ngan bilik lama aku.. Bilik lama aku kosong, sebab tak letak budak asasi dah kat situ... Terima kasih Khairul Zhafiran sebab bagi tumpang kejap.. Terima kasih jugak kepada Daniel Hariri (hot stuff PASUM) sebab datang menghabeskan Dunkin Donuts yang aku belanja tu. Hehe.. Kepada Nasrin (roomate Zhafiran, dia budak SESTER), terima kasih jugak.. Sape-sape yang nak menziarahi Khairul Zhafiran , sila ke bilik B328. Hehehe...


Pukul 10 malam, aku ke KL Sentral, naik KTM Komuter kat sana menuju ke Seremban... Siapakah yang bakal dikunjungi di sana? Tunggu Episod 2 kalau nak tahu.. :D

Seronok berjalan-jalan,
Rashdan Roslan

2 ulasan: