2 Jul 2011

Kisah Hati...

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Kisah hati? Tajuk lagu nyanyian Alyah, yang punyai lirik yang begitu puitis, dan ada kena mengena juga dengan perasaan aku buat ketika ni.


Kepada beliau yang terasa hati tu, saya nak mengaku yang saya ada menyimpan hasrat untuk bersama awak, dan bina mahligai bersama. Tapi, sejak kebelakangan ni, awak selalu buat endah tak endah kat saya. Saya malu untuk mengungkapkan perasaan saya, kerana bimbang kita akan bercinta, dan akan terjerumus ke lembah maksiat. Nauzubillah. Saya tak nak cinta syaitan. Tak mahu juga sebuah hubungan yang bertunjangkan nafsu semata-mata. Jauh sekali untuk bercouple. Kerana saya ikhlas, saya terpikat dengan sifat keibuan awak, saya nak terus kahwin dengan awak. Tapi masa tidak sesuai, ada perjuangan yang belum sesuai.






Saya minat kat awak, dari hari pertama kita jumpa lagi. Kat mana? Tak boleh bagitau, sebab kalau saya bagitau, mesti nampak ketara sangat, sape awak. Tapi kalau awak faham, saya sebenarnya malu untuk mengungkapkan. Saya cemburu bila nampak awak mesra dengan orang lain, terutama dengan lelaki lain. Seolah-olah saya tiada tempat di hati awak.


Kini, saya tawakal sahaja dengan takdir. Kalau benar awak jodoh saya, takkan lari ke mana. Saya sanggup menanti enam tahun lagi. Betapa kuatnya perasaan saya kepada awak. Cuma awak sahaja yang mungkin tak perasan. Niat saya ikhlas, untuk menjadikan dirimu sebagai suri hidup. Tapi, kalau pada masa itu, awak telah dimiliki, maknanya kita tiada jodoh. Saya redha dengan apa jua ketentuan yang tertulis di Luh Mahfuz. Saya akan berjuang demi cinta ini. Saya juga perlukan waktu untuk melengkapkan diri saya dengan kebolehan sebagai seorang suami, agar saya layak menjadi pemimpin kepada keluarga kita.


Kalau cinta kita tak bersatu, mungkin kita akan bertemu lagi, di syurga mungkin. Namun, saya berharap kamu adalah bidadari yang akan melengkapkan hidupku. :)

Mencari pelengkap rusuk kiri,
Rashdan Roslan

8 ulasan:

  1. serahkan pada Allah..buat masa ni kita cuba mencari Allah..agar jika benar si dia jodoh kita dan terbaik buat kita..Pemilik Cinta Sebenar pasti akan temukan kita..ingat Allah knows the B.E.S.T. untuk kita..walaupun kadang2 apa yang berlaku tidak menepati keinginan di hati..^^

    BalasPadam
  2. yup, aku tawakal aje, dan serahkn semuanya kpd Allah. Utk bercouple, aku rasa aku tak boleh. betul kata kau, Allah yg tahu apa yg terbaik utk hambaNya.. Tak semua yg kita hajati, dapat kita peroleh.. Allah yang Maha Kuasa yang menentukan.. Takdir juga menentukan segalanya.. (Takdir Penentu - teringat sahabat aku yg sorang tu.. sape la ek? kau la.. ) Percaya pada Qada' dan Qadar, baru kita tak menyesal dgn segala kemungkinan yg akan berlaku. Dengan keyakinan, tiada lagi keraguan. Kan umar?

    BalasPadam
  3. salam alaik... saya komen sini..
    janji Allah itu pasti buat hamba-hambaNYA yang bertakwa.. insyaAllah.. murninya niat dihati saudara..pasti dapat apa yang di hajati.... insyaAllah... kuasa doa memainkan peranan tika ini..... jika Cinta Allah diutamakan..insyaAllah...cinta manusia pasti menyusul jua..... :-)

    BalasPadam
  4. cinta Allah sepatutnya mengatasi segala-galanya.. tu yg saya silap. semoga beransur-ansur keimanan akan bertambah, dan semoga saya komited utk beribadat kpdNya.. dan tak lupa, semoga jodoh saya nanti dari kalangan orang yang baik.. kalau dapat pilihan hati saya, itu ibarat bonus daripada Allah.. :)

    BalasPadam
  5. alhamdulillah.ni la pemuda islam yg kite nak skrg.sedar akan tanggungjwb sbgi khalifah Allah di muke bumi ni.bukan untuk berfoya2 tapi untuk berjuang.jika kite tlg agama Allah,Allah tlg kite.ni janji Allah:) jd jgn risau.jike cinta tu yg terbaik utk kau insyaAllah akan dpt.kalu x ade perkara laen yg lbeh baek.wallahualam

    BalasPadam
  6. sape anonymous ni... tapi terima kasih atas komen.. yg penting, skrg sy kena betulkan balik niat2 yang mana dah jauh terpesong. nak lengkapkan diri dulu la dengan pakej seorang suami yg mithali. Allah je yg tau ape yg terbaek utk kita kan? semoga impianku tercapai...

    BalasPadam
  7. ya allah jika dia benar untukku,
    dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
    jika dia bkn milikku,
    damaikanlah hatiku.dengan ketentuan-Mu

    BalasPadam
  8. apies... mcm tu la yg aku fikir.. :)

    BalasPadam