7 Jul 2011

Dah Lama Tak Bertemu Duga...

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Lepas sudah lama tak bertemu duga (last sekali yang JPA tu la.. bulan 4 tahun lepas), Ahad ni (10/07/11) aku interview kembali. Haha... Nervous sikit je, tapi ok je kot. Buat macam biasa je...


Interview apa? Untuk program antarabangsa Doktor Perubatan USM-KLE. Maknanya kalau aku dapat ni, aku akan belajar sepenuh masa kat Belgaum, India...



Nasib baik USM dekat je ngan rumah aku.. 15 minit je dah boleh sampai.


Tapi, kalau aku takde biasiswa atau pinjaman boleh ubah bila aku belajar kat sana, aku tak nak pegi la. Aku bukannya kaya nak tampung yuran belajar saje pun dah USD 100,000! Tak campur makan minum ngan perbelanjaan lain. Kalau aku berkeras jugak nak pegi tanpa biasiswa atau pinjaman boleh ubah, memang family aku kena gadai macam-macam harta benda la. Macam mana tu? Tak rela la aku. Aku bukannya pentingkan diri.


Lagipun, kalau aku stay kat IPTA, biasiswa JPA dah boleh sambung, cuma course je la yang masih misteri. Dengan pointer yang tak seberapa, aku rasa aku mampu dapat veterinar. Hampir jugakla kepada medic, cuma rawat binatang je la. Aku hanya nak belajar dengan kurang beban kewangan. Aku bukannya dilahirkan dalam keluarga yang berada.


Untuk mengutip pengalaman, aku tetap akan pergi temu duga ni. Sape-sape yang nampak aku time temu duga nanti, tegur-tegurla... Atau nak mintak bantuan, takut sesat jalan ke, nak suruh bawak pegi jalan-jalan ronda Kelantan ni ok jugak. :)

Cuak seketika,
Rashdan Roslan

6 ulasan:

  1. tak tanye jpa ke boleh sponsor untuk usm-kle? ini still IPTA tapi luar negara

    BalasPadam
  2. Tak tau la macam mana.. yg penting, MARA boleh sponsor..

    BalasPadam
  3. mara kata kalau student jpa, dia tak nak kacau.. so sape-sape yang pernah ada kaitan ngan jpa, mungkin susah sikit nak dapat sponsor mara... ko student PIDN ke?

    BalasPadam
  4. let say, mara tak nak sponsor, ko nak gune alternatif ape? aku takut jpa x nak taja

    BalasPadam
  5. aku tak gune alternatif, aku tak pegi terus...

    BalasPadam