Sambungan dari episod lepas.... Di kedinginan tengah malam, aku pun sampai la kat Seremban, Negeri Sembilan... Setelah bertolak dari KL Sentral (tren sampai lambat!!! KTM, berubah laaa....) , naik KTM Komuter... 6 hengget je tambangnye... Pukul 11.55 malam, tiba la aku kat KTM Seremban...
Terus call member aku ini untuk mengambil aku:
Nama dia..
Mohamad Nur Sufi bin Firdaus Gan
@
Jen!
Aku biasa panggil dia Jen la.. Haha.. Member aku ni dulu study sama-sama kat PASUM.. Dulu, dia sekolah SM Sains Tuanku Jaafar (STJ)... Position apa dia pegang? Takkan didedahkan kat sini, sebab beliau sangat merendah diri.. Aku baru je agak rapat ngan beliau masa nak habis PASUM.. Tu la pasal, ramai gak member-member aku yang aku kenal, yang best-best, yang ngam, semua masa last-last tu aku kenal.. Rugi giler..
Dipendekkan citer, aku pun diambik la oleh beliau 15 minit kemudian... Beliau abis keje lambat la malam tu, pukul 12... Sebab tu aku datang lewat kat sana, tapi takpe, aku berani dan tabah! Haha.. Termasuk bakul angkat sendiri pulak dah... Haha.. Jen ni keje kat KFC... Ingatkan nak bawak balik rumah dulu, rupanya bawak aku pegi KFC, tapi bukan kat KFC tempat dia keje.. Member dia ajak makan Krushers la... Tapi masa tu ada 5 orang, tapi sempat buat 3 je.. So, kongsi-kongsi laa.. Tapi kan, seronok gak tengok komuniti pekerja KFC kat sana, memang macam ada special connection, macam agak rapat la.
Lepas tu, baru sampai rumah Jen kat Taman Alamanda, Senawang. Nombor rumah? Rahsia. Haha.. Tak pasal2 Jen saman aku lak kang. Sembang sampai pukul 2 pagi camtu, lepas tu, tidur... Esok nak pegi jalan-jalan....
Pagi tu, baru jumpa ngan mak Jen.. Mak dia asal dari Jeli, Kelantan (dekat tempat tinggal aku jugak 3 tahun lagi).. Orang kuat Dato' Pa jugak ni, macam mak aku jugak la. Hehe.. Mak cik masak sedap la!! Jen ada adik pompuan, comel jugak.. Hehe.. Jen, nak jadi adik ipar boleh? :D
Dalam pukul 10 pagi camtu, keluarlah aku dan Jen dari Taman Alamanda... Menuju ke mana? Jusco Seremban 2...
Bukan berdua je, tapi bertiga... Ada member Jen follow jugak... Siapakah???
Amirul Fatih
Budak STJ jugak ni... Kapten Rumah Hijau.. Raja Hitam.. dengan tagline, "Aummmm!".. Ngeh ngeh ngeh... Fatih pakai baju ada tulis 'FAITH' kat baju dia hari tu. Hehe.. Hampir sama ngan nama dia pulak. Fatih ni tak lama lagi nak fly ke US... Kat University of Washington, Seattle.. Amek engineering.. Masa foundation dulu, dia belajar kat UNITEN.. Roomate kawan aku jugak, Hanan (budak SMKIP dulu, sekelas masa form 3).. Serumah dengan kawan aku kat ASiS, Zainal Aiman.. Kat CFS UIA pun dia kenal member aku kat ASiS, iaitu Afif (Apek)... Best berbual ngan budak ni, macam dah kenal lama... Even kat facebook pun, aku sembang macam da kenal lama... Seronok la kalau dapat kenal ramai orang macam ni.. Nice to meet you, Fatih. Kalau aku da lama kenal kau, memang jadi chatterbox setia aku la. Hehe..
Aku dan Jen didatangi Fatih masa tengah
Lepas tu, melantak Big Apple pulak... Masing-masing makan bersepah jugak.. Sama je tiga-tiga orang.. Sedap bila makan Big Apple bertiga, lebih-lebih lagi sambil meng'usha' kanak-kanak Kolej Tunku Kurshiah (TKC) yang entah macam mana boleh ada kat Jusco time tu. Aduhai..
Lepas tu, berpisah la Fatih dengan aku ngan Jen. Fatih pulang ke rumah bersama cermin keretanya yang bermasalah.. Hehe.. Cuak gak dia, sebab kereta ayah dia.. Hehe.. Tunas persahabatan yang baru dah wujud nampaknya.. Harap persahabatan yang baru bertunas ni dapat dikekalkan sampai bila-bila.
Petang tu, sempat jugak aku singgah kat Kolej MARA Seremban. Ingat nak jumpa kawan-kawan aku yang ada beberapa orang kat situ.. Last-last dapat jumpa sorang.. Masing-masing busy la.. Amin Arham je yang aku sempat jumpa... Classmate aku masa form 4 kat ASiS... Spend masa lebih kurang 20 minit, lepas tu balik rumah Jen.. Baru la aku dapat jumpa ngan ayah Jen..
Malamnya pegi pasar malam pulak, beli putu piring.. Sedap jugak, tempat aku jarang pulak aku jumpa... Buah durian pun banyak orang jual kat sana, tengah musim tu.. Dah balik tu, makan malam, sambil sembang ngan parents Jen. Pastu layan TV sampai ke tengah malam... Tengok Piala Dunia Wanita... Masa tu separuh akhir, USA lawan Perancis.. USA tibai Perancis 3-1 kowt. Power gak pompuan2 tu main bola. Aku je yang kaki bangku. Apa boley buat... Jen da tertido depan TV dah... Esoknya nak kena bangun awal, sebab nak pergi panjat Bukit Broga, kat Semenyih...
Nak tau apa jadi kat Broga? Tunggu Episod 3 la...
Nak panjat bukit la pulak,
Rashdan Roslan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan