16 Jul 2011

Antara Dua

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Kepala tengah kusut.... Nak fikir banyak perkara... Sebab hari ni, aku dapat.. Bukan satu, tapi dua tawaran sekaligus.


Tawaran 1:


UiTM - Optometri

Ok la, aku minat jugak optometri. Boleh bukak kedai spek mata... Aku sendiri pun pakai spek. Tak semestinya jadi ahli optometri je. Kalau rajin, boleh sambung master, PhD... Jadi lecturer pon boleh... Sampai tahap Prof.. Banyak lagi peluang lain bidang ni... InsyaAllah, kalau aku dah bekerjaya esok hari, aku nak gunakan keupayaan aku untuk kebaikan manusia sejagat. Mata adalah anugerah Allah yang tidak ternilai.


Tawaran 2:


India (USM-KLE) - Perubatan


Perubatan dan ke luar negara memang impian aku! Takde tipu-tipu punya. Rasa macam mati hidup semula. Tapi kalau aku nak pergi ni, ada syarat. Kena dapat tajaan, dan aku apply MARA. Buat masa sekarang, keputusan tu belum lagi keluar, jadi yang ni masih samar.. InsyaAllah, kalau aku dapat tajaan, aku akan guna peluang kedua ni dengan sebaik-baiknya! Aku tak sangka yang rezeki dan nasib masih bersama aku, setelah mengharungi setahun asasi yang berkeputusan tidak memihak kepada aku.


Banyak perkara yang mengusutkan pemikiran. Tapi, insyaAllah akan diatasi Isnin ni, esok ngan lusa tak boleh, sebab kat opis tak keje... Tapi yang penting, kena fikir elok-elok... Masa depan ni!

Di persimpangan dilema,
Rashdan Roslan

10 ulasan:

  1. mabruk alaik!..
    istikharahlah..sebab itu yang di ajar dalam ISLAM..tp for me..if dapat MARA,,better pergi sana..sirru ala barakatillah^^insyALLAH tahmil ala ma turid^^

    BalasPadam
  2. benarlah apa yg dikata tu, sahabatku.. aku kena buat istikharah kalau nanti aku pening sangat nak pilih yang mana... tapi aku kalau dapat MARA, mmg kompem pegi la.. :)

    BalasPadam
  3. mcm mna bond dgn jpa ?

    BalasPadam
  4. bond dgn JPA dah boleh dihapuskan, sebab dalam kontrak hari tu, JPA taja uk 2 semester shj.. tapi kalau tak nak g India, boleh je sambung JPA utk degree, sbb pointer sangat layak..

    BalasPadam
  5. bro..baik g medic usm india tu..sound great..why not apply JPA scholarship...semua medic student layak dpt jpa

    BalasPadam
  6. congratz beb dpt g india..jgn lpas'n pluang dpn mate..

    BalasPadam
  7. thanx nadzirah.... peluang ni ibarat nyawa kedua utk saya.. :)

    BalasPadam
  8. salam...saya terbaca blog awak..awak dpt tawaran usm for medic..awak tentu telah menjalani temuduga sebelum dapat tawaran tersebut kan.. boleh awak cerita pada saya pengalaman awak ditemuduga dan soalan2 yg ditujukan.saya bakal mejalai temuduga tersebut miggu hadapan..harap awak dapat beri tips juga..terima kasih..selamat maju jaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.... sebenarnya saya dapat tawaran untuk ke usm-kle international medical programme.. since both are under usm, maybe soalan yang sama kot. dia akan suruh perkenalkan diri, lepas tu dia akan bagi satu case study, macam situasi, dan macam mana awak nak selesaikan masalah tu. rasanya macam itu je kot.. sama-sama ya, dan selamat berjaya :)

      Padam