Pertamanya, aku mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T., kerana dengan keizinanNya, dapat aku bertemu lagi dengan bulan Ramadhan al-Mubarak untuk tahun ini.
Bulan yang penuh keampunan dan keberkatan ni, begitu dinantikan oleh orang Muslim yang mukmin, tapi tak pulak disenangi oleh mereka yang lemah imannya. Kita tergolong dalam golongan mana? Tepuk dada, tanya iman. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, "Kalaulah umatku tahu tentang kebaikan bulan ramadhan mereka pasti mengharapkan biarlah ramadhan itu sepanjang tahun”. (Riwayat At-Tabrani)
Harapan aku cuma satu, agar dapat bersamanya sehingga ke akhirnya dan bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun-tahun yang mendatang. Ketika entri ini ditulis, baru satu malam tarawikh telah selesai dilakukan. Maka, kini bermula ujian sebenar daripada Allah. Ada berani ke anda menyahut cabaran ni? Mahuu ke tak mahu, setiap orang Islam itu wajib berpuasa kalau takde uzur syarie. Kalau nak rasa naik van mayat time bulan puasa ni, janganlah puasa, pastui kantoi, heboh satu kampung. Tu baru malu kat dunia, kat akhirat lagi malu bila berdepan dengan Allah yang Maha Esa.
Aku mewakili admin blog ni (padahal aku sendiri yang admin), mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di seantero dunia, dengan harapan agar kita diberi kekuatan fizikal dan mental untuk menempuh sebulan ini dengan jayanya. Jangan tipu-tipu puasa, Allah nampak! Jangan sekadar puasa makan dan minum je, banyak lagi benda kena kawal.
Akhir kata... Kuruskan badan, gemukkan iman!
Insan biasa,
Rashdan Roslan
selamat menyambut ramadhan juga ahsfantasy24... moga beroleh keberkatan.. :)
BalasPadam